Thursday, September 30, 2010

  ketika ini

arini tengok gambar budak perempuan ni je ok . sebab tuan blog da letih . tak larat mau kepo-kepo dengan kamu . selamat hari raya yang ke-21 kawan-kawan.......





usaha tangga kejayaan ! insan yang cemerlang.... perlu banyak bersabar & berusaha ! ya....ya......

senyum......senyum kan sedekah......:) 


Wednesday, September 29, 2010

  3 SERANGKAI


kenapa kamu semakin hitam ? hitam ? hitam sangat ka muka saya ??? lagi teruk bila berurusan orang tengok IC dan cakap kenapa sekarang semakin hitam ??? ish ! kepo tau ! kamu siapa nak cakap saya semakin hitam ? dahla tak kenal . sesukati je nak cakap saya kelihatan lebih hitam berbanding di dalam IC . itu lighting effect lebih ok . ok ! fine ! nanti saya pergi buat facial . waka . waka . eh . eh .


menci tau bila jumpa orang je mesti akan cakap saya semakin hitam . biasa la . i kan tinggal kat obersea . cuaca laen dari semenanjung . ditambah dengan i terlalu aktip berjalan di tengah panas . pakai payung pun tak membantu tau . nanti kalau i semakin putih pelik pulak kan . da nanti MakPah ingat saya tak pergi kelas asek menjanguk jaga kulit taknak bagi hitam .


saya hitam pun orang sibuk . saya baru hitam sikit . bukan hitam legam pun . hitam kan manis. hitam kan menawan . ada orang cakap putih menawan ? ada orang cakap putih manis ? har . har . har . nanti kalau saya putih kamu cakap saya putih bedak & krim tebal 2inci pulak kan . ini namanya kechantekan asli . hitam . ok what . har . har . har .


tengok cheryl samad . cun je . manis je . tengok nabila huda . comey je . maknanya ? saya ? malas nak bongkak sangat . berdosa . bukan sifat seorang jelita . kepada gadis-gadis di luar sana yang sama seperti saya . kamu memang chantek walaupun kamu kurang cerah . serius . saya tak tipu . tapi saja sedapkan hati . :p 


cheryl samad yang cun !


nabila huda yang comey !

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

tadaaaaaaaaaaa

yani si gadis jelita !!!!! hak . hak . hak . taknak cakap haktuih ! kalau da jelita mestila kena shopan . ye tak ?






tolongla ! tolongla baca entry ini dengan perasaan senang hati . bukan perasaan susah hati melihat saya begini . ;)


  chanteknyeeeee saya hari ni....


hari ini sudah tidak marah . sebab semuanya sudah baek-baek saja . dea cakap jangan dengar apa orang laen cakap . dea cakap hanya kita yang tentukan apa yang kita mau dalam hidup kita . dea cakap saya chantek . dea cakap saya jelita . dea cakap saya comey. hak . hak . hak . haktuih ! tiada maksud apa-apa ok DEA di sini . dea itu adalah hati saya . hati yang ada dalam badan saya . yang tak boleh nampak dengan mata . tapi boleh nampak dengan rasa . wah ! semakin berfalsafah ! hebat tak saya ? hebat tak ? hebat tak ???


minggu ini ada banyak kerja sekolah yang perlu dihantar . tapi hari ini rasa seperti tidak tahu ingin membuat apa . tengok . tidak tahu juga apa yang ingin ditulis di dalam blog . tapi kalau tak tulis nanti ada orang rindu pada tulisan saya . ahaks ! kamu kena sedar . sedar ? eh ! bukan . perkataan yang lebih sesuai adalah tahu . 1 sifat yang sedang menular dalam diri saya kini adalah suka ferasan ! tapi saya tak menyusahkan kamu kan ? tak kan ? tak kan ? kalau kamu suka kamu baca . kalau kamu rasa nak muntah baca entry saya . silakan . kadang-kadang muntah itu bagus untuk membersihkan perut kamu . :p


