Wednesday, May 29, 2013

  quiz

Ais kacang ~ ~ ~


Ais ~ ~ ~ 


Ais kacang ~ ~ ~ 


Bila dimakan sungguh enak rasanya ~


Bla ~ bla ~ bla ~ ~ ~ 


Motif nyanyi lagu ais kacang ?





Kah . kah . kah .


Aku rasa sengal dengan jawapan ni .


Semua orang perli aku ais kacang . 


Argh ! tak paham kenapa jawapan aku aneh .


*sambil tutup muka malu*



Friday, May 24, 2013

  KIL pleaseee

Malam tadi pergi tengok fast furious 6 dengan bff . tiket dah beli awal sehari sebab bff aku semangat nak tengok dan takot seat full . aku jenis tak berapa kisah cerita cerita dekat wayang ni . maknanya bukan jenis yang follow cerita nak nak kalau jenis yang ada version 1 , 2 , 3 dan banyak lagi . tapi aku pun bukan jenis suka tengok cerita melayu dekat wayang . wah ! demand pulak .  mungkin rasa tak berbaloi . wah ! macam bagus je cakap macam ni . wah ! banyak pulak wah aku . bukan . bukan . tengok cerita melayu ni lebih seronok kalau tengok depan laptop sambil makan kopok lekor lepas tu dengan teh o ais . wow ! ok . takde motif cakap macam ni . sebenarnya aku tak suka sangat tengok wayang . kalau diberi pilihan antara tengok wayang dengan duduk tepi laut , aku akan pilih duduk tepi laut sambil makan kacang rebus . sebenarnya nak cakap lebih suka pergi makan banyak banyak dari pergi tengok wayang . anyoyooo ~ 


Tapi cerita fast furious 6 memang best . tak rugi tengok dan aku suka je . cuma ending dea ada dua orang mati . fast furious yang sebelum sebelum ni aku pernah tengok tapi tak berapa ingat dah jalan cerita dea . short term memory . lepas ni ada satu cerita aku nak sangat tengok . KIL . cerita melayu . tadi cakap tak suka tengok cerita melayu dekat wayang . tapi sebab ada redza minhat yang jadi hero terus berkobar kobar nak tengok cerita ni . KIL . awal awal aku dah cakap dengan bff nak tengok cerita ni . tapi semua macam taknak tengok sebab cerita melayu . semua buat muka jijik bila cakap nak tengok KIL . ok . fine . 




Aku rasa redza minhat lagi ensem kalau senyum nampak braces . *tiba tiba*


:)


Wednesday, May 22, 2013

  semalam

Semalam hari yang pendek tapi cukup untuk ada cerita baru . semalam aku pergi maxis centre . masa tengah ambil nombor giliran , ada seorang lelaki datang dan cuba tegur aku . tapi aku tak layan dan terus cari tempat duduk . tiba tiba dea datang dan duduk sebelah aku . omaigod ! tengok muka dea je dah cukup buat aku takot sebab dea nampak macam . . . . oh ! tak baek buruk sangka pada orang . orang kata dont judge a book by its cover . but in my situation i have to . aku tetap nak cakap lelaki tu macam tak berapa ok walaupun luarannya nampak biasa . 


Bila dah duduk dea terus bercakap dengan aku . tiba tiba je dea tahu aku student . tiba tiba je dea tahu aku dari U mana . lepas tu sibuk tanya aku orang mana . dan dan terus bukak cerita pasal kueh . masa dea explain pasal kueh langsung aku tak paham kueh apa dea tengah cakap . coklat . jagung . jual kat airport . dalam kepala kueh coklat jagung apa yang ada jual dekat airport ? ? ? aneh pulak orang ni . lastly aku teka roti gardenia ke ? terus dea haaaaaa , roti gardenia . adoooiiii ~ roti kau panggil kueh . rasa nak ketawa tapi tak perlu . nanti dea ingat aku gembira sangat pulak bersembang dengan dea . lepas tu dea cakap nak nombor telefon sebab dea nak kirim roti . ok . part ni aku terus jadi seram . dalam kepala nombor mana aku nak maen hentam bagi kat mamat ni ? ? ? naseb baek masa dea beria nak mintak nombor telefon , turn nombor aku sampai . dalam hati bersyukur sangat . tapi tidak . oh ! kisah tidak tamat sampai situ . 


