Friday, June 22, 2012

  tik tok tik tok

Dua tiga hari lepas bila orang laen sibuk neves lecturer nak datang . aku bajet cool . dalam kepala dah set yang lecturer takkan datang sebab aku sorang je yang intern area johor . padahal ada dua orang lagi yang intern dekat johor tapi aku tak tahu sebab aku perempuan yang suka duduk bawah payung . tak amek tahu pasal orang . har . har . har . tapi dari semalam aku terasa nak buat presentation slide kunun kunun buat standby kalau lecturer datang . tapi mood buat memang cincai boncai . entah apa aku mengarut dalam slide . bila tengok slide balik macam copy paste punya slide . bukan macam . tapi memang . tengahari tadi bila ada sorang kawan aku call dan bagitahu lecturer akan datang next week , terus jantung jadi dup dap dup dap . terus jadi fokus buat slide . terus tak cincai boncai . terus tak download game dalam handphone . terus tak jakun maen instagram lagi . terus bajet nak jadi practical student yang rajin dan berdedikasi . 


Dan bila dapat tahu lecturer yang nak datang tengok aku nanti lecturer yang ada master in network computing . terus rasa nak study macam ada exam . naaaaahhhh . menggelepor . nampak sangat aku banyak maen selama intern ni . cuba tanya balik apa yang aku dapat masa intern ? sambil garu kepala aku akan jawab , masa intern saya adalah masa untuk saya jadi perempuan yang terlebih bijak dan gigih sampai pernah nak failkan intern sendiri . kau ada nak buat kerja gila macam ni ? har . har . har . ok . ni langsung tak kelakar . jadinya kalau nak lulus intern kena buat slide dengan gaya professional .*sambil selit pen dekat telinga* :p




Ehem . ehem . sikit je lagi dah nak 13 july . sekejap je lagi . sesungguhnya masa itu pantas berlalu . InsyaAllah everything will be ok . :)





Sunday, June 17, 2012

  this is





Part of me . 





Hugs & kisses,
Azriyani Bunaim

Wednesday, June 13, 2012

  masa



Masa yang indah itu milik Dea . Masa yang lapang itu untuk pengisian manfaat . Masa yang lalu itu pengajaran . Masa akan datang itu masa yang akan membuat kita lebih berhati hati untuk mencorak supaya tidak menjadi cela seperti masa lalu . Jika bercakap tentang masa . kalau boleh manusia itu menginginkan masa masa yang indah sahaja . Jika ada masa masa yang sedikit tercela dengan kesilapan atau takdir , pasti manusia itu merasakan kehidupan seperti terhenti . lalu sibuk mengimbau masa masa yang indah yang tidak pernah akan berulang . tapi pernahkah kita mencari segala hikmah yang berlaku dan berfikir secara positif ? kita cuba . tapi pasti akan terselit sedikit kekesalan dan aura negatif itu sentiasa mengiringi kehidupan manusia . tetapi perlahan lahan aura negatif itu berlalu pergi kerana ada sesuatu yang kita tak pernah bayangkan datang dan sentiasa memberi aura positif . walau sekandang kesusahan . pasti mampu dilalui . ya . ini namanya semangat yang kembali . 





Tinggal lagi sebulan . aku tak pasti perasaan aku suka atau sedih untuk habes praktikal .