saya nak cakap . MakPah dah lama tak menelefon saya . adakah beliau betul-betul amat marah kepada saya akan kehilangan gelang emas itu ? atau beliau sangat sibuk dengan marhaban ? atau beliau amat sibuk dengan kerja sebagai seorang surirumah tangga yang perfect ? ish ! kenapa tidak saya saja yang menelefon beliau ? kerana saya penakot . bukan . bukan . kerana saya kalau dimarah hanya akan diam . eh . eh . yeke ? ok . nanti saya menelefon MakPah . bila ? nanti . nanti tu bila ? malam ini . ok . janji . ;)


tengah-tengah puasa ni tengok cornflakes madu buduh-buduh pun boleh tertelan air liur . 
aish... tak senonoh tau yani jelita ni . kamu pun terliur kan tengok gamba ni..... har . har . har .




motif gamba : saja nak berlagak dengan kamu bahawasanya saya pandai buat cornflakes madu yang buduh-buduh tapi lazat ! hanya cornflakes madu resepi MakPah je yang saya makan. sebab saya pergi rumah orang semua cornflakes madu dea pelik ! tak shedap ! ish ! berdosa tau mengumpat kueh raya rumah orang tak shedap . mintak ampun......^-^


sila abaikan tajuk entry yang macam ferasan tambah gedik bahkan seperti mau mintak kaki !


Tuesday, September 28, 2010

  eh! saya tengah MARAH ke?




oh ! sungguh marah sama itu ms word . gedik sungguh ! degil ! tidak mau mendengar kata ! sengaja mau membazirkan masa saya hanya mengadap word buat resume . huh ! 


ditambah dengan hati yang sedang bergelodak marah . segala kerja yang dilakukan pun dalam keadaan marah . ish ! tak paham . tak pahamla kenapa orang sibuk sangat pasal saya . ada saya kesah pasal kamu ? ada ??? adakah saya masih kecil ? adakah saya masih budak perempuan yang tidak pandai membuat keputusan ? OMG !  


terima kaseh kerana mengambil berat . terima kaseh kerana terlalu mengambil tahu . thank you for being my S T A L K E R !


kepada kamu . keputusan saya akan sentiasa begitu . sekali button E N T E R ditekan . maka tidak akan berpatah balik . maaf . kerana kamu menjadi mangsa keadaan . biar semua orang berpuasati . biar semua orang lega . biar semua orang tidak akan sibuk lagi akan hal saya . saya memang budak perempuan yang masih tidak sesuai untuk melalui perjalanan hidup yang sedang dilalui oleh kawan-kawan perempuan saya .


menyerahkan segala-galanya kepada takdir memang seperti manusia yang tidak pernah berusaha untuk mengubah nasebnya . tetapi dalam hal ini . biar takdir yang menentukan segala-galanya . biar masa yang menentukan apa yang bakal berlaku pada masa nanti . 



Monday, September 27, 2010

  tanya sama pokok


tanya pada pokok . apa sebab goyang . nanti jawab pokok . angin yang goncang . tanya sama langit . apa sebab hujan . nanti jawab langit . tanyalah awan . awan nanti kata . aku kandung air . sampai tempat sejuk . aku pun cair . tengok dalam air . nampak bayang-bayang . campak satu batu . bayang pun hilang . 


tanya sama hati . apa rasa sayang . adakah tandanya . nampak dipandang . kumbang rayu bunga . bulan dan bintangnya . punya tanda-tanda . hubungan mesra . tanya sama hati . pernahkah merindu . tiba masa lena . apa mimpimu . masa berjauhan . apa nan dikenang . bila difahamkan . itulah sayang . jikalau tidak kerana sayang . kuntuman kasih . tak mungkin kembang . andainya jemu . mengganti rindu . jambangan mesra tentulah layu .


tanya sama saya . apa rasa sayang . nanti saya jawab . tanyalah hati . tanya hati saya . siapa yang punya . nanti jawab hati . itu rahsia . hak . hak . hak . haktuih ! geli tau ! oh ! tidak ! lagu ini sungguh seronok untuk dinyanyikan ketika sedang mengalami tekanan perasaan bila esimen datang berpusu-pusu tanpa henti . tak percaya ? cuba la . cuba sekarang ! cepat ! saya paksa kamu ! >.<






i love u . i miss u . la . la . la . la . la .
sengal !



