Thursday, December 27, 2012

  spontaneous thursday




Sabar itu hal yang indah . dan hal yang indah adalah melalui kesabaran . 


:)



Wednesday, December 26, 2012

  ragu

Kadang kadang aku rasa ragu dengan apa yang aku buat . contohnya kalau buat keputusan . bila dah buat baru rasa eh ! betul ke ? eh ! ok ke ? masa sebelum buat keputusan langsung tak ragu . bila dah buat baru ragu . tapi seumur hidup aku ada sekali yang aku langsung tak rasa ragu . langsung tak rasa ragu sampai akhirnya jadi ragu . jadi ragu sebab ada macam macam jenis persoalan yang meragukan . dan orang menilai aku pun dengan rasa ragu dan aku turut menjadi ragu . ah ! ragu juga tulis entry macam ni . ragu nak post . ragu jikalau orang tersalah maksud . ragu lagi kalau ada orang komen menyatakan dea rasa ragu tentang entry ini . namun akan terus memadam komen itu setelah keraguan hilang . aku sangat ragu dengan semua ini . *sambil kerut dahi mata juling*


Sekian .


xoxo,
SiPeragu
katanyaaaaaa

Tuesday, December 25, 2012

  sikit



Sikit hari lagi dah nak 2013 . sikit hari lagi dah nak final exam . dan sikit hari lagi umur aku bertambah . omg ! omg ! omg ! tak suka la camni . @_@ hatta , azam ada tiga je . tiga je .*sambil angkat 3 jari* dan ketiga tiga ini mesti dicapai . apela azam aku yang tiga tu kan ? har . har . har . bai !



Friday, December 21, 2012

  benci





Jangan mudah membenci . dan jangan cuba membenci . tapi sekarang aku sedang berusaha untuk tidak membenci . 





*macam kelakar bunyi perkataan benci itu . ah ! benci untuk sebut benci !*




Wednesday, December 19, 2012

  *_*

Selesai presentation fyp . tak nervous . tak takot . tapi tak paham kenapa aku tak all out . ah ! perasaan kecewa meluap luap . yang penting muka aku tak menggambarkan aku gembira atau lega . orang laen kemaen gembira dah selesai present walaupun kena tembak . tapi aku memang langsung tak rasa lega . langsung . bukan tak bersyukur . tapi aku tak puas hati dengan apa aku present tadi . rasa nak maki hamun diri sendiri . bila jumpa supervisor balik . jumpa examiner balik . semua orang cakap benda yang positif . tapi dalam diri aku tetap negatif . ni pertama kalinya aku rasa tak puas hati dengan diri sendiri . selalunya aku meletakkan diri aku dalam tahap yang selesa walaupun benda tu hasilnya teruk . tapi kali ni aku meletakkan diri aku dalam tahap paling teruk . ya . sangat teruk ye awak tadi azriyani . !*@?!!%$!






Sedih lerr sangat gayanya . . .


Kemaen senyum melebar . 


Bai !



Sunday, December 16, 2012

  present != preyzen

Hari minggu . hari ni dari pagi sampai petang buat slide presentation fyp . tapi tak siap siap . perasaan nervous je lebih . lagi 3 hari nak present . oh ! rasa makan tak lalu . tidur tak lena . mandi tak basah . baru present fyp1 . tapi nervous macam nak present fyp2 . mungkin sebab aku dah tahu examiner aku foreigner . ah ! sangat nervous bila pikir examiner . macam mati je kalau aku tak paham slang english dea . semua orang sibuk cakap english dea susah nak paham . suka tambah nervous aku tau .*sambil mulut muncung*


Esok ada presentation distributed . minggu ni adalah minggu presentation . dari hari isnin sampai jumaat . manjang ada presentation . present distributed ni pun aku nervous . sudahnya semua presentation aku nervous . har . har . har . kalau sebelum ni bila presentation aku macam takde perasaan sebab present in  group . tapi kali ni laen . present depan supervisor fyp . semua subjek network sem ni supervisor aku yang ajar . jadinya perasaan malu tu akan lebih kalau aku tak dapat jawab . motif ? malu ! malu ! malu ! ! ! macam meroyan budak ni . :p



Doakan semuanya baek baek saja untuk minggu ni ye kawan kawan . 


