Sunday, October 31, 2010

  Story telling


Assalamualaikum ..... salam sejahtera . 


Pagi yang indah . angin yang menyelinap masuk melalui daun tingkap . sepoi sepoi bahasa . tiada cahaya mentari . bertemankan awan yang kelabu . pergh ! apa yang sedang saya tulis ini ? adakah puisi ? adakah sajak ? atau adakah ini gurindam ? mungkin ia adalah serangkap pantun . har . har . har . merepek itu kadang kadang boleh menghilangkan stress dan debaran di hati . ceh !


Pagi pagi . blogwalking . semua cerita pasal bola malam tadi . buat pengetahuan semua . bajet ramai orang baca blog ini . :p saya taktau pun ada perlawanan bola sepak Piala Malaysia malam tadi . tak ke dah ternyata memang saya katak di dalam longkang . melepaskan bunyi ong degedek gedek ! huh ! saya memang hebat merepek . bola . memang tak fwend dengan saya . saya ok je . tapi bola yang taknak fwend dengan saya . nak buek camano ? tapi tahniah la kelantan . senyum sokmo ! :) :) :) 


Entah apa la yang saya sedang cuba update di hujung minggu ini . saya pun tak paham . eh . eh . tiba tiba saya pun tak paham kenapa saya asek guna saya . bukan aku . sambil kelip kelip mata . huh ! sesungguhnya saya tak paham apa yang saya update ni ??? arrrggghhhhh !!!! mungkin sebab tak dapat makan bubur mcd sejak dari sakit mulut . saya sakit mulut lagi ni . tolong belikan saya bubur ..... demmm ! saya semakin tidak dapat menelan air liur bila memikirkan jadual exam yang berturut turut ! tiada selang ! sudah la semuanya paper yang agak agak suka tengok saya lagi . aish ...... basyah !






last but not least . asek asek sentence ini . har . har . har .

happy birthday AFENDI OTHMAN

semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baek .
sebenarnya saya terlupa . hu . hu . hu . naseb baek bukak blog . terima kaseh blog !



Saturday, October 30, 2010

  Bukan sengaja

kejam itu lebih baek



berterus terang juga lebih baek



tapi kadang kadang memendam itu juga baek



tiba tiba



saya rindu MakPah



saya rindu Uncle Bun



sangat sangat



ketat ketat



kaseh sayang ini saja yang ada dalam hati ini



maaf .








sambil mood lagu sudirman . ayah dan ibu . ceh ! aku sedih lagi ke ? shuh ! shuuuhhh !


  Nak jugak .....


Mengumumkan ! hari semalam adalah hari berakhirnya . kesibukan . keaktifan . kekurangan tidur . kepeningan . dan segala ke yang negatif ! yeah ! segala present . segala projek . segala esimen . telah selesai ! huuuuu ...... sudah boleh baring sambil goyang kaki laju laju .


tetapi . malangnya . kesakitan di dalam mulut menjadi semakin kronik . adakah perlu untuk ke klinik luar ? sambil maen maen jari kira duet . sifat kudukut itu agak kronik juga bila di hujung sem . tetapi menjadi kurang kudukut apabila melakukan terapi minda dengan melihat lihat . membelek belek . lalu . membeli beli benda benda yang tidak sepatotnya . aish ....


ok . untuk tidak melengahkan masa lagi . seperti yang dijanjikan . ceh ! macam artis cakap dalam tb tau . menyampah ! gambar yang agak blur . sebab dalam dewan lampu ala ala romantik . sampai saya macam nak terbelegik tulang ayam . har . har . har . sila jangan jeles kalau kamu rasa saya sudah seperti daten . sesungguhnya saya tidak perasan bahawa saya kelihatan seperti daten yang sudah bercerai dengan datuknya . :p



Majlis Anugerah Pelajar Unimas

MAPU 2010


jelas sungguh perempuan di kiri sekali itu seperti daten !

di sebelah kanan yang sedang memegang hp itu adalah anak daten . :p

gambar ini wajib letak caption . di sebelah saya itu adalah TOH PUAN hazrin . 

muka old skool kan budak lelaki ini . har . har . har . seeeyreh ! mati saya kena kutuk balik kalau dea baca statement ini .

naseb baek cahaya flash kamera ini lebih . bersepah atas meja itu dengan sisa sisa makanan . hu . hu . hu .

gaya bebas yang pelik !

ini foreigner dari arab . he . he . he . eh . eh . bukan .

apa yang dilihat oleh saya itu ???

dea ni terima anugerah beb .... pelajar harapan unimas . saya ? pelajar harapan bangsa . waka . waka . eh . eh .

pinggan yang licin itu bukan saya punya . :p






sekian . last but not least . saya menci broadband ! macam T A H I K tau !


