Wednesday, May 25, 2011

  nice to read. nice to remember. nice kerrr?nice.nice.nice.

Hai kawan kawan . . . . 


Bertemu kita kembali dalam blog azriyani bunaim ! ! ! !


Pertama . macam banyak benda saya nak cerita . banyak sangat .*muka beria* berebut rebut cerita dari kepala saya nak keluar . omaigod ! har . har . har . tapi kamu rindu saya tak ? cakap rindu dulu baru saya cerita semuanya . cepat cakap !*gaya paksa* ok . fine . saya pun rindu kamu jugak .*gaya suwit* har . har . har . seminggu saya meninggalkan blog . dan tiba tiba malam tadi account email dan blog saya buat hal . tapi naseb baek hari ini dea kembali normal . mungkin selepas menukar password . huk . huk . huk .


Kedua . perjalanan pergi dan pulang saya ke brunei dan sabah Alhamdulillah selamat . tapi inilah pengalaman perjalanan paling lama dan jaoh pernah saya lalui . 8 kali imigresen kau nak kena lalu untuk sampai sabah ! sampai dah naek busan asek turun naek bas nak tunjuk muka pada pegawai imigresen . itu baru imigresen . duduk dalam bas selama satu hari setengah sampai segala benda jadi sakit belum kira lagi . boleh masuk Malaysian Book of Record tau . dan yang paling menakotkan bila sampai saja di U kaki saya menjadi bengkak seperti kaki gajah ! besar punyaaaaaa ! har . har . har . hampir pengsan juga melihat kaki sendiri . lagi takot bila susah nak berjalan . tapi Alhamdulillah sudah semakin surut dan menjadi kaki kura kura kembali . alahai keciknya kaki awak . . . . :p but everything is fun . tapi kalau ada jelajah mana mana lagi kita naek flight jela ok . jimat masa . ngeh ~ entah gaya mana pula saya nak naek bas pergi langkawi sabtu nanti . harus tunjuk gagah perkasa di depan MakPah . kalau tak habes la kena ejek perempuan yang lembik dan tak tahan lasak . oh ! tidak ! harus dijaohi kata kata hinaan itu . 


Ketiga . saya rasa saya dah menipu kamu sebab macam takde pulak cerita yang nak dicerita . hiks . mungkin sudah lama tidak menulis . jadi kaku membeku . tangan terkelu . har . har . har . perosak bahasa sungguh ! kita tengok gambar banyak banyak jela ok . tapi takdela banyak sangat pun . maklumla kamera hp yang macam tak ikhlas je nak capture gamba saya . menci tau ! sangat berharap mudah mudahan adela orang bagi hadiah kamera bulan 7 nanti . kah . kah . kah . ayat macam meminta minta . tak baek tau ! aish . . . . susunan gambar agak huru hara sebab saya sendiri sudah tidak berapa nak ingat nama tempat tempat yang dilawati . sungguh takde nilai pemandu pelancong langsung ! ah ! yang penting saya ingat saya asek tengok laut dan yang paling terharu saya dapat tengok sunset di tepi laut tanpa disengajakan . acaner tu ?*sambil mata juling*


Curtin University , Miri , Sarawak .

View Curtin University yang seriously chantek . lagi bertambah chantek bila ada perempuan berdiri di situ . :p

Luak Bay , Miri . Sarawak .

Muzium Brunei Darussalam .

Pulau Mamutik , Sabah .

Budak perempuan dua orang itu snorkling beb . . . . saya ? tido di tepi pantai . har . har . har . gara gara ngantok makan ubat mabuk . terus jadi mabuk tido !

Oh ! pulau yang chantek ! 

Ikan ikan yang manja tapi tak gedik .

