Sunday, March 17, 2013

  ahad

Hari ni pagi pagi dah bangun pergi pasar satok . motif ? bukan pergi beli sayur atau ikan . tapi sebab nak makan mi kolok atau mi sapi . ya . sapi equal to lembu . lembuuuuuuuu ~ aku tak suka sangat mi kolok sebenarnya sebab kadang kadang sangat berminyak . tapi mi kolok kat tempat ni sangat sedap dan aku suka . nak makan pun kena queue sebab ramai orang . oleh kerana keterujaan makan lebih menguasai , maka aku lupa amek gambar . dah habes makan baru pikir kenapa tak amek gambar . macam tak guna beria cerita tapi takde gambar kan . caner nak gambarkan kesedapan mi kolok tu kalau tak tunjuk gambar ? aish ~ 


Aku rasa dari minggu lepas aku dah banyak kali taip entry tapi tak post . pembekuan idea dalam kepala . oh ! ya . aku ada sehari je lagi nak pikir untuk pergi interview infosys ke tak . tak paham kenapa tak boleh nak buat keputusan . pergi interview bukan kena bayar pun kan . rugi lagi ada la . tapi entah .*sambil garu kepala*


Happy Weekend kawan kawan ~


:)

Friday, March 08, 2013

  separuh aku




Semakin aku baca semakin aku tak paham . semakin aku cuba paham semakin aku keliru . semakin aku keliru semakin aku berputus asa sehingga urat urat seperti berselirat dan cuba melepaskan kemarahan . sejauh mana ? sampai jumpa titik penyelesaian . 




Saturday, March 02, 2013

  March, 2nd

Update pertama untuk sem ini . seperti biasa tak busy lagi walaupun hanya tinggal 11 minggu saja lagi untuk siapkan fyp . kena cakap 11 minggu supaya nampak macam lama lagi . padahal boleh je cakap tinggal 2 bulan . apa ? 2 bulan ? ? ? oh ! takot . takot . takooootttttt ~ *mood masih relax* 


Dan semalam , sebagai seorang pelajar yang mendapat voucher buku telah memanfaatkan voucher tersebut dengan sebaek mungkin walaupun sebenarnya dalam hati begitu sengsara bila jpa tak masuk masuk . belek buku dalam mph sampai 2 jam . itupun sebab nak habeskan masa yang ada . kalau tidak , masuk mph beli benda yang perlu dan masa yang selebihnya digunakan untuk masuk ke kedai kedai yang lebih menggembirakan hati . tapi sayang ~ *muka hampa*


Lepas ni dah takde dapat voucher voucher buku bagai . dah takde dapat jpa dengan senang hati . tapi yang ada adalah usaha untuk mencari kerja demi sesuap nasi dan seterusnya memulakan misi untuk membalas jasa Uncle Bun dan MakPah . bila kerja dan ada duet sendiri diharap aku akan lebih berjimat cermat . pandu cermat , jiwa selamat . InshaAllah ~ niat yang baek pasti berjaya . ceeewah ! kalau cakap macam ni depan MakPah confirm MakPah akan cakap ini semua poyooooo *gaya awie* kah . kah . kah . 


peeewit ! macam naif je muka budak perempuan ini . *sambil ketawa tutup mulut*

ni muka bajet nerd . *senyum malu* hak . hak . hak .

ni muka gembira dapat beli buku yang saaaaaaangad banyak . 

ok . ni panjang sikit nak explain . muka kecewa tak dapat beli buku sebab purse dea tertinggal dekat rumah . dah syok syok pilih buku tapi bila pergi kat kaunter baru perasan purse tertinggal . inilah muka benar benar kecewa . 

kenapa baju aku laen tapi masih skirt yang sama ? ok . sekarang tabiat aku suka sangat pakai skirt . feeling sejuk berangin kau bila jalan . nak buang air kecil pun sonang . tak payah nak bukak bukak . angkat je . hiks . dulu tak confident sangat nak berjalan pakai skirt . tapi sejak MakPah ajar pakai skirt dengan kemeja terus asek nak pakai skirt je . MakPah cakap baru nampak perempuan sikit dan jalan tak terabur macam gangster . ceit !

last but not least . eskim ni murah sangad . singget sengah je . :D 




Dah 4 tahun aku kat sarawak .


