Sunday, March 25, 2012

  cuti

Esok aku cuti . tapi aku tak pasti apa aku nak buat esok . mungkin sebab aku rasa aku perlu cuti . jadi aku cuti . ayat nampak macam aku buat intern dekat company Uncle Bun kan . cuti bukan bermakna aku dapat tidur dengan kadar yang aku suka . tapi cuti hanya untuk membuat sesuatu yang lebih mendatangkan faedah . contohnya pergi berkelah . contoh sahaja . tapi aku rasa esok aku nak buat kek . itu pun kalau aku rajin . bukan apa . takot MakPah rasa aku buang tebiat buat benda yang dah lama aku tak buat . tapi sekarang dalam kepala aku hanya membayangkan tilam dan bantal untuk esok . sebab aku rindu nak tidur siang . sumpah rindu .*muka mintak simpati*





Sejak akhir akhir ni aku suka dengar lagu najwa ni . aku tak pernah suka lagu dea . tapi yang kosong ni aku macam suka . mungkin sebab sebut kosong ~ kosong ~ tu macam syok . har . har . har . entah apa yang kosong pun aku taktau . 



Monday, March 19, 2012

  cuba


Jaoh di sudut hati . aku mencari cahaya itu supaya aku temui jalan yang membawa aku kepada takdir yang hanya Dea ketahui . jika tidak mampu . aku tetap akan mencari . mencari sampai jumpa . dan saat itu baru aku tahu . aku benar benar telah mencuba . 








Sunday, March 18, 2012

  makanan = makan

Hari ni entry kena good good tapi gedik kena lebih . kalau boleh kau kena baca entry ni gaya manja nora danish supaya kau tahu betapa indahnya perempuan gedik tapi tak mengada ngada . paham ? ? ? ok . nada paham ini dah macam garang . har . har . har . 


Ehem . ehem . 


Hari ni kita tengok gambar je ok .


Tapi bila dah tengok gambar kita taknak awak meleleh air liur tau .


Taknak . taknak . taknak .*sambil muka manja lepas tu jari telunjuk gerak kiri kanan kiri kanan*


Rasa menyampah ?


Jangan dulu la . . .  .


Sebab lepas tengok gambar mesti awak rasa entry ni memang awesome !


Eeerrrrrkkkk ! ! ! ! 


Kita speechless bila ini . geli tapi kita cuba . tapi lepas tu kita rasa makanan dea memang awesome la awak !

Ok . pertama kali kita tengok ini muka kita memang nampak geli . geli gila ! tapi bila dah makan . ok . kita sukaaaaa ! ! ! ini belut . belut ~ ~ ~ ~ tak ingat apa nama jepun dea . tapi dea sedap . awak boleh percaya cakap kita .*muka serius*

Ini nando's chicken peri pita  . nama dea sedap macam katy perry . dan rasa dea memang sedap macam lagu katy perry jugak . ini bukan lawak . tapi serius . lepas tu makan kat sini boleh refill air ice lemon tea banyak banyak kali . waitress kat sini pun cun sangad awak . . .*thumbs up*

Ok . perempuan ini pun sedap . eh . eh . bukan ! tapi sedap mata memandang . kah . kah . kah .*sambil mata juling nak muntah* 

Ini kita taknak makan lagi sebab kita tak suka . sekian . boleh gitu terus terang ? :p



Last but not least .


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: 


Ini memang yang paling awesome dari gambar gambar di atas . taknak cakap banyak . sebab ini memang paling awesome ! ayam masak merah air tangan suka korek hidung kita tau awak . :p

Ini ? awesome ke ?*sambil garu kepala*


MakPah cakap kita nampak bagus hari ni sebab masak . kalau hari hari kita masak lagi nampak bagus . bagus maknanya kita perempuan yang good good kan ? ok . ayat MakPah macam nak cakap kita malas . esok taknak praktikal la . nak duduk rumah masak untuk MakPah .*tipu*


Ok . dah . kesat air liur awak . 


Bai !



Tamat entry manja gaya nora danish . 


:)




Tuesday, March 13, 2012

  said :




Orang yang dapat menguasai rohaninya adalah lebih gagah dari jeneral yang dapat menakluki satu bandar .








Saturday, March 10, 2012

  kan?



Kalau rindu bilang rindu .


Kalau sayang bilang i love you .
*gaya gedik sambil pegang bunga ros*



Friday, March 09, 2012

  lama & baru

Bila difikirkan balik . aku rasa aku sedang dan suka membuat perbezaan . simbol sama dengan itu kalau boleh nak kena ada pada semua benda baru dan akan dibezakan pada benda lama yang sentiasa dianggap lebih baek dari benda baru . entah pemikiran kolot jenis apa yang ada dalam kepala aku . kalau boleh semua kenangan lama nak ulang dan taknak kenangan baru . kalau boleh kawan pun nak kawan lama . taknak kawan baru . tapi kalau baju atau barang . baru itu menjadi kesukaan dari barang lama . oh ! kompleks dan kadang kadang boleh jadi kritikal bila sampai waktunya sesuatu yang baru dan jaoh lebih baek dari yang lama datang tapi kau tolak mentah mentah sebab kau lebih suka mengingat yang lama . patah tumbuh hilang berganti . tapi aku lebih suka kumbang bukan seekor . bunga bukan sekuntum . har . har . har . ops !*sambil tutup mulut*



Saturday, March 03, 2012

  katakan dengan indah

Semakin hari aku rasa semakin selesa dengan tempat praktikal . betul kata orang . tak kenal maka tak cinta . walaupun kadang kadang aku blur dan tak paham apa yang aku buat . lepas tu bajet busy bukan maen macam permanent staff . lepas tu bila dah tengahari mula tersengguk sengguk depan pc sebab dah takde kerja nak buat sebab terlalu berdedikasi siapkan semua kerja cepat cepat . tapi balik rumah tidur awal macam orang kerja angkat batu . orang kerja angkat batu pun masih cool boleh karaoke malam malam . taktau nak klasifikasikan aku ini kategori perempuan yang kuat tidur atau aku memang tak suka buang masa buat benda laen selaen tidur . :p 


Dan sejak umur aku dah mencecah 21 tahun . *sambil tersenyum paling manis* aku mula sedar ada banyak benda yang aku terlepas pandang . bila sihat kadang kadang terlupa . bila sakit mula kau sedar . bila senang mula rasa bangga . bila susah mengeluh tak sudah sudah . bila niat itu nyata untuk kebaekan . segalanya Dea yang tentukan . Uncle Bun dan MakPah . itu yang paling mahal dalam hidup aku sekarang . semuanya datang dari Dea . yang buruk datangnya dari kita . ini ayat Uncle Bun . ya . aku selalu dapat kuliah free dari Uncle Bun . tak perlu bayar yuran . tak perlu buku tebal tebal . kalau nak cuba boleh datang rumah Uncle Bun . har . har . har . ok . langsung tak kelakar . aku update blog ni sambil dengar kuliah Uncle Bun . tacing beb wa cakap sama lu ~ @_@