Boat yang kami naek untuk pergi ke pulau . adela rasa terumbang ambing selama 15 minit . tapi pakcik yang bawak boat memang sporting . cayala pakcik ! nanti saya datang bulan madu kat sini lagi ok . blurp ~

Perempuan bajet hot ! orang laen snorkling bukan maen . dea boleh slumber tido takde perasaan teruja nak mandi langsung ! 

Kota Kinabalu , Sabah . muka ngantok ! mata besar bola pun boleh jadi sekecil mata pen ! eerrkkk ! ! ! hiperbola yang terlampau .

Mereka yang sentiasa bersama saya sepanjang jelajah U . dan perempuan perempuan ini yang selalu lambat bila time nak gather . :p 

Muzium & Akuarium UMS , Sabah .


Last but not least .


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


Harap sangat kamu jangan jeles atau rasa nak muntah ye .


Pleaseeee jangan muntah .
*sambil mata kelip kelip*


HAK . HAK . HAK .


Huduh sungguh hasil tangan saya . nampak sangat tak berseni . seni halus dalam hati je ada . ceewah ! menyampah !



Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kami lawati . muzium sabah . heritage village . pulau manukan . tapi memandangkan hp saya yang terlalu canggih sampai bateri asek cepat kong . maka ini sajalah hasil gambar yang berjaya saya tangkap . yang penting . pengalaman yang saya perolehi . betul tak kawan kawan ? :p selepas ini pengalaman naek bas pergi ke langkawi bersama MakPah pulak . macam lagi seronok sebab MakPah ada banyak wangnya . har . har . har . boleh beli coklat sampai tangan lebam nak angkat barang . eh . eh . lupa . saya sudah berada di rumah Uncle Bun dan MakPah yang heaven . dah dua hari makan asam pedas yang fuh ! inilah nikmat sebenar air tangan seorang ibu . eceh ! air tangan seorang anak belum nak datang mood lagi . tengokla sebulan dua lagi . ;)



Senyum .


Tak perlu kata apa apa .


Senyum !


:)

Thursday, May 12, 2011

  entry susah paham

Pagi pagi dah buat entry . bukan sebab nak cakap pagi ini saya nak study untuk subjek 3rd year . :p tapi nak cakap yang malam tadi saya tak dapat tido sampai ke pagi ini . mungkin nervous tak sabar nak pergi brunei dan sabah dan seterusnya muntah muntah dalam bas dan seterusnya saya rasa nak balik masa tu jugak dan seterusnya saya fobia nak naek bas lagi dan seterusnya kalau saya fobia caner saya nak pergi langkawi dengan MakPah dan seterusnya harus survey tiket flight penang sekarang . entah ayat penyambung jenis apalah yang saya guna ni . saya rasa saya sudah membuat satu keputusan yang saya sendiri tidak tahu dan tidak pasti sama ada keputusan saya itu benar ataupun hanya rekaan semata mata . naaaaahhhh . lagi satu ayat yang buat kamu tak paham . :p ok . ok . ini tiada kaitan dengan brunei , sabah ataupun langkawi . maknanya mungkin ada kaitan dengan maharaja lawak . har . har . har . ah ! kau . bila study untuk final exam bukan maen liat . tapi kalau tengok maharaja lawak buffer sampai 3-4 minit pun kau masih gigih tunggu depan laptop . demmm ! takkan nak jadikan sepah atau jambu sebagai idola . :p


Berbalik pada keputusan yang saya ceritakan tadi . kalau kamu jadi saya la . apela yang kamu buat ? bagi soalan tiba tiba . tajuk perkara pun tak bagitau . tiba tiba tanya pendapat . har . har . har . sungguh tak educated langsung ! inilah pentingnya psychology education ~ ~ ~*sambil pusing pusing tangan* aaarrgghhhh ! ! ! caner saya nak citer ni . caner ni ? caner ni ? aish . . . . konklusinya . saya cuba bangun dan sedar kembali . tapi bukan senang . tapi macam masih taknak sedar lagi . tapi macam perlukan sokongan . tapi kadang kadang sokongan saya tu kejap ada kejap hilang . mungkin saya kena berusaha tanpa sokongan . kalaula dea tahu betapa saya ingin keluar dari semua ini . eh . eh . kamu pening ea baca ayat saya ? rasa nak tampar saya ea sebab tak paham ? ampuuuunnnnn . nanti ada masa saya cuba pahamkan kamu ok . sekarang saya pun tak paham apa yang saya cuba cakap . har . har . har . panas . panas . panasssssss . suka cari kontroversi tau . saya kan MACAM artisssssss . T___T teheee . 