Thursday, October 28, 2010

  laporan lengkap


unimas, kuching - seorang gadis dilaporkan sedang gila meroyan akibat menahan sakit ulser di dalam kerongkongnya yang semakin hari semakin kronik . sehingga menyebabkan telinganya turut mengalami kesan kesakitan tersebut . akibat dari kejadian tersebut . gadis tersebut telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut . tetapi malangnya . doktor tidak dapat mengesan sakit gadis tersebut . lalu memberikan ubat yang langsung tiada ciri ciri dapat memulihkan kesakitan gadis tersebut . 


lebih menyayat hati apabila gadis tersebut tidak dapat sangap . ketawa . malah menelan air liurnya sendiri seperti biasa akibat kesakitan yang dialami . gadis tersebut lagi bertambah gila meroyan apabila dea telah dijemput ke majlis majlis yang memerlukan tenaga mengunyah yang lancar dan baek untuk mendapatkan nikmat makanan itu sendiri . kehidupannya juga turut terganggu akibat kesakitan tersebut . oh ! sangat berharap kesakitan ini akan pergi secepat mungkin agar kehidupannya sebagai seorang pelajar yang sememangnya malas tidak bertambah semakin malas .  next week da study week ni bai ...... adeh !


oleh kerana tidak ingin merasa menyesal . rugi . atau kurang untung . maka . gadis tersebut telah mengagahkan diri untuk pergi ke majlis majlis yang akan membuatkan kesakitannya bertambah kronik hingga mahu menjerit kuat akibat mengunyah makanan yang ada di hadapannya dengan rakus sekali . sambil kunyah makanan . sambil menahan sakit dan menjerit . kau pernah buat


di bawah ini adalah antara majlis majlis yang dihadiri oleh gadis tersebut tanpa sedar diri yang dalam mulut dea itu ada kesakitan seperti seketul batu ! tetapi masih mampu tersenyum sepaten ketika mengambil gambar walaupun di dalam mulutnya sedang berperang dengan rasa sakit yang pelik lagi aneh !


first dinner  :  FCSIT DINNER 

theme  :  ANGLE & DEMON



















next entry 

second dinner  :  MAPU 2010

theme  :  masquerade ( black , white , blue )






Friday, October 22, 2010

  hari jumaat ada cerita AHMAD DHUHA


hari ini hari jumaat . hari yang penuh berkat . hari hari pun berkat juga . tapi hari jumaat berkat lebih ckit . dan hari jumaat juga telah menjadi hari paling kelakar buat azriyani bunaim . kelakar ke ? bukan kelakar . tapi macam sengal sengal . 


bangun pagi . solat subuh . tak tidur balik . sebab semangat nak pergi kelas bi . takot terlajak tak bangun . tunggu bas pukul 10 . kelas pukul 10 . tapi tunggu bas pukul 10 . maknanya . saya memang suka datang kelas lambat ! jalan . jalan . jalan . sampai depan pintu kelas . tengok . tiada satu makhluk bergelar manusia pun dalam kelas tersebut . eh ! kelas takde ke ? mustahil ! sebab lecturer tersebut sangat tidak suka cancel kelas . mesej seorang budak perempuan cina . tak reply . ok . terima kaseh . maknanya . sudah 3 minggu saya skip kelas bi ! gangster tak ? 


then . jalan pergi pusat bahasa . boleh pulak jumpa bff nak present . sembang sembang jap . dahla taktau kelas bi katner . boleh pulak sembang sembang . terus batalkan niat nak cari kelas bi . jalan . pergi fakulti . masuk makmal komputer . tiba tiba . dengan senang lenang . sambil buat muka sengal . cakap present microP next week kan ? seorang budak perempuan india menyampuk . eh ! hari ini . petang ini . terbeliak mata azriyani bunaim . satu apa coding assembly language haku tak study lg ! tahniah ! terus jumpa pokcik google . tanya pasal assembly language ! study ! study ! study ! 


bersyukur Allah mempermudahkan urusan pada hari ini . masa present . naseb baek apa yang ditanya oleh Dr. boleh jawab . walaupun gagap ! satu perkara lagi . boleh pulak saya tak check kelas bi yang di sebelah . padahal kelas bi saya hanya di sebelah kelas yang selalu digunakan . lecturer tukar tempat sebab aircond rosak ! ini namanya . akibat budak perempuan yang tidak datang kelas selama 2 minggu ! termasuk minggu ini sudah 3 minggu ! huh ! kecewa MakPah kalau beliau tau . kadang kadang bila mau buat jahat malas pergi kelas . mesti teringat MakPah . kalau malas mau baca buku pun teringat MakPah . tapi kalau soping habeskan duet je terbayang muka Uncle Bun yang orang cakap bengis . tapi saya cakap comey . har . har . har . aish ........ maen maen !


