Monday, August 30, 2010

  sabar neng sabar.....

Selesai sudah segala test mengetest. masih ada dua test selepas raya. DUA.(sambil menaikkan jari telunjuk dan jari hantu)


Sebelum hari JUMAAT yang indah ini....perlu menyiapkan tiga assesment. TIGA.(sambil menaikkan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis)


Tetapi pada hari RABU yang bakal tiba ini.....perlu menghantar satu assesment. SATU.(sambil menaikkan jari hantu SAHAJA) eh eh.....sejak bila azriyani bunaim pandai buat jari begitu??? berdosa tau!


Esok adalah hari kemerdekaan Malaysia. saya bangga jadi anak Uncle Bun & MakPah yang berwarganegara Malaysia!!!!(ada dua maksud di sini.:p) merdeka! merdeka! merdeka!!!!! yaaaa.....semangat ini yang kita mau. insan yang cemerlang....lahir dari akal, minda yang mantap, badan yang cergas. ya....ya.....


Setiap entry aku kena cakap terima kaseh kerana setiap hari ada saja orang yang telah berbuat baek dan cuba menggembirakan aku walaupun aku tidak memberikan respon positif. aku juga perlu berterima kaseh kepada sesiapa yang menganggap aku adalah ancaman kamu orang yang sangat berbahaya dan perlu dijaohi oleh orang-orang yang kamu sayang. wow! caution! i'm danger! please don't come near me ok!







nota kaki : selagi diam itu tidak memburukkan keadaan.....lebih baek kita berdiam. sabar kan separuh dari iman.....;)


Sunday, August 29, 2010

  suatu masa




J A N J I  K E K A S I H 


Tidak pernah menyangka airmata ini akan mengalir sederas-derasnya setelah melihat episod untuk kali ini. keadaan itu mengingatkan aku pada Uncle Bun & MakPah pada suatu masa dahulu. kata-kata itu sama seperti yang terkeluar dari mulut mereka. luahan yang tidak pernah diluahkan. peristiwa itu. sesungguhnya ketika itu dunia seperti tiada cahaya. gelap seketika. tapi kini....aku bersyukur. bersyukur dianugerahkan ibu bapa seperti mereka. semoga mereka sentiasa dikasihi oleh Allah sepertimana mereka telah mengasihi aku sewaktu kecil dahulu. amin.....

r i n d u. perasaan aku ketika ini.




Saturday, August 28, 2010

  erra fazira cakap kini aku pasrah dengan segalanya...

Hari sabtu menjadi hari yang serius. kecewa dengan statistik. pengsan setengah hari setelah dua hari bersengkang mata. sudah tidak hairan dengan juadah berbuka puasa. tidur itu lebih memberi nikmat pada masa sekarang. 


Keadaan bilik yang huru-hara sudah tidak merimaskan. kain baju yang menimbun sudah tidak menjadi kerisauan. buku-buku dan kertas-kertas yang bergelimpangan sudah tidak dihiraukan. mata yang sudah lebam lebih menjadi keutamaan. mata itu anugerah Ilahi yang perlu dijaga. hehehe..... 


Jika ini yang dikatakan kehidupan seorang pelajar universiti.....aku pasrah. jika ini yang dikatakan kehidupan seorang gadis yang tiada orang penting di kanannya....aku pasrah. kau tidur tak sedarkan diri dalam bilik sorang-sorang pun takde siapa ambil tahu. kau buka puasa tanpa menjamah sebarang makanan pun tiada siapa ambil tahu. eh eh.....ayat apa ni??? jika ini yang dikatakan sebuah pengorbanan.....aku pasrah. bersusah-susah dahulu....bersenang-senang kemudian.(ayat sedapkan hati) 


Mau mengucapkan jutaan terima kaseh kepada seorang sahabat di uthm yang telah bersusah payah berusaha menukarkan pakej babunband saya kepada pakej student walaupun banyak rintangan dan halangan yang kamu terima. insan yang cemerlang....lahir dari akal, minda yang mantap, badan yang cergas. ya...ya....hahahaha.....


