Wednesday, August 29, 2012

  wordless wednesday




Serba serbi . serba tak kena . serba S A L A H .


serba ?





Monday, August 27, 2012

  kemas

Tadi pagi bila MakPah dah bising bising suruh kemas baju baru aku sedar baju aku memang banyak gila . bukan banyak sangat tapi banyak gila . dari baju kurung , kemeja , blouse , t-shirt , tudung yang macam ada 10 kepala . padahal yang selalu pakai 2 , 3 helai je . sendiri kemas sendiri pening . lepas tu baru sedar kenapa aku ada banyak gila baju ? bila masa aku beli ? ajaib . :p aku rasa semua perempuan memang ada banyak baju yang banyak kategorinya . kategori baju dah buruk sikit lepas tu taknak pakai , kategori baju baru sekali pakai lepas tu taknak pakai lagi , dan paling teruk kategori baju baru beli tapi tak pernah pakai . ini memang macam orang kaya tapi sebenarnya orang yang suka membazir . masa kemas kemas MakPah asek membebel sebab beliau pening tengok baju aku yang banyak . sampai MakPah cakap nak bukak kedai bundle sebab baju semua masih elok tapi mengada taknak pakai lagi . walaupun amaran jangan beli baju lagi tu dah beribu kali keluar dari mulut MakPah dan Uncle Bun , tapi aku rasa aku memang ketegaq . kau rasa sebagai perempuan kau boleh ke tahan nafsu nak beli baju bila nampak baju chantek ? ataupun kau boleh ke setia dengan sehelai baju ? tunggu sampai dah betul betul tak boleh pakai baru beli baju baru . oh ! tidak . kalau boleh setiap kali pergi shopping complex mesti nak beli sehelai baju . kan ? kan ? kan ? 




p / s : seminggu je lagi aku ada dekat sini . =(





Sunday, August 26, 2012

  sanisah huri kata: bersabarlah sayang

Bangun pagi . rasa sedih sekali . walaupun raya sepatotnya gembira . bukan sebab raya . selalunya perkataan faham itu kena selalu ada pada setiap perkara .  walau kita cuba faham pada setiap perkara , keadaan termasuk perasaan . tapi tak semua orang mampu , ingin atau cuba faham perkara , keadaan termasuk perasaan kita . bukan sebab pentingkan diri sendiri . mungkin rasa takot , terancam atau keadaan sekarang tak seindah yang diinginkan . ya . sila nampak aku yang merosakkan segalanya . dan sila nampak aku cuba menyelesaikan semuanya . mengeluh tak memberikan penyelesaian . baru aku FAHAM sebab ion positif aku mampu membuat keputusan seperti itu walaupun airmata aku bertakung di kelopak mata sekarang . ok . memang aku nampak betul betul sedih . sekian . lepas ni makan kueh raya banyak banyak supaya butter itu mampu buat aku lupa ingatan tentang semuanya . semua sekali . taktau ni entry jenis apa .*sambil tutup muka*





Wednesday, August 22, 2012

  wordless wednesday



Pernikahan adalah bahtera , bukan kapal kertas . Menjadi isteri pertama , kedua, ketiga atau keempat adalah jodoh yang telah ditentukan . Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat . Sesungguhnya cinta hakiki itu milik Allah . 



:)




  keluarga

Ehem . ehem . 


Ok . entry raya .


Mesti akan penuh dengan gambar syok sendiri .


Kesukaan dan kegembiraan di hari raya .


Muka MakPah bengang kena paksa amek gambar . naseb lerrr ~


Kekna si senyum senget . har . har . har . tak paham kenapa dea nak senyum senget .


Ok . kek nda yang orang cakap muka aku sama macam dea . sama kerrr ?*sambil muka confius* lepas tu bila dea tengok gambar ni dea terasa dea berseri seri chantek . dah nampak kan genetik aku semua genetik suka ferasan sendiri . no wonder . :D


Si perasan comel . dea selalu cakap macam ni : "izzah sangat comel" .*sambil gaya gedik* rasa nak berlari setempat bila dengar dea selalu cakap dea comel . sekarang baru aku paham macamane perasaan orang bila aku selalu ferasan jelita . ada rasa sampai nak cekik diri sendiri agaknya . har . har . har .


Dua orang budak yang tak reti buat peace . yang sorang dah macam gaya charlie angle . yang sorang sibuk nak tengok jari berbelit belit . ok . yang tengah memang terbaekkk buat peace . tiada cacat cela . cuma jari senget . :p


Nantikan keluaran majalah 'keluarga' bulan depan .*muntah*


Speechless bila tengok gambar ni . gaya bukan maen macam orang dewasa . menyampah ! 