Bai !


:)



Wednesday, December 12, 2012

  12.12.12


wah ! sempat printscreen tengok jam dan tarikh 12:12AM 12/12/2012 . 


Struggle . This is the best word for my situation right now . masih menaip literature review fyp yang dari dulunya langsung tak paham apa perlu ada di dalamnya untuk dijadikan hujah yang kukuh tapi Alhamdulillah dengan keadaan tenang dan sunyi saat ni aku dah mula paham semuanya . betul la cakap orang . dalam keadaan fikiran berserabut kita tak mampu berfikir secara positif . yang ada hanya pemikiran singkat dan menjurus kepada keputusan terburu buru . wah ! kemaen ayat . sekarang hanya tawakal dengan apa yang aku paham InshaAllah akan membantu untuk ke stage yang seterusnya . ayat poyo kemaen . cuba kalau tengah stress gila . cakap pun bukan bukan macam orang patah semangat . sikit pun tak positif . bagila kata kata semangat apapun . memang takkan dengar . @_@ 


Cuma sekarang aku masih curious kenapa kaki aku masih bengkak sejak aku stay up buat project ahad semalam . dah macam kaki gajah . pegi kelas terpaksa pakai selipar yang terbuka luas supaya tak rasa sakit dan yang penting muat untuk disarung . ini aku sangat curious tapi nantilah aku pikir kenapa kaki aku bengkak dan susah nak surut . bila baring boleh surut . tapi bila duduk atas kerusi dan kaki tergantung akan jadi bengkak . dah macam teka teki . bila duduk bengkak . bila baring surut . apa dea ? ? ? :p sekarang benda lebih penting nak pikir adalah fyp . kena paham terang terang . kena present bagus bagus . kena doa banyak banyak supaya dipermudahkan semuanya . amin . 


Walaupun minggu ni aku sangat stress dan aku tahu coursemate , housemate aku pun stress sebab final year yang busy hamboi kemaen . tapi Alhamdulillah semua saling bergantung dan membantu bila ada yang lemah . bila time macam ni hati pun jadi sensitif . salah cakap memang sentap . lepas tu muka masam macam dea sorang stress . ya . aku nampak semua orang cuba beri aku semangat walaupun tak dapat membantu dengan cara laen tapi kata kata semangat cukup untuk bangun kembali . nak semangat dari keluarga jaoh . kawan kan pengganti keluarga bila jaoh . jadinya hargai kawan yang ada sebab satu hari nanti kita pasti akan rindu saat kita bersama kawan kawan yang pernah buat kita bangun kembali . kawan sangat penting hokeh . kan . kan . kan . 


Entry pagi pagi buta memang kena semangat lebih sebab orang laen syok tengah mimpi berlari di kaki langit mengejar pelangi . kau hanya mampu tengok orang berdengkur dan terus menaip walaupun rasa tergoda nak tidur jugakkkk ! ! !*kuatkan iman*




psssttt : terima kaseh kepada encik yang membantu . peeewit ! maaf sebab degil . ^_^

Saturday, December 08, 2012

  serumah di rumah penuh

Malam tadi ada makan malam bersama housemate . sebelum pergi keluar aku sempat jatuh depan toilet lepas mandi . tolong jangan bayangkan betapa huduhnya keadaan aku jatuh tapi bayangkan kesakitannya . dalam kepala benda yang aku terpikir nak selamatkan hanyalah deodorant ajaib aku . har . har . har . tapi terus rasa bengang sebab deodorant tercampak dan pecah . yang tinggal hanya penutup . lepas dah lama lama baru rasa tulang belakang sakit . sekian . taktau nak cakap apalagi sebab tak paham macamana aku boleh jatuh depan toilet . ah ! kelakar sangad . 


Fullhouse . 


Celebrate her birthday .


Cubaan membunuh masa makan . takot sangad . 


Watermelon with lychee . sumpah sedap gila !


Ni tak sedap . jujur . har . har . har . dalam banyak banyak makanan dalam pinggan ni , french fries je yang aku makan . tula . kunun nak makan salmon . hamek kau tekak tak boleh terima . dah biasa makan ikan kembung , mengada nak makan ikan salmon mentah .*pengsan*


Housemate .


Housemate lagi .


Dan housemate lagi . 


One of the housemate . bajet ayu ler tu . eerrkkk ! ! ! 




Aku rindu MakPah sangat .


Ok . bai !


Thursday, December 06, 2012

  one more night

Minggu ni kerja aku asek buat documentation . asek asek report project . asek asek menggoogle . aku rasa documentation takdela susah sangat . tapi bila kena cari banyak info dekat google terus rasa nak muntah . oh ! mata yang penat . baju pun dah berlonggok tak sempat basuh . taktaula macamana nak catch up alam perkahwinan .*tiba tiba*


Tak sabar nak hari esok . walaupun masih banyak kerja untuk minggu depan . tapi sekurang kurangnya esok boleh relax sikit dan maen maen sebab kerja kerja untuk minggu ni dah settle . tapi lepas tahu siapa examiner fyp aku nanti terus mood jadi spoil . tak jadi sambung buat report distributed . terus off laptop balik . ah ! tak paham kenapa aku nak kena dapat examiner professor foreigner . gggrrrr ! ! ! 


Dari saat ni aku dah mula risau dengan presentation fyp . walaupun ni hanya present proposal , tapi rasa dea semacam . terus rasa buat semua benda tak kena . terus banyak perkataan risau dalam kepala . YaAllah . . . permudahkanla segalanya . dalam hidup memang akan ada banyak saat kita akan rasa risau dan tak tenang bila memikirkan segala hal yang tak disangka . ya . ini mood aku sekarang . mood down sebelum berjuang .*sambil tunduk ke bumi* please give me a hug .




Tuesday, December 04, 2012

  IAD



:)


tak sabarnya , tak sabarnya , tak sabarnyaaaa ! ! !


Kunun muka teruja .*sambil menari nari*






xoxo
SiManisYani

Saturday, December 01, 2012

  mu se um

Tadi pergi teman housemate aku dan sorang kawan pergi museum untuk collect data fyp diorang . sebenarnya bukan nak collect data sangat tapi untuk tengok rupa museum tu . macam pelik je aku eja museum . mula mula pergi sarawak islamic museum . lepas tu sarawak museum . aku tak pernah tahu pun sarawak ni ada banyak museum rupanya . yang tahu asek asek pergi soping complex je . manjang soping complex . ngeh ~ dan seronoknya masuk semua museum dekat sarawak ni free . kau nak keluar masuk 10 kali pun takpe . takde orang marah . 


Masa pergi sarawak museum aku dah rasa letih . bukan sebab banyak berjalan . tapi sebab rasa ok . ni macam tak sihat lagi . terus duduk dan tunggu diorang pusing museum sampai habes . lepas dah siap collect data , kitorang sempat lagi pergi the spring . sana sini sale . tapi Alhamdulillah . nafsu aku terpadam .*sambil muka serius* aku duduk dan diorang berjalan . sebab aku rasa letih lagi . sebelum duduk tunggu diorang , aku sempat beli cinnamon roll dekat starbucks . sanggup queue panjang semata mata untuk satu roti . lepas duduk terus belek roti cinnamon roll tu . makan peanut yang ada atas roti tu satu persatu sambil depan mata macam ada satu panggung wayang yang mengimbau semuanya . semua sekali . tersenyum sekejap sambil lap airmata .*gembeng bebeno* 


makcik ni kat mana mana pun sempat bergambo . . . bajet macam kat london sangad . :p


makcik ni pun sama . eh ! makcik belakang tu . merosakkan gambo orang betul . 


ni gaya apa ni makcik ? ? ?


makcik dan snowman . 


orang laen nak christmas dea pun sibuk dengan pokok christmas .




esok banyak benda nak kena buat . tapi taktau mana nak buat dulu . dari tadi asek tengok list esimen dan project . semua nak kena hantar tarikh sama . ah ! mencik .



Bai !