Sunday, October 30, 2011

  basyah !

Tomorrow will be the first paper for midterm .


Network Performance & Simulation .




I love that painting .


Thank you Jeeha Reratu .


Walaupun sebenarnya aku paksa kau lukis kiut kiut untuk aku .


:D

Friday, October 28, 2011

  be yourself

Rasa tak cool bila tak post entry ini dalam blog .


Dan tolong rasa cool bila tengok ada budak stress dalam blog ini .



capture 1 : rasa nak tampar muka ini laju laju .

capture 2 : kalau kau tampar aku gigit kau ! gggrrrrrr .

capture 3 : ok . aku tak jadi tampar sebab kau bagi flying kiss paling sexy . aauwww !

capture 4 : macam geli je bila bagi kau flying kiss . eeeyyyuuu ~ ~ ~ 

capture 5 : tapi aku tetap akan senyum walaupun aku stress . kau tahu tak stress ? ? ? aku pun taktau kalau ini adalah kesan kesan stress . 


Ok . 


Dah rasa cool bila tengok entry ini .
*sambil makan eskrim milo mcd*


Wednesday, October 26, 2011

  wordless wednesday

Dear heart ,




Sincerely ,
Myself

Sunday, October 23, 2011

  jangan

Jangan selalu menyuruh saya membuka hati . kerana hati saya akan terbuka sendiri bila tiba waktunya . jangan selalu berkata yang kamu menyayangi saya . kerana belum tentu saya mampu menyayangi kamu seperti kamu menyayangi saya . jangan selalu berkata kamu sanggup berkorban untuk saya . kerana belum tentu saya mampu berkorban untuk kamu . jangan selalu berkata saya perempuan yang kamu cari . kerana saya sendiri tidak tahu adakah kamu yang saya cari selama ini .*perlahan lahan memejamkan mata*


  mak

Bila saya berjumpa dengan mak orang . saya menjadi rindu pada mak saya . bila saya berjalan dengan mak orang . saya menjadi rindu untuk berjalan dengan mak saya . bila saya makan masakan mak orang . saya menjadi rindu untuk makan masakan mak saya . bila saya bersalaman cium tangan dengan mak orang . saya menjadi rindu untuk bersalaman cium tangan dengan mak saya . layanan yang saya terima sama seperti layanan dari mak saya . tapi mak saya cakap takpe . dua minggu lagi saya akan dapat buat benda benda ini dengan mak saya sendiri . tapi . rasa berdebar juga untuk balik . sebab saya masih tiada jawapan . tiada .*sambil memandang ke langit*


Friday, October 21, 2011

  R I N D U



Saya RINDU pada muka saya yang bertenaga dan semangat dulu .

Saya RINDU pada badan saya yang kuat dan gagah dulu .

Saya RINDU pada diri saya yang dulu .

Saya RINDU pada keadaan saya yang dulu .

Saya RINDU .

Saya RINDU Azriyani Bunaim yang dulu .

Saya mula berasa lelah .

Tapi betul kata orang .

Senyum boleh menutup segalanya .

Senyum selagi boleh walaupun dalam hati seperti rumah yang usang tidak berpenghuni .


Sunday, October 16, 2011

  perempuan



Jadi perempuan kalau takde sifat kecik hati bukan perempuan namanya . jadi perempuan kalau takde sifat cemburu bukan perempuan namanya . jadi perempuan kalau takde sifat nak sangat kawan sayang dea banyak banyak dan ketat ketat bukan perempuan namanya . tapi jadi perempuan yang takde rasa rasa begini agak agaknya dea memang betul betul perempuan ke ? barangkali peremTuan agaknya . 



