Friday, January 27, 2012

  bintang

Sejak aku duduk rumah MakPah dan UncleBun . masa sedar aku di alam nyata hanya lebih kurang 12 jam . selebihnya aku habeskan dengan pejam mata dan meneroka ke alam laen . lepas ni jangan harap aku dapat tidur lama sebab sibuk praktikal dan aku langsung rasa tak teruja nak praktikal . bila mengenangkan perkara perkara laen . aku jadi nak teruskan tidur supaya aku dapat lupa dan bangun dengan harapan aku tak ingat apa apa . semalam bukan maen semangat plan dalam kepala hari ni nak pergi kedai buku dan cari buku pasal network sebab voucher masih ada 150 . tapi bila mood langsung takde . semua benda terus tak jadi dan aku rasa nak feeling feeling tepi pantai malam ni sambil tengok bintang . ok . memang kelakar . kalau tengah gembira pergi makan eskrim bukan maen . tapi kalau feeling sedih sikit baru nak teringat bintang bulan bagai . har . har . har . aku rasa kali ni aku buat keputusan terburu buru . bila terburu buru inilah jadinya . menyesal ? ok . dah tak guna . kau sendiri cakap pung pang pung pang . kau sendiri kena tanggung . bintang . malam ni aku nak pillow talk dengan kau . tiba tiba rasa suka pada lagu yuna . sebab ada word bintang . :p






Tapi sayang kan kucapai bintang dari langit untuk mu .




Wednesday, January 25, 2012

  pilihan

Aku diberi dua pilihan . meneruskan atau berhenti meneruskan apa yang ada . tersepit . dan aku masih ragu ragu dan tidak tahu apa yang bakal aku putuskan . ini bukan memang kelakar kalau aku betul betul ke arah itu . dan bukan senang . atau aku yang takot ? ok . aku memang takot .*pengsan*






Sunday, January 22, 2012

  fuh!

Semalam .


Bahagianya ~ ~ ~
*sambil tersipu sipu gedik*





*************************************************


Hari ini .


Lazatnya ~ ~ ~





Saya memang seorang perempuan yang suka dan rajin memasak .


Sekian . 


KAH . KAH . KAH 






Friday, January 20, 2012

  indah

Aku dapat merasakan . perkara yang benar benar buat aku senang hati adalah bila berada di rumah MakPah dan Uncle Bun . memang betul betul indah . segala perkara negatif yang sedang terperap dalam kepala tiba tiba hilang seperti ada magik dan aku tiba tiba menjadi seorang yang positif . sangat positif . mungkin mood baru sampai rumah dan rindu rumah memang begini . ngeh ~ hari pertama sudah dilayan seperti aku memang anak manja . oh ! terasa kepala seperti nak terlentok lentok manja dengan MakPah dan UncleBun . har . har . har . dalam masa 8 bulan ini aku akan terlentok lentok manja dengan MakPah dan UncleBun . kau dapat bayangkan tak macam mana aku terlentok lentok manja dengan MakPah dan UncleBun ? kah . kah . kah . 






Tuesday, January 17, 2012

  bagus

Satu . tinggal satu paper . tak sabar nak habes . sumpah tak sabar . bila dah akhir akhir ni rasa dah malas nak study . tapi paper yang akhir ni la kena banyak study sebab banyak kira kira . banyak design design . banyak nak kena hafal hafal . nama saja lab . nampak ringan kan . tapi sebenarnya dea yang paling berat . ya . berat . pagi tadi ada lagi satu orang HR call offer internship . tapi di melaka . seharusnya aku tak boleh pertimbangkan langsung offer tersebut sebab aku dah dapat agak apa jawapan MakPah dan UncleBun . tapi dalam kepala masih nak mengada ngada nak pertimbangkan offer tersebut . naseb baek internship tersebut tiada kena mengena dengan job scope networking . kalau ada semestinya aku menjadi durhaka kepada ibu bapanya . makanya aku perlu stick pada yang satu . yang satu ni pun dah cukup buat aku nervous dan terbayang bayang agaknya macam mana environment aku praktikal nanti . 