Lagi enam hari mau pulang. tetapi feel mau pulang itu tidak seperti raya pada tahun lepas. masih ada kuliah yang perlu dihadiri sehingga tepat jam 5 petang pada hari jumaat ini. JUMAAT ok. semua orang sudah sibuk menarik luggage pergi ke lapangan terbang. dan mungkin ada yang sudah dapat menikmati juadah berbuka puasa yang enak-enak disamping keluarga tersayang. semua insan sedang gembira di hari ini sayang....hari yang mulia marilah bersama.....:p



  duet raya pertama!

Minggu yang macam T A H I K! test berlambak. esimen susah nak mam! lab berlambak kena hantar. mood raya mati! orang sibuk buat kueh raya. aku sibuk buat esimen! soalan esimen panjang berjeler! tapi satu hapa tak paham! tekanan yang amat! terima kaseh ya.


F O K U S pada test statistik pada pagi nanti terus hilang gara-gara membaca soalan esimen data communication & network yang macam &%$!@#!@#@&#*@! ok. sila berhenti maki hamun. pertama kali aku rasa seperti mau jatuh tersungkur melihat soalan esimen. omaaaa!!!!!!


muka tekanan sepanjang 2minggu ini. muka pada hari raya nanti lagi teruk dari ini!




tajuk entry takde kena mengena dengan luahan perasaan yang seperti sudah merajuk tidak mau pulang beraya. sob3~~~kerisauan yang melampau!


Wednesday, August 25, 2010

  bakal addict pada UNO!


Dialek sarawak. satu paper telah selesai. apa yang pasti lecturer yang menanda kertas saya pasti akan mengalami sakit ulu hati kerana terpaksa menahan gelak akan ayat-ayat yang telah saya buat. kamek polah ayat ikut sukati kamek. bante!!!!!


Selepas ini statistik pula menanti. dan mungkin juga saya bakal statik di depan buku statistik! ceh! apa yang diharapkan adalah dapat menjawab semua soalan dengan baek dan penuh keyakinan. basyah!!


Siang tadi sempat bermaen UNO. azriyani bunaim tak reti maen UNO ok! asek dibuli oleh mereka-mereka yang sangat hebat dan sering menggunakan taktik kotor bermaen UNO! mereka semua sangat busyuk hati tidak mau bagi saya menang! cis! saya perlu mengasah kebijaksanaan saya semasa bermaen UNO agar tidak diketawakan lagi oleh mereka ini. ada lori ada bas! ada hari tengokla nanti saya orang pertama yang UNO!:p


Genetik B&M. ada orang bertanya kepada saya apakah yang dimaksudkan dengan genetik B&M??? kihkihkih....(ketawa setannnn) 


tiba-tiba saya tidak sabar mau berjumpa dengan 2gadis ini. 
hakikatnya mereka lebih rindukan saya. kan?;)







nota kaki : kadang-kadang kita dianugerahkan dengan sesuatu yang tidak kita harapkan tetapi apa yang tidak kita harapkan itulah yang membuatkan kita berasa gembira dengannya.





agi idup agi ngelaban!




nota kaki : kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.


Monday, August 23, 2010

  PERHATIAN

Sari Berita Utama.


Hari ini saya ada berita penting. mungkin juga sebuah pengumuman. mungkin juga beberapa pemberitahuan. dan mungkin juga sebuah cerita yang kamu nanti-nantikan.


Sila pastikan kamu baca segala apa yang saya tulis ini dengan teliti kerana selepas ini mungkin tiada lagi penulisan seperti ini. tetapi mungkin juga akan ada lagi.


Jika perlu....sila take note atau reminder perkara-perkara ini dimana-mana yang boleh sama ada di telefon bimbit, di dalam diari, di kalendar yang tergantung di belakang pintu atau di kotak ingatan kamu.


Ehem.....ehem......


Azriyani Bunaim akan pulang ke tanah semenanjung, Johor Bumi Bertuah pada 04 SEPTEMBER 2010 bersamaan 25 RAMADHAN 1431 iaitu pada hari SABTU dengan menaiki belon pada pukul 10.10 pagi waktu sarawak dan seluruh semenanjung. 


Dan Azriyani Bunaim akan pulang semula ke bumi kenyalang pada 21 SEPTEMBER 2010 bersamaan 12 SYAWAL 1431 iaitu pada hari SELASA dengan menaiki belon juga pada pukul 6.05 petang waktu semenanjung dan seluruh negeri sarawak. 


Sekian saja berita penting dari saya, Azriyani Bunaim.