Sunday, September 26, 2010

  MANISnyeeee.....



kenangan . kamu tau apa itu kenangan ? kadang-kadang ada kenangan pahit . kadang-kadang ada kenangan manis . boleh rasa pakai lidah ke ? boleh . boleh jalan ! 


bagaimana kenangan itu boleh diingati ? tulis dalam blog ? tulis dalam buku ? tulis dalam kotak fikiran ? atau ingin lebih menarik tulis dalam gambar ? laen orang laen caranya . kalau kenangan itu manis . semestinya ia akan dilakarkan dengan gambar . kalau kenangan itu pahit . semestinya hati yang menjadi luka tidak berdarah . tapi meninggalkan parut dan kesan yang mendalam . eh . eh . entah . saya pun taktau . 


kenapa cerita pasal kenangan ? sebab kenangan buat manusia gembira dalam hidup . tetapi kadang-kadang kenangan buat manusia berduka dalam hidup . tetapi setiap manusia layak mencipta kenangannya sendiri . pahit atau manis . itulah namanya kenangan . kenangan yang boleh mendewasakan pemikiran . 


wah ! sedikit sengal entry pada hari ini . padahal hanya mau berkongsi tentang kenangan semalam . walaupun pada mulanya berasa sangat busan akan apa yang dilakukan . sungguh tak ikhlas ! sungguh hipokrito ! sungguh terpaksa ! tetapi akhirnya menjadi sungguh seronok ! sungguh besh ! sungguh ! sungguh saya gembira dengan hari semalam walaupun serangan sakit kepala menyerang secara tiba-tiba !


kenangan pada hari semalam lebih suka saya lakarkan dalam bentuk grafik . atau ayat biasanya adalah gambar . ini adalah kerana kotak memori saya sudah tidak dapat berfungsi dengan baek untuk menyimpan segala kenangan yang tercipta . oleh itu bantuan grafik amat diperlukan untuk memastikan saya dapat mengingati segala kenangan yang pernah tercipta . ceh ! takpe . ini adalah sejenis usaha gigih untuk saya bercerita kepada bakal anak , cucu mahupun cicit pada suatu hari nanti tentang kenangan indah yang pernah terjadi dalam hidup saya . kenangan pahit ? biar saja ia menjadi benteng ketabahan dan kekuatan di dalam hati . 


ok . sedikit kagum dan teruja bila menulis entry sebegini . seperti seorang ahli falsafah . ada juga seperti seorang pakar psikologi . tapi ada juga seperti seorang gadis poyo geli-geli buat ayat ! ah ! persetankan semua itu ! ha . ha . ha . sila abaikan ayat-ayat ini . ini bukan saya ! sumpah ! hanya terpengaruh dengan bahan bacaan . :p


di bawah ini baru saya . saya yang kamu kenal . atau mungkin saya yang kamu ingin kenal . ahaks ! 1MALAYSIA ! rakyat didahulukan . pencapaian diutamakan . pertama kali melibatkan diri dengan event sebegini . sila percaya . saya suka . suka sebab dapat makan free ! dapat sijil ! dapat batch ! dapat pashmina ada logo unimas lagi ! jeles tak ? jeles tak ? ^-^

















ok . sekian saja entry kenangan pada hari ini . kenangan manis yang tercipta bukan untuk dilupakan . kenangan pahit yang tercipta bukan untuk ditangiskan . renung-renungkan . selamat beramal . insan yang cemerlang . lahir dari akal yang mantap . pemikiran yang waras . badan yang sihat ! ya....ya.....