beritaterkini : hati hati ye gadis gadis chantek . ayu . comey . gojes . di luar sana . takot kan bila dengar dua orang lelaki india menyimbah acid randomly pada perempuan perempuan pejalan kaki di sekitar KL . harus lebih alert pada keadaan sekeliling kamu . simpati pada gadis gadis yang sudah menjadi mangsa manusia yang bodoh itu . sama samala kita berdoa mudah mudahan polis entry want to jaga dapat menangkap si penjahat itu secepat mungkin . macam batal je niat nak pergi KL . terpaksala pergi pulau perhentian . blurp . blurp . blurp ~ ~ ~*tetiba* entah bilanya la nak kerja kumpul duet balik kalau dah cuti asyik nak berjalan melancong sana sini macam duet dalam bank ada spoloh ghibu ! @_@


Wednesday, May 11, 2011

  jangan maen-maen!

Muka K I U T .


Tapi hati L E G E N D !


Aku kena bukak mata besar besar .


Betul jugak apa dea cakap .


Demmm !


Pengaruh maharaja lawak dah bermaharajalela dalam diri aku .



Tuesday, May 10, 2011

  motto

Testing testing 1 2 3 .


Ehem . ehem .


Mengumumkan .


Tuan blog ini sudah tamat exammmmmm ! ! !
*sambil menari macam dalam video klip lazy song bruno mars*


Har . har . har .


Gila kecoh !


Orang dah lama abes exam cool je .


Ok . ok . fine .


Paper security pada pagi tadi agak memberikan senyuman walaupun saya rasa saya buat teori security sendiri yang entah kadang kadang secure dan kadang kadang macam tak secure langsung ! tapi abaikan semua itu . yang penting lepas ni doa banyak banyak mudah mudahan semuanya lulus . MakPah cakap jangan kantoi kantoi . mak tak suka ! huk . huk . huk . haruslah MakPah garang dengan budak perempuan seperti saya . saya pun garang jugak ! :p 


Hari ni rasa macam nak tengok wayang tapi macam perlu sedar diri sebab duet banyak nak guna buat pergi melancong . macam artis je ayat saya kan . bila dah kira kira macam tak sampai sabah dan langkawi lagi duet dah habes di sini sebab sabtu ni nak pergi tempat soping murah murah kat sarawak ni . kalau saya ingat nak tangkap gambar nanti saya tunjuk pada kamu caner tempat soping itu ok . tapi agak teragak agak jugak mau pergi ke tempat itu sebab cuaca panas ya ampunnnnnnnn . panas ini boleh membuatkan semua perkara serba tak kena . tapi saat entry ini ditaip cuaca suam suam mendung macam nak hujan tapi macam tak nak hujan . tapi Alhamdulillah sejuk sikit dari hari hari yang lalu . hamek kau ayat aku hari hari yang lalu . aish . . . 


Bila ada masa masa lapang begini . broadband yang selalu kena maki hamun tiba tiba memberikan service yang terbaek dari ladang . tengok youtube pun takde buffer tau . maknanya kalau dah bukak youtube . haruslah berdekah dekah seorang diri dalam bilik tengok maharaja lawak . tapi entah kenapa saya sangat suka sepah pada minggu ke-6 . ce kamu tengok . ce kamu tengok . saya tengok sampai tersedak makan megi . demmm punya sepah ! har . har . har . mungkin sebab ayat dea begini :


Barang apa yang kau nak bagi yang dapat aku lupakan awek aku ? barang apa ? barang apa ?
" Barang yang lama jangan dikenang . " 


Bongok punya sepah !


