Saturday, September 29, 2012

  nama



Aku tak tahu nak cakap apa tentang nama di atas . tapi yang penting aku marah .*sambil muka sangat garang* kebetulan tentang nama . ramai cakap nama aku susah sebut . susah ker ? AZ RI YA NI . 4 suku kata sahaja . pergi mana mana bila orang tanya nama mesti aku kena ulang 3 , 4 kali baru orang clear dan bila nak sebut balik terus bunyi laen . last last bila susah sangat terus aku cakap nama saya YA NI . walaupun situasinya formal . oh ! YA NI .*kena sebut dengan nada ceria* lebih mudah sebut . gggrrrrrrr ! MakPah cakap nama YA NI lebih sedap dipanggil dengan nada menjerit . har . har . har . nak cakap saya tak dengar kata la tu . :p tapi MakPah tak pernah panggil aku YA NI . beliau lebih suka panggil aku sayang .*tipu* kah . kah . kah . ok . rindu MakPah sangat walaupun selalu kena jerit bila dekat rumah . :(




Thursday, September 27, 2012

  spontaneous thursday




Mana ? mana ?


Mencari fungsi kewujudan .


:)


Tuesday, September 25, 2012

  bersenyum




tetap bersenyum .


:)




Sunday, September 23, 2012

  ahad

Tadi Uncle Bun telefon . setelah beberapa hari sampai di Madinah . dari suara , ok . Uncle Bun sihat dan macam gembira . Alhamdulillah . lepas tu MakPah pulak telefon . line memang tersekat sekat . cakap memang kena kuat macam aku sorang ada hp . tapi bila cakap dengan MakPah mesti lebih lama sikit sebab MakPah bukan maen cerita beli itu beli ini . soping itu soping ini . hamboi . kemaen MakPah soping . mudah mudahan Uncle Bun dan MakPah sihat dan dilindungi Allah sentiasa . amin .


Dari semalam dalam kepala sibuk nak buat proposal fyp . idea bukan maen terkumpul dalam kepala . bila nak diluahkan dengan tulisan terus taktau nak buat ayat . bila taktau terus tutup word dan bukak super spontan . tengok sampai pukul 1 pagi . baru mula sem memang macam ni . cuba kalau dah setengah sem . hamek kau semua menggelabah nak buat itu ini . malas la nak cakap azam, semangat atau target sem ni . semuanya mesti nak yang baek baek . tapi bila buat kerja mesti tak berapa baek . dalam kepala semua senang . bila dah buat ok . ini susah . itu pun susah . dalam kepala semua mesti boleh . bila dah buat , oh ! ini tak boleh . itu lagilah tak boleh . dalam kepala semua positif . tapi realitinya oh ! tak seperti yang disangka . busan kan bila update blog cakap pasal study , cakap pasal fyp , cakap pasal sem . semua orang dah sibuk dengan masa depan . aku sibuk terkedek kedek baru nak final year . bila nak update cakap pasal teman lelaki ni . . . ? *sambil gaya gedik* kah . kah . kah . teman lelaki kau ayatnya . geli . k . bai !






Thursday, September 13, 2012

  baru yang hilang

Sem baru . azam baru . semangat baru . tapi semuanya hilang dibawa angin . tadi pagi MakPah call . beria suruh balik . sejak jpa aku tak masuk lagi atau lambat atau entah masuk entah tak . aku jadi malas nak pikir pasal duet . dalam dilemma . tapi nada suara MakPah aku tahu dea berharap aku balik . tapi tersentuh bila dea mula kecik hati bila aku cakap aku tak dapat balik . hari ni aku dah mula buat perangai malas pergi kelas . orang pergi kelas , aku duduk termenung pikir macam macam dekat rumah . oh ! memang rasa macam pergi makan angin . mood bercelaru . banyak benda yang ada dalam kepala . tajuk fyp . kredit hour yang ciput . tiket flight yang mahal . kusut . nanges pun belum tentu hilang kusut . jadinya tak guna nanges dan cuba selesaikan satu per satu . kita merancang Allah menentukan . kalau aku tahu . . . . aku dah sedia dengan macam macam penyelesaian . ya . kalau itu kata kata syaitan . jadinya tak guna mengeluh . 



Oh ! ya . MakPah suruh balik sebab mereka akan ke tanah suci . *tiba tiba mood gembeng* 




Monday, September 03, 2012

  3

Hari ni dah 3 sept . tapi aku boleh senang hati tak bayar yuran lepas tu tak register course . aku memang suka menggelabah last minutes . lepas tu menyusahkan semua orang . :p bila Uncle Bun tanya bila nak bayar yuran , aku cakap esok . tapi esok still rasa malas nak keluar pergi bank . ada online banking tapi tak hingat password . taktau kan nak cakap orang macam ni macamana . belum lagi nak hingat password nak register . itu aku tengah cuba ingat dari pagi tadi password yang mana . har . har . har . memang orang yang bermasalah . dalam kepala ada banyak benda nak buat . tapi semua benda tertangguh sebab malas . contohnya kemas beg . nanti bila dah hari dah nak balik baru kelam kabut kemas semua barang . sebab dah terlalu lama duduk rumah . jadinya langsung tak rasa excited nak balik . tapi nervous banyak . rasa macam 1st year . padahal dah final year ok . oh ! suka . tapi tak suka sangat bila pikir fyp . nervous . takot . ini penentu segalanya . 



Dan aku rasa tak gembira nak balik sebab aku rasa bersalah . maaf . sangat .