Friday, September 24, 2010

  saya sayang MAK saya


hari jumaat . hari yang penuh keberkatan . tetapi sedikit huru-hara dengan kejadian-kejadian yang menyayat hati . bengang .geram .sedih . 


pertama . jam besi putus . besi . bukan kulit . bukan plastik ! keganasan azriyani bunaim telah terbukti dengan kejadian jam besinya putus . putus yang tidak boleh dibaiki ! ok ! fine ! aku memang nak beli jam baru ! banyak sangat duet ! oh ! sesungguhnya jam adalah benda paling penting berbanding telefon bimbit kerana azriyani bunaim sangat menghargai masanya . kalau taknak percaya memang kamu dengki . kalau percaya memang kamu sengal ! ha . ha . ha .  


kedua . di pagi jumaat yang mulia . sedang azriyani bunaim berjalan kaki untuk ke kelas . telefon bimbit berbunyi . gerangan yang menelefon adalah MakPah . tetapi dengan nada sedikit marah . ataupun mungkin sangat marah . oh ! sungguh sedih . terpaku . terpakis . terhakis semangat untuk ke kelas . gelang hilang . gelang emas . bukan ular emas ! gelang hilang saya kena marah . apa kesss ??? sebab gelang yang hilang itu adalah gelang saya ! sudahlah gelang itu putus . sudah kena marah suatu ketika dulu . kini kena marah lagi akibat hilang pula . oh ! emosi menjadi kacau-bilau ok bila pagi-pagi sudah kena membebel gara-gara benda yang kau dah tak hingat akan kewujudannya ! baru ingin mengadu akan kejadian jam putus . hilang terus mood untuk mengadu. lebih baek takyah mengadu . mungkin akan kena lagi terok bila mengadu jam putus ! sob . sob . sob .


ketiga . telefon bimbit semakin membuat aksi-aksi gedik sehingga membuatkan saya berasa menyampah untuk menggunakannya . memang macam jimbit ! semua rosak . haaaa.....semua kasi rosak ! saya memang tengah banyak duet ! sangat banyak duet ! duet syiling ! 


di sini saya ingin meraih belas ehsan dari sesiapa yang rasa-rasa terlebih duet nak bagi hadiah jam tangan . jam tangan ok . bukan jam loceng . bukan jam B A N ! ayat meraih belas ehsan itu memang sengaja nak mintak kaki ! mulai sekarang perlu mengumpul duet sebanyak rm10 hengget sehari supaya saya boleh beli jam fossil . kan khai kan . eh . eh . ada nama khai . yaaaa.....abang khai ensem ! bff saya yang kacak ! tapi pekak ! hak . hak . hak . ops !


sungguh macho jam abg khai ensem . jam yani jelita yang anggun suda tamat riwayat ! sedih ! sadis sungguh cara riwayatnya tamat .






tekatekitekatekoularmatidalamsenduk : saya memang ganas ke ? memang garang ke ? memang ke ? memang ke ??? baek kamu jangan jawab jujur . susah kamu kalau saya kecik hati . :p


Thursday, September 23, 2010

  jaoh di MATA dekat di HATI


ku akan selalu menjadi bintangmu . menerangi gelap dan mimpimu . aku setia di sini mengusap tangismu . menemani sunyi di hatimu . bila kau jauh . aku selalu rindu . bila kau ada . hati kan berbunga .


eh eh . telefon bimbit saya ada garisan khatulistiwa . dulu pendek . tapi sekarang suda panjang . pasni mesti akan ada garisan kutub utara , kutub selatan atau garisan penamat ! theeetttt!!!!! garisan penamat itu tandanya saya akan ke kedai membeli telefon bimbit touch pad ! touch pad ??? touch p a d a n  m u k a saya sebab hanya membiarkan jijah membalingnya dengan sesuka hati pada hari raya lalu . ucu s a a a a a yang jijah ! s a a a yang juga pada umi jijah ! :p


atuk ! atuk ! atuk ! (nada pelat) budak yang dulu takot dengan atok tetapi telah menjadi kamcing dengan atoknya sejak raya lalu . ucu ? kamcing hanya untuk mencari gadoh ! aksi budak ini bukan dibuat-buat . tapi dea memang begini ! mungkin genetik ganas dari uminya aka akak kepada abang saya . ha . ha . ha .
  