*********************************************************************************************************


Saya juga ingin memberitahu bahawa saya telah dapat makan ayam masak merah pada hari ini. yaaa....ayam yang saya tenung hari tu....akhirnya saya dapat makan manok masak merah! hahahaha....orang sarawak pun tak cakap macam aku cakap. over tau!


Barulah dapat F O K U S pada test midterm setelah dapat makan ayam masak merah....yeah!!!



kosa kata hari ini : manok - ayam
                               belon - kapal terbang



nota kaki : tiada manusia yang layak menilai manusia laen. so, please watch out yourself. jangan berlagak kau manusia yang sempurna dan baek di depan manusia laen.  


  AWARD OH AWARD


Pagi yang dingin. masih belum ke alam fantasi. apakah??? yaaa....saya ada perkara yang perlu diselesaikan. perlu mendalami ilmu dialek sarawak sedalam-dalamnya. sik pande-pande kamek klaka sarawak. aish.....


Sedang bersungguh-sungguh membuat nota....tiba-tiba tangan mengklik pada satu blog. saya mendapat satu award lagi dari saudara zalin!!!!!! terima kaseh ya saudara zalin kerana sudi memberi award kepada saudari azriyani. kihkihkih.....


Tapi perlu ka saya menjawab soalan-soalan tersebut??? oleh kerana saya senang hati nak menaip banyak-banyak....maka, saya membuat keputusan untuk menjawab KESEMUA soalan tersebut. ahaks!


************************************************************************************************************




soalan 1
Apa yang bermaen di fikiran korang sekarang?
Saya tengah pikir esok gi kuliah nak pakai baju apa. giler menyampah jawapan! hahaha....tapi serius. ini yang sedang saya pikirkan.:p

soalan 2
Apakah nama samaran you all?
Nama samaran.....ya.....sudah semestinya yani si gadis jelita. T A H I K sangat! yani. yani yani yani yani!!!!!! oh! yani! kenapa namamu secomey wajahmu???( saya memang suka buat orang rasa geli.:p)

soalan 3
Berikan 3 orang yang paling kamu sayang?
Pertama semestinya Allah dan Rasullah. kedua MakPah. ketiga MakPah lagi. keempat Uncle Bun. kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan, kesepuluh dan seterusnya adalah orang-orang di sekeliling saya. eh! terlebih sudah.....

soalan 4
Panggilan untuk si dia?
Si dia? siapakah??? saja tanya soalan macam melodi tau. saya masih single and available. hakhakhak....tolong jangan muntah baca statement ini. sedawa takpe.

soalan 5
Hadiah yang korang impikan daripada seseorang yang istimewa?
Mmmm.....saya nak jubah ala2 dress raya ni agak-agak MakPah layan tak? jawapan soalan ini sangat berkait rapat dengan jawapan soalan di atas. maka, tiada jawapan sebenar. terima kaseh....:)

soalan 6
Blog mana yang you all suka visit?
Oleh kerana saya tamak.....saya suka baca semua blog yang saya pernah klik. setiap blog akan memberikan sekurang-kurangnya satu pengalaman baru apabila membacanya.(jawapan betul-betul serius) 

soalan 7
Tag 15 blogger you all?
Ni yang saya lomah gemalai ni. tag mengetag! kepada sesiapa yang membaca blog ini....silala. silala amek award ini. saya bagi kepada kamu kerana kamu memang bertuah sebab telah mengklik TENTANG SESEORANG. aku menulis bukan untuk perhatian. aku menulis hanya untuk menguraikan hati tika ia berkata-kata. ini tanda penghargaan daripada saya buat kamu. ceh! bodek la kau!





Sunday, August 22, 2010

  SUNDAY night mood





Malam tadi pergi ke panggung wayang lagi. scary sampai pejam mata taknak tengok! tapi layan.....saya takkan review movie ini kerana saya bukan seorang pencerita semula yang baek apatah lagi hebat.:p 


Sila ke panggung wayang yang berhampiran untuk kamu rasa apa yang telah saya rasa. tapi pastikan kamu tidak membawa masuk sebarang jenis makanan kerana kamu pasti hilang nafsu makan semasa menonton movie ini. kata-kata saya ini bukan kata-kata kosong. 


Pekerjaan azriyani bunaim pada hari minggu ini adalah asek pergi ke panggung wayang! kerja skola berlambak masih belum diselesaikan. sudah disentuh tetapi tiba-tiba kepala otak menjadi sengal tak reti buat! maka penangguhan kerja sedang berlaku. aish....


