Friday, October 26, 2012

  labbaik'Allah

Aku bukak facebook semua orang sibuk post gambar makanan hari raya . lepas tu makanan makanan tu semua nampak menyelerakan . lepas tu kawan kawan aku yang tak balik pun sibuk post gambar makanan hari raya . dan makanan makanan tu semua nampak macam makanan yang dimasak oleh mak mak . yela . aku tahu diorang yang masak . tapi kenapa aku takde makanan hari raya ? kenapa breakfast aku ayam kfc semalam yang tak habes ? kenapa aku tak dengar takbir raya ? kenapa hari ni orang laen sibuk pakai baju kurung tapi aku sibuk basuh baju yang dah seminggu tak basuh ? kenapa sunyi je rumah aku macam bukan hari raya ? aku tengah buat cerpen sedih ke apa ni ? kah . kah . kah . tapi tadi masa aku sidai kain dekat luar aku nampak rumah jiran aku meriah . ada ramai orang pakai baju melayu dan baju kurung . lepas tu ada asap asap dekat luar rumah . mesti ada barbeque . kalau aku pakai baju kurung dan tiba tiba pergi rumah jiran aku dan perkenalkan diri sebagai jiran baru rumah dea mesti nampak cool . ker horror ? har . har . har . damn ! busan . 


*Tiba tiba*




Thursday, October 25, 2012

  salam aidiladha

Hari ni hari wukuf di Arafah . semalam MakPah call dan cakap dah nak bertolak naek bas pergi Arafah . MakPah cakap doakan mak sihat dan kuat melontar jamrah . tiba tiba sedih . sedih sebab terasa terlalu rindu pada MakPah . suara MakPah tak sihat . tapi ada nada gembira . semoga Allah lindugi MakPah dan Uncle Bun sentiasa . amin . 


Hari ni aku gigih pagi pagi pergi lab . orang laen sibuk teruja nak naek flight tapi aku gigih siap siap nak pergi lab walaupun dah lambat bangun . tiba tiba semangat gila mana datang nak pergi lab . housemate aku sibuk perli aku rajin bebenor nak pergi lab . selalunya akulah orang paling banyak ponteng kuliah lepas tu lab pun aku skip . gangster kununnya . tapi sem ni laen . rajin bebenor itu sifat aku sekarang . kah . kah . kah . balik lab terus tido . housemate aku semua dah balik rumah mak apak diorang . tinggal aku dan sorang lagi housemate aku . aktiviti hari ni langsung tak melambangkan esok nak aidiladha . siap bersemangat pergi kedai print nota wireless dan distributed . selalunya masa masa macam ni sibuk keletak keletuk dekat dapur dengan MakPah . tapi hari ni aku santai santai macam esok cuti biasa lepas tu langsung takde feeling raya sambil membayangkan orang laen dapat makan sedap sedap dekat rumah .  ini perasaan luar biasa . jadinya aku tengah dengar lagu raya untuk menandakan esok cuti raya aidiladha ye azriyani . bukan cuti biasa .



Salam Aidiladha .


:)


Wednesday, October 24, 2012

  memori

Tiba tiba tertengok satu folder yang ada gambar gambar ini .










Dan masa birthday teringat pagi pagi ada orang bagi coklat .





Oh ! ini zaman praktikal yang dah berlalu 4 bulan lepas .


Tapi penuh dengan memori .
*sambil lap airmata*


Sambung cari journal fyp .


@_@



Tuesday, October 23, 2012

  yang lepas

Dua paper dah lepas . ok tak ok aku kena jugak jawab ok sebab aku dah berusaha . tinggal dua paper lagi lepas naek semester break . ok . dua paper yang ni memang gerun sikit sebab distributed system memang aku langsung tak paham apa apa . tiba tiba belajar thread dalam java programming . soalan midterm kalau keluar coding memang aku akan koyak paper tu . har . har . har . sekarang masa untuk pikir esimen segala bagai yang nak kena pikir contain apa kena letak lepas tu fyp lagi . oh ! bila cakap pasal fyp rasa darah tak naek ke kepala tapi yang ada angin . cuti memang nampak gembira . semua orang rasa excited menghitung setiap jam dan saat untuk naek flight dan jumpa keluarga yang tercinta . tapi aku rasa cuti itu langsung takde makna kalau dalam kepala berselirat nak pikir esimen dan fyp . menyampahla bila cakap fyp . menyampahnyeeee . menyampah sangat . wah ! banyak sangat menyampahnya . ok .chill ! malam ni boleh tidur dengan tenang tak payah stay up . esok masih pikir benda yang sama . ya . itulah hidup . 




Sunday, October 21, 2012

  pasport ekspres

Let's watch this short film .


