Monday, September 03, 2012

  3

Hari ni dah 3 sept . tapi aku boleh senang hati tak bayar yuran lepas tu tak register course . aku memang suka menggelabah last minutes . lepas tu menyusahkan semua orang . :p bila Uncle Bun tanya bila nak bayar yuran , aku cakap esok . tapi esok still rasa malas nak keluar pergi bank . ada online banking tapi tak hingat password . taktau kan nak cakap orang macam ni macamana . belum lagi nak hingat password nak register . itu aku tengah cuba ingat dari pagi tadi password yang mana . har . har . har . memang orang yang bermasalah . dalam kepala ada banyak benda nak buat . tapi semua benda tertangguh sebab malas . contohnya kemas beg . nanti bila dah hari dah nak balik baru kelam kabut kemas semua barang . sebab dah terlalu lama duduk rumah . jadinya langsung tak rasa excited nak balik . tapi nervous banyak . rasa macam 1st year . padahal dah final year ok . oh ! suka . tapi tak suka sangat bila pikir fyp . nervous . takot . ini penentu segalanya . 



Dan aku rasa tak gembira nak balik sebab aku rasa bersalah . maaf . sangat . 





Wednesday, August 29, 2012

  wordless wednesday




Serba serbi . serba tak kena . serba S A L A H .


serba ?





Monday, August 27, 2012

  kemas

Tadi pagi bila MakPah dah bising bising suruh kemas baju baru aku sedar baju aku memang banyak gila . bukan banyak sangat tapi banyak gila . dari baju kurung , kemeja , blouse , t-shirt , tudung yang macam ada 10 kepala . padahal yang selalu pakai 2 , 3 helai je . sendiri kemas sendiri pening . lepas tu baru sedar kenapa aku ada banyak gila baju ? bila masa aku beli ? ajaib . :p aku rasa semua perempuan memang ada banyak baju yang banyak kategorinya . kategori baju dah buruk sikit lepas tu taknak pakai , kategori baju baru sekali pakai lepas tu taknak pakai lagi , dan paling teruk kategori baju baru beli tapi tak pernah pakai . ini memang macam orang kaya tapi sebenarnya orang yang suka membazir . masa kemas kemas MakPah asek membebel sebab beliau pening tengok baju aku yang banyak . sampai MakPah cakap nak bukak kedai bundle sebab baju semua masih elok tapi mengada taknak pakai lagi . walaupun amaran jangan beli baju lagi tu dah beribu kali keluar dari mulut MakPah dan Uncle Bun , tapi aku rasa aku memang ketegaq . kau rasa sebagai perempuan kau boleh ke tahan nafsu nak beli baju bila nampak baju chantek ? ataupun kau boleh ke setia dengan sehelai baju ? tunggu sampai dah betul betul tak boleh pakai baru beli baju baru . oh ! tidak . kalau boleh setiap kali pergi shopping complex mesti nak beli sehelai baju . kan ? kan ? kan ? 




p / s : seminggu je lagi aku ada dekat sini . =(





Sunday, August 26, 2012

  sanisah huri kata: bersabarlah sayang

Bangun pagi . rasa sedih sekali . walaupun raya sepatotnya gembira . bukan sebab raya . selalunya perkataan faham itu kena selalu ada pada setiap perkara .  walau kita cuba faham pada setiap perkara , keadaan termasuk perasaan . tapi tak semua orang mampu , ingin atau cuba faham perkara , keadaan termasuk perasaan kita . bukan sebab pentingkan diri sendiri . mungkin rasa takot , terancam atau keadaan sekarang tak seindah yang diinginkan . ya . sila nampak aku yang merosakkan segalanya . dan sila nampak aku cuba menyelesaikan semuanya . mengeluh tak memberikan penyelesaian . baru aku FAHAM sebab ion positif aku mampu membuat keputusan seperti itu walaupun airmata aku bertakung di kelopak mata sekarang . ok . memang aku nampak betul betul sedih . sekian . lepas ni makan kueh raya banyak banyak supaya butter itu mampu buat aku lupa ingatan tentang semuanya . semua sekali . taktau ni entry jenis apa .*sambil tutup muka*





Wednesday, August 22, 2012

  wordless wednesday



Pernikahan adalah bahtera , bukan kapal kertas . Menjadi isteri pertama , kedua, ketiga atau keempat adalah jodoh yang telah ditentukan . Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat . Sesungguhnya cinta hakiki itu milik Allah . 



:)