di akhir akhir semester ini . bukan malas mau pergi ke kelas . tapi esimen yang perlu disiapkan . berlambak lambak . bila tak siap . skip kelas . bila skip kelas . maknanya esimen tak siap . bukan sebab malas pergi kelas . alasan semata mata ! tiba tiba banyak pulak saya membebel . ha ..... inilah kehidupan saya pada hari jumaat yang mulia lagi penuh berkat ini . masih ada kehidupan di malam hari . buat system database . hari minggu sudah menjadi seperti hari hari biasa . tiada ronggeng ronggeng . tiada makan makan . tapi ketawa kuat ada . ish ! ketawa banyak . hati jadi gelap tau . senyum . senyum kan sedekah . :) :) :) :) :)



ada dua bintat di bawah mata . ada satu lubang di pipi . 
MakPah cakap budak ada lubang kat pipi budak degil . sebab tu berlubang . tipu ! 
motif gambar ? muka bersemangat kunun kunun nak pergi kelas !



Wednesday, October 20, 2010

  sekarang aku rasa ini


Kubersyukur kepadaMu
Hanya Dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa dosaku


Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila Kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Mana perginya cinta
Mana hilangnya setia
Aku akan terus cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari


Dunia sementara kan dihitung juga
Sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir setiap masa fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia


Kuhirup secukup udara
Hatiku buka termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala kubertanya
Ke mana cahaya


Mana nak kucari sedikit kudrat dan keramat
Yang penuh rahmat
Berjuta juta kali dunia mempermainkanku
Hati menurut nafsu
Nafsu menipu aku
Tapi kubersyukur pada Yang Maha Esa
Dapatlah pena menari meluah kata kata
Kumeredhai apa yang telah terjadi
Tunjukkanlah jalan benar ampunilah dosaku


Aku tafakur di hadapanMu
Berderai derai airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih Illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan


Oh Tuhan yang satu
Kuserahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu
Ampuni segala dosa dosaku




semangat itu hilang . hilang secara tiba tiba . mana perginya ? entah . oh ! emosi terumbang ambing . 


  my baby you

20102010





pertama sekali . selamat ulangtahun buat nurul najiha . kawan saya yang sengal . adik saya yang bengong . semoga panjang umur . dan tidak sengal sengal lagi . yang penting . saya gembira dapat jirus kamu dengan air laici yang ada buah laici malam tadi . terima kaseh juga dengan coletan kek itu ke muka , baju dan tudung saya yang chantek itu . 


akhir sekali . itu saja entry untuk hari ini . har . har . har . berejam tunggu gambar ini diupload ! apa ye saya nak kena buat dengan babunband ini ??? rendam dalam air nes !



Monday, October 18, 2010

  BERITA. bukan CERITA.


Assalamualaikum . selamat petang dan salam sejahtera .


ehem . ehem . mulakan dengan Bismillah . di sini saya ada satu berita . mungkin juga pemberitahuan . atau mungkin juga penyebaran cerita . bukan gusip . tetapi satu berita . aish ..... bila mau bagitau ni . kalau asek merepek berita . pemberitahuan . cerita . gusip .


ok . serius . entry ini memang serius . sumpah ! pertama sekali . entry ini khas buat sahabat sahabat . kawan kawan . dan kenalan kenalan . semasa saya diploma dahulu . kamu masih ingat perkataan kakis ? kakis . entah . saya pun taktau . ok . salah seorang dari kakis kamu . iaitu otai kamu . iaitu kepala gangster kamu . gangster ? bukan . mungkin sedikit nakal . bukan juga . mungkin banyak nakal . ish ! abaikan . iaitu MOHD HAZIQ MD ISA . masih ingat bukan akan nama ini ? telah dimasukkan ke hospital . pada hari jumaat . atau sabtu yang lalu . oh ! saya lupa . tapi yang pasti saya menerima pesanan ringkas dari sahabat beliau mengatakan beliau telah dimasukkan ke hospital . sebab apa ? mungkin bermasalah denga paru paru . serangan seperti heart attack . 


kawan kawan yang dikasihi sekalian . marilah kita sama sama mendoakan MOHD HAZIQ MD ISA agar kembali sihat seperti dahulu . seperti kita sama sama mengenali beliau . kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan beliau . mungkin kamu boleh mencari masa untuk melawat . dan memberikan kata kata semangat . agar beliau terus tabah menghadapi apa yang sedang beliau alami sekarang ini . 


