Wednesday, August 01, 2012

  wujud

Bila bercakap tentang perkara yang jadi dalam hidup . adakalanya aku tertanya tanya . sama ada apa yang berlaku itu suatu kebetulan , dugaan atau memang takdir yang tersurat untuk aku . contohnya pertemuan . kita takkan pernah sangka kita akan bertemu dengan seseorang yang langsung kita takkan pernah terfikir akan menjadi sesuatu yang penting dalam hidup kita tapi dalam masa yang sama kita rasa itu adalah suatu dugaan yang perlu kita selesaikan dengan cara baek . walau kita cuba lari . tapi itu yang perlu kita hadapi . walau kita cuba nafi dengan lidah . tapi itu yang kita akui dalam hati . orang cakap setiap yang berlaku ada hikmah . mungkin aku perlu mencari setiap inci kebaekan yang ada . setiap inci yang mampu jadi benteng kekuatan . dengan mata kasar mungkin keburukan itu lebih jelas daripada kebaekan . tapi tak mustahil untuk keburukan itu menjadi suatu kebaekan yang kita takkan pernah sangka . ya . mudah mudahan Ramadhan ini membawa seribu kebaekan pada kita semua . hanya Tuhan tahu apa ada depan nanti . 



Selamat Berpuasa .


:)

 

Tuesday, July 31, 2012

  ramadhan 11

11 Ramadhan . Alhamdulillah . oh ! lama sudah tidak menulis dalam blog . bukan sibuk . bukan malas . bukan tiada cerita . cuma sibuk sikit sikit . malas banyak sangat . tapi cerita yang best pun bila hari hari pergi bazaar ramadhan lepas tu tak payah masak lepas tu dekat bazaar ramadhan semua makanan nampak huuuyyyoooo ! ! ! nak semuaaaaa sekali ! lepas tu balik rumah bukan makan pun . tamak semata mata . tamak amalan syaitonnnn .

Tahun ni bulan Ramadhan di rumah Uncle Bun dan MakPah lebih meriah atau kata laennya lebih kecoh sebab ada dua orang budak kecik yang bajet puasa . paham tak macam mana gaya budak kecik yang kunun kunun puasa tapi tak puasa tapi bila nak buka puasa dea yang paling kepo ? lepas tu asek nak gaduh dengan semua orang dewasa yang ada dalam rumah . kalau ada anak buah macam ni memang hari hari rasa nak menjerit lepas tu kena besarkan mata lepas tu lama lama tak paham kenapa dea lebih banyak menjawab bila kita marah . lepas tu bila nak tidur sibuk suruh kita tidur sebelah dea lepas tu suruh garu belakang badan sampai tertido . kau ado anak buah tabiat pelik macam ni ? adoooo ? ? ? naaaahhhh . baru ada dua anak buah . tapi rasa macam ada dua puluh .*sambil kesat peluh* kalau anak sendiri ? ok . no komen .*sambil buat buat pengsan*

Dan sekarang aku baru mula sibuk sibuk nak buat final report intern yang kena hantar minggu depan . bila dah lama tak buat report bagai rasa macam eh ! kenapa benda ni macam leceh sangat ? sebenarnya bukan leceh . tapi sebab malas yang terlampau itu yang buat semua benda nampak leceh . tapi bila buat benda tak berfaedah langsung tak nampak leceh . kadang kadang bila duduk sendiri aku mampu memotivasikan diri sendiri untuk jadi lebih rajin dan jadi yang terbaek . kunun . tapi sekejap je motivasi tu terlekat dalam kepala . selebihnya bagai menyiram air di daun keladi . ngeh ~ tapi takpe . setiap manusia harus ada tahap motivasi yang tinggi supaya bila dea terjatuh dea mampu bangkit kembali . ok . aku macam merepek . bai !


motif gambar ? penawar rindu . :p




Selamat Berpuasa . 


:)




Friday, June 22, 2012

  tik tok tik tok

Dua tiga hari lepas bila orang laen sibuk neves lecturer nak datang . aku bajet cool . dalam kepala dah set yang lecturer takkan datang sebab aku sorang je yang intern area johor . padahal ada dua orang lagi yang intern dekat johor tapi aku tak tahu sebab aku perempuan yang suka duduk bawah payung . tak amek tahu pasal orang . har . har . har . tapi dari semalam aku terasa nak buat presentation slide kunun kunun buat standby kalau lecturer datang . tapi mood buat memang cincai boncai . entah apa aku mengarut dalam slide . bila tengok slide balik macam copy paste punya slide . bukan macam . tapi memang . tengahari tadi bila ada sorang kawan aku call dan bagitahu lecturer akan datang next week , terus jantung jadi dup dap dup dap . terus jadi fokus buat slide . terus tak cincai boncai . terus tak download game dalam handphone . terus tak jakun maen instagram lagi . terus bajet nak jadi practical student yang rajin dan berdedikasi . 


Dan bila dapat tahu lecturer yang nak datang tengok aku nanti lecturer yang ada master in network computing . terus rasa nak study macam ada exam . naaaaahhhh . menggelepor . nampak sangat aku banyak maen selama intern ni . cuba tanya balik apa yang aku dapat masa intern ? sambil garu kepala aku akan jawab , masa intern saya adalah masa untuk saya jadi perempuan yang terlebih bijak dan gigih sampai pernah nak failkan intern sendiri . kau ada nak buat kerja gila macam ni ? har . har . har . ok . ni langsung tak kelakar . jadinya kalau nak lulus intern kena buat slide dengan gaya professional .*sambil selit pen dekat telinga* :p




Ehem . ehem . sikit je lagi dah nak 13 july . sekejap je lagi . sesungguhnya masa itu pantas berlalu . InsyaAllah everything will be ok . :)





Sunday, June 17, 2012

  this is





Part of me . 





Hugs & kisses,
Azriyani Bunaim

Wednesday, June 13, 2012

  masa



Masa yang indah itu milik Dea . Masa yang lapang itu untuk pengisian manfaat . Masa yang lalu itu pengajaran . Masa akan datang itu masa yang akan membuat kita lebih berhati hati untuk mencorak supaya tidak menjadi cela seperti masa lalu . Jika bercakap tentang masa . kalau boleh manusia itu menginginkan masa masa yang indah sahaja . Jika ada masa masa yang sedikit tercela dengan kesilapan atau takdir , pasti manusia itu merasakan kehidupan seperti terhenti . lalu sibuk mengimbau masa masa yang indah yang tidak pernah akan berulang . tapi pernahkah kita mencari segala hikmah yang berlaku dan berfikir secara positif ? kita cuba . tapi pasti akan terselit sedikit kekesalan dan aura negatif itu sentiasa mengiringi kehidupan manusia . tetapi perlahan lahan aura negatif itu berlalu pergi kerana ada sesuatu yang kita tak pernah bayangkan datang dan sentiasa memberi aura positif . walau sekandang kesusahan . pasti mampu dilalui . ya . ini namanya semangat yang kembali . 





Tinggal lagi sebulan . aku tak pasti perasaan aku suka atau sedih untuk habes praktikal .