Tapi meninggalkan kesan positif juga bila saya tengok lawak itu .


Nak bagitau kamu satu rahsia ni .


Ehem . ehem .


Motto baru hidup saya : 
Barang yang lama jangan dikenang . Barang baru baek punyaaaa !


cool kan motto baru hidup saya . 


KAH . KAH . KAH .




*Harus kaji motto baru hidup saya itu . :p*


Sunday, May 08, 2011

  this is what we called LOVE.ngeh~~~

Perbualan seorang anak yang boleh dikatakan gedik bersama emaknya yang hampir gedik jugak . kih . kih . kih .


T___T


Emak : Assalamualaikum .
Anak : Waalaikumussalam .
Emak : Hari ni mak dapat cupcakes dik . . . . chantek . . . . dapat bunga ros sekuntum lagi *gaye teruja* Mak nak simpan bagi adik ngan kak rinda rasa . simpan dalam peti ais .
Anak : Eh ! mak . makan jela . dah tak sedap nanti  . . . tak boleh simpan lama lama .
Emak : La . . . . yeke . . . . mmmm . . . . tak dapat la korang rasa . . . .
Anak : *gaye gedik* Mak . . . . I LOVE U .
Emak : I LOVE U too . . . .*gaye malu malu takot salah cakap i love u too*
Anak : har . har . har . fuuuiiiyyyoooo . . . .mak pandai cakap i love u too la .  


Suwit kan MakPah . hiks .


Siap nak simpankan cupcakes untuk kami rasa . 


Terharu .


Bila saya cakap dengan MakPah rasa macam cakap dengan boyprend .


Lepas letak call mesti rasa nak senyum senyum .


Gembira bila dengar suara MakPah macam gembira sejak akhir akhir ini .


Mungkin tak sabar nak tunggu saya balik .


Saya kan anak mak .*sambil tutup muka*


Har . har . har .


Ngegeh !




Cupcakes surprise dari azrinda bunaim yang suka stalk blog saya untuk MakPah .


Kamu ada akak yang suka stalk blog kamu pagi pagi ?


Mesti takde kan .


Harus kamu bersyukur .


Huk . huk . huk .


Saturday, May 07, 2011

  my all

Saya bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah dalam hidup saya .


Walaupun kadang kadang tidak seindah yang diinginkan .


Tetapi ada satu benda yang paling indah yang tiada penggantinya .


Selamanya tetap indah .


:)


Semoga Allah melindungi beliau selalu .


Saya sayang MakPah .


t  i  u , Mak .






Saya betul betul rindu MakPah .
*sambil kesat airmata*




p / s : Selamat Hari Ibu untuk umi izzah jugak . ;)


  ini macam budak pun ada ka?*pengsan*

Sila baca dengan nada slang orang putih yang mengada ngada .


Tuan tuan dan puan puan .
*sambil air liur tempias*


Mari dekat . . . .


Mari dekat . . . . 


Janga bimbang .


Hari ini mood saya tidak serius .


Tengok . tengok . 


Saya senyum .


:) 


Oh ! ya .


Paper J @ V @ pagi tadi agak komsi komsa .


Sempat saya termenung .


Sempat saya berangan .


Dan akhir sekali saya kira markah yang saya target .


har . har . har .


Nampak sangat kau banyak maen kan !


Ok . ok . tak seronok cerita pasal exam .


Ramai orang dah balik cuti .


Golek golek dekat rumah sambil layan cerita korea .


 Ada diorang kecoh ?


Ah ! menci !


Oleh kerana saya tacing tak abes exam lagi .


Maka .


