Friday, September 30, 2011

  hidup

Walaupun kehidupan berubah . suka atau tidak . biasa atau tidak biasa . hidup mesti diteruskan . ini yang dinamakan cabaran . 





p / s : saya betul betul rindu MakPah . serius rindu . 


Sunday, September 25, 2011

  hati




Jangan menanti sesuatu yang tak pasti . lekas lekas pergi kalau sudah tahu apa yang dinantikan itu memang takkan datang . hanya akan membuat hati kamu seperti dipanah lalu berdarah tidak henti henti . ikut hati mati . ikut rasa binasa . jadi nak ikut apa ? 




Friday, September 23, 2011

  semangat

Kawan itu penguat semangat .


Kawan itu pemberi semangat .


Kawan itu pembakar semangat .


Kawan itu 'semangat' .


kawan saya yang chantek . mereka memang chantek .

kawan saya yang chantek lagi . 

kawan saya memang chantek . ada lagi seorang yang chantek . tapi tiada dalam gambar . 



Motif entry ?


Saya ada kawan yang menjadi 'semangat' saya . 


Monday, September 19, 2011

  prasangka



Dalam hidup tak boleh terlalu banyak prasangka buruk . nanti kebaekan depan mata pun menjadi kabur lalu hilang dari pandangan mata kasar apatah lagi mata hati .



Sunday, September 18, 2011

  pesan

Pada malam sebelum pulang ke sarawak MakPah berpesan :

" Kalau suatu hari nanti kamu bertemu dengan seseorang , biarlah orang itu orang yang sanggup bersusah payah dengan kamu . sentiasa bersama kamu walau bagaimanapun keadaan kamu . mak sentiasa doakan kamu . kamu layak mendapat perkara yang baek untuk pengorbanan kamu . "



Tiba tiba airmata saya mengalir saat entry ini ditaip . semalam MakPah call dan berpesan suruh saya jaga diri baek baek . sejak akhir akhir ini MakPah selalu cakap benda yang beliau tidak pernah cakap . ok . airmata saya mengalir laju .



Saturday, September 17, 2011

  menanti



Penantian . suatu yang indah ? atau suatu yang menyeksakan ? bila menanti bererti kau setia . dan bila kau setia bererti kau memang benar benar mengharapkan sesuatu dari penantian itu . tapi adakah berbaloi jika kau menanti sesuatu yang kau sendiri tahu akhirnya kau akan berdepan dengan bermacam macam perkara ? dan kau dapat rasakan penantian kau hanya suatu yang sia sia dan akhirnya kau sendiri yang menanggung luka lagi . berfikir sejenak . bila datang kekuatan . kau semangat untuk terus menanti . tapi bila datang putus asa . kau seolah olah rela melepaskan segalanya sedangkan kau masih berpeluang dan berhak untuk mendapat keuntungan dari penantian itu . sukar . ini memang benar benar sukar . kalau aku tahu uniknya hati itu sampai begini . tidak aku benarkan ia merasa apa apa . biar kelihatan kejam pada diri sendiri . agar hati itu terpelihara dari duka . nampak entry ini seperti ayat dalam novel kan . tapi ini novel dari hati saya . hati saya yang macam ada jigsaw puzzle . tapi masih belum berjaya diselesaikan . ok . rasa nak senyum kelat bila baca entry ni balik . 


  rindu

Sejak balik ke sarawak . saya mula rindu macam macam . entah kenapa ngada ngada nak rindu ini . nak rindu itu . patotla orang cakap kalau rindu bilang rindu . kalau sayang bilang sayang . eh ! sayang takde kena mengena dalam hal ini . sem ini saya ada 23 jam kredit . saya mula rasa nak garu garu kepala sebab ada 7 core . dan sem ini merupakan sem pendek yang kalau ada esimen semua nak rushing . mungkin niat saya nak kurus akan dapat dilaksanakan sebab hari hari jalan kaki lebih jaoh dan hari hari saya makan lambat dan kadang kadang terlupa nak makan . memang macam tipu kan bila saya terlupa untuk makan . :p tapi memang betul cakap orang . susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru . tapi sebagai perempuan yang kunun kunun tabah saya akan cuba menyesuaikan diri walaupun saya selalu mengeluh dan mula rasa penat untuk mengeluh lagi . Uncle Bun cakap bersusah susah dahulu . bersenang senang kemudian . berakit rakit ke hulu . berenang renang ketepian . kau ada abah yang suka berperibahasa bila memberi nasihat ? @_@


Saya mula rindu dea sebab masa cuti lalu saya banyak menghabeskan masa dengan dea . mesti dea suka bila tau saya rindu dea . hiks .