Nak dijadikan cerita dea berurusan sebelah kaunter aku . asek tengok aku lepas tu senyum senyum macam ah ! suwit sangatla kununnya . omaigod ! rasa nak sepak tau muka dea ~ ~ ~ sampai kerani yang uruskan hal aku perasan dan tanya apa yang berlaku . aku rasa urusan aku takdela lama tapi sebab ada mamat gila terus rasa macam bila nak siap ni . . . bila aku curi curi tengok urusan dea dah selesai terus rasa lega sebab dea dah keluar dari situ . tapi bila aku toleh luar aku nampak dea tengah tunggu ! ! ! ! ! oh ! serammmmmmmmmm ~ caner ni ? caner ni ? caner ni ? ? ? terus aku call bff aku yang tengah tunggu dekat kereta suruh masuk dalam maxis . masa kitorang nak keluar lelaki tu cuba tegur tapi terus kitorang jalan laju laju . sudahla pakai skirt bagai . nak lari memang tak dapat . siap dea panggil panggil . bila toleh belakang lelaki tu kejar ok . kejar sampai kereta . masuk kereta terus lock sebab lelaki tu berdiri depan kereta dan tengok kitorang . aku speechless dan bff aku kelam kabut suruh on enjin kereta dan jalan . ah ! kelakar sangat . nasebla aku tak pergi maxis sorang kunun kunun taknak menyusahkan orang mintak teman . kalau tidak pak guard dekat maxis tula jadi mangsa aku heret suruh teman sampai kereta . nak buek camano ~ ~ ~




p/s:  all is well ~ ~ ~ biarpun tiada seorang yang ingin menolong , tetapi In Shaa Allah ada jalan yang dibukakan untuk kita . mimpi itu buat aku sentiasa menjadi positif . :)


Saturday, May 18, 2013

  motivation

Bila dapat tahu ada dua orang cousin aku dapat masuk asasi sains unimas , terus aku rasa ada motivation . motif ? cukupla 4 tahun aku di sini . aku nak ke tempat laen . yuhuuuuuuu ~


Nak tambah motivation lagi ?


.....................................


.....................................


.....................................


.....................................


.....................................


.....................................


.....................................


.....................................


.....................................


.....................................


.....................................





Sikit je lagi .




Saturday, May 11, 2013

  i almost do

Hari ni 1 rejab . bangun je tido terus call MakPah . sebenarnya takot kalau MakPah tanya macam macam tapi Alhamduillah MakPah tak tanya banyak sebab beliau busy . bila dah busy takdela nak cakap banyak . letak telefon sambil urut dada lega . fuuuuuhhhh ~ 


Dah 3 , 4 hari aku mengadap buat report fyp . makin lama makin banyak nak kena betulkan . makin lama makin aku putus asa . bila meeting symposium untuk present fyp semalam pun aku dah rasa cuak sebab  perlu ke untuk present di dewan yang sangat besar ? YaRabbi . ini bukan benda maen maen . ini sesuatu yang paling serius dalam hidup aku . ya . sangat serius dan kritikal . masa hari present masa itu juga aku ada final paper . dan final paper aku berderet setiap hari . nampak tak permaenan hidup aku yang kritikal . tapi takpe . ini semua aturan hidup yang telah ditentukan . tunggang terbalik pun kena hadapi . 