Wednesday, September 22, 2010

  berita JAM 6

eh ! saya sudah menjejakkan kaki ke sarawak kembali . naek saja belon pada petang semalam.....di dalam kepala sudah terbayang-bayang , teringat-ingat , terngigau-ngigau kerja yang banyak sedang menanti untuk disiapkan . bagaikan mimpi ngeri kerja-kerja itu . kerja memang suka saya . tapi saya tidak suka akan kerja . ok . mengeluh tidak akan mendatangkan apa-apa faedah . 


next ! esok ada test . tapi azriyani bunaim masih belum menyiapkan peluru berpandu beliau untuk pergi menembak pada esok hari . kali ini kalau tersalah tembak.....memang buruk padahnya . esimen . test . wah ! saya memang suka . suka sangat tau . suka maen-maen ! 


tiba-tiba sabtu ini azriyani bunaim akan melibatkan diri dalam sebuah program iaitu program 1MALAYSIA . pakai chantek-chantek laen dari yang biasa sebab nak kena naek stage jadi gadis dulang ! ha . ha . ha . ha . naek stage jalan shopan-shopan control kunun-kunun ayu chantek ! memang ! memang ini yang saya sedang cuba jadi ! T A T A T A T A H I K kambing kecik bulat-bulat !


terlupa . terima kaseh ya hazi farhana kerana bagi saya kenyang dengan sumbat perut kempis saya dengan johnny's walaupun mood saya agak gila meroyan pada malam itu . tapi kasut konvo kamu memang chantek . boleh sama tinggi dengan saya . tapi masih tidak boleh kalahkan qebal kamu . :p 


suka sangat . suka sangat bergamba !

pilih-pilih....banyak sangat kasut tinggi . naseb baek sayataksukakasuttinggi . 
nafsu untuk jatuh chenta membeli kasut tinggi telah kurang di situ . hehehe....




Thursday, September 16, 2010

  JOM BERAYA!!!!



ok . tiba-tiba mau tersenyum . sentiasa ingin tersenyum . Alhamdulillah.....bersyukur pada llahi kerana telah mempermudahkan urusan perleraian kekusutan antara dua hati . sabar . separuh dari iman . akhirnya . diri ingin mau tersenyum ikhlas . semoga segalanya akan berjalan lancar . amin .

kanak-kanak ini memang begini. kalau suka sangat senyum dea seperti ini. ini namanya senyum gedik sangat! 
kata-kata dibajunya memang lahir dari dea. bukan saya yang tulis.:p jijah cayang ucu!




  senyum bila suka. senyum bila duka.

Dimulakan dengan Bismillah.....












Khamis yang mulia . pagi yang indah . bangun pagi . gosok gigi . ambil wuduk . solat subuh . tengok telefon bimbit . hati mati . ok . senyum . senyum menceriakan diri sendiri lebih baek . selamat hari raya ke-7 kawan-kawan.....














Disudahi dengan Alhamdulillah.....

Wednesday, September 15, 2010

  hampa hatiku





tiada mood untuk beraya . tiada mood untuk berjumpa dengan sesiapa . tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa . maaf . argh ! kepala ini asek memikirkan hal itu . yaaaa.... aku ego . 






senyum . senyum itu sedekah . :)





Tuesday, September 14, 2010

  eh! dah raya ke-5 la.....


5 SYAWAL. akhirnya. saya menjenguk blog untuk membuat laporan hari raya. ke mana saya menghilang??? sungguh sibuk ok! sibuk mengemas! sibuk membuat kueh! sibuk memasak! ciri-ciri gadis idaman mak kamu memang sibuk begini di hari raya. ahaks! oh! maaf kepada kamu-kamu yang menanti update dari saya. terima kaseh kerana sentiasa membaca blog ini. amat terharu!


