Tuesday, November 30, 2010

  eh.eh.bukan.

Aktiviti pertama sebaek saja menjejakkan kaki ke rumah Uncle Bun & MakPah . 


tudung dato' siti tapi digayakan oleh daten yani jelita .


tudung ibu ibu . jelas terpancar kan sifat keibuan di wajah saya . :p


jangan salah paham .


saya bukan model tudung .


saya cuba je . 


apa kesss ? ? ?


aktiviti terbaru MakPah adalah menjual tudung ! 


ommaaa ! 


sebagai anak yang gila tudung saya amat teruja .


harga ?


mak oiii ! juling mata !


hanya mampu mencuba .


lepas itu letak balik .


shawl lagi murah . keh . keh . keh .


naseb baek MakPah takde jual shawl .


orang tua tak pakai shawl ok . *ni ayat MakPah*


ayat terakhir . 


saya ada shawl baru ! ! ! har . har . har .


Monday, November 29, 2010

  ho ho hati girang.....

Perjalanan jaoh tak kurasa . kerna hatiku melonjak sama . ingin berjumpa MakPah dan Uncle Bun . yang selalu bermaen di mata . 





ehem . ehem .


 saya balik hari ini .


 jangan rindu saya lagi ok . 


berdebar debar pula .


eh . gedik tau . yala . nak jumpa lelaki ensem dan macho .


pikir bukan bukan la tu .


Uncle Bun ok .


wanita chantek tidak menjemput .


barangkali sibuk memasak sedap sedap di rumah . kih . kih . kih . 


semoga perjalanan saya dilindungi Allah . amin . 


tata kawan kawan . . . .




Sunday, November 28, 2010

  kadang kadang

Bila bersendiri akan teringat kisah lalu

Kisah itu

Walaupun hanya sementara

Tetapi penuh kenangan dan meninggalkan kesan

Bukan sengaja mahu teringat

Tidak mahu 

Tidak ingin

Tetapi itulah kehidupan yang pernah dilalui suatu ketika dulu

Sejak dari saat diperlakukan begitu

Hati menjadi sayu

Hati menjadi lemah

Hati menjadi takot

Walaupun ada yang cuba ingin mengisi hati yang sayu , lemah dan takot itu

Tapi diri masih mahu sendiri

Sendiri memulihkan rasa itu

Sendiri menghadapi tohmahan

Sendiri memperbaiki segalanya

Hingga satu masa

Tidur disulami tangisan dalam mimpi

Bila sedar

Mata benar benar mengalirkan airmata

Termangu , termenung , terusik seketika

Walau apa yang diperkatakan orang

Buruk , kutukan , tuduhan

Diam , lupakan , biarkan

Walaupun tahu akan perkara sebenar

Kerana hanya itu yang mampu dilakukan

Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti

Cuba senyum walau hati menahan seribu rasa



 Entah sampai bila . entah kenapa . entah bagaimana . entahhhhhhhh . . . . .



Thursday, November 25, 2010

  i miss u sayang....

Sila baca tajuk entry dengan nada paling manja dan romantik . tolongla . tolongla buat . oh ! blog ! kangan sungguh saya pada kamu . kangan juga sama kamu kamu yang sudi baca blog saya . kangan sama saya enggak ? nah ! flying kiss . muahahahahaha . . .  enggak pasti ikhlas enggak saya bagi ini . eh ! saya pandai berbahasa indo dari berdialek sarawak . ah ! menci cakap sarawak ! semua orang cakap saya huduh bila berdialek sarawak . ok . fine ! :p 


Pertama . akhirnya . minggu yang menakotkan telah pun berjaya dilalui . dilalui dengan apa ? dengan sedihnya ! boleh tak saya nak buat review exam ? boleh tak ? tertekan tak kamu yang membacanya ? tertekan tak ? ? ? tak kira . saya tetap nak buat jugak . sebab saya tertekan . emo . sedih . risau . takot . setiap hari termenung apabila terkenangkan jawapan jawapan yang saya luahkan dalam keempat empat paper yang saya rasa semua saya R ! ini memang kata kata yang tidak bagus untuk ditiru .  suruh buat coding assembly language . memang la saya terkebil kebil bai . walaupun coding itu seperti cara cara membuat kek marble . tetapi coding itu tidak memberikan kesan jatuh chenta langsung apabila membuatnya . aarrrggghhh ! ! ! makin tertekan juga bila soalan yang keluar unexpected ! boleh tak hari pertama saja sudah menanges tak berlagu . oh ! maakkkk ! ! ! sob . sob . sob . bila teringat jawapan exam . rasa seperti penyakit parkinson datang menyerang . takot wooo . . . . tika ini hanya mampu bertawakal dan berdoa kepada Allah dengan segala usaha yang telah dilakukan . amin . 