di sini . saya juga ingin memberitahu saya sempat berhubung dengan beliau melalui pesanan ringkas . sebagai seorang sahabat . berita ini amat membuatkan saya terdiam beberapa hari . jika kapal terbang itu Uncle Bun yang punya . sudah saya terbang melawat beliau . secara jujur . beliau memang dalam keadaan tidak bersemangat . ok . ini saja berita yang saya ingin kongsikan . blog . terima kaseh . ayat saya untuk entry ini agak pelik . yaaa ....... memang pelik . 


serius . saya sedih melihat gamba ini . 



lupa saya nak tulis . beliau ada suruh saya nyanyi lagu 'andaiku tahu' by ungu . jantung dan hati saya seperti terhenti seketika . sangat berharap saya dapat melihat beliau lagi . YaAllah ..... lindungila dea .....


  tengok tak salah . kutuk berdosa .


hari isnin . seperti hari minggu . tiada kelas . yaaaa ..... saya suka . suka juga untuk menyiapkan segala kerja skola . tapi gara gara vb . kerja skola saya tergendala . berkali kali ingin menginstall . tapi dea degil tidak mau duduk dalam laptop saya . aish ....


hari minggu yang lalu . menjadi seperti hari hari biasa . hari hari biasa bakal menjadi seperti hari minggu . orang bagi tiket free tengok konsert . tapi kau tolak . konsert ? ok . saya kena siapkan konsert microP yang lebih seronok . senyum . :) . walaupun blur dengan projek tersebut . 


semalam . menemani eyda best mencari baju dinner . mood saya tergendala . kerana memikirkan sesuatu perkara yang buat saya ingin pulang sekarang . tiada kata kata yang dapat diluahkan . biar gambar yang menceritakan hari semalam . oh ! saya sudah tidak reti membebel di dalam blog . apakah ??? mungkin saya sudah mula menjadi gadis pendiam . ada kena mengena ? memang macam jimbit ! 


nama saya azriyani bunaim aka yani jelitanyeeee .....

testing testing 1 2 3

tengok sekali macam ekzotik . tengok dua kali macam jamban ! 

huh ! 

ada macam cover majalah C L E O tak ? har . har . har .

maaf . saya memang tiada bergambar dengan orang laen . sebab orang laen sibuk membeli belah . 




saya ada berita . berita untuk kawan kawan saya dahulu . kawan kawan masa saya berumur 20 tahun . eh ! sekarang umur saya baru 22 tahun . sila percaya . daisypath kat atas tu saya tersalah buat . :p 



Friday, October 15, 2010

  peeeewit!



tadi pagi ada gambar pokok yang bernama anggun . saat ini ada gambar si tuan anggun yang sudah keletihan , kelemahan , kehitaman serta keberjerawatan ! oh ! saya semakin tidak faham akan perubahan pada kulit wajah yang saya alami sejak menetap di bumi kenyalang ini . sungguh ! saya tidak faham akan perubahan ini . paling tidak faham apabila orang sibuk memerhatikan kulit wajah saya yang hitam manis lagi menawan serta dihiasi dengan pimple pimple sebagai penambah seri muka . huh ! 








motif gambar ? saja mau gedik kunun kunun pemenang cabutan bertuah ! itu bukan nombor cabutan bertuah ok ! tapi itu nombor giliran nak tangkap gambar untuk audition gadis melayu ! har . har . har . saya ingin biarkan entry ini tergantung . dengan alasan . saya sudah mengantok yang amat ! tidak larat mau menaip dan kepo kepo lagi . selamat malam ! zzzzzzZZZZZZZ ting ! saya sudah buat magik ! tiba tiba tajuk entry ni macam tajuk orang gila tengah ngorat budak perempuan yang berkulit hitam dan berjerawat ! ha . ha . ha . hadakukesah ???



  hijau daun



entry ringkas dan pendek . 








eh ! pokok ini ditag dengan nama anggun la . bersungguh sungguh orang yang menanam pokok ini . saya ada anggun . dea pun nak ada anggun . pokok nama anggun . memang anggun sungguh ! har . har . har . ops ! kawan saya cakap . perempuan tak boleh ketawa kuat kuat . boleh senyum je . macam ni . :) :) :) :) :) semoga hari ini akan buat kamu sentiasa tersenyum . senyum kan sedekah .