Dua . aku sedang membayangkan bagaimana agaknya rupa aku habes paper esok . kali ni punya final exam memang laen . aku taktau nak gembira atau aku memang tak gembira . tapi melihatkan keadaan diri aku sendiri setiap hari . ketawa masih kuat seperti gembira yang sangat . makan pun tak pernah tak berselera walaupun aku rasa aku tak dapat all out dengan exam . jadi sebenarnya tiada apa yang berbeza tentang diri aku sama ada aku sedang gembira atau sedih . bila dah nak dekat hari hari nak mengadap MakPah dan UncleBun ni mood kena bagus bagus supaya semuanya kelihatan bagus bagus . dan yang bagusnya aku rasa tak sabar untuk sesuatu . nak mengadap sesuatu yang aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dea bila mengadap aku sebagai sesuatu yang laen dalam hidup dea . aku mengharapkan yang bagus bagus untuk ini dan akan datang . :)




Kan lebih bagus kalau aku study internetworking lab sekarang . :p




Saturday, January 14, 2012

  praktikal

Ada lagi dua paper . tapi dari malam tadi aku sibuk mengemas barang dan baju macam dah takde paper . aku tahu orang laen ramai yang dah habes paper dan sekarang tengah sibuk sibuk nak balik . pagi tadi ada HR call  bagitahu aku dah dapat tempat praktikal . ok . aku memang gembira gila walaupun tempat praktikal itu sekangkang kera dari rumah dan aku tahu MakPah dan Uncle Bun sedang bersorak sorak gembira sekarang . dan aku rasa pelik bila akak aku sangat gembira tak sabar nak jemput aku dekat airport sampai asek cakap nanti boleh pergi kerja sama sama . omaigod ! selalunya dea menyampah bila aku balik cuti sebab aku suka membebel dan benci nak gaduh dengan aku . aku musykil dan mula rasa dea ada agenda yang aku kena mula korek dari sekarang . *sambil kening kerut kerut*





Thursday, January 12, 2012

  PM

Aku rasa hari ni mood aku ke laut . rasa macam nak cari pasal dengan semua orang . mungkin ni gara gara exam system programming pagi tadi yang buat aku terpikir pikir sampai sekarang . dan sekarang bila buka notes project management aku rasa kepala aku kosong dan mula rasa malas nak baca dan mata aku hanya mampu merenung dalam dalam setiap huruf yang tertulis di notes tersebut sedangkan kepala langsung tiada di setiap huruf tersebut tetapi sibuk memikirkan situasi yang aku paling tak suka . aku seperti sedang cuba membayangkan keadaan aku dalam situasi itu dan cuba untuk bersedia tentang sebarang kemungkinan yang kadang kadang akhirnya tidaklah seteruk apa yang aku bayangkan . ini pemikiran terlampau yang aku punyai supaya aku tidak terlalu bersedih bila ia betul betul berlaku . kunun kunun bila ia betul betul berlaku aku masih mampu tersenyum seperti selalu . kadang kadang aku memang rasa loser bila apa yang aku usahakan akhirnya buat aku rasa give up lalu malas untuk berusaha lagi . dan sekarang aku tak tahu macam mana untuk mulakan semua ini kembali dan terus senyum seperti selalu dan membayangkan saat saat indah yang mungkin boleh jadi penawar . dalam kepala aku sekarang berselirat dengan pelbagai andaian yang buat dahi aku makin berkerut dan mulut mula mengeluh tak tentu pasal . 




p / s : terima kaseh kepada si pemberi pemberi semangat . aku tahu bukan mudah untuk memberi semangat . aku hargai . 




Tuesday, January 10, 2012

  eyeback





Aku dan dea macam sedang berlumba mata siapa ada eyeback paling terserlah .


Lepas ni dua dua nak kena pergi buat treatment .


Mencik !




Sunday, January 08, 2012

  lagi

Semalam aku rasa teruk dengan paper microP . entah apa yang aku mengarut dengan assembly code dalam kertas jawapan pun aku rasa ni soalan apa ni ? apa bendanya assembly statement ? kenapa aku target laen kau keluar laen ? kenapa aku tak pernah tengok assembly code macam ni ? kenapa aku tak reti nak hentam apa ni ? kenapa itu ? kenapa ini ? aku paksa otak aku berfikir sampai aku rasa sakit kepala dan rasa nak give up dengan paper itu . aku toleh kiri . aku toleh kanan . aku tengok lecturer yang jaga exam . aku tengok lampu . aku tengok kad matrik . aku tengok kertas soalan . last last aku ambil calculator dan membuat perkiraan sendiri markah yang mampu aku dapat untuk lulus . sebelum masuk exam dengan penuh yakin aku target b untuk paper microP .  sebab aku rasa aku  study paling banyak dan struggle untuk microP . tapi lepas dah keluar dari exam hall semalam aku terus target c ! aku dapat rasa pointer aku sem ni akan teruk . azam aku untuk up pointer macam dah terbang jaoh disebabkan carrymark web-based dan paper microP semalam . dan sekarang aku tengah menghafal ethics . ethics ni untuk aku tak perlu kau belajar sebab kau dapat pikir sendiri apa yang patot kau buat dan apa yang tak patot kau buat . ni la subjek subjek yang buat course aku menjadi 4 tahun ! relevannya aku tak tahu dan tak ingin tahu . tapi apa yang aku tahu fakulti aku memang sayang student sampai tak nak bagi student habes study awal .


Sejak ada exam aku jarang tidur rumah dan aku tidur bilik kawan aku dalam kolej . aku dan dea asek emo pasal carrymark web-based . tengok short note ethics teringat web-based . dea tengok note hrm dea tiba tiba dea sedih teringat web-based . dan dea mula rasa tak guna dan tak dapat fokus dengan exam sebab carrymark web-based sampai dea menanges dan aku yang kunun kunun tabah mestilah selalu bagi dea semangat . padahal aku pun rasa down dengan web-based . kalau dengar lagu ombak rindu dekat radio rasa nak nanges tersedu sedu sebab teringat web-based . aku rasa tak guna aku jadi student IT kalau aku fail web-based . ini kategori subjek boleh skor untuk budak IT tapi kalau aku fail malapetaka ni namanya . gara gara aku emo dengan exam dan carrymark web-based . aku rasa semua orang kena sembur dengan aku sebab cuba cari pasal . termasuk abang aku yang tiba tiba nak bagi nasihat abang abang kepada adik . aku yang tengah emo mestilah sentap dan rasa nak mengganas . siapa suruh kan . dan tadi tiba tiba dea mesej aku mintak nombor account . har . har . har . ini baru penawar paling mujarab kepada hati yang lara ye tak ? :p





Friday, January 06, 2012

  CM

Tadi aku baru dapat tahu carrymark web-based . bila tengok carrymark tu aku tak tau nak jerit atau nak nanges sambil baling kerusi . carrymark paling sikit aku pernah dapat sepanjang aku study . aku tak tau aku nak geram pada diri aku sendiri atau pada lecturer tu . markah untuk assignment 1 dan assignment 2 setelah di'total'kan hanya dapat 7.8 per 20 . mengikut firasat aku  sebagai tukang buat report untuk assigment assignment tersebut paling sikit group aku boleh dapat adalah 12 per 20 . tapi entah mana kelogikkan markah assignment ini pun aku dah tak dapat fikir sebab aku sibuk fikir macam mana aku nak survive bagi lulus dengan carrymark yang sumpah sungguh sikit dan aku rasa kejam untuk aku dapat carrymark banyak tu . carrymark system programming yang aku gerun pun lebih banyak daripada carrymark web-based yang memang tak termasuk dalam senarai subjek aku takot fail . tapi sekarang web-based dah menjadi subjek ranking pertama aku takot fail ! aku dah tak dapat fokus dengan paper microprocessor esok sebab aku asek pikir carrymark web-based . damn !




Wednesday, January 04, 2012

  ergh !

Dalam banyak banyak yang aku dah study . ada satu subjek yang aku rasa bila aku study aku asek bukak tutup slide lepas tu rasa blur . aku tak tau kenapa aku macam anti dengan web-based . padahal kau hanya perlu tahu apa itu css , html , xml dan php . tapi bila aku mengadap benda benda ni aku rasa stress . sudahnya aku tak bukak bukak lagi slide web-based sebab aku rasa ergh ! dalam kepala aku sibuk asek ingat apa MakPah cakap . dalam dunia ni takde benda yang mudah kalau kita nak dapat kebaekannya . tapi dalam hal web-based ni langsung aku tak boleh aplikasikan kata kata itu sebab aku memang ergh ! kalau dulu aku lebih gerun dengan system programming . tapi sekarang rasa gerun pada web-based lagi banyak sebab lecturer dea . aku stress bila ingat lecturer dea . langsung tak bagi tips . bentuk soalan pun aku tak tahu . harusla bila aku tengok slide web-based aku rasa ergh ! 




aku rasa aku memang macam garang sejak akhir akhir ni . kalau tengok muka depan cermin dah rasa macam muka gergasi yang bengis ada pimple , eyeback lepas tu kalau tengok orang macam nak cari gaduh . :p




Monday, January 02, 2012

  titik

Hari kedua di tahun baru . terkelu macam kau baru salah cakap lalu menutup mulut . sedangkan kau langsung tak cakap lagi apa yang cuba kau cakap . lalu penyelesaiannya kau terus diam supaya apa yang tersimpul dalam hati kau tak terluah dan membakar hati yang laen . lebih rela aku membakar hati aku dengan tindakan tidak matang kau dan biarkan hati kau terpelihara dari kesakitan . mungkin ini yang dinamakan keadilan . dan kalau kau berani bertanyakan akan keputusan aku lagi . middle finger up . aku memang nampak cilaka bila marah . titik . 



Sunday, January 01, 2012

  2012

Hanya satu . semoga semuanya lebih baek dari tahun tahun sebelum ini dan lebih menyedari tujuan aku dijadikan di muka bumi yang indah ini . Alhamdulillah aku masih bernafas dan melihat matahari pagi yang menyelinap di celah celah tingkap . :)