Ok . budak lelaki ni memang suka muncung muncung mulut . mungkin ingin terasa comel juga . @_@




Salam Idulfitri .


Ampun dan maaf dipinta atas segala khilaf .


:)




Friday, August 10, 2012

  serupa

Pagi tadi ada budak menjerit jerit nanges sebab MakPah basuh sarung bantal busuk dea . aku memang paham perasaan tak nak bagi basuh sarung bantal busuk sendiri . sebab aku pun pernah marah bila balik rumah tengok sarung bantal busuk kena basuh . naseb baek pagi tadi sarung bantal busuk aku tak terpilih untuk dibasuh . hanya aku dan dea paham apa makna bantal busuk . ya . bau itu yang membuai lena sepanjang malam . rugi kalau kau takde bantal busuk . sumpah rugi . kalau aku kawen pun aku tetap bawak bantal busuk aku . naseb lerrr . :p 




Dea seperti aku . 


Dan aku seperti dea .


Serupa . 


Cuma sampai hari ni dea tak pernah puasa . 


Tapi selalu cakap dea puasa .


Menyampah !




Selamat berpuasa .



:)





Monday, August 06, 2012

  ramadhan 17

Akhirnya . siap jugak intern report aku . tinggal print dan post . sekarang boleh tidur lena tak payah nak mimpi mimpi lecturer kejar sebab report tak siap . terima kaseh kepada yang membantu . :) tinggal sebulan je lagi aku berpeluang duduk rumah . lepas ni kembali dengan kehidupan yang haru biru . haru biru sebab next sem kena buat fyp . bila ingat fyp terus rasa nak kawen cepat cepat . takde kena mengena . cuma takot untuk mengadap fyp . mungkin kawen lebih seronok dari buat fyp walaupun aku taktau kawen itu best atau tak . aku rasa kawen best bila part pakai chantek chantek lepas tu bersanding kunun kunun pemalu dan paling best gila bila part makan . kalau part makan aku takkan jadi pemalu . eh . eh . bunyi macam dah nak kawen je .*sambil gaya miang gedik* tapi sepanjang aku pergi rumah kawen dan bila tengok pengantin makan mesti cetoet gila kau makan . mungkin nak jaga makeup ataupun tiba tiba perut kau kenyang sebab kau rasa keseronokkan berkawen itu telah membuat kau rasa kenyang . tapi lepas tu menjajo cari makanan . sungguh tak boleh digunapakai teori perasaan bahagia boleh mengenyangkan perut . kan lagi bahagia kalau dapat makan banyak . ok . esok puasa . tak payah nak lebih sangat cerita pasal makan lepas tu kawen . motif cerita macam ni di bulan puasa ? pssssttt . aku asek mimpi pakai baju pengantin la dua tiga hari ni .  aauuuwwww ! verangan ! bukan verangan . tapi impian .*sambil kelip kelip mata*




Selamat Berpuasa .


:) 


Saturday, August 04, 2012

  10 tahun lalu



Tak sangka benda benda begini masih tersimpan . bila tengok balik . teringat semua kembali . kelakar pun ada . tapi itulah perjalanan hidup yang mencipta kenangan . Allah sudah mengaturkan semuanya . bersedia atau tidak bersedia . tetap berlaku . 






Kad ini masih punya rupa yang sama walau dah 10 tahun tersimpan .



Dalam kenangan .



Selamat Berpuasa .


:)




Wednesday, August 01, 2012

  wujud

Bila bercakap tentang perkara yang jadi dalam hidup . adakalanya aku tertanya tanya . sama ada apa yang berlaku itu suatu kebetulan , dugaan atau memang takdir yang tersurat untuk aku . contohnya pertemuan . kita takkan pernah sangka kita akan bertemu dengan seseorang yang langsung kita takkan pernah terfikir akan menjadi sesuatu yang penting dalam hidup kita tapi dalam masa yang sama kita rasa itu adalah suatu dugaan yang perlu kita selesaikan dengan cara baek . walau kita cuba lari . tapi itu yang perlu kita hadapi . walau kita cuba nafi dengan lidah . tapi itu yang kita akui dalam hati . orang cakap setiap yang berlaku ada hikmah . mungkin aku perlu mencari setiap inci kebaekan yang ada . setiap inci yang mampu jadi benteng kekuatan . dengan mata kasar mungkin keburukan itu lebih jelas daripada kebaekan . tapi tak mustahil untuk keburukan itu menjadi suatu kebaekan yang kita takkan pernah sangka . ya . mudah mudahan Ramadhan ini membawa seribu kebaekan pada kita semua . hanya Tuhan tahu apa ada depan nanti . 



Selamat Berpuasa .


:)