Thursday, October 13, 2011

  131011

Pagi tadi :

Anak : Happy Birthday mak ! ! ! !*nada ceria*
Mak : Terima kaseh . . . mak lupa arini bfday mak .
Anak : Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baek selalu .
Mak : Terima kaseh sebab doakan mak . mak dapat hadiah apa ?
Anak : Adik bagi kaseh sayang banyak banyak yang adik takde bagi pada orang laen . suka tak ?
Mak : Wah . . . terima kaseh . suka sangat . hadiah paling best mak dapat . tapi lagi best kalau dapat hadiah baju .*sambil ketawa ceria*
Anak : *tersenyum sendiri sambil rasa nak peluk makpah kuat kuat walaupun jaoh*


Suwit kan MakPah saya . har . har . har . hari ini hari terubat rindu dan rasa hambar di hati bila mendengar suara MakPah yang semakin ceria . lagi ceria bila semua orang tak sabar nak balik raya haji dan berkumpul bila MakPah dah sihat . barula huru hara rumah Uncle Bun .*sambil menari shuffle* 


Sunday, October 09, 2011

  91011

Perkara yang paling menggembirakan dan melegakan adalah bilamana orang yang kita sayang semakin sihat dan gembira walaupun jaoh di sudut hati tahu bahawa beliau melalui saat saat yang sukar dan kadang kadang kesedihannya tidak diketahui oleh sesiapa . yang penting kita sentiasa mendoakannya . dengar suara makPah saja sudah cukup buat saya lega dan rasa beliau sudah sihat . tidak seperti sebelum sebelum ini . kali ini suara itu lebih ceria dan banyak pertanyaannya . boleh tak saya over tak sabar nak balik raya haji . padahal tak sampai sebulan lagi saya di sarawak ni . ini bukan sebab manja atau mengada ngada . tapi ini sebab feel yang kau nak jumpa semua orang yang kau rindu secara meriah . saya kecik hati sikit je . tapi rindu itu lebih banyak . kalau tak sabar nak balik raya haji maknanya tak sabar nak midterm jugak la kan . ok . lemah longlai kembali . rasa nak jadi xmen boleh terbang pakai sayap . tak payah tunggu raya haji baru dapat balik kan . @_@   



Saturday, October 08, 2011

  sabtu

Sabtu . rasa dah lama tak bercerita tentang kehidupan sendiri dalam blog . bukan sebab taknak . tapi rasa macam tak perlu . tapi hari ini rasa perlu bercerita . sebab dalam kepala saya dah macam vaakum yang banyak habuk . hari hari busy sampai takde masa nak buang habuk . lagi busy bila sem ini kebanyakan kelas saya habes pada pukul 7 malam dan ada lab yang habes pukul 9.30 malam . bila balik rumah dah penat dan mengantok dan tidur sesukati tak hingat esimen apatah lagi tutorial . orang cakap bila makin senior makin relax . tapi saya rasa bila dah jadi senior saya asek menggelabah entah apa apa . dalam kelas mata bukan maen fokus pada lecturer . siap angguk angguk bila lecturer cakap dan merenung ke mata . tapi dalam kepala dah sampai england . bila tak paham baru nak menggelabah sana sini tanya orang . kunun kunun azam sem ni nak 3 pointer and above tapi kita tengok nanti hasilnya . kalau dulu tak suka buat esimen last minute . tapi kali ni macam banyak esimen yang buat last minute . tak paham kan apa yang dikatakan busy kalau dah esimen pun buat last minute . bila nak insaf ? memang macam takde aura aura insaf even lecturer yang mengajar garang dan strict siap bebel bebel bila start kuliah . ok . sekian . ni update perempuan yang sekarang tengah menggelabah lagi menggelepor baru nak start buat esimen project management yang soalan esimennya macam putar belit . belum lagi soalan esimen system programming . subjek killer untuk sem ini . bila tajuk subjek ada perkataan programming je rasa nak tepuk dahi banyak banyak kali .*pengsan*





notakaki : air dicincang takkan putus .

Tuesday, October 04, 2011

  akhir akhir

Sejak akhir akhir ini hati rasa tidak sedap .

Sejak akhir akhir ini perasaan rasa hambar .

Sejak akhir akhir ini kepala asyik pikir bukan bukan .

Sejak akhir akhir ini diri seperti tercari cari apa yang tidak kena .

Sejak akhir akhir ini saya berharap apa yang sejak akhir akhir ini akan berganti dengan sesuatu yang menggembirakan .

Sangat berharap .

Harapan itu perlu supaya hidup lebih bersemangat .

Cukup sekadar saya percaya .

Suatu hari nanti .

Akan ada keajaiban itu jika diizinkan .

=)