Tiada apa-apa yang menarik untuk hari ini. saya rasa blur. diam seribu bahasa. sila kembalikan mood suka ketawa dan suka bercakap saya. saya bukan begini. demmmm!!!






amaran : jika kepala sedang dibebani dengan pelbagai esimen dan midterm atau sedang mengalami mood gaduh dengan gf atau bf.....sila jangan tengok cerita ini. baek kau dengar lagu raya melalak sorang-sorang!


Saturday, August 21, 2010

  malam SABTU




Baju kurung. buka puasa. nasi ayam penyet. sotong penyet. sup tulang. rojak campur. sirap, teh o ais longan.


Masjid. sayu. rindu. orang-orang tua. ayah-ayah. ibu-ibu. kanak-kanak. hati gembira. tenang melihat keadaan itu. YaAllah....sangat bersyukur dengan apa yang telah Kau kurniakan kepadaku. rasa itu. rasa itu sukar diucapkan dengan kata-kata.


Niat mau melihat pertandingan nasyid selepas balik berbuka. tetapi tiba-tiba niat itu menjadi melihat nasyid di panggung wayang! OMG!!!! bff ingin menonton wayang. dengan berbaju kurung.....saya gigih! gigih juga mau menonton wayang! seumur hidup. keluar berbaju kurung. jika Uncle Bun & MakPah mengetahui akan hal ini....mereka pasti teruja! yaaa....bff saya juga turut teruja. teruja untuk mengolok saya berbaju kurung! ceit!


The Last AirBender! nice....saya suka. jalan cerita yang cepat. tapi hanya satu jam setengah. yang pasti cerita ini akan bersambung. udara, air, tanah & api. masih ada dua benda yang perlu dipelajari. oh! saya memang tak reti buat review movie! ayat penceritaan semula yang macam aneh! kamu tengokla sendiri. kepada hazi farhana.....kamu boleh  ajak iqbal kamu menonton movie ini.:p





nota kaki : berkawan biar seribu. berkasih biar satu. kebahagiaan bukan milik kita. hanya Allah yang menentukan kebahagiaan manusia itu. i have 4 month to think about it. hope everything will be fine. 

Thursday, August 19, 2010

  gara-gara AYAM MASAK MERAH!



Mood : R  I  N  D  U  Uncle Bun & MakPah.


Emosi : sedih sambil layan lagu raya. T A H I K sangat! memangla bertambah sedih!


Situasi : sedang termenung mengenangkan dua insan ini dan terkenang ayam masak merah.


Akal fikiran : midterm minggu depan! jangan nak gedik sangat!


Hati : mau pulang sekarang!


Mak!!!!! saya mau pulang makan nasik lauk ayam masak merah......

tertelan air liur melihat gamba ini! omaaa!





nota kaki : mood jadi begini kerana tadi saya buka puasa nampak kawan saya makan ayam masak merah yang macam MakPah masak. tapi malangnya saya TAK dapat makan ayam tersebut! saya tenung je ayam kawan saya tu.  air liur seperti mau mengalir deras. tapi tahan....gadis-gadis kena kekal ayu.....T A H I K sekali lagi! susah nak dapat makan ayam masak merah kat sarawak ni! aish....

  IMPOSSIBLE





I remember years ago
Someone told me i should take
Caution when it comes to love
I did, I did

And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

And now when all is done 
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all i know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know

Thinking all you need is there
Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know

And now when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them

I remember years ago
Someone told me i should take
Caution when it comes to love
I did....




nota kaki : past is past. looking forward! rasa itu datang lagi. jaohkan rasa itu dari aku....sesungguhnya rasa itu bukan milik aku. pergi.....pergi dari diri ini.....

Wednesday, August 18, 2010

  akauntabiliti? apakah itu???


Semalam aku sedih dengan si pengambil baju. dan hari ini aku sedih dengan diri aku sendiri! apa kesss??? 

Semalam baru dengar softskill akauntabiliti. kamu tahu apa itu akauntabiliti? haaa....aku pun baru tau semalam. akauntabiliti adalah kebertanggungjawaban! 

