Sunday, February 26, 2012

  huruf

Huruf   ekat keyboar laptop aku rosak . ja inya aku malas nak copy paste huruf   ekat tempat laen sebab nanti tulisan  ekat post ni lari  ari setting . kau  apat teka tak huruf apa yang rosak tu ? har . har . har . oleh kerana huruf tu invisible . makanya aku rasa malas nak taip panjang panjang . akhir sekali . praktikal aku ok .  an mu ah mu ahan akan terus ok . cuma ka ang ka ang aku memang tak  apat  ipisahkan  ari sifat malas  an malas selalu mengejar aku walaupun aku cuba untuk rajin . gggggrrrrr ! ! ! 




Walaupun hanya satu huruf yang rosak . tapi perasaan nak beli laptop baru macam har  isk yang rosak . tapi har  isk laptop aku memang  ah jahanam pun . babai angan angan samsung tab !  amn !



Tuesday, February 21, 2012

  ada




Aku ada apa yang orang laen tiada . dan orang laen ada apa yang aku tiada . walaupun sebesar zarah dan langsung tidak dapat dilihat dengan mata kasar . tapi mata hati aku masih mampu merasa . merasa yang halus itu kadang kadang lebih baek dari merasa yang jelas nyata tapi dusta .   







Sunday, February 12, 2012

  gelap

Sambil dengar lagu pergi tak kembali . aku teringat apa orang yang berubatkan aku tadi cakap . aku taktau nak terkejut atau nak takot . keupayaan aku terbatas . MakPah dan Uncle Bun nampak risau . tapi yang pasti aku membayangkan kehidupan yang sukar . dari Dea aku datang . kepada Dea aku kembali . ini kenyataan untuk suatu hari nanti . Ya Allah . aku masih jahil . 





Friday, February 10, 2012

  indah




Berfikir sebelum berbicara . berbicara dengan santun yang indah . biar indah sampai tiada siapa yang terasa . memelihara yang indah bukan mudah . tapi akan mudah jika ia terpelihara . 







Monday, February 06, 2012

  positif

Oh ! aku nampak sangat busy sampai takde masa nak update blog . minggu lepas adalah minggu menyesuaikan diri . minggu huru hara . minggu blur . dan minggu cuba untuk jadi positif dari segala sudut . walaupun environment praktikal aku agak menyekat tindak tanduk aku sebagai seorang perempuan yang sifatnya agak huru hara . tapi aku cuba memandang perkara tersebut dari sudut positifnya adalah inilah masanya aku harus belajar menjadi seorang perempuan yang sopan dalam melakukan segala perbuatan termasuk cara aku berkomunikasi dan duduk . kalau boleh nak jawab telefon pun dengan suara yang paling lembut . damn ! saat ini baru aku sedar yang sebenarnya aku memang sangat pemalu bila berdepan dengan lelaki dan mula menjadi pendiam tak tentu pasal sampai orang tanya pun kau jadi blur dan senyum tak kena tempat . har . har . har . aku tak boleh mengeluh dengan keadaan ini sebab Uncle Bun cakap ini pilihan aku . aku tak boleh menyesal . apatah lagi ingin berpatah balik . aku hanya boleh merungut dalam hati dan cuba mencari idea idea positif supaya aku mampu membuatkan 6 bulan aku adalah masa yang paling bermakna dan penuh dengan kenangan yang indah indah belaka . sungguh positif ayat ini .