Wednesday, October 13, 2010

  tercipta satu lembaran kehidupan



13 10 1958


lahir seorang wanita yang telah melahirkan seorang anak gadis yang jelita lagi pandai memasak . tiba tiba je cakap pandai masak . point di sini adalah lahir seorang wanita yang telah melahirkan ok . sila abaikan anak gadis itu . 


wanita itu bergelar ibu . mengajar anak gadisnya berjalan . tetapi anak gadisnya berjalan seperti spiderman . kerana semasa kecil . anak gadisnya itu berjalan melekat pada dinding . memang pelik . tapi benar . tetapi akhirnya . wanita yang bergelar ibu telah berjaya mengajar anak gadisnya berjalan seperti orang biasa . orang kebanyakan . keh . keh . keh .


wanita itu bergelar pendidik . pendidik yang mendidik anak gadisnya mengaji . sehingga anak gadis itu menanges teresak esak ketika mengaji . kerana dicubit . dimarah . dan ditarik telinga . har . har . har . sumpah ! saya agak berkira kira untuk menulis hal ini di dalam blog . eh ! saya ke ? bukan . anak gadis itu ok . 


wanita itu bergelar surirumah . surirumah yang gigih memasak . mengemas . membasuh . dengan sepantas kilat . tanpa ada cacat cela . pada setiap perbuatannya . hebat ! adakah anak gadisnya bakal mengikuti jejak langkahnya ? kita tunggu dan lihat . kadang kadang ada ciri ciri itu pada anak gadisnya . tetapi kadang kadang langsung takde ! 


wanita itu bergelar sahabat . sentiasa mendengar cerita . karutan mengarut dari anak gadisnya . walaupun di saat dea mau memejamkan matanya . dea tetap melayan anak gadisnya yang suka bercakap . dan kepo bercerita . seringkali juga anak gadisnya mempermaenkan dea . sungguh kejam anak gadisnya itu ! hu . hu . hu .


wanita itu bergelar permaisuri . kerana dea lah ibu . kerana dea lah pendidik . kerana dea lah surirumah . kerana dea lah sahabat . dan kerana dea lah . anak gadis itu menjadi manusia hingga kini . di sebalik kaca matanya . terselit seribu cerita kehidupan . dan cerita kehidupan itu . akan saya abadikan . selama lamanya . kerana hanya dea . dea yang telah melahirkan saya sehingga mata ini dapat melihat dunia . lalu melalui cerita kehidupan itu . dea lah . M A K P A H . wanita yang bergelar permaisuri . kepada anak gadis jelita . si pemilik blog pinky winky ini . perlu ka pinky winky itu ???


wah ! sungguh puitis entry kali ini . huh ! berpeluh keringat nak membuat ayat begini . romantik tak saya ? saya romantik tak ? tak romantik saya ? kalau MakPah baca beliau suka tak ? har . har . har . sumpah ! kena bahan . kena mengolok . satu tahun belum tentu habes . kejam kan . hu . hu . hu .


amaran keras kepada akak saya yang gedik . akak saya yang ganas . dan abang saya yang garang . sila baca tanpa kutukan keras untuk saya ! :p


T  N  
M A K P A H

semoga Allah sentiasa mengasihi beliau sepertimana beliau telah mengasihi saya semasa kecil . 

semoga Allah memberikan kesihatan yang baek kepada beliau .

semoga Allah mempermudahkan setiap jalan yang beliau lalui . 

amin .


ini MakPah yang hebat ! sebelah itu . anak gadis yang baru ingin belajar menjadi hebat . ha . ha . ha .


Tuesday, October 12, 2010

  NO ! NO ! NO !


hari selasa . saya suka hari selasa . sebab hanya ada kelas petang . diulangi . hanya ada kelas petang . ok . tidak berapa jakun kerana sudah mau habes semester . habes semester ? apakah maknanya sudah mau habes semester ? maknanya sudah mau final exam ! apakah ??? ok . relax . masih boleh pergi makan nasi ayam penyet . :p 


pagi ini saya bangun pagi agak bengang melihat keadaan dapur yang kotor . oh ! sungguh mereka mereka tidak menghargai pekerjaan saya membersihkan dapur dan ruang tamu semalam ! ok . saya taknak marah . nanti malam saya membebel seperti akak akak pada mereka semua . boleh ke ? boleh ke azriyani marah dengan bersuara ? oh ! tidak ! mungkin tidak berjaya . ini kelemahan saya . bila marah . saya diam . bila diam . maknanya saya marah . eh . eh . ok . ini bukan cerita utama . 


cerita utamanya . adalah tentang air coke . air apa ? air coke . air apa ? air coke . air coke tu air apa ? kalau taktau pergi tanya pokcik google . nanti dea kasi tunjuk gambar air coke . ok . motif cerita pasal air coke ? sedang memerangi perasaan atau nafsu atau mungkin keinginan untuk tidak lagi memegang . meneguk . atau memasukkan air tersebut ke dalam badan saya lagi . ayat ini seperti pelik . tapi saya malas nak pikir pembetulan ayat . har . har . har . 