Saya telah ditag oleh anis idayu untuk menunjukkan study desk saya semasa exam weeks ini .


Ehem . ehem .


Dengan bangga dan takburnya .


Mempersembahkan ! ! ! 


Malu nak tunjuk sebenarnya .


Sebab nampak macam budak ni study apekebenda kalau meja cenggini ?


Ah ! persetankan semua itu .


har . har . har .


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 


Tadaaaaa ! ! !



MARI TEROPONG :
1) Laptop kusayang <3
2) Nota kaki kuku malu J@V@
3) Pencil case mickey mickey mickey mouseeee .
4) Buku 555 version besar punyaaaa !
5) Kotak ajaib ( simpan brooch )
6) Kanta pelekap . har . har . har . pelik je bunyinye . 
7) Minyak yu yee cap limau melegakan sakit perut .
8) Minyak cap kapak menghilangkan sakit kepala .
9) Solution Contact Lens@NYCX . eh . eh . ops ! 
10) Lotion pelembut tangan dan kaki saya . aauuuww !
11) Ubat ketiak ! :p
12) Sepit rambut bunga untuk gedik gedik .
13) Toner . ya . toner wajah supaya lembut dan segar . gunalah safi rania gold ~ ~ ~
14) JAM .*muka serius*
15) Kau KUNCI bilikku ~ ~ ~ 
DONE !
Ini bukan macam meja belajar je . tapi meja alat solek yang penuh dengan pelbagai jenis barangan gadis gadis ! buku ilmiahnya ada ciput je . har . har . har . sambil belajar . sambil sapu sapu lotion . sambil sepit sepit rambut . sambil sapu sapu minyak . barula cool beb . cool ~ ~ ~ :p 

@_@


Wow !


Suci !


Bersih !


Lapang kan .


Ehem . ehem .


Sebenarnya saya sudah masukkan segala buku saya ke dalam kotak .


Ini kerana semut semut semakin lama semakin lemak sampai buku pun dea nak masuk !


Kalau tak , takde maknenyeee la hai saya rajin nak kemas buku awal awal cik anis idayu oiiiiii .
*gaya mak mak*


Mungkin saya suka makan sambil membaca .


Barangkali ada sisa sisa makanan terselit di buku .


Memang tipu !


Makan sambil tengok movie ade la .


Entah bila nak pupuk amalan membaca buku ilmiah dalam diri pun taktaula .


Tapi . . . . 


Meja memang nampak suci !


Atas katil . . . .


YaRabbi . . . .


Harus kena cakap ini katil ke meja ? ? ?
*sambil juling mata*




Entah apa jela ada atas katil tu .


Serabut !


Semut !


Semua ni berlaku sebab semut !


T____T 


Thursday, May 05, 2011

  serious

Setahun sudah berlalu . tapi macam baru semalam aku menanges kuat kuat tak henti henti sampai mata bengkak bengkak sampai baca buku untuk final exam pun nanges tersedu sedan macam baca buku novel chenta sedih . sampai beshfrend kau tengok kau pun dah tak mampu nak tenangkan kau . barulah aku tahu bagaimana rasanya bila orang yang kita percaya dan pernah berjanji takkan tinggalkan kita walau apapun keadaan kita tapi akhirnya pergi tinggalkan kita jugak . bila orang tanya macamana aku melalui semua ini dan macamana aku melupakan dea . aku hanya senyum dan menjawab seperti kau memang betul betul kuat dan gagah di mata orang walaupun jaoh di sudut hati kau masih ada saki baki parut kerinduan dan kelukaan yang entah bila akan hilang . lagi sadis keadaan diri kau bila orang tanya macamana kau berdepan dengan dea kalau kau terserempak dengan dea ? dengan muka tenang kau menjawab kau hanya mampu tunduk dan buat buat seperti tidak pernah mengenali dea walaupun dulu muka itu yang selalu kau harapkan kau akan lihat . walaupun aku cuba teruskan hidup macam tiada apa apa pernah berlaku . tapi aku tahu yang aku masih hidup dalam kenangan dan sikit sikit mengimbau masa lalu yang menyakitkan . kesian pada orang yang menjadi mangsa keadaan aku yang tak pernah pikirkan perasaan orang dan bila ditanya kenapa aku masih begini , aku akan memberikan reason yang ada kalanya menunjukkan kelemahan diri aku sendiri sebagai seorang perempuan .