Kedua . broadband  a k a  babunband telah kembali berfungsi seperti biasa ! ! ! nada seperti gembira . tapi takdela gembira sangat pun . sebab speed babunband ini sudah decrease akibat dikerjakan oleh saya yang tidak berfaedah ini . saya tak berfaedah ? tak mungkin . :p terima kaseh ya kamu yang menolong saya membayarkan bil . terima kaseh berjuta juta stoberi . laen kali tolong lagi ok . T___T


Ketiga . saya nak cakap saya baru balik airport . menghantar abang khai ensem tapi pekak balik ke key elle hari ini . boleh tak saya eja key elle macam gitu ? eh . eh . ini bukan point utama . point utamanya adalah . saya emo tengok semua orang dah balik ! ggrrrrr . . . .



dua orang budak lelaki  di belakang saya yang kadang kadang kurang siuman . serius bahaya . saya tak tipu . 


perempuan bermata lebam akibat tekanan exam ! poyosssss .




Keempat . apesal saya macam dah tak reti update blog  ni ? ? ? demmm !



Monday, November 22, 2010

  tarikh tarikh keramat

Assalamualaikum dan Selamat pagi kawan kawan . 


Hari ini . bersamaan dengan 22 November 2010 . bermulala perjuangan habes habesan aku untuk sem tiga ini . hanya berbekalkan tombak dan keris yang tajam di dalam fikiran . aku tak suka senapang . tak suka juga pistol . menikam ilmu secara lembut itu lebih baek agar lebih menjadi ingatan seumur hidup . ceh ! 


Pelbagai rasa di dalam diri . takot . sedih . tak sabar . tapi yang penting berdebar debar . rasa tersyko juga bila melihat orang orang menarik luggage untuk ke airport dan seterusnya menuju ke kampung halaman . aku ? masih ada empat paper yang sentiasa bergelumang dengan huruf R di dalam kepala ini . mintak dijaohkan . semoga aku mampu bertahan pada minggu ini . sikit saja lagi . sikit saja . *ayat penyedap hati*


22 Nov - Database Concept & Design
23 Nov - Statistics ( takot )
24 Nov - Microcomputer Interfacing ( hardcore takot )
25 Nov - Datacomm & Network  


dan tarikh yang aku selalu counting 


29 Nov - Fly back to Uncle Bun & MakPah house 


Semoga kesihatan aku semakin pulih . semoga Allah mempermudahkan segala jalan yang bakal aku lalui . semoga aku diberikan ingatan yang baek . dan yang penting . semoga tiada huruf R di sem depan . amin . 



maaf . entry agak serius . mood serius melawan kesihatan yang kurang baek . mood serius menghadapi minggu yang agak memberikan tekanan mental & fizikal . mood untuk berperang . ada orang pergi berperang ketawa ? gila kau .

Saturday, November 20, 2010

  award yang masuk dalam blog. bukan dalam gobok.

Sebelum mata tertutup rapat untuk hari ini . saya perlu menyelesaikan apa yang belum diselesaikan . ayat agak sengal dan bajet penting apa yang perlu diselesaikan itu . ya . . . . memang penting ! tapi kurang penting sikit dari mengkaji kenapa masa kareb saya sudah tidak konsisten dan semakin hari semakin membuatkan saya resah gelisah kerana bermasalah untuk kareb . serius saya rasa gelisah dengan hidup apabila aktiviti kareb itu tidak dijalankan dalam sehari ! rasa seperti hidup tidak lengkap tanpa kareb . what i'm talking about ? ? ?  *kadangkadangkitaperluberkongsimasalahdalamanmanusia* :p 


Perenggan yang kedua dalam entry ini . saya dengan muka ala ala jelita ingin mengumumkan . saya telah menerima award dari seorang jejaka ala ala kacak yang bernama zalin . kih . kih . kih . terima kaseh wahai jejaka zalin . kalau nak saya puji lagi banyak . lepas ini sila bagi award lagi . kalau ada award tuan belog paling jelita lagi bagus . har . har . har . biar saya coretkan sedikit siapakah jejaka zalin ini . ceh ! macam buat biografi tau . biografi ? betul ke saya cakap ni ? dea adalah kawan diploma saya semasa di poly dahulu merangkap seorang budak lelaki yang pendiam lagi nampak alim serta sumpah ! saya tidak pernah bercakap dengan dea semasa diploma dulu . hanya mampu bermaen maen mata saja . ada ke ? hak . hak . hak . muntah hijau dea baca entry ni . yela . . . . dulu saya pun pendiam lagi pemalu . next ! ! ! 


Award ini takde kena mengena dengan apa yang telah saya karutkan di perenggan yang kedua . saya teruskan dengan jalan yang lurus dan membawa kepada tujuan utama entry ini . tambahan pula saya perlu menjawab soalan soalan yang saya rasa jawapan yang akan saya berikan adalah lebih bagus dari jawapan yang saya luahkan pada paper dialek sarawak yang lalu . oh ! past is past . 


druuummm . druuummm . ting . ting . boomm . boommm . 


award yang diterima oleh azriyani bunaim  a k a  yani jelita ialah 




*sambil naek pentas pegang kain panjang berjeler . salam dengan pemberi award . senyum sampai nampak gigi geraham bell !*


SOALAN 1 
Berikan satu nickname untuk saya .
ZalinHacker ;)


SOALAN 2
Ucapan untuk pemberi award ini .
Terima kaseh yang tidak terhingga kerana sudi beri saya award ini . *sambil kesat airmata*


SOALAN 3
Senaraikan 6 feveret artis / singer / group yang korang minat .
1) hujan 
2) hujan 
3) hujan
4) hujan
5) hujan
6) saya takde minat mana mana artis . hujan pun saya dah tak minat ! sebab hati saya tengah banjir sekarang . saya suka dengar lagu tanpa mengambil tahu siapa penyanyinya . 
boleh gitu ? 