selalunya bila sakit kepala seperti sudah memberi isyarat untuk menyerang . saya pasti akan mencari coke . kenapa ? kerana gas air coke itu . boleh menghilangkan sakit kepala . apabila saya sendawa . eerrrrrkkkk !!!!! cuba kamu minum ketika sakit kepala . pasti lega apabila sendawa itu naek ke kepala . kepala apa ? kepala la . takkan kepala lutut pulak . eh . eh . tapi kamu takyah la cuba . jangan ! jangan sesekali kamu cuba ! saya kata jangan ! (cuba bayangkan saya betul betul garang ketika ini)


bila ada kawan kawan yang bercerita tentang keburukkan air coke . telinga saya seperti semakin pekak . tapi takpe . saya jelita . macam T A H I K di sini ! sehinggakan ada seorang kawan memberi amaran terakhir kepada saya semalam untuk saya berhenti membeli air coke . beliau memang salah seorang kawan saya yang agak garang . ada saya takot ? har . har . har . what the farha ! nama dea memang farha


eh ! macam panjang je entry saya ini . padahal hanya mau berkongi sedikit pengetahuan . tentang keburukan air coke . pertama . air coke adalah seperti acid ! tak percaya ? cuba kamu siram air coke itu pada toilet hostel kamu yang tak basuh selama 2bulan . eeeee .... geli sekejap bila membayangkan toilet yang tidak dicuci selama 2bulan ! abaikan ! tapi yang pasti kamu tak perlu bersusah payah buang tenaga nak berus toilet kamu itu . 


kedua . boleh menyebabkan gigi dan tulang cepat reput . haaaa .... maknanya kalau orang yang gigi da rongak tu suka minum air coke la kan . he . he . he . ish ! bukan la . itu sebab dea malas nak gosok gigi . atau mungkin dea tak suka gosok gigi sebelum tidur . macam saya . eh ! bukan . tapi yang penting hebatnya acid coke . sampai boleh dissolve tulang dan gigi kamu yang chantek itu . takot tak ? takot tak ? takot tak ?


ketiga . untuk gadis gadis . wanita wanita . takyahlah minum coke . nanti susah . susah untuk mendapat zuriat . tapi ini saya tidak pasti . rezeki dan ketentuan dari Allah swt . tapi sebagai satu usaha . untuk tidak menyebabkan perkara perkara sebegini berlaku . jaohi coke . dekati air 100plus ! kuat ! penambah tenaga ! pun bagus untuk menghilangkan ketidaksihatan badan apabila demam . saya bukan duta 100plus. tapi mungkin 1tahun nanti ya . :p  tapi ingat ! kurangkan manis dalam minuman . banyakkan manis dalam senyuman . :)


ok . sekian saja perkongsian ilmu dari saya . entry kali ini takde gambar ok . kalau nak letak gambar air coke . macam dah tercemar je blog ni nanti . har . har . har . 



Monday, October 11, 2010

  tajuk apakah yang paling sesuai?


ehem . ehem . kenapa blog kamu saya tak boleh bukak ? kenapa kamu private blog kamu ? kenapa ? kenapa ? kenapa ? ok . saya letih dan tiada jawapan mau menjawab soalan-soalan sebegini . 


terima kaseh kepada kamu kamu yang amat bimbang akan saya . terima kaseh kepada kamu kamu yang memberi semangat kepada saya . terima kaseh kepada kamu kamu yang memahami keadaan saya . terima kaseh kepada kamu kamu yang sudi membaca tulisan saya . terima kaseh kepada kamu kamu yang marah bila saya menutup blog . terima kaseh kepada kamu kamu yang saya sayang . ok . tarik nafas . hembus ....


masalah datang satu persatu . mungkin untuk menguji . atau mungkin memang lumrah hidup begitu . tapi saya tak minta keadaan itu jadi sebegitu . dan saya juga tidak ingin keadaan itu jadi sebegitu . apa yang saya inginkan . lepaskan saya dari semua itu . saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan . tetapi sering saja saya yang menerima kesan itu . ok . inilah kehidupan . 


kadang-kadang berdiam akan membuat kita seperti lemah . tetapi jaoh di sudut hati . kita sudah mengalah . semuanya . dari hati . dari sebuah kaseh sayang . dari sebuah kehidupan . termasuklah dari sebuah persahabatan . sampai suatu ketika . saya rasa lemah . lemah . lemah . dan sangat lemah . masih cuba bertahan dengan sisa sisa semangat untuk terus kuat . sendiri . sendiri melalui semua ini . 