Lagi rasa teruk bila membandingkan orang yang cuba keluarkan kau dari kesedihan dengan orang yang membuatkan kau rasa sedih hingga kini . kalau kau jadi aku mesti kau rasa aku bodoh dan tak reti membezakan mana yang baek dan mana yang buruk untuk hidup aku kan . walaupun aku cuba berpikiran positif . tapi aku rasa aku masih tak mampu untuk terima yang laen sepenuh hati aku macam aku pernah terima dea sepenuh hati aku . dan sekarang aku rasa lega dan gembira bila tahu dea bertambah bahagia bersama pilihannya . biarlah suatu ketika dulu aku pernah digelar sebagai perampas sekalipun . dalam hidup aku , mak aku tak pernah mengajar aku dendam apatah lagi membenci orang kerana kita semua manusia yang sama yang selalu melakukan kesilapan . sama jugak aku . jangan diingat apa keburukan orang terhadap kita . tapi ingatlah apa kebaekan yang pernah dilakukan orang kepada kita . terima kaseh MakPah kerana selalu mengingatkan aku tentang semua ini . tapi , hanya aku yang tahu keadaan sebenar dan akhirnya aku kecundang sampai aku selalu cakap aku memang perempuan yang tak layak untuk kau tunggu hatinya terbuka apatah lagi untuk dijadikan isteri . biarlah kau cakap aku hati batu . aku kepala batu . aku tak pernah pikirkan apa kau buat untuk aku selama ni . tapi apa yang aku tahu . Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk aku . sekian .




p/s : serius kan entry saya . sampai tiada lagi saya . aku itu lebih menunjukkan aku betul betul serius . entry serius tak boleh ada gambar . :p sebenarnya point utama nak cakap Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk kita dan tak perlu kita nak melawan takdir yang dah ditentukan . ye dok ?  


Wednesday, May 04, 2011

  you're amazing

Saya amat terharu bila ada kawan yang buatkan saya ini .




Sumpah saya amat terharu sampai rasa nak maenkan awak satu lagu dengan MERDU .


Tapi saya terkedek kedek lagi memetik gitar . 


Mek janji .


Kelak mek maenkan kitak satu lagu ok .


<3


Terharu jugak awak baca blog saya .


T____T

When I see your face
Theres not a thing that I would change
Cuz ur amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
Cuz girl ur amazing
Just the way you are



Tuesday, May 03, 2011

  @-@

Tadi pagi mood jawab system admin adalah dalam bentuk mood gelabah dan sungguh tak ikhlas . tak ikhlas di sini bermaksud jawab maen jawab sebab dah tak tahan sakit pinggang . bila orang tanya kenapa keluar awal . alasan yang tak ikhlas untuk diberi juga adalah sebab sejuk . padahal saya memang suka duduk tempat sejuk sejuk . baru rasa cool . tapi sejuk tadi pun rasa panas sebab sakit pinggang nyilu yang amat . eh ! betul ke saya eja nyilu ? terpusing kiri . terpusing kanan . sudah la soalan tadi agak memerlukan ketenangan mental untuk dijawab . tapi kesakitan pinggang yang amat telah mengganggu konsentrasi . ah ! menci ! habes la kalau keadaan yang sama akan berlaku pada paper J A V A sabtu nanti . memang mood akan bertukar menjerit kuat kuat punya la . YaRabbi . . . . kekuatan itu diperlukan .