Tapi aku masih belum reti cakap sarawak .


Sekarang baru aku rasa rugi . 


Kesian ~ ~ ~



Monday, February 11, 2013

  budak kebal

Tadi pergi teman kekna soping . ingatkan raya cina ni kalau soping tak ramai orang sangat . tapi tidaklah terbukti hipotesis aku itu . kesimpulannya orang malaysia ni tak kira la raya cina ke hari raya ke tetap pergi soping complex . dan kunun kunun nak cari bagpack laptop sekali tapi semua bag jenis dari material yang buat baju aku berbulu bila sandang . paham tak baju jadi berbulu ? benda macam ni pun aku ambil kira . ya . sangat perlu supaya baju aku terpelihara dari bulu bulu yang tidak sepatotnya . har . har . har . 


Tapi kali ni punya soping aku rasa oh ! sangat penat . mungkin rasa penat takkan wujud kalau aku dapat soping 2 , 3 helai baju . miahahahaha ~ bukan . sebenarnya bukan nak cakap macam ni . tapi sebenarnya nak cakap penat melayan kerenah budak kecik . lari sana lari sini . panjat sana panjat sini . pegang sana pegang sini . taktau macamana kalau ada anak sendiri . jawabnya aku letak je anak aku dalam stroller . duduk diam diam . bagi makan something . haaaaa . senang kan . kih . kih . kih . tapi bila ada anak sendiri mesti kita ajar dea behave . tapi kalau dah nama budak kecik memang begitula sifatnya . semua benda nak cuba . kepala dah benjol pun tak serik . bagi lagi benjol kat tempat laen . dah berdarah baru takot . masa untuk belajar yang mana sakit dan yang mana tidak menyakitkan . apesal cerita pasal budak kecik ni ? hiks . 


Semalam petang budak kecik ni hilang dua batang gigi depan sebab jatuh . makpah kemaen mengamok sampai aku pun takot . hari ni baru dea berani nganga mulut tengok gigi yang hilang dan ketawa kuat bila tengok gigi dea takde . har . har . har . kesian la awak wahai budak . 

Dan hari ni kepala dea benjol sebab lari lari terhantuk cermin kat MNG . aku speechless sebab aku nampak dea cuba berlari dekat patung yang sebenarnya ada dalam cermin . mungkin dalam kepala dea nak tangkap patung tu . budak oh budak ~ ~ ~ 




p/s : tiba tiba nervous nak hari esok . 


Assalam .


:)


Sunday, February 10, 2013

  rindu ?

Since ada ramai orang tanya kenapa aku tutup blog , aku bukak balik . dan sebenarnya aku memang rindu nak bercerita dalam ni . ceewah ! bajet ramai sangat orang nak tahu pasal kau . tak kisahla . yang penting setiap cerita dalam blog ni hanya untuk berkongsi dan aku tahu ramai orang tengah rindu aku sekarang . kah . kah . kah . 


Tinggal lagi seminggu aku akan balik sarawak . oh ! sekejap betul masa berlalu . dan InshaAllah ini kali terakhir aku balik sarawak . oh ! final sem ! final sem ! final sem ! ! ! ! suka sangat dengan final sem ni dah kenapa ? ? ? scary ok .


N E G E R I 9 .


Aku memang suka tawar barang sampai harga yang aku mintak macam tak logik . dan ni bukan carpet yang makpah beli . 

Dea dan carpet .

Selaen dea dan carpet . 

Semua orang memang tak suka amek gambar masa makan kecuali aku . ngeh ~



Situasi di laen hari dan waktu . 


M E L A K A .


Selamat Pengantin Baru kepada semua . eh ! salah . kepada mereka berdua sahaja . tapi muka semua kemaen suka dapat duduk kat pelamin . :p

Ikan bakar ~ ikan bakar ~ ikan bakar ~ ~ ~ kenapa gambar ni takde menunjukkan ikan bakar ? ? ?

Melaka di malam hari .

Kebabommmm  ! ! !

Kincir angin ? kincir air ? kcing ! kcing ! 



Assalam . 


:)



Lots of love,
SiManis