Ehem . ehem . wah ! dah lama tidak bercerita . sekali kembali bercerita , haaaaaa punyalah panjang entry kau . bukan panjang dengan apa . panjang dengan gambar . taknak cakap banyak . biar gambar pulak bercerita . macam busan je ayat aku kan . barangkali kekok menulis .
Pre Convo .
Di hari mengepit sekeping ijazah .
Walaupun MakPah dan Uncle Bun takde , tapi kawan kawan pengganti mereka . terima kaseh kepada kawan kawan yang sentiasa ada . sebelum masuk dewan sempat sedih kemaen bila telefon MakPah , beliau suruh ambil gambar banyak banyak . oh ! sedih sangat ok rasanya .*sambil kesat airmata*
Di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kaseh kepada MakPah dan Uncle Bun yang selalu menyokong di belakang , kawan kawan yang selalu ada di kala sedih dan gembira , supervisor supervisor yang hebat dan selalu membakar semangat untuk terus berjuang , lecturers yang banyak memberi tunjuk ajar dan akhir sekali kepada diri sendiri yang memang selalu emo tapi berjaya menamatkan apa yang perlu ditamatkan . semua ini adalah takdir dan kurniaan Allah yang banyak mengajar aku jadi manusia yang lebih baek . Alhamdulillah untuk semua nikmat ini . macam speech best student kan . kah . kah . kah .
Oh ! ya . aku masih menganggur . ada siapa siapa nak offer kerja pleaseeeee ? tolong menolong amalan mulia . dan dan .
Bila cakap banyak kelapangan masa , ya , kita harus gunakan masa yang ada dengan sebaek mungkin . kali ni nak cerita satu tempat yang aku pergi tapi sebenarnya aku pun tak berapa sedar bila akan kewujudannya tempat secantek ini di muka bumi johor ni . dan ini boleh membantu anda yang ingin renovate rumah atau saja ingin merasa bagaimana kaedahnya duduk dalam rumah yang cantek tanpa perlu memiliki . betul ke ayat aku ni ? maksudnya tempat ni show house yang cantek ok . feeling feeling orang kaya pun ada . gambar memang banyak . nak buktikan kecantekan tempat ni kan . tapi muka cantek tetap ada satu . terpaksa la mengadap sampai habes entry ok . nak buek camano , muntah darah la ekau sumo ~ ~ ~ miahahaha ~
COUNTRY GARDEN , DANGA BAY , JOHOR BAHRU .
Ni view luar Country Garden . cantek memang cantek . tapi masa ni tersangat la panas hoi . berkenyit kenyit mata ni hah . ni nampak je cool . tapi sebenarnya panas ok . matahari tegak atas kepala . nampak tu bayang bayang pun berada pada darjah 0 .
Tempat ni memang sangat sesuai untuk family outing . kekeluargaan sangat . dah nama pun show house kan . haruslah semua ahli keluarga merasa dan melihat keadaan rumah yang bakal mereka angankan nanti . cepatla bodek abah kau buat bilik ala ala macam dekat sini .
Ni bapa mithali . kau nampak tu siap dea bawak botol air untuk anak . tapi kan view dekat luar ni macam ala ala universal studio . dalam pikiran gue la . cuma bezanya tempat ni free . kau nak tonggang terbalik lantak la asalkan kau tak rosakkan barang yang ada dekat sini . kang ada pak guard yang ala ala pakai baju kapten laut sound tanpa belas kasihan .
Ni dapur pertama aku pergi . kalau dapur rumah aku macam ni , maunya sayang nak masak . gila kau nak bagi kotor . kilat kemaen . kabinet pun berkilat sampai boleh buat cermin ok . jakun memang jakun . mahal pun memang mahal . mata juling tengok renovation budget macam ni . kusssss semangat .
Ni dining room paling kelas kau jah ! nampak mewah gitu . tapi kalau datang macam cucu MakPah dan UncleBun , bukan mewah jadinya , tapi habes ni , habes ni .*dialog MakPah* har . har . har .
Ni pun cantek . moden style tapi warna klasik . entah . sukati aku jela nak paham apa . :p
Nampak sangat la hai kekok memasak . aku memang tak reti masak .*rendah diri* sayur dan buah dekat dapur ni dari jaoh memang nampak real . tapi bila dekat , oh ! kecewa . palsu rupanya . kau dah kenapa nak letak sayur dan buah betul dekat situ ? kang busuk pulak . kalau tak busuk pun kang ada demonstrasi memasak pulak kat situ . buat macam rumah sendiri .
Inilah bakal dapur rumah saya .*dalam mimpi* tapi kot kot la kan satu hari nanti jadi kenyataan , memang sayang suami ketat ketat . ngeh ~
Ni bilik tidur yang sejuk je combination warnanya . nak cakap english style macam tak berapa english . entahla . aku suka cermin dekat bawah kabinet je . blanket dea aku tak suka . macam getah pvc . har . har . har .
Nampak kan cermin bawah kabinet tu cantek . tapi macam tak practical letak kabinet atas kepala katil . macam serabut . nak amek barang pun susah . takkan kau nak panjat katil kan kalau nak amek barang dekat kabinet bahagian kepala katil tu . oh ! tidak . anda boleh pikir cara dan tempat laen kalau masih nak letak kabinet dalam bilik . tapi ni salah satu cara nak jimat ruang . wah ! macam interior designer hujahnya .
Bilik ni cantek . aku suka . tapi sempit . show house kat sini ada tunjuk bilik kecik , ada tunjuk bilik besar . tengokla macamana kita nak renovate dan hias ikut taste masing masing . yela , bilik rumah kos sederhana pun bukan besar sangat kan melaenkan master room . so , boleh datang sini untuk tengok macamana dea gayakan untuk bilik yang kecik . idea yang akan membantu anda menghias bilik dengan lebih cantek .
Dek kerana suka sangat cermin tadi , haruslah feeling cantek depan cermin . kunun sangad .
Ni koridor antara bilik bilik tadi . ada banyak gambar tepi dinding tu . nanti aku tunjuk .
Gambar gambar dekat sini semua 3D . kalau rumah besar boleh letak satu . tapi jangan la letak yang ni . dah