SOALAN 4
kena tag blogger laen pulak . siapakah yang bertuah ?
1) anis idayu si chantek
2) isma atiqah si manis
3) tasha si comey 
4) nurul si ayu
5) blackforest si menawan



sekian . saya memang tak sabar nak siap menaip entry ini . sudah mengantok tahap
 kongkang !  



selamat malam kawan kawan . z z z z z Z Z Z Z Z


Friday, November 19, 2010

  entry laju lagi cepat post

Special entry for u . good try for the beginner . walaupun komen komen dari seorang yang tidak bertauliah seperti i telah membuat u fening ! semoga terus cemerlang , gemilang dan terbilang ! har . har . har . 









si jejaka yang berangan nak jadi photographer . ceh ! cita cita yang murni . lebih murni kalau i dibayar royalty untuk menjadi model kepada slr itu . T___T 



semoga berbahagia dengan slr baru u itu . i jelessssss !*smbil hentak kaki kuat kuat* 




chantek watermark u . keh . keh . keh . apesal aku cakap i u i u ni ? arrrggghhhh ! ! ! 
what the ngegeh ! 



kosa kata : ngegeh - gedik (dialek sarawak)

Wednesday, November 17, 2010

  gusip kecewa di hari raya

Tiba tiba . pagi pagi raya ingin update blog . kunun kunun mau pergi sembahyang raya . tetapi angan angan mat jenin ! bangun pun lambat . aish . . . . kalau di rumah begini  . . . . abes pekak telinga mendengar jeritan MakPah yang frekuensinya boleh membuat jantung terhenti seketika  . keh . keh . keh . 


Pagi raya nak emo boleh ? hari itu emo bila melihat rambut noh hujan sudah tidak comey seperti dahulu . tetapi malam tadi saya sudah cukup emo apabila melihat gambar noh hujan bertunang dengan mizz nina ! ! ! ommaa ! ! ! hati terluka berdarah kembali . sampai hati u wahai noh hujan kerana tidak mengambil i sebagai tunangan u . u cuba tengok profile blog i ini .(bajet noh baca blog haku) cita cita itu hanya untuk u . ada gadis gadis yang memasang cita cita seperti itu walaupun hakikatnya cita cita itu nampak seperti geli geli tahik kambing untuk ditulis ? har . har . har . sumpah ! saya juga rasa malu untuk membacanya . tapi cita cita itu agak murni dan suci juga ya kawan kawan . T___T






Tengok gambar di atas itu sudah cukup buat saya jelesss . tengok noh . bila dea diambil gambar kepalanya akan dalam keadaan teleng . seperti saya . saya teleng ? ? ? apa kena mengena ? mulai sekarang . tika dan saat ini . saya perlu melupakan noh hujan . poyo sungguh ayat ! macam la dea pojaan hatiku .  pasti dea kecewa membaca blog ini . bukan noh ! tapi dea . ehem . ehem . har . har . har . ada bunyi bunyi gatal dan miang serta gedik di situ . agagaga . . . . 


Hari ini hari raya . hari raya orang makan ketupat . rendang . sambal kacang . tapi hari ini saya makan shawl . sebab saya TERbeli banyak shawl . hu . hu . hu . mari gadis gadis sekalian . . . . kita terjah butik eDast . segala yang indah ada di sini . chantek chantek shawl dea . saya tak tipu . saya bukan duta utama mana mana online boutique ok . tapi hanya berkongsi info untuk mencari shawl yang chantek . saya berjaya menerjah banyak lagi online shawl yang chantek chantek . tapi nanti ya . kita terjah satu satu . bak kata semua gadis gadis . shopping is the best therapy ! teheee . . . terapi untuk melupakan noh hujan juga .(sambil mata juling)



perkataan untuk beberapa hari ini : E M O !

  maaakkkk ! ! ! !

Tika takbir raya berkumandang di sekitar kolej bunga kebangsaan . saat sedang memasak di dapur . ehem . ehem . kamu . ya . . . . kamu yang sedang baca blog ini . nak pinjam bahu sekejap boleh ? pinjam la kejap . . . . huuuaaarrrggghhhh ! ! ! ! sob . sob . sob . ok . da . terima kaseh . T____T


Termenung sambil teringat keadaan di rumah . apalah yang sedang dibuat oleh MakPah tika ini . mungkin sedang bergurau senda sambil memasak bersama Uncle Bun di dapur . har . har . har . gila kau . MakPah itu fokus orangnya . fokus sehingga semua orang takot . >.<


Kebiasaanya di malam raya begini kedudukan saya adalah di dapur . sambil memegang senduk . memegang kuali . memegang periuk . atau memegang apa saja yang boleh dipegang . dan semestinya keadaan saya ketika ini tidaklah sejelita seperti sedang menaip membuat entry ini . masih jelita . tapi jelita ala ala bibik yang bajunya ada comot coreng sambal . comot coreng kunyit . comot coreng minyak . dan muka usah dicakap . huh ! bibik pun lagi jelita . huk . huk . huk .


