Monday, December 23, 2013

  kembali bersua

Helloooooooooooo ~ hello . hello . hello . ok . taktau ada ke tak lagi orang sudi baca blog ni . anggap jela aku bermonolog sorang sorang . hua . hua . hua . memandangkan aku semakin malas dan semakin malas dan semakin malas . makanya blog ini aku hampir lupakan . bukan sengaja lupa . tapi sebenarnya sibuk sana sini . ah ! kau . ayat manjang sibuk . ngeh ~ yela . sibuk buat itu . sibuk buat ini . sibuk pergi sana . sibuk pergi sini . cuba cerita sikit pergi mana . :p


Eh ! 2013 dah nak berakhir . 2014 macam tak sabar sabar nak datang . apa jela yang aku dah capai dan buat sepanjang 2013 ni ? macam banyak buang masa jalan sana jalan sini lepas tu tidur lama plus banyak  macam katon sleeping beauty . tapi dah grad . Alhamdulillah . tapi tak kerja lagi . stress . tapi tiba tiba nak maen sarung sarung cincin . ah ! takot pulak kenapa diri kita tiba tiba berubah jadi begini ? *mata kuyu* mengada sangad kan . MakPah cakap rezeki , jodoh kerja Allah . tunduk tak reti nak cakap apa . tapi rasa nak korek biji mata bagi sedar akan semua kenyataan yang bakal jadi . tapi kita takot . kita takot sebenarnya . *nada manja nak nanges* panggg !


Nanti aku update lagi . bukan janji . tapi pasti . cuma taktau bila . agagagaga ~ 


Tata . jaga diri . semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua . sama sama kita doakan yang terbaek buat orang sekeliling kita . :)


Macam dah laen kan ending entry aku kali ni . hak . hak . hak . 



Monday, December 02, 2013

  parents talk - chapter 1

Hey , hai ! permulaan entry yang kunun ceria . dah lama tidak bercerita . ah ! tak reti dah nak bercerita . oh ! ya . aku masih menganggur . susah ye nak dapat kerja . barangkali belum rezeki . positif sentiasa . padahal dekat rumah sibuk tunjuk perasaan sebab tak dapat dapat kerja . har . har . har . gila kau tak stress bila tak kerja . setakat ini hanya menjadi supir dan bibik sambil meramal masa depan sebagai seorang yang laen dari yang sekarang . wah ! macam semacam je bunyinya . :p


Semalam ada parents talk . sambil tengok tv , sambil bersembang tentang kenangan masa muda , sambil bercerita tentang masa depan , sambil makan dan minum teh panas lalu berkata , " kita merancang , Allah yang menentukan . " ah ! tak reti la nak cerita . phewwwwww !







Semalam sempat buat kek . bila tengah diet tapi tengok kek ni terus tergugat nafsu makan . tapi hari ni rasa menyesal pulak makan kek ni banyak semalam . rasa nak buat seat up 100 kali tanpa henti . gitu . 





Ajal maut , jodoh pertemuan di tangan Allah  . hanya Allah yang mengetahui segala kebaekan di sebalik kejadian . semoga ini yang terbaek . In Shaa Allah .



:)