jika ini balasan yang harus diterima dengan kesalahan lalu . saya terima . jika ini balasan yang harus saya terima akan kisah lalu . saya terima . tapi saya mengharapkan sesuatu . jangan dikisah akan kewujudan saya . saya hanyalah saya . tiada apa yang perlu dibimbangkan . saya bukan seperti itu . bukan penagih kaseh sayang . dan juga bukan perampas kaseh sayang . dea datang saya tak jemput . dea pergi saya tak halau . 


setelah sekian lama hati memendam . kini . berani meluahkan apa yang dilalui . bukan mudah . nampak senyuman terukir di bibir . gelak tawa berderai memecah sunyi . tetapi hati ini . ingin membawa diri . jaoh . jaoh dari semua ini . adakah hati ini kembali tercalar seperti suatu ketika dahulu ? saya sendiri sudah tidak fahami . 


minggu ini banyak perkara yang perlu diselesaikan . presentation . projek . esimen . test . sangat berharap semuanya akan ok . ok . untuk saya hadapi . hanya ini yang saya fikirkan . masa depan saya . kehidupan saya . cita cita saya . bukan siapa yang bakal bersama saya nanti . itu semua hanya Dia yang Maha Mengetahui .




when i cried , i only think of MakPah . kenapa ? sebab saya tak pernah melihat beliau menangis di depan saya . walaupun beliau menghadapi dugaan paling hebat sebagai seorang ibu . oh ! rasa sedih bila menulis entry ini . shuuhhh ! menyampah tau sedih sedih . senyum . :) kembali jelita . waka . waka . eh . eh . 


Saturday, October 09, 2010



hey ! hey ! you ! you ! i don't like your girlfriend ! 



Friday, October 08, 2010

  hati membeku mengingatkan .....


sini . sinila jap .... kamu . ya . kamu yang sedang melihat blog pinky winky ini . pinky winky ! ommaa ! aaasah !!!! ini akibat terpengaruh dengan budak-budak yang gila korean . hu . hu . hu .


sebenarnya saya bukan penggemar warna pink . tapi kebanyakkan baju dan barang saya berwarna pink ! apakah ??? mungkin aura apabila saya memakai warna pink lebih terserlah dan sesuai berbanding warna laen ! ish ! mengarut sungguh ! 


eh . eh . ini bukan tajuk sebenar entry . membebel tentang warna pink ! warna apa-apa pun saya suka . tetapi tidak pada warna cekelet . bukan tak suka  . tetapi kurang suka . kerana pernah orang berkata kepada saya . warna cekelet warna orang tua . eh ! boleh plak macam gitu . sesukati je . 


ok . serius . mulakan dengan Bismillah ..... entry pada hari ini ingin saya bincangkan tentang ' JANJI MANISMU ' . macam lagu aishah la . hati membeku mengingatkan kata janji manismu ...... (sila bayangkan saya menyanyi dengan penuh perasaan duka di hati) ceit ! macam dalam tb tau . macam segmen tilam dan bantal dalam wanita hari ini . har . har . har .


ok . ok . serius . berikut adalah senarai janji manismu yang biasa kita dengar daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan apabila perkongsian hati dan perasaan sedang berlaku : 

1) saya janji . saya akan sayang dan cinta pada awak buat selamanya . awaklah yang terakhir buat saya . betul . takkan ada perempuan laen selaen awak . 

2) saya tak pernah rasa cinta seperti ini dengan orang laen . tapi dengan awak saya rasa apa itu cinta . awak dah memberikan saya satu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ini . saya janji . saya takkan tinggalkan awak . walaupun saya didatangi dengan perempuan yang lebih chantek dan menawan . 

3) saya sanggup buat apa saja untuk awak . demi cinta kita . lautan pasifik pun sanggup saya renangi . walaupun ada banyak jerung ! kalau cakap lautan api macam penipu sangat . 

4) saya janji . walau sejaoh mana saya pergi . saya akan sentiasa mengingati awak . awak sentiasa berada di hati saya . saya takkan ada perempuan laen . 