Tiba tiba touching tengok housemate keluar berfoya foya sebab dah abes paper . ok . fine . saya orang terakhir abes paper . selalu camni . sob . sob . sob . harus tak perlu keluar bilik sebab akan lagi psiko bila tengok orang dah tarik luggage nak pergi airport . study J A V A kuat kuat la camni . 


Monday, May 02, 2011

  i'll keep this

Di kala awan mendung .


Di saat hati menjadi beku .


Di mana kepala menjadi teringat satu semester yang hampir bertemu penghujungnya .


HAR . HAR . HAR .


Macam sasterawan !


Ayat berbunga dan sungguh puitis !


Eerrrkkkk ! ! ! 


Tajuk : FlashBack Semester 4/2011 dalam kenangan .

1 : saya ada gitar bernama MERDU . tapi hingga kini masih belum mesra dengan MERDU kerana tangan masih keras dan usaha akan diteruskan semasa cuti nanti . tengokla kalau MakPah tak bising maen gitar . huk . huk . huk . eh . eh . beshfrend saya pun ada gitar sama macam saya . tapi nama gitar dea gedik sikit . JESSICA . bukan sikit . macam banyak je gediknya .*matila kalau dea baca blog saya . ampunnnnnn*

MERDU


2 : ini kek buatan asli dari tangan saya yang lembut lagi mulus . kek untuk beshfrend saya yang bertunang . kunun kunun saya macam secret recipe la . har . har . har . tapi stoberi itu buat saya terliur di saat melihat gambar ini . blurp . siapa yang ingin menempah kek dengan saya sila la berbuat demikian mulai cuti nanti . saya macam nak buat bisnes kueh muih la . nak kerja macam MakPah tak bagi je . tolongla tempah kek dengan saya ! ! ! !*gaya paksa*

stoberi choc . fuh ! juling biji mata . :p


3 : haaaa . . . . inilah beshfrend saya yang bertunang awal tahun ritu . yang baju pink . eh . eh . salah ! yang baju peach . nampak macam yang baju pink kan bertunang . har . har . har . lepas ni baju biru . lepas tu baju orange . yang baju pink tu la bertunang paling akhir sekali sebab dea single and available and lebih sayang family dan kunun kunun macam takde ciri ciri akan kawen . teeettt ! ! ! next !

lepas ni pang pang kopang pulak . i loike !*gaya gedik*


4 : ehem . ehem . inilah kali pertama dan kali terakhir saya celebrate birthday beshfrend aka kawan gadoh saya di sini . masa ni saya pun over makan kek kunun kunun birthday saya jugak . budak over memang kena camni . :p

kek dan air dea macam lagi sedap dari saya . @-@


5 : tada ! ! ! ! masa celebrate birthday beshfrend saya itu . saya beli beg ini . macam hadiah birthday saya pulak . tapi beli sendiri . masa nak beli beg ni pun gadoh . tapi ini beg dea yang pilih . boleh tahan la taste dea . ops ! zip mulut . tapi saya sangat suka beg ini . dah beg saya . memangla saya suka kan . aiseh . . . .

entah apa color beg ini saya pun taktau . tapi ala ala faded . tapi color nampak keperempuanan . dea cakap . 


6 : ini farewell untuk beshfrend saya itu before dea pergi meninggalkan semua orang . eceh ! ayat nak touching . makan steamboat sampai kenyang dan rasa huh ! berbaloi saya bayar rm20 hengget dapat makan sampai muntah !

muka puas dapat makan banyak .


7 : lalalala . . . . mana dapat riben tu bang ?*lagi mati kalau dea tau saya edit gambar dea letak riben . memang sah sah akan dapat bongok free* ini dea budak lelaki yang selalu gadoh dengan saya . tapi sekarang dah tak gadoh sebab dah jaoh . sekarang rindu rinduan pulak . hak . hak . hak . eerrkkkk ! ! ! 

jeles tengok abang ni ada riben . :p


8 : nyum . nyum . sem ini saja sudah banyak kali saya masak nasi lemak . sebab itu badan pun macam gemok sebab banyak makan nasi lemak . nasi lemak RM2 hengget ! jangan pikir bukan bukan . berdosa tau . 

nasi lemak azriyani bunaim . hei ! choyyy !


