Saturday, October 20, 2012

  hari hari yang lalu














Muka yang last sekali ni bila aku tengok pun aku rasa nak lempang .


Ok . Bai !


Come on yani ! 2 papers before semester break . 


Come on man !*tiba tiba*


InshaAllah . 


Usaha tangga kejayaan . 


:)




  5 hari lagi

Lagi 5 hari MakPah dan Uncle Bun akan ke Arafah . 


Permudahkanlah segala urusan ibadah mereka yaAllah .


Amin .


:)


Thursday, October 18, 2012

  sejenak

Tidak memiliki apa apa bukan bererti tidak punya apa apa . pandang ke hadapan dan yang di belakang jadikan sebagai pengalaman yang mengajar sesuatu . sekurang kurangnya sesuatu walaupun yang di belakang itu merupakan pengalaman yang paling teruk pernah dialami . suatu hari nanti kita pasti akan berterima kaseh dengan pengalaman yang teruk itu kerana telah menjadikan kita manusia yang paling berharga pada masa akan datang . 


Dengan sepenuh hati , aku takkan pandang ke belakang . tapi apa yang ada di belakang itu akan dijadikan cerita hidup yang nukilannya tidak pernah aku coretkan . tengah bersajak ke apa ni ? :p



Wednesday, October 17, 2012

  bulan



Dah dua kelas aku skip sebab sakit perempuan . oh ! selama ni aku tak pernah mengalami sakit perempuan yang perempuan laen pernah atau selalu rasa . tapi kali ni baru aku tahu rasa dea macamana . guling , guling , guling dan berguling . gaya tidur takkan mampu seperti selalu . boleh kepak sana kepak sini . tapi gaya tidur bila sakit perempuan adalah seperti tenggiling . akan cuba meringkuk sehabes boleh supaya perut berada dalam keadaan selesa walaupun masih sakit . kadang kadang memang ada jenis perempuan bila datang bulan akan mengalami sakit perempuan yang teruk . ok . lelaki perlu tahu fakta ini supaya tidak berasa aneh bila melihat adik , kakak atau isteri tiba tiba berguling guling macam tengah gimnastik . wah ! har . har . har . 


Tapi dalam kes aku yang tak pernah alami sakit perempuan yang teruk bila datang bulan , benda ni jadi mungkin disebabkan terlalu banyak minum ais sampai ais pun aku gigit gigit makan . ok . ais sangat tak bagus . sangat . tapi ais memang sangat sedap . sangat . benda yang sedap selalunya memang tak bagus untuk kesihatan . MakPah selalu bising bila pagi pagi dekat rumah aku akan breakfast dengan air yang ada ais . contohnya air teh o panas akan jadi  teh o ais yang sejukkkkkkk . oh ! nikmat sangat . dan dekat rumah sewa ni akulah manusia yang paling bising sekali merengek rengek dekat housemate nak share beli peti ais . lepas tu bila tak dapat beli peti ais , akulah manusia yang bila keluar atau orang laen keluar sibuk sibuk pesan beli ais . lepas tu pergi mana mana kalau beli air mesti akan cakap dekat orang kedai tu nak ais lebih . dan bila dah jadi macam ni baru teringat kata kata MakPah bila dah tua nanti selalu sakit tulang kalau banyak minum ais , bila tua nanti , bla , bla , bla . ok . nak sedih sedih cakap rindu MakPah ler tu . 





psssstt : para perempuan yang chantek lagi dikasihi sekalian , janganlah banyak minum ais . air suam takpe . lebih sihat dan dapat menambah kechantekkan yang sedia ada . peeewit ! 

Sunday, October 14, 2012

  Organiser

Let's do a plan with this organiser . 





Oh ! sangat best dan kiut ok organiser ini .


Aku sangat suka . 


Sangat . 


Lagi suka bila ada bookmark yang sangat kiut itu .


Organiser : RM 13.90 .


Bookmark : RM 4.90 beli dekat pesta konvo . 


Tak sampai 20 hengget pun kan kos semua ini . 


Kalau habes duet dengan benda begini takpe . Ada kegunaan . 


:)




p/s : selalu orang beli organiser awal tahun . tapi tak kisah la bila pun kamu beli . yang penting kita selesa dan kita tahu apa kegunaan dea . mungkin aku lambat jumpa organiser yang aku suka . har . har . har . tapi organiser kat atas ni takde state tahun . just a month . so boleh guna sampai tahun bila bila . dan dea tak nampak terlalu professional . sempoi gitu . 



Eh !


Entry tak habes lagi .


Aku Terima Nikahnya .


No komen .


Tengok sendiri ok . 





Happy Sunday kawan kawan !