5) saya janji . saya akan kawen dengan awak . awak sorang je perempuan yang saya nak kawen . taknak perempuan laen . taknak !!!!!(sambil hentak-hentak kaki)

6) saya janji . nanti kita dah kawen saya akan jaga awak baek-baek . baek-baek tau . saya sayang awak sorang je . sayang sangat . (penuh emosi ketika meluahkan)


huh ! banyak sangat nak senaraikan janji manismu ini . banyak lagi kan . kan . kan . kan . tapi kamu rasa janji-janji ini boleh pakai ke ? saya bukan mempertikaikan hal ini . tapi kalau berjanji hanya untuk menjaga hati . lebih baek kamu diam . kalau berjanji hanya untuk meraih simpati . lebih baek tak perlu kamu lakukan . kalau berjanji hanya untuk membuatkan hati laen menggunung harapan tinggi pada kamu . tetapi akhirnya berduka . lebih baek kamu simpan saja janji-janji manismu itu .  


sebab apa ? sebab ...... janji-janji ini hanya membuatkan hati laen terluka kerana kamu . kerana kata-kata kamu yang kununnya bisa membuat hati laen percaya kepada kamu . tetapi akhirnya . huh ! sukar digambarkan dengan perkataan bagaimana bila kekecewaan itu melanda diri . menabur janji pada perempuan yang dulu kamu pernah cintai . tetapi akhirnya perempuan itu sedang mengharungi kesan daripada perbuatan kamu yang tanpa ada perasaan bersalah . ish ! kesian ...... 


entry ini hanya sekadar berkongsi pendapat . tiada kaitan dengan sesiapa . laen orang . laen pemikirannya . laen orang . laen caranya . laen orang . laen pendapatnya . kan . kan . kan . ini yang membuatkan kita berfikir sejenak . ini yang membuatkan kita berkongsi pengalaman . renung-renungkan ..... ;) 





hati-hati dengan cinta . kerana cinta boleh membuat orang sihat menjadi sakit . orang gemok menjadi kurus . orang kaya menjadi miskin . orang normal menjadi gila . jika cintanya itu ditolak oleh para pencinta PALSU




sebenarnya kan saya agak geli menggunakan perkataan cinta . saya kan ganas . garang pulak tu . bila sebut cinta macam geli-geli je . hi . hi . hi . kamu jangan gelak . diam ! 

Thursday, October 07, 2010

  Dear readers,


saya ada satu cerita . satu je . bukan dua tau . tapi satu . satu je . betul . tak tipu . 

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........




kepada adik-adik yang membaca blog akak yani jelita ni .... ada ke ? wah ! kalau adik-adik dah ada blog .... gila advance ! maju ! maju dari akak yani jelita masa zaman comot coreng dulu ! ini tidak aci ! menci tau ! tapi yang penting mari sini dengar apa akak yani nak cakap . :p jangan jawab macam ni tau dengan ayah kamu atau papa kamu atau abah kamu atau walid kamu atau dengan babah kamu . berdosa ! 


kepada kamu yang berjantina gadis-gadis ....kalau bf kamu yang tanya macam ni . kamu boleh jawab seperti di atas . nak-nak bila kamu tengah merajuk atau marah . ini namanya luahan dari alam maya . luahan dari dalam hati diterjemahkan dalam bentuk tulisan di alam maya . wah ! hebat kan . har . har . har . 


aish .... zaman yang semakin moden lagi berteknologi canggih kini .... semakin membuatkan hubungan antara manusia tak kira keluarga atau bukan keluarga itu semakin tidak berharga dan dihargai . kadang-kadang sebab buku muka , sebab blog pun boleh menyebabkan salah faham dan permusuhan . sehingga boleh mewujudkan pertelingkahan dan dendam . oh ! tidak ! mintak dijaohkan . 


maka , janganlah kita terlalu membangga-banggakan teknologi canggih ini kerana jika kita melampaui batas .... takot termakan diri dan memberikan kesan yang negatif . bukan positif . tapi negatif . apa ? N E G A T I F . sapa yang susah ? diri sendiri juga yang susah . kan . kan . kan . saya cakap betul kan . 


sekian . renung-renungkan ..... dan selamat beramal . insan yang cemerlang .....lahir dari akal dan minda yang mantap ! ya ..... ya ..... ;)



bisik-bisik : terima kaseh kepada NMF yang memberikan saya gambar di atas . shier shey . wa aini . eh ! wa aini ? bukan ! 



Wednesday, October 06, 2010

  merisik khabar



Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tidak menentu
Keranamu.....

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mataku
Tiap waktu.....

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Ke mana pergi harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri tiap hari
Bersama luka di hati.....




Tuesday, October 05, 2010

  saat ini






tiba-tiba semangat itu hilang . hati menjadi gundah . jiwa seperti berterbangan . YaALLAH ..... hanya padaMu aku bersujud . KAU permudahkanlah jalan yang telah KAU sediakan ini . sungguh ! sungguh aku seperti burung kepatahan sayap . 











kosong . tiada isi . mood tertonggeng . rindukan wanita itu . terngiang-ngiang kata semangat wanita itu . wanita yang melahirkan saya ke dunia ini . tapi biar hati ini cuba mencari sendiri kekuatan itu . bukan ego . tapi tidak mahu membuat hati lain menjadi gundah . biar hati berbicara sendiri .