Tetapi hari ini azriyani bunaim sudah tidak ada akauntabiliti kerana telah TERskip kuliah dialek sarawaknya pada pukul 9pagi tadi! huh. 4jam punya kuliah aku skip! kau xrasa aku da melampau??? rasa menyesal ni.aish....

Sudahlah tidak datang kuliah. dan yang membuatkan diri ini tersedar dari alam fantasi adalah panggilan telefon dari MakPah! cepat-cepat ubah suara seperti gadis sudah lama bangun tidur! ehem....ehem.....tetapi MakPah dapat mengesan! 

Dan soalan pertama dari beliau adalah pagi tadi kamu tiada kelas??? oh! dengan pantas azriyani menjawab tiada! padahal 4jam kuliah aku skip! YaRabbi.....dan MakPah tiba-tiba berkata.....minggu lepas kenapa mak telefon hari rabu pagi tapi kamu ada kelas? oh! terkelu lidah mau menempias soalan tersebut. yaaa....terus mendapat pakej ceramah motivasi secara percuma di pagi hari! kau ada dapat???

Impossible is nothing. anything can happens. setiap orang ada tanggungjawab dengan apa yang perlu dibuat dan yang tak perlu dibuat. jadinya tepuk dada tanya hati. yaaa.....aku mula melihat peringatan di sebelah! sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna! mari kawan-kawan.....mari kita belajar untuk test midterm.....;)


gamba tahun bila ntah. rindu saat ini. rindu pada tempat ini. 
dan rindu juga pada orang yang mengambil gamba ini.<3




Tuesday, August 17, 2010

  SI PENGAMBIL BAJU....saya sedih dengan kamu!

Oh! hari ini azriyani bunaim berasa amat bengang! sudahla mood bulan mengambang sedang menyerang. si pengambil baju....berapa helai baju aku yang kau nak amek lagi??? kali ini azriyani dapat mengesan akan kehilangan baju tersebut dengan pantas kerana azriyani telah mengira bajunya sebelum menyidai di ampaian. baju yang lalu sudah aku halalkan. baju kali ni aku kena halalkan lagila maknanya? OMG!!!! 

Pekerjaan azriyani bunaim asek membeli baju. tetapi bajunya tetap dalam kuantiti yang sama sebab ada si pengambil baju. adeh! tolongla membuat amal kebaekan di bulan ramadhan ini wahai si pengambil baju oiiii.....tolongla. tolongla jangan kamu ambil baju saya lagi.....sedih tau saya camni. sob3~~~

Malasla mau berkata banyak. yang penting azriyani bunaim sedang cuba menghilangkan kebengangannya dengan melihat gambar sendiri. i just want to be a princess. oh! jelita sungguh! T A H I K sangat! menyampah! 




inilah hasil kebusanan menunggu masa kuliah! 
masa ni ada jejaka macam comey kat sebelah kiri saya tu. hahaha....





nota kaki : MakPah selalu cakap saya suka berangan. setelah saya melihat gamba-gamba saya....baru saya sedar akan kebenaran kata-kata MakPah itu. ahaks! tapi kadang-kadang berangan itu perlu untuk membuatkan kita rasa hidup ini sangat berwarna-warni. wah! chanteknya....

Sunday, August 15, 2010

  SI BUDAK KECIL

Saya tak paham kenapa budak kecil ini begini. serius tak paham. 







ini adalah cucu kepada Uncle Bun dan MakPah. saya adalah adik kepada umi dea. dan dea adalah anak saudara kepada saya. saya masih tak paham kenapa dea gedik yang amat!!!!!! tapi yang pasti saya akan bertemu dengannya di hari raya ini. kita tengok sejaoh mana kegedikkan dea bila melihat saya.  



Friday, August 13, 2010

  LAGU ini untuk KAU. lakonan KAU sungguh hebat! syabas!

maaf. entry agak serius dan berbaur luahan hati yang amat kecewa.




Kali ini hati aku benar-benar sengaja dikelar dengan pisau yang tajam. ouch! semakin sakit dan terluka. satu persatu kebenaran terbongkar. jujur yang selalu diperkatakan oleh kau sebenarnya adalah penipuan selama kau bersama dengan aku dulu. terima kaseh. apa yang aku harapkan hanyalah aku akan sentiasa menjadi manusia yang redha dengan ketentuan Allah dan tiada sifat kebencian pada manusia laen. bulan Ramadhan bulan yang mulia. aku mengharapkan sesuatu keindahan dalam bulan Ramadhan ini. 










nota kaki : semakin kita cuba menerima apa yang telah berlaku....semakin banyak petunjuk yang terbongkar tanpa kita sedari. apa yang boleh dilakukan hanyalah memilih sama ada untuk melalui jalan yang telah dibukakan untuk kita atau memilih jalan yang kita sendiri sudah tau keburukkannya.