Berikut adalah laporan sepanjang hari raya ini :


PERTAMA
Saya hanya berjaya membuat sejenis kueh raya kerana tiba-tiba rumah blackout yang tidak membenarkan saya untuk meneruskan aktiviti membuat kueh raya. tapi kueh raya di rumah Uncle Bun & MakPah masih berbalang-balang walaupun saya hanya berjaya membuat sejenis kueh raya. magic! magic dari kedai!


KEDUA
Saya berjaya bergaya dengan jubah di hari raya ini. oh! sungguh kelihatan seperti gadis muslimah(sila bayangkan azriyani bunaim memakai jubah dan shopan tersipu malu ketika beraya) sumpah! semua orang taknak percaya itu aku!!!!!! lagi teruk bila ada sedara-mara yang sudah tidak mengenali saya. mungkin semakin jelita. T A T A T A T A H I K sangat! kecik hati tau. 


KETIGA
Setakat ini azriyani bunaim telah berjaya mengumpulkan duet raya sebanyak rm60 sahaja! mungkin perlu pergi beraya lagi. saya kan baru berusia 21tahun....(sambil kelip-kelip mata)


KEEMPAT
Setiap sedara-mara yang datang ke rumah pasti akan mengatakan saya semakin kurus tetapi hitam semakin lebih! ok! fine! terima kaseh dengan pemerhatian kamu. komen kurus itu suka. tetapi tang komen semakin hitam itu.....menci tau! saya da pakai fair & lovely ok! hahahaha.....


KELIMA
Wahai kawan-kawan sekalian.....dengan rasminya saya menjemput kamu semua datang ke rumah Uncle Bun & MakPah pada bila-bila masa tetapi sebelum selasa pada minggu hadapan. duet raya memang takkan dapat. tetapi yang pasti kamu akan mengalami hari raya yang begitu seronok kerana rumah Uncle Bun & MakPah ada air roselle. bukan ribena. bukan sunquick! tapi roselle. perlu ke bagitau??? takde kena mengena!


gamba lakonan semata-mata! orang sedih! saya bermaen-maen. maaf MakPah......

sayang Uncle Bun! tapi kepit bibir jaga lipstik! hahaha.....maaf Uncle Bun.....

perkenalkan.....wajah terbaru MakPah! hehehe....

budak baju hijau ini nama dea izzah gedik! tapi dea panggil nama dea jijah!mungkin akibat masih pelat.:p

saya tak paham naper dea suka peluk saya. biasalah....peminat no.1 saya memang gedik begini.....

tengok. dea memang fanatik pada saya. aish.....

yani jelita. mintak ampun jika kamu rasa nak muntah dengan kenyataan ini.:p






Sekian saja laporan hari raya bersama azriyani bunaim. semoga kamu gembira di hari raya ini bersama orang-orang yang tersayang. pandu cermat, jiwa selamat! selamat hari raya ke-5 kawan-kawan.....(sambil lambai-lambai kunun-kunun tengah buat show dalam tb!) 



Saturday, September 04, 2010

  hooorraaayyy


hati berdebar-debar. mata masih tidak mengantok. laen macam rasanya perasaan untuk pulang beraya pada kali ini. seperti ada sesuatu. berdebar yang gembira atau berdebar untuk bersedih? sangat berharap perjalanan untuk pulang pada esok hari akan selamat dan diberkati oleh Yang Maha Esa. 


Sila bayangkan saya sedang membuat ucapan di kaca televisyen. 


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang berhari raya kepada adik beradik saya yang berada di Sabah dan Kuala Lumpur, sanak saudara yang berada di johor bahru dan sahabat handai yang berada di seluruh pelusuk tanah air semenanjung dan juga sabah sarawak. berhati-hati di jalan raya. semoga raya pada tahun ini akan memberi seribu makna kepada kalian semua. MakPah, Uncle Bun!!!!! tunggu kepulangan saya pada esok hari. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN.







hakhakhakhak....menyampah tau dengan ucapan ni. raya lambat lagi ok!