Since aku asek buat report fyp yang implementation tak siap lagi , esimen laen semua aku abaikan walaupun dah nak kena hantar minggu depan . tengoklah nanti akhirnya aku mesti nanges . taip entry ni pun dah nak nanges sebenarnya . :p apapun mari kita cuba tersenyum dan tutup segala rasa negatif . ah ! positif sangat ayat ni . jom pergi makan sedap sedap ! ! ! ! eerrggghhhh ! ! ! *sambil tekup muka*



Thursday, May 09, 2013

  spontaneous thursday

Orang kata benci boleh jadi sayang . tapi aku kata sayang boleh jadi benci kalau rasa sayang itu disalah guna dan sering diambil kesempatan dari rasa sayang yang wujud . maka , sila berikan kasih sayang kamu pada orang yang layak . semua manusia layak menerima kasih sayang kamu . tapi jangan biar mereka mengambil kesempatan ke atas kamu dengan rasa kasih sayang yang kamu berikan itu . 



Lots of love,
SiManis Yani :)

Wednesday, May 08, 2013

  May

Sejak akhir akhir ni backbone aku rasa sakit balik . duduk baru setengah jam dah rasa sengal sampai kalau bangun terbongkok bongkok macam nenek kebayan . kalau bangun tidur lagi rasa sakit . tu yang kadang kadang rasa taknak bangun tidur pergi kelas . alasan . :p setiap malam siap sapu lotion mustajab yang aku maen hentam pakai taktau function sebenar lotion ni apa . katanya multipurpose . kalau tengok iklan dekat tv nora danish cakap untuk kurus . sapu je boleh kurus . magik ! dalam hati macam nak percaya cakap nora danish . boleh kecikkan peha yang macam drumstik ni . heeeee ~ tapi aku beli sebab housemate aku cakap bagus bila senggugut . walhal kalau baru baru sapu dekat kulit , mak oi panas mengenyam ngenyam ok . tapi lepas 3 minit uuuuu ~ rasa sejuk sangat . tidur pun selesa je . tapi kalau tanya sakit backbone aku hilang ke tak bila guna lotion ni jawapannya adalah tidak . har . har . har . 


Bulan ni bulan tough . ya . sangat tough . harap harap tubuh badan aku dapat berfungsi dengan baek tanpa ada rosak sana sini . ngeh ~ macam tak paham je ayat rosak sana sini . dan semoga Allah permudahkan segalanya . sebenarnya aku sangat takot dengan bulan mei . apapun aku tetap kena lalui . *muka pasrah* please be good with me May ~ 




p/s : aku suka gila dengan lagu ni . haaaa . dengar tak lagu ni ? lagu ni la . :)


Tuesday, May 07, 2013

  bas

Hari ni macam biasa aku ada kelas pukul 9 . dan kalau kelas pukul 9 aku kena naek bas sebab housemate aku yang ada kereta kelas dea pukul 10 . lepas tu hari ni rasa nak mengada pergi kelas pakai baju kurung moden . ok . sila bayangkan baju kurung moden yang kalau jalan kena ayu habessss sebab bukaan kain dea adalah kecil . kecil ya . atau kata lainnya sempit . 


Nak dijadikan cerita aku tunggu bas yang boleh terus pergi ke fakulti sebab senang tak payah jalan jaoh . kalau naek bas laen kena jalan jaoh sebab dea berhenti dekat HEP . bila bas yang sepatotnya aku naek sampai , terus aku tengok tangga bas . omaigod ! tinggi ok . tinggi yang kalau aku nak naek kena angkat kain paras betis . haaaaaa . hamek kau . sia sia tutup aurat tapi sebab nak kena langkah tangga terus jadi seksi . kebetulan belakang aku ada lelaki . omaigod ! omaigod ! caner nak naek ni ? 


Housemate aku yang sama course dah naek bas siap duduk depan sekali . oleh kerana lelaki belakang aku tak naek bas dulu , terus aku pergi naek bas laen yang kena turun jaoh dari fakulti . siap kau lelaki ! sebab kau taknak naek bas dulu aku kena naek bas laen dan jalan jaoh . ha . ha . ha . tapi dah aku naek bas laen tiba tiba dea pun naek bas yang sama aku naek . $&*&^$$#%% . aku rasa dea memang salah baca signboard bas . eerrkkkk ! ! ! kecoh tau . terkepot kepot aku jalan jaoh dengan kain sempit . ggggrrrr ! ! !