  BULAN PUASA bulan untuk belajar rajin-rajin.






Bulan-bulan puasa ni gua ada pasang niat nak study sampai sahur. yela....bulan puasa takde setan. kebarangkalian nak tidur awal sebab setan hasut adalah kosong peratus. malam tadi gua buat percubaan pertama. bukak buku statistik yang harga boleh beli kasut raya dua pasang punyala penuh semangat. baru belek soalan tutorial tapi tepat je pukul 11.00malam mata gua da mintak pejam. ni bukan setan punya keje. tapi gua yang macam setan! demmmm!








nota kaki : gua teringin nak buka puasa makan GCB. tapi gua ajak kawan-kawan gua semua tak layan! gua taknak datang meeting malam ni!

Thursday, August 12, 2010

  1 PAGI

Baru selesai solat Isyak. tertidur selepas Maghrib sementara menunggu azan Isyak. cuaca yang panas semacam dan tiba-tiba sejuk semacam telah membuatkan kesihatan menjadi tidak menentu. tiba-tiba badan menjadi panas yang mungkin ke arah demam. oh! sangat berdoa bulan Ramadhan yang mulia ini janganlah demam itu datang untuk berchenta dengan azriyani bunaim. amin....

MakPah menelefon bertanyakan keadaan saya pada hari pertama berpuasa. jawapan yang diberikan adalah dalam keadaan mamai atau lebih mudah diperkatakan adalah dalam keadaan mata terpejam tapi mulut bercakap. entah apa yang diperkatakan pun saya tidak ingat. tetapi yang pasti hari semalam saya telah membelanjakan rm10.50 untuk juadah berbuka puasa SAHAJA. nasi ayat penyet tambah epok-epok tambah popia sayur tambah ayam panggang. adakah ini nafsu semata-mata atau sememangnya azriyani bunaim adalah penchenta makanan???

Semalam juga adalah hari memalukan diri sendiri untuk azriyani bunaim. kain baju kurung yang dipakai telah tersangkut semasa kaki hendak melangkah menuruni tangga bas. apabila kain sudah tersangkut….maka keadaan si pemakai ketika itu adalah sudah seperti mahu tersungkur. dan di belakang saya ketika itu adalah seorang budak lelaki. xnak panggil jejaka sebab dea memang budak. budak bawah umur. jadinya ada aku kesaaahhhh??? lagipun budak bawah umur tersebut sama kelas dialek sarawak dengan saya dan suka duduk di sebelah saya. sumpah saya bukan perasan. silala percaya dea memang suka bercakap dan duduk sebelah saya. mungkin mau menjadikan saya akak angkat. T A H I K sangat!

Kepada kamu wahai kakanda gedik.....sungguh kepo kan kamu membaca blog saya. menci tau.....ish! selepas ini segala luahan di dalam blog ini perlu ditapis terlebih dahulu agar kamu tidak menjadi tukang report kepada MakPah atau yang seangkatan dengannya. huhuhu.....ops! lupa mau memperkenalkan watak kakanda gedik di dalam blog ini. kakanda gedik adalah kakanda kedua saya yang gem+gedik+menjanguk lebih = azrinda bunaim.:p orang cakap wajah saya sama sepertinya. tapi saya cakap wajah saya xsama sepertinya. ahaks!

Akhir sekali saya ingin meluahkan perasaan geram saya terhadap babunband cap burung terbang ini!!!!!!! tekanan perasaan bila melihat lampu biru itu terkelip-kelip tidak mahu memberikan sambungan internet yang baek! sengaja tau buat saya marah.....sah! saya akan terminate kamu! kita putus hubungan buat sementara waktu. hukhukhuk....



nota kaki : esok saya perlu mengurangkan perbelanjaan saya semasa membeli juadah berbuka puasa. saya akan memastikan saya hanya membawa rm10 semasa pergi ke baazar. hari kedua berpuasa perlu mengurang perbelanjaan sebanyak 50sen. hahaha....ok la tu kan. hari ketiga berpuasa kurangkan 50sen lagi. lagipun bazaar xdela menarik sangat. ceh! xmenarik tetapi perbelanjaan yang dibuat telah menarik saya ke lembah nafsu syaitan yang direjam.....Astagfirullahalazim.... 