Friday, September 03, 2010

  saya KUAT!(sambil angkat tangan tunjuk muscle)


Gigi masih belum bergosok. muka masih belum dibasuh. buka buku muka. tiba-tiba seorang sahabat memberitahu esimen perlu dihantar sebelum pukul 12tengahari. jam pada ketika itu sudah menunjukkan 11.45pagi! terus menyarung tudung. tanpa menggosok gigi. tanpa membasuh muka. masa yang diambil untuk sampai ke fakulti sains komputer & teknologi maklumat adalah 15minit! berjalan laju. tapi mata masih sempat meliar melihat kiri kanan. jika ada orang yang berselisih jalan....pasti aku akan tunduk! hahahaha.... 


Sampai saja di fakulti. terus masuk ke dalam ofis. selamat. tiada orang yang perlu melihat keadaan diri ini. tetapi tiba-tiba aku mendapat berita esimen tersebut perlu dihantar sebelum pukul 4petang! ok! kebengangan di situ! huh. letih berjalan laju seperti sedang marathon! muka basi malu nak berdepan dengan orang belum kira lagi. 


Semasa perjalanan pulang ke kolej tiba-tiba terserempak dengan sekumpulan lelaki yang mau pergi menunaikan solat jumaat. MasyaAllah.....nak taknak kau terpaksa lalu di depan mereka semua! hanya itu jalan yang ada untuk sampai ke kolej. kalau ada payung boleh tutup muka dengan payung! naseb la labu.....kau bukan kenal aku pun kan? seumur hidup di dunia fana ini....belum pernah aku berbuat begini! sumpah! aku taknak buat lagi! 


Semangat untuk ke kelas pada pukul 2petang tadi tiba-tiba terbantut setelah mendapat pesanan ringkas dari seorang sahabat yang mengatakan kelas dibatalkan. sedikit gembira di situ. tetapi hati tetap risau kerana naek cuti nanti akan ada test midterm untuk subjek yang buat saya mau berhenti belajar dan kawen sekarang. T A H I K tau awak ni azriyani bunaim


Tiba-tiba selepas mandi seorang sahabat laen memberi pesanan ringkas mengatakan bahawa kelas tersebut ada. tidak dibatalkan. oh! jam sudah menunjukkan pukul 2.30petang. selamat jalanla kelas....tetapi hanya 4orang yang hadir ke kelas tersebut. kalau termasuk aku boleh jadi 5. tapi masalahnya aku tak termasuk. aku termasuk dalam golongan kunun-kunun da balik cuti beraya! padahal masih terperuk di dalam bilik yang indah ini. ceit!


Barang untuk dibawa pulang masih belum dikemas. dan mungkin malam ini azriyani bunaim akan mengalami sakit kepala otak sebab azriyani bunaim sudah lupa di mana dea meletakkan buku biru yang wajib ada semasa mau terbang menaiki belon. lupa ingatan yang semakin menjadi-jadi. jangan lupa untuk ambil kek sarawak pada esok pagi sudahla. merajuk MakPah nanti. huhuhu....


Sungguh banyak aku menaip hari ini. ini adalah kerana ingin kepo-kepo nak bercerita perkara yang tak pernah jadi dalam hidup ini. saja nak mengadu pada kamu. gedik sangat! sudah lama tidak menyebut perkataan ini. sebab sekarang da ada T A H I K! ha.ha.ha.ha.ha......ops! shopan!





"Sesungguhnya besarnya pahala terletak pada besarnya dugaan. Sesiapa yang redha menghadapi dugaan itu,  tentu dia memperoleh redha Allah. Dan sesiapa yang kecewa, tentu dia dimurkai oleh Allah."
(hadis riwayat Al-Tarmizi)  





Thursday, September 02, 2010

  salahkah aku.....


airport. hujan. seorang sahabat sudah pulang menemui keluarga tersayang. sayu melihat kapal terbang. tapi hati tidak teruja. tidak melonjak ingin pulang seperti selalu. aku takot. takot untuk berdepan dengan MakPah. takot beliau dapat membaca hati ini. riak wajah ini. aku pulang untuk melihat beliau gembira. bukan pulang dengan membuat beliau melihat diri aku yang begini. aku perlu menyelesaikan semua ini. walau apapun terjadi aku perlu menyelesaikan semua ini dengan diri aku sendiri. semoga aku dipermudahkan dengan semua ini. jika aku perlu berlutut untuk memohon maaf dengan semua ini.....aku akan lakukan. agar semua hati menjadi senang. tiada lagi perasaan tidak enak seperti itu. hanya kekuatan yang aku perlukan. aku bukan menagih apa-apa. tetapi aku hanya ingin semua ini berakhir dengan suatu kebaekan. semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku. amin......




maaf. aku emosi lagi. tapi jika memang aku yang bersalah dengan semua ini.....aku mohon maaf. ini hutang yang perlu aku bayar. tidak mahu melihat orang laen menitiskan airmata kerana aku. aku sudah tidak pernah berperasaan lagi. sudah aku redhakan apa yang terjadi. sudah aku pulangkan semuanya....maaf dari aku untuk kamu. 


Wednesday, September 01, 2010

  lagi lagi KAU!



ini adalah sebuah kisah benar yang perlu dijadikan iktibar. tolong jangan tiru aksi ini di kolej, kamsis, atau di asrama kamu. kebarangkalian untuk kamu dimaki hamun tanpa kamu sedari jika kamu membuat perkara ini adalah sangat besar dan boleh mencapai nilai infinity!



Tertidur selepas solat Maghrib. mamai. teringat ada baju yang perlu disidai. saat menyidai baju. tiba-tiba teringat akan kain. kelmarin seperti ada menyidai kain batik yang MakPah bagi. tapi kenapa semasa aku lipat baju semalam seperti tiada melipat kain batik??? kembali ke dalam bilik melihat almari. penyakit lupa ingatan aku semakin serius. kelmarin hilang baru sekarang aku perasan. ok! fine! title kau semakin tinggi ya wahai si pengambil baju. sekarang sudah menjadi SI PENGAMBIL KAIN BAJU! kain batik pun takkan kau nak amek baiiii??? nak kata chantek. aku tengok biasa. mungkin aku bukan jenis yang menghargai seni batik.ha.ha.ha....entah tang mana yang kau berkenan aku pun tak taula! tapi sampai hati kau amek kain batik MakPah bagi pada aku??? macam T A H I K la kau kan. oh! aku perlu mencari alternatif untuk memastikan keadaan ini tidak berterusan!  terima kaseh ya wahai SI PENGAMBIL KAIN BAJU kerana sangat berminat dengan apa yang aku pakai. aku sangat berharap kau takkan dinaikkan pangkat lagi oleh aku menjadi SI PENGAMBIL KAIN BAJU DALAM @ KURUNG selepas ini! 






  aku lebih tahu




Aku buat aku dapat. aku tak buat pun aku dapat. jadi, lebih baek aku buat!


Aku dekat aku dapat. aku jaoh pun aku dapat. jadi, lebih baek aku dekat!


Aku diam aku dapat. semakin aku diam semakin aku dapat. jadi, lebih baek aku bersuara!


Aku cuba paham dengan apa yang berlaku. tapi jika masih ada yang sengaja ingin mencipta keadaan yang sudah lama terkubur.....apalagi yang perlu aku lakukan?


Aku masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa untuk hadapi semua ini. tetapi jaoh di sudut hati aku sangat berharap semua ini akan berakhir. berakhir dengan suatu kebaekan.


Jika ada seseorang yang hadir dalam hidup ini yang dapat menamatkan semua ini.....aku redha. redha jika itu yang perlu aku lakukan walaupun bukan dengan sepenuh hati ini. 






amaran : sila jaohkan orang-orang yang kamu sayang dari aku. aku sangat BERBAHAYA! BERBAHAYA sehingga boleh membuat kamu menjadikan aku sebagai ancaman dalam hidup kamu. watch out!