Tetapi malam ini sudah menjadi luar biasa . hanya duduk di dalam bilik . berpakaian bersih . jelita ada sikit . sambil jari jemari menekan papan kekunci . memegang tetikus . memegang buku . buku ? ? ? memang fitnah diri sendiri . ada pulak malam raya pegang buku . memang gigih itu orang . he . he . he .


Eeerrkkkk ! ! ! blurp . blurp . blurp . Alhamdulillah . . . . kenyang perut . terpujuk hati . tiba tiba mau bongkak sama kamu . saya bukan saja jelita . tetapi . sudah pandai mengambil hati mak mertua . hati mak mertua mana saya nak ambil ? hanya Allah yang menentukan . hik . hik . hik . ada bunyi gatal dan miang di situ . tanpa melengah lengahkan masa . sila la . sila la isikan perut kamu itu dengan meneliti dan menikmati gambar gambar di bawah ini . ;) 


Kepada sahabat sahabat yang sedang beraya di rumah tika ini . kamu dilarang berkata apa apa . diam ! jangan berani kamu bongkak akan makanan di rumah kamu itu berbanding makanan di bawah ini . ada malam raya kamu makan cekodok pisang ? ? ? ada kamu makan tomyam ? apa motip masak cekodok pisang di malam raya pun saya taktau la . oleh kerana saya chef terhormat . maka . semua orang dipaksa makan cekodok pisang yang mudah dan cepat untuk dibuat . nak demand ? kamu balik rumah sekarang . emo ni . emo ni . :p


tomyam nyam . nyam . nyam . . . . 

yummy . yummy . yummy .

blurp . blurp . blurp

oh ! walaupun rupanya hitam . tetapi ia sangat manis dan sedap dimakan tanpa sos ! har . har . har . 



dan akhir sekali 


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


S A L A M  A I D I L A D H A 

buat kawan kawan di seluruh pelusuk tanah air . 
macam artis bagi ucapan hari raya . 

dari penulis blog yang jelita lagi hebat memasak . terpaksala kamu kena tahan muntah bila baca blog ni . :p



hamek kau besar aku tepek gambar kat entry ni . 



muzik latar : takbir yang berkumandang sayup sayup kedengaran dari luar jendela . 



notakakiberbululebat : entry ini ditaip pada jam 9.00 malam . tetapi oleh kerana wifi itu terlalu laju sampai saya tidak larat untuk kejar . maka . terpaksala ia dipost agak lambat kerana time time begini wifi itu dapat dikejar oleh lappy saya . maklumla . . . . broadband kena block kan  . . . . hu . hu . hu .

Monday, November 15, 2010

  kau rompak hatiku dengan senyuman

kamu tahu ada apa dengan senyuman ?


kamu tahu apa makna sebuah senyuman ?


kamu tahu bagaimana senyuman itu boleh menggegar jiwa yang melihatnya ?


kamu tahu kenapa senyuman itu perlu diberikan kepada orang laen ?


kamu tahu ?


kerana .


senyuman itu punya kuasa yang hebat .


kuasa membuat hati yang sedih menjadi gembira .


kuasa membuat hati yang marah menjadi tenang .


kuasa membuat hari yang suram menjadi ceria .


dan kuasa menutup hati yang sedih dari pandangan orang laen .


hanya dengan sebuah senyuman .


hidup mesti diteruskan .


senyuman mesti terus dilemparkan .


walau terluka dan sesedih manapun kamu .


kerana senyuman itu akan membuat kamu lebih tabah menghadapi segalanya .





Alhamdulillah . . . .  di saat aku rasa kembali terjatuh . aku mendapat berita gembira yang aku tak payah susah susah buat rayuan kolej sebab aku dapat kolej ! ! ! har . har . har . bersyukur dengan keajaiban hanya tiga cop kolej . >.< aku ingin tersenyum . :) walaupun hati ini seperti menyembunyikan sesuatu . 


eh . eh . emosi tau entry ini . aarrgghhhh ! ! ! demmm ! gambar di atas bukan gambar cara pakai tudung ok . tudung itu tudung segera . takkan la cik yani jelita nak ajar gadis gadis pakai tudung segera yang capai , sarung , lepas itu campak je . jijah perasan chantek pun pandai pakai . ops ! tak boleh kutuk jijah banyak banyak . walaupun akak gedik saya tengah excited busy packing barang nak pindah semenanjung tapi kalau dah namanya stalker dan kaki gusip . sempat dea terjah blog saya dan meninggalkan komen komen tidak puas hati . har . har . har . yang penting i sayang u lebih la azrinda bunaim . muka u kan macam muka i . tapi i jelita lebih banyak . teheee . . . . tengok . tengok . i da promote u dalam blog i . tajuk entry ini takde kena mengena dengan si tuan blog ok . jangan berani kamu pikir bukan bukan . :p



Sunday, November 14, 2010

  Majalah Keluarga

Hari ini hari ahad . entry pada hari ini akan lebih kepada kekeluargaan . hari ahad kan . hari bersama keluarga walaupun keluarga saya nun jaoh di Johor Bumi Bertuah dengan kelahiran saya beberapa tahun dahulu . tehee . . . dan entry ini akan berbaur sedih campur emosi emosi sikit . tapi takde melibatkan hati dan perasaan . sedih . emosi . tapi takde melibatkan perasaan . mungkin melibatkan kepala lutut atau ibu jari kaki . demmm !