Wednesday, August 11, 2010

  1 RAMADHAN

Hari pertama bersahur untuk bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah....mata ini mampu tercelik dengan sendirinya. mungkin semangat hari pertama Ramadhan. kita tengok pada hari seterusnya. huhuhu.....

Tiket raya sudah dibeli. Perhatian kepada sesiapa yang amat bimbang saya tidak pulang beraya di rumah Uncle Bun dan MakPah. nantikan kepulangan saya. wah! macam artis! tapi sedikit tidak berpuasati kerana harga tiket raya itu mahal sehingga boleh dapat 5helai baju raya serta 3helai tudung raya! inilah dea akibat budak degil suka buat tanggapan sendiri! 

Pagi ini kelas adalah pada pukul 9pagi. oleh kerana hari ini adalah hari pertama Ramadhan.....maka saya akan memakai baju kurung. perlu ka tulis dalam blog??? perlu kerana junior rumah ini selalu mengolok saya kerana tidak pernah melihat saya berbaju kurung! ayat ini agak kurang menyenangkan. cis! dan sangat berharap cuaca pada hari ini tidak panas terik seperti selalu.

Terima kaseh kepada sesiapa yang memberikan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan melalui pesanan ringkas. oleh kerana azriyani bunaim amat sibuk tidak sempat mau membalas pesanan ringkas tersebut.....sila paham azriyani amat sibuk dengan aktiviti mengarutnya. apakah???? maka sila terima ucapan ini :


S E L A M A T  B E R P U A S A






nota kaki : berapakah kebarangkalian untuk saya tidak ke kuliah pada pukul 9pagi ini jika saya tidur sekarang? mungkin sedikit kerana makhluk di atas telah digari. yaaa.....akan saya buktikan!

Monday, August 09, 2010

  WEEKENDS maksudnya HARI MINGGU la kan?

Hari minggu yang sibuk. sukan lawn bowls. pertama kali mewakili fakulti untuk KESUMAS. wajah sudah hitam berkilat. tangan sudah berbelang yang amat huduh. menyesal memakai baju 3quarter. gaya seperti anak orang kaya. sumpah ini bukan sukan yang sesuai dengan saya!

Kerja skola tergendala. buku bersepah-sepah. bilik haru-biru. kain baju bersepah di atas katil tidak berlipat. inilah dea kesan kesibukkan selama 2hari. ceh! sibuk macam menteri! padahal baru 2hari sibuk bermaen lawn bowls KESUMAS. menyampah sangat tau!

Baju hilang. si pengambil baju....sila ucap terima kaseh kepada saya kerana saya sudah redha untuk mendermakan baju itu kepada kamu. mungkin kamu sudah jatuh chenta pada baju saya itu tetapi kamu perlu tahu yang kamu telah mengambil baju yang sangat suka saya pakai. selepas ini....jika kamu mengambil baju saya lagi....sila berhati-hati kerana kamu mungkin akan mengalami sakit kulit.:p

Tiket raya masih belum dibeli. MakPah, kakanda gedik dan sahabat handai sudah bising-bising. kamu semua sila jangan risau. saya tetap akan balik raya. sila percaya kata-kata saya ini. kau hingat kau hot??? bukan hot tapi burn!!!!!(kata-kata orang tensen bila kulit yang sememangnya sudah hitam makin bertambah hitam!)










Petang ini mau keluar bersama BFF dan housemate untuk membeli laptop. mau makan nasi ayam penyet juga keran BFF saya mengidam nasi ayam penyet. apakah??? sebelum itu perlu menyelesaikan apa yang perlu. tetapi mata ini seperti mau terpejam kembali. aiseh..... 





nota kaki : sibuk membuatkan kita dapat melupakan perkara yang pernah jadi dalam hidup kita. tetapi sibuk telah membuatkan saya TERskip kuliah kerana terlajak tidur!!!!!

Thursday, August 05, 2010

  5HARI lagi....sila kira guna jari tangan kanan.

Menghitung hari. 5 hari lagi Ramadhan yang mulia dan penuh berkat bakal tiba. 

Sayu....bila teringat keadaan di rumah apabila bulan Ramadhan. hanya bulan Ramadhan yang membuatkan seluruh ahli keluarga berkumpul dan makan bersama-sama.

Rindu....bila tidak dapat bersama-sama MakPah dan Uncle Bun di rumah apabila bulan Ramadhan. rindu mahu masak bersama MakPah, rindu mahu pergi ke bazaar Ramadhan beli ayam percik dan rindu juga mahu ikut Uncle Bun ke masjid. 

Tetapi masih gembira dan bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk merasai lagi bulan Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah....mudah-mudahan dipanjangkan umur....ajal maut ditangan Allah....

Aku mengharapkan bulan Ramadhan kali ini akan dapat aku lalui dengan sempurna. mencari sesuatu keinsafan dan kebaekan di sebalik anugerah yang telah dikurniakan. 

Oh! saya amat R I N D U pada MakPah. sesungguhnya hanya beliau insan yang telah membuatkan saya kuat hingga kini....








nota kaki : bila bulan Ramadhan....rasa hari-hari yang dilalui tidak sama seperti hari-hari pada bulan laen. kamu tahu kenapa? kerana bulan Ramadhan memberikan seribu ketenangan dan cahaya kepada sesiapa yang menantikannya. wah!^-^

Wednesday, August 04, 2010

  exPRESS update!

1) SELAMAT ULANGTAHUN BUAT UNCLE BUN yang amat disayangi. walaupun beliau lupa hari ini adalah hari lahir beliau. uh! sungguh lawak Uncle Bun saya. mungkin terlalu banyak aktiviti di masjid sehingga beliau tidak ingat hari ini adalah 04 OGOS iaitu hari lahir beliau. aish....semoga beliau diberikan kesihatan yang baek dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya....amin.... 


2) Seorang sahabat saya, Shallu sedang menunaikan umrah selama 2minggu ini. mudah-mudahan kamu sentiasa sihat di sana dan pulang dengan selamat. semoga apa yang kamu hajati di depan Kaabah akan termakbul. kebahagiaan yang kamu harapkan InsyaAllah akan kamu miliki suatu hari nanti. amin....



3) Tahniah buat sahabat saya, Hazi Farhana kerana telah berjaya mendapat kerja. impian kamu untuk menjadi seorang engineer sudah tercapai. jika gadis laen berangan-angan untuk pergi bekerja dengan memakai pakaian yang chantek-chantek....tetapi kamu sangat menginginkan untuk memakai coverall agar kelihatan macho. oh! sungguh aneh impian kamu ini! apa-apapun semoga kamu selesa dengan kerja pertama kamu ini. first experience will give you best learning.;)







Walaupun bermacam-macam benda sudah terjadi untuk beberapa hari ini.....tetapi perkara-perkara di atas telah membuat saya cukup gembira. gembira bila orang di sekeliling saya juga gembira. apa yang saya harapkan hanyalah saya akan terus kuat dan kuat untuk melalui semua ini.




nota kaki : kadang-kadang kita cuba. kemudian kita terjatuh. tetapi lebih baek mencuba dari terus tidak berbuat apa-apa.

Sunday, August 01, 2010

  SAYA memang! memang begini....

Akhirnya saya mengaku saya memang seorang yang suka menderma kepada si penjaga-penjaga kaunter di sebuah bangunan yang ada banyak kedai. 

Dan sedikit menyesal dengan pendermaan yang telah dilakukan. tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. ceit!

Terima kaseh kepada penaja perbelanjaan saya kerana masih menyayangi saya. oh! tidak mahu lagi mendapat keputusan sebegitu. I N S A F untuk sebuah kegagalan. sob3~~~~ 

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan semua kesenangan yang telah diberikan. Alhamdulillah.....

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........








nota kaki : MakPah sedikit membebel dengan kasut itu. sila hargai apa yang kamu miliki. jangan bermaen-maen untuk masa depan yang kamu tentukan sendiri. yaaa.....saya kena study sekarang! tapi macam ngantok.....(sambil sangap). arini saya rasa gembira. gembira mendengar suara MakPah yang gembira. semoga Allah sentiasa melindungi dan mengasihi Uncle Bun dan MakPah sepertimana mereka telah mengasihi saya sejak dari kecil hingga kini.....amin.....