9 : yang ni malu nak citer . . . . T___T sejak dari sem ini saya adalah penggemar budu yang paling setia dan kadang kadang rasa tak besh kalau makan nasi takde budu . tapi naseb baek la budu takde kat sarawak ni . kalau tak balik semenanjung terus ada darah tinggi ! tak bagus untuk kesihatan ye kawan kawan . . . . 

sokmo budu . kawe pande kecek klate mu tau dok . hiks .


10 : sem ini buat pertama kalinya saya bermaen basikal di unimas . saya bukanla seorang student yang rajin beriadah apatah lagi bersukan ! memang rasa palsu kalau buat benda benda begini . tapi ini adalah pengaruh kawan kawan yang suka membuat aktiviti aktiviti yang hai . . . . kain baju saya banyak lagi tak basuh . dari maen basikal baek saya basuh baju . ini alasan yang memang akan dikutuk kalau digunakan ! agagaga . . . . 

siap pakai safety helmet ! gila menjaga keselamatan . har . har . har .


11 : ini masa jadi sekretariat open day kolej . tapi dengan rasa bangga memberitahu dua orang budak ini tak dapat kolej ! sekian . mood touching . 

taknak letak caption sebab tak dapat kolej ! sob . sob . sob .


12 : ini aktiviti last untuk sem ini . pergi ke rumah anak anak yatim . tapi ada lagi . jelajah u brunei dan sabah . oh ! cannot wait . caner gaya la saya naek bas sampai 8 hari . huh ! tapi oleh kerana gigih itu mengatasi segalanya  . saya pasti boleh bertahan ! har . har . har . jalan jalan memang automatic akan gagah perkasa . cuba kalau suruh buat research ke buat esimen ke . naaaaahhh . terus lembik . 

eh ! mana saya ? nampak sangat saya pun muda macam budak budak ni kan . yuhuuuu . . . .



Sekian .


Tamat mood touching touching , teringat teringat .


Sambung mood suka baca system admin .


Be good with me ok system admin . 


:)

Sunday, May 01, 2011

  busuk!busuk!busuuuuuuukkk!

Pelik tapi benar .


Pagi pagi bangun tidur badan berpeluh macam orang baru lepas lari kuat kuat .


Lepas itu bau segala benda busuk !


Eeeeey ! busuk la ni .


Eeeeey ! busuk la tu .


Bau perfume pun busuk !


Tapi bau satu benda je yang tak busuk .


Malu pulak nak cakap bau apa yang tak busuk tu .
*sambil tutup muka dengan benda tu*


Ce teka . ce teka . 


Ok . fine ! malas nak layan saya . sob . sob .sob .


Bau bantal busuk !


Walaupun namanya bantal busuk tapi ia tidak busuk di hidung saya .


Aaarrrrgggghhhhh ! ! ! 


Dari pagi tadi sampai di saat saya menaip entry ini saya menutup hidung menggunakan bantal busuk !


Simptom apakah ini ? ? ?


Adakah ini namanya budak perempuan sedang mengalami sindrom hidung busuk ?


Eeerrrkkkk ! ! ! 


Tragisnya nak lalui keadaan ini . . . . .  


Dan oleh kerana bau segalanya busuk , saya telah berkeputusan untuk tidur sepanjang hari sambil tutup muka dengan bantal busuk yang menyelamatkan saya dari segala bau yang tiba tiba menjadi busuk . 


Saya mula sedar saya menjadi orang yang huru hara keadaannya sejak akhir akhir ini . 


Ommmmaaaaa !