Tengahari tadi MakPah telefon . Ada tak penah kamu baca entry saya yang saya bercerita saya menelefon MakPah ? huk . huk . huk . ini tabiat buruk saya . ok . abaikan . hari rabu ini hari raya haji . oh ! saya tidak pernah ingat dan terpikir akan semua itu . tetapi tiba tiba perasaan sedih itu datang tatkala MakPah berkata begini :


Semua orang tak balik . hari raya haji kali ini seperti macam tiada hari raya . tiada siapa di rumah . dulu semua orang balik makan sup tulang yang abang ipar kamu masak . tapi kali ini tiada . abang kamu di KL . akak kamu di Sabah . kamu di Sarawak . mak tempah kek marble dan kek gula hangus di kedai . sebab kamu takde . kalau kamu ada kamu yang buat . mak dah tak larat . sudah tidak larat untuk teliti membuat kek . hanya masak laksa . kalau kamu ada boleh masak nasi impit . lodeh . rendang . sambal goreng . ayam sambal . tapi sebab tiada siapa mahu menolong mak . takpela . kamu kena belajar sehabes baek . walaupun mak tahu kamu belajar semakin susah . tapi setiap hari doa mak akan mengiringi kamu . jangan kecewakan diri kamu sendiri . jangan lagi ingat apa yang pernah kamu sedihkan dahulu . itu cerita hidup kamu . biarkan ia menjadi kenangan dalam hidup kamu .


Huh ! sentap bai bila MakPah meluahkan kata kata seperti itu . perempuan yang kuat tidak akan menanges . maka . saya tidak menanges . sumpah ! aku tak tipu . keh . keh . keh . pertama kali pada hari raya haji tidak berada di rumah Uncle Bun dan MakPah . tiada makanan yang sedap sedap . tidak melihat cerita di tb . tiada kepo kepo mengomen makanan yang orang hantar di rumah Uncle Bun dan MakPah . dan tiada juga mendengar leteran MakPah sebab semua orang bersenang lenang mengadap tb meninggalkan beliau seorang di dapur .


Inilah cerita keluarga . bila jaoh perasaan rindu itu sangat kamu hargai . walaupun rindu itu menyakitkan . tetapi ia satu rasa yang buat kamu lebih menghargai dan menyayangi keluarga kamu . kerana keluarga kamu lebih memahami kamu . walaupun abang kamu garang . suka gaduh dengan kamu . walaupun akak kamu gedik . suka ambil barang kamu yang chantek . walaupun akak kamu pemalas . hanya melihat kamu membuat kerja . tapi kamu tetap sayang keluarga kamu . sebab itu dinamakan keluarga . hanya itu yang dianugerahkan kepada kamu di dunia ini . keluarga . mak . abah . akak . abang . adik . tapi saya takde adik . sebab saya dah cukup comey untuk menjadi adik . hak . hak . hak . haktuih !



Sekian saja cerita keluarga dari saya di petang ahad ini . harap maklum . tiada gambar sebagai hiasan . :p agak panjang juga entry ini . takot saya nak baca . har . har . har .  




Saturday, November 13, 2010

  meow ! meow . . . .

Pagi sabtu yang buat mood aku rasa nak smackdown tombol pintu bagi cabut ! har . har . har . aku memang tak suka pintu . pintu pun tak suka aku . berani pintu itu mengunci aku dari luar ? ? ? cis ! abes jari jemari aku lebam gara gara ketuk pintu kuat kuat dengan harapan housemate aku dengar aku terkunci dari luar . tapi hampeh ! semua orang khusyuk mengarang mimpi di dalam bilik .  


Dengan hebat dan tanpa rasa gerun . aku panjat ikut dapur . tak gerun ke ? gila kau tak gerun . memang rasa macam nak bunuh diri . tingkat tiga yang macam tingkat empat ! kalau kaki kiri ke bawah . boleh buat terjunan bebas tanpa payung terjun . tapi kalau kaki kanan ke atas . dapat masuk rumah ikut dapur . tersalah langkah memang rumah sakit sebulan la jawabnya . naseb baek aku ada ciri ciri catwoman . agagaga . . . . Alhamdulillah . . . . selamat .


Gara gara sampah . aku terkunci . pasni kalau keluar aku nak tendang pintu itu kuat kuat . tanda salam sayang sebelum keluar . patotlah MakPah selalu cakap aku ganas . hu . hu . hu . chow ! (sambil jelingan mata tajam seperti catwoman kepada pintu)






semalam makan banyak . ada hikmah untuk aku jadi catwoman hari ini . har . har . har . 





  apekejadah blackberry tu ?

Dengan bangganya broadband aku telah diblock ! si tuan blog tidak berapa nak tertekan dengan kejadian ini . tetapi ada sikit sikit rasa macam nak ketawa kuat kuat arini . har . har . har . eh . eh . shuuttttt . ingat ! banyak ketawa hati gelap . 