Saya rindu untuk buli buli budak ini sampai dea jerit kuat kuat . tengok . dea pandai buat mata juling . sape ntah yang ajar . 




Last but not least .


Ini keadaan bilik baru saya . barang saya sikit kan . padahal ada lagi yang tersembunyi . 


Saya rindu MakPah .


Tapi masih belum berkesempatan untuk bercakap dengan MakPah dalam telefon .


Semoga Allah lindungi beliau selalu .


Amin .


Monday, September 12, 2011

  just married

Ehem . ehem .


Entry kawen kawen .


Entry gatal gatal .


Entry miang miang .


Dan entry yang kamu akan tengok saya seperti saya yang kawen .


Semua orang cakap saya seperti pengantin .


Dalam hati macam ada taman .


Tapi kumbang kata suruh tunggu dea .


Sebab kumbang tengah sesat tak jumpa jalan pulang ke bunga .


Eh . eh . cakap apa ni ?


Takde kena mengena !


@_@


Oh ! gojes kan pengantin . terasa macam nak jadi pengantin . :p

Oh ! pengapit pun gojes jugak kan . ngeh ~

Akak pengantin cakap ini 3 pari pari . bila kau nak kawen ? ? ?

Bukti saya adalah PENGAPIT . bukan PENGANTIN ! :p

Masa kawen la dapat jumpa kawan kawan skola . 

Apesal saya macam nak buat iklan rambut ? tapi selendang yang terbang . hak . hak . hak .

BestFriendForever .

Ehem . ehem . practise make perfect !

Mesti kena ada gambar syok sendiri . :p

Saya menunggu keajaiban untuk kerusi sebelah itu . :)



Lepas ini entry kembali ke pangkal jalan .


Dan semestinya entry rindu rinduan pada rumah .


Ok . sedih .*sambil korek hidung*


Wednesday, September 07, 2011



Rasa berdebar . semoga semuanya berjalan lancar . tapi lagi berdebar bila kita memasukkan diri dalam keadaan yang kita sendiri takot akan memakan diri sendiri .



Sunday, September 04, 2011

  syawal 6

Permulaan hari raya saya . hanya bersama Uncle Bun . MakPah masih lemah dan hanya duduk di rumah . walaupun saya menjadi bahan usikan oleh sedara mara pada hari semalam kerana keadaan jari yang macam budak perempuan tak reti maen mercun . tapi mereka sedara mara yang best . best dea kali ini lebih best dari makan eskrim . tak paham kan kenapa saya suka cakap makan eskrim itu best . @_@


Ini sepupu saya .

Dan ini sepupu saya yang bertunang pada hari semalam . umur dea sama dengan saya . apa tujuan cakap umur dea sama dengan saya ? ? ?
 yela . dea da tunang wei . :p

Adat melayu yang mengagumkan . 

Jari saya ini bukan sebab maen mercun ok ! tapi sebab melecur semasa masak rendang . macam over kan saya . saya tahu kamu pun tertanya tanya sebelum ini kan . saya sendiri takot untuk melihat jari saya . rasa nak ganti jari baru . semalam saya jerit jerit lagi di bilik kecemasan . harap harap esok saya lebih kental ! :p



Selamat Hari Raya ke-6 kawan kawan ! ! !


:)

Friday, September 02, 2011

  syawal 4

Hari ini saya rasa macam vangang . vongok . sengal . poyo . semua ada . ini semua gara gara saya buat latihan vokal dalam bilik kecemasan . bukan studio ning baizura . kalau ning baizura ada dalam bilik kecemasan itupun pasti awal awal saya dah kena reject . sebab saya jerit macam orang gila ! jangan cakap tune . pitching pun boleh buat gegendang telinga kau rasa nak tampar tampar muka aku . demmm ! malu jangan cakap . rasa macam nak pakai topeng . entah apehal saya nak jerit jerit dalam bilik kecemasan itu . sebelum pergi hospital berkobar kobar sebab nak jari cepat baek supaya saya boleh cibuk bontot selepas berak dengan nikmat sekali . tapi selepas jari kena service rasa macam entah bila nikmat cibuk tu nak datang lagi . sakit mak oi ! rasa macam nak tanggalkan jari bagi pada nurse service baek baek pastu pasang balik . baru tak rasa sakit . ini memang betul betul dugaan sebab esok saya akan buat latihan jerit jerit dalam bilik kecemasan lagi . harap harap esok takde jururawat lelaki .*pengsan*


tengok tangan sendiri macam tengok tangan babun . bengkak sampai rasa geram nak cubit cubit kan . :p






p / s : saya rasa jeles tengok orang laen asek pakai baju raya bergambar gedik gedik . saya ? entah bila nak pakai baju raya . tsk . tsk . tsk .