It's really cool man .





" Semua benda yang kita ingat kita kena simpan " .


" Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh tika kita bersapa " . - Usman Awang


Hidup Bukan Untuk Derita . - Ahmad Jais 



:)



Saturday, October 20, 2012

  hari hari yang lalu














Muka yang last sekali ni bila aku tengok pun aku rasa nak lempang .


Ok . Bai !


Come on yani ! 2 papers before semester break . 


Come on man !*tiba tiba*


InshaAllah . 


Usaha tangga kejayaan . 


:)




  5 hari lagi

Lagi 5 hari MakPah dan Uncle Bun akan ke Arafah . 


Permudahkanlah segala urusan ibadah mereka yaAllah .


Amin .


:)


Thursday, October 18, 2012

  sejenak

Tidak memiliki apa apa bukan bererti tidak punya apa apa . pandang ke hadapan dan yang di belakang jadikan sebagai pengalaman yang mengajar sesuatu . sekurang kurangnya sesuatu walaupun yang di belakang itu merupakan pengalaman yang paling teruk pernah dialami . suatu hari nanti kita pasti akan berterima kaseh dengan pengalaman yang teruk itu kerana telah menjadikan kita manusia yang paling berharga pada masa akan datang . 


Dengan sepenuh hati , aku takkan pandang ke belakang . tapi apa yang ada di belakang itu akan dijadikan cerita hidup yang nukilannya tidak pernah aku coretkan . tengah bersajak ke apa ni ? :p



Wednesday, October 17, 2012

  bulan



Dah dua kelas aku skip sebab sakit perempuan . oh ! selama ni aku tak pernah mengalami sakit perempuan yang perempuan laen pernah atau selalu rasa . tapi kali ni baru aku tahu rasa dea macamana . guling , guling , guling dan berguling . gaya tidur takkan mampu seperti selalu . boleh kepak sana kepak sini . tapi gaya tidur bila sakit perempuan adalah seperti tenggiling . akan cuba meringkuk sehabes boleh supaya perut berada dalam keadaan selesa walaupun masih sakit . kadang kadang memang ada jenis perempuan bila datang bulan akan mengalami sakit perempuan yang teruk . ok . lelaki perlu tahu fakta ini supaya tidak berasa aneh bila melihat adik , kakak atau isteri tiba tiba berguling guling macam tengah gimnastik . wah ! har . har . har . 


Tapi dalam kes aku yang tak pernah alami sakit perempuan yang teruk bila datang bulan , benda ni jadi mungkin disebabkan terlalu banyak minum ais sampai ais pun aku gigit gigit makan . ok . ais sangat tak bagus . sangat . tapi ais memang sangat sedap . sangat . benda yang sedap selalunya memang tak bagus untuk kesihatan . MakPah selalu bising bila pagi pagi dekat rumah aku akan breakfast dengan air yang ada ais . contohnya air teh o panas akan jadi  teh o ais yang sejukkkkkkk . oh ! nikmat sangat . dan dekat rumah sewa ni akulah manusia yang paling bising sekali merengek rengek dekat housemate nak share beli peti ais . lepas tu bila tak dapat beli peti ais , akulah manusia yang bila keluar atau orang laen keluar sibuk sibuk pesan beli ais . lepas tu pergi mana mana kalau beli air mesti akan cakap dekat orang kedai tu nak ais lebih . dan bila dah jadi macam ni baru teringat kata kata MakPah bila dah tua nanti selalu sakit tulang kalau banyak minum ais , bila tua nanti , bla , bla , bla . ok . nak sedih sedih cakap rindu MakPah ler tu . 





psssstt : para perempuan yang chantek lagi dikasihi sekalian , janganlah banyak minum ais . air suam takpe . lebih sihat dan dapat menambah kechantekkan yang sedia ada . peeewit ! 

Sunday, October 14, 2012

  Organiser

Let's do a plan with this organiser . 





Oh ! sangat best dan kiut ok organiser ini .


Aku sangat suka . 


Sangat . 


Lagi suka bila ada bookmark yang sangat kiut itu .


Organiser : RM 13.90 .


Bookmark : RM 4.90 beli dekat pesta konvo . 


Tak sampai 20 hengget pun kan kos semua ini . 


Kalau habes duet dengan benda begini takpe . Ada kegunaan . 


:)




p/s : selalu orang beli organiser awal tahun . tapi tak kisah la bila pun kamu beli . yang penting kita selesa dan kita tahu apa kegunaan dea . mungkin aku lambat jumpa organiser yang aku suka . har . har . har . tapi organiser kat atas ni takde state tahun . just a month . so boleh guna sampai tahun bila bila . dan dea tak nampak terlalu professional . sempoi gitu . 



Eh !


Entry tak habes lagi .


Aku Terima Nikahnya .


No komen .


Tengok sendiri ok . 





Happy Sunday kawan kawan ! 




Wednesday, October 10, 2012

  wordless wednesday



Terasa badan leper seperti papan ,


 Kaki besar seperti balak .


KAH . KAH . KAH .


Ok . bai !




Sunday, October 07, 2012

  kesayangan

Ada ketikanya ,


Rasa rindu yang menebal . sangat tebal . 




Ini keluarga aku yang sikit itu .


Walaupun sikit tapi riuh kecoh sekampung .


Dari kiri : abang zerin yang garang *ngaummm ! takot* , abang ipar aku yang garang jugak *ggggrrrrr ! kadang kadang je takot* , makcik izzah yang gedik terlampau *sambil muka menyampah* , Uncle Bun yang tersayang *sambil mengampu sebab selalu bagi duet* , MakPah yang dicintai *ceeewah ! romantik sangat ler tu* , kekna yang kadang kadang blur *sambil muka jahat* , keknda yang taktau nak explain dea ni apa sebab dea sapu semua sekali sifat *kahkahkahkah* dan Amni yang chomel *izzah selalu cakap adik dea chomel* .  


Semuanya kesayangan aku . 


Sekian .


Layan mood rindu .




Wednesday, October 03, 2012

  budak


Tadi ummi dea call cakap tahun depan dea kena skola kat tadika PASTI sebab dea terlampau gedik . jadinya dea perlu dikembalikan ke pangkal jalan . padan muka awak budak . dah tak boleh pakai dress macam princess . kah . kah . kah .*ketawa jahat* sejuk hati atok nenek awak nanti . kih . kih . kih . oh ! izzah cucu atok nenek yang chomel bertudung . chomel ler sangad !



Untung ler kalau budak ni berjaya kembali ke pangkal jalan . nampak gaya macam tak . har . har . har . ampunnnnn ummi . :D 





Tuesday, October 02, 2012

  tumbler

Bila kuliah mesti busan dan mengantok . bila busan dan mengantok tu maknanya kuliah . tangan mesti kutis kutis sana sini . badan gerak sana sini . mata melilau sana sini . dan yang terutama . kepala pun melayang sana sini . siap pikir kejap lagi nak makan nasi lauk apa ye . har . har . har . bila umur dah 25 ni duduk dalam kuliah . rasa macam oh ! karat sudah otak aku . lecturer penat bebel bebel dekat depan . aku duduk dekat depan pun buat kerja bukan bukan . kalau duduk belakang aku rasa dah boleh berdengkur . orang bukan dengar ponnnn . :D


Maen tampal tampal pun best .*pengsan*


Ok . ini aku tahu paling menyampah kalau tengok . JELIK bangat !





p/s : Uncle Bun meset kita la tadi . terus kita reply . abah dah tengok kaabah ? gelojoh betul soalan budak ni . :p semoga Uncle Bun dan MakPah sihat hendakNya . amin . 



Monday, October 01, 2012

  review

Aku cinta MASALAH .



Aku beli buku ni masa tengah duduk dalam kereta tunggu kawan aku pergi maxis settle hal broadband . ada seorang lelaki berkemeja datang jual buku ni dan ada beberapa buku laen . aku beli sebab nak tolong dea yang macam  penat pergi sana sini promote buku dan ini buku motivasi pertama yang aku tengok dalamnya sangat berwarna warni .*sambil muka ceria* harga hanya RM12 . dalam sehari aku boleh habes baca sebab dalamnya hanya banyak gambar yang mudah paham dan ayat yang tak melewah . paham tak apa melewah ? aku tak suka baca benda yang melewah . macam jugak novel . aku akan skip ayat yang aku rasa oh ! ayat dea busan dan meleret . 


Aku memang suka buku yang berwarna warni . kalau banyak gambar lebih bagus sebab lebih mudah paham . terus lekat dalam kepala . 


Ok . ini aku taktau nak cakap apa . tapi bila aku tengok gambar gambar ni imaginasi aku terus membayangkan masalah itu bukan lagi masalah jika diselesaikan satu per satu . sangat positif kan . haaaaa . . . dan yang penting setiap masalah ada penyelesaiannya. Allah akan meredhai hambaNya yang redha . ceeeewah ! sangat positif kau ayat aku . :)





p/s : housemate aku semua suka membaca . bila aku beli buku ni semua orang tanya aku ker yang beli buku ni ? har . har . har . nampak sangat aku jarang membaca . pupukla amalan membaca . bagus untuk moral dan fizikal . :p