Perut kenyang . hati senang . jiwa pun mula nak jiwang . mana tak jiwang nyah oiii . . . . makan burger + kentang + bubur + eskim = macam seminggu aku tak makan ! belum big apple lagi . belum roti cap TAKA lagi . jangan tanya cap TAKA ini roti cap apa . sebab aku dah lama meroyan nak makan roti cap gardenia memang tak dapat dapat kat bumi kenyalang ni sebab roti gardenia itu seperti roti emas di sini ! memang tak wujud ! dan kalau wujud pun mungkin lebih baek kau beli dua bungkus nasi . kenyang satu hari . beli satu buku roti gardenia . kau boleh dapat dua bungkus nasi lauk ayam goreng besar . haaaa . . . . orang yang tak siuman macam aku je penah beli roti gardenia yang berharga ringgit malaysia lapan ! 


Entah kenapa malam malam begini nak buat luahan perasaan kehidupan di sini . mungkin sebab itu orang nampak aku kurus dan semakin hitam . kurus ke ? mungkin jari yang kurus . waka . waka . eh . eh . kurus sebab kurang makan . kurang makan ??? memang fitnah diri sendiri . dan semakin hitam sebab i tak sesuai dengan cuaca di sini la u . . . .  padahal dah memang kau hitam kan . :p 


Kadang kadang emosi juga bila sifat fizikal kau diperhatikan oleh orang orang yang suka melihat kau . errrkkk ! ! ! sampai muka kau pimple suka membiak pun orang perhatikan . memang sentap la kan . boleh tak aku nak emo emo yang aku tak bersalah dalam hal ni ! ! ! tengok . memang dah emo . eh . eh . tak . tak . aku tak emo dengan kau . aku emo dengan naseb diri aku di bumi kenyalang ini . sob . sob . sob . sapa tegur aku makin hitam balik cuti nanti . . . . siap ! har . har . har . tapi kalau tegur aku semakin kurus takpe . itu memang kenyataan yang perlu diluahkan dengan kata kata . what im talking about ? pengsan nyah baca entry budak ni . 



motif gambar ? cacat cela di muka itu seni . art . 




hp aku semakin buat perangai . tapi apekejadah blackberry tu ? aku tengah sibuk tanya pokcik google sekarang . kih . kih . kih .





Friday, November 12, 2010

  malam yang menggantikan siang

Oh ! pelik . broadband masih boleh berfungsi seperti biasa . saja je gertak aku kan celcom ni . ceh ! ape kes buat post malam malam buta ? sebab tiba tiba nak gila meroyan bila tengok noh hujan dah potong rambut jadi macam tomok ! ! ! ommaa ! u sudah tidak comey bila rambut u yang comey itu sudah tidak bersama dengan u lagi wahai noh hujan . bila i tengok u macam i tengok tomok . oh ! tidak ! ! ! i amat kecewa dengan u . sob . sob . sob . ada noh kesah aku kecewa dengan dea ? ? ?


Kebetulan di dalam rumah aku ada peminat lagu lagu rock tangkap cintan . hah ? genre muzik apakah ini ? macam pelik . he . he . he . hari hari melalak lagu zaman dolo dolo yang kita sudah jarang dengar . rasa taksub juga bila ada orang muda yang berjantina gadis gadis yang tidak suka mendengar lagu terbaru . terkini . lagi terhangat . tetapi lebih meminati lagu lagu zaman akak abang kita berchenta . ahaks ! maka . mendapat satu berita dari peminat beliau merangkap junior housemate aku . salam takziah buat keluarga Shamrin Fotograf . semoga Allah menempatkan beliau bersama dengan orang orang yang beriman . Al - Fatihah . . . . 


Ok . da . jangan risau . aku takkan update panjang panjang . tapi macam panjang jugak ni . keh . keh . keh . sebenarnya saja nak gedik test signature kat bawah ni . nak tengok jelita ke tak  ada dalam entry . har . har . har . memang sah ! sah jelita ! macam T A H I K sangat . :p 





Selamat Malam kawan kawan . . . . z z z z z Z Z Z Z Z Z Z




Thursday, November 11, 2010

  yani tertipu bang. yani tertipu !

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Hari ini dilaporkan seorang budak perempuan telah termakan sabun basuh pinggan yang bertajuk AXION perasa lemon . budak perempuan yang sungguh bijak itu menyangkakan warna kuning yang melekat di jarinya itu adalah planta yang comot yang baru saja disapu pada sekeping roti cap shinchan . 


Dengan rakus dan tanpa berpikir panjang budak perempuan itu terus menjilat dan terkebil kebil setelah merasakan kepelikan pada planta yang baru dijilatnya tadi . budak perempuan itu semakin bertambah bijak apabila dea terus mengambil keputusan untuk menelan sabun tersebut tanpa berpikir untuk meludah atau berkumuh . keputusan ini diambil akibat daripada sifat kemalasan yang melampau untuk pergi ke sinki . 


Huh ! sumpah rasa seperti bongok sekejap selepas makan sabun tersebut . kalau sikit mungkin sedap . tetapi ini banyak ! kuingatkan planta yang comot di jari . rupa rupanya sabun yang tidak kubasuh bersih melekat di jari ! cis ! rasa bangang juga bila terus telan . bukan ludah atau kumuh ! har . har . har . 


Dan hasil daripada kejadian tersebut . maka hasil jawapan pada kertas peperiksaan dialek sarawak pada petang tadi amatlah melawakkan untuk dibaca oleh lecturer . maafla . saya tidak sengaja mau buat puan sakit kepala menanda kertas saya . buat karangan dalam dialek sarawak . memanglah seperti menulis surat nak bagi boyprend kau ! no grammar . no past tense . no present tense . kau bantai je ayat itu . letak tok . tek . mun cam ya . kamek . kitak . gine tok ? kamek bante ajak polah karangan tadik tok . mun cam ya kamek rasa memang lecturer kamek pening palak bila nangga ketas kamek . gembira gilak kamek hentam polah ayat sampe kamek sendiri sik taok maok madah apa agik . haaa . . . . jadilah karangan . yang penting sedap ! har . har . har . 


Paper selepas ini agak jaoh untuk aku lalui . tetapi sungguh banyak onak dan duri yang harus aku tempuh untuk aku terus memastikan aku berjaya menjawab keempat empat paper tersebut dengan jayanya walaupun di saat ini paper paper tersebut telah cukup membuatkan aku semakin tertekan . tertekan . tertekan . dan terus tertekan . poyo sungguh ayat ! apa yang penting . b e r u s a h a ! basyah !





AGI IDUP ! AGI NGELABAN !



Wednesday, November 10, 2010

  senyum pengubat sedih

Tuhan berikan kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar , dan dua mata untuk melihat . Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan kita sekeping hati ? Kerana Tuhan telah berikan sekeping lagi hati untuk orang yang kita sayang . . . .



selesai sudah satu paper pada hari ini . hanya mampu tersenyum kerana hanya itu saja yang mampu dilakukan untuk menghilangkan segala tekanan dan rasa yang bercampur baur . ok . kakak gedik saya dan jijah perasan chantek di Sabah dapat berpindah ke Kuala Pilah . saya tersenyum . tersenyum di samping sedih . lagi sedih bila esok broadband akan kena terminate sebab aku tak bayar bil ! sungguh tiada masa untuk keluar . perlu makan eskim sekarang . 



dialek sarawak itu lebih penting dari semua ini . 



tata .


Tuesday, November 09, 2010

  TUTORIAL : testing testing . berjaya ! ! !

ehem . ehem . oleh kerana mood saya tengah mood exam . maka . mood untuk berfeeling feeling . bertouching touching . atau bersedih sedih . tidaklah akan dilayan oleh hati dan perasaan ini . ceh !


siapa yang jeles . iri hati . atau mata tidak berkelip melihat saya . eerrkkk ! ! ! sila jangan buang masa kamu . saya hanya orang biasa . yang sedawa kuat . berkulit muka hitam . tapi manissss . dan kadang kadang berjerawat di dahi . dagu . dan juga pipi . ada eyeback lagi ! aarrrggghhh ! ! ! serta tidak lupa . kadang kadang terselit lada di gigi selepas makan . serius . aku tak tipu kau . jadi ? jangan buang masa untuk cemburu atau jeles atau iri hati pada saya ok . 


kamu hanya perlu jeles kepada saya sebab saya sudah pandai buat blockquote ! ! ! ! har . har . har . jakun ! orang da lama pandai . kau baru nak pandai . takpe . biar lambat . asal mencoba . hik . hik . hik . 


untuk membuatkan kamu tidak jeles kepada saya . mari sini . mari sini dekat dekat sikit . tapi jangan geli tengok gigi saya yang ada lada ni ok . :p gila sekeleh ! kau mesti takde selera nak baca entry haku kan ? nak belajar ke taknak ? nak ke taknak ? kalau nak , kena tengok gigi aku yang ada lada ni kejap . 


1) Pertama sekali , pergi kat Dashboard > Design > Edit HTML .

2) Then , tick kat Expand Widget Template .

3) Lepas tu tekan keyboard kamu yang ada Ctrl + f . taip word ni :

.post blockquote {

4) Lepas tu mesti akan keluar seperti ini :

.post blockquote {
margin : 1em 20px ;


5) Kemudian , kamu copy and paste coding kat bawah ni menggantikan coding di atas .

.post blockquote {
background : #FF9999 ;
-moz-border-radius-topleft : 10px ;
-moz-border-radius-bottomright : 10px ;
padding : 6px ;
Border : 2px solid #000000 ;
margin : 1em 20px ;
}

6) Akhir sekali , klik button save . siap ! kalau nak tukar warna background blockquote tu . . . . tukar nombor #FF9999 kepada nombor laen . tengok kod warna ok . mengikut warna yang kamu suka .

7) Kalau nak border blockquote kamu itu nipis je . kamu tukar border 2px itu kepada 1px . kalau nak tebal pula tambah la ikut sukati kamu . asalkan kamu gembira melihat blockquote kamu itu . agagaga . . . .

8) Lepas tu , kamu pergila buat new post seperti biasa . taip apa yang kamu nak tulis itu seperti biasa . kemudian highlight ayat yang kamu nak dea jadi blockquote kamu itu . lepas itu klik simbol ini :




9) Ini dea contoh blockquote saya yang sudah siap . tadaaaaa ! ! ! ! 

susah tak nak paham apa yang saya ajar ni ? susah tak ? susah tak ? susah tak ? ? ? 

10) Kadang kadang ada template yang takde coding  .post blockquote {  itu . jangan risau . jangan bimbang . jangan tensen tensen . kamu gantikan coding itu dengan coding ini :

/b:skin>

11) Lepas tu kamu copy and paste je coding yang langkah ke 5 tadi itu sebelum coding di atas ini . ingat ! sebelum coding di atas ini tau . bukan selepas .


kamu godeh saja apa yang kamu suka untuk mengubah rupa blockquote kamu itu . jangan takot . jangan segan . kalau kamu ubah ia tidak akan memberi kesan bunga api atau sebarang kerosakan kepada laptop kesayangan kamu itu . ia hanya memberi kesan kepada rupa bentuk blockquote kamu itu . atau memberi kesan kepada perasaan kamu kerana bengang sekiranya tak jadi . aaiiyyooo . . . . taktau . cuba ok . mesti berjaya ! ;)


ini saja yang mampu saya godeh sementara berehat membaca buku EPP . ceh ! baca ke ? hu . hu . hu . jangan jeles jeles pada saya lagi ok . setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri . sebab itu kita saling memerlukan bagi melengkapi antara satu sama laen . fuh ! macam pakar motivasi la . :p



senyum . . . . senyum kan sedekah . . . . . 






Monday, November 08, 2010

  sooo suuuwit !

hujan ! hujan ! ! ! ! ! ! sejuk . dingin . nyaman . mata kuyu . ok . lepas asar tidak boleh tidur ! tidak boleh ! ! ! 


arini kawan kawan aku sudah mula menjawab paper exam . T I T A S . apa gaya mereka jawab ? mungkin tersenyum lebar . atau mungkin senyum senget . atau mungkin muka blur . 


dan aku yang tidak mengambil paper tersebut kerana sudah transfer amatlah kasihan dan mata terkebil kebil melihat junior housemate yang menjerit jerit setelah balik dari menjawab paper T I T A S . tercekik tulang ayam sekejap apabila sedang khusyuk aku makan nasi pada pukul 4 petang seorang junior housemate balik dan menjerit jerit seperti orang hilang arah . 


adakah paper T I T A S itu susah ? atau dea memang suka menjerit selepas menjawab exam ? aku belum sempat tanya kerana aku juga sudah cukup gerun untuk menegur orang yang menjerit jerit sampai buat aku hilang selera makan . hu . hu . hu . 


berpikir sejenak . saat ini aku masih tidak rasa gugup atau menggelabah memikirkan exam . tetapi masalah yang timbul adalah aku akan mula rasa berdebar debar ketika hendak menjawab exam . entah apa pesen perangai haku ini pun taktau la . 


apa yang bermaen di fikiran adalah apakah ? adakah ? bagaimanakah ? seram pula bila memikirkan keadaan aku nanti . boleh ke tidak ? boleh ke tidak ? boleh ke tidak ? hanya mampu berdoa agar diberikan ingatan yang baek semasa exam nanti . 


kini . aku sudah tidak lagi mengamalkan cara hidup yang tidak sihat selepas MakPah semakin berpesan apa yang dibuat itu akan menyumbang kepada lupa ingatan . 


mari dekat . mari dekat . . . . . cik azriyani bunaim . cikgu kamu . nak bagitau sikit perkara perkara yang takyah la kamu buat . . . . kalau kamu buat kamu rugi . kalau kamu tak buat kamu untung . pilih . nak untung ke nak rugi ? 


1) jangan amalkan minum air gas walaupun 100 plus plus plus . 

2) jangan makan asam . tak bagus untuk ingatan . memang sedap . tapi yang sedap itulah yang membawa kepada keburukan . kan . kan . kan . . . .

3) jangan makan kepala ikan . tapi kepala ikan goreng yang rangup la sedap dimakan . nyam . nyam . nyam . .  . .

4) jangan minum air yang ada semut . haaa . . . . nanti apa mak kita cakap ? lupa 40 hari . 

5) jangan tidur selepas waktu subuh dan asar . ni MakPah selalu pesan ni . tapi selalunya time time ni la mata saja gedik gedik taknak bukak . 

6) jangan banyak ketawa . ketawa itu boleh buat hati menjadi gelap . walaupun ketawa itu kunun kunun orang cakap boleh buat awet muda . ceh ! nak awet muda pakai safi rania gold okeh ! hik . hik . hik .

7) jangan banyak menonton hiburan . hiburan itu melalaikan . tengok katon atasinchi mak dea muka bujur dan pemalas takpe . eh ! betul ke cikgu eja macam tu ? kamu tau tak katon atasinchi ? kesian la kalau taktau . :p


haaaa . . . . cikgu da cakap ni . da bagitau ni apa mak cikgu cakap pada cikgu . baek ikut . jangan tak ikut . ikut jangan tak ikut . ikut jangan tak ikut . buat note besar besar . tampal kat dinding bilik kamu . ok . 



sekian . 



salam sayang tanpa chenta ,

cikgu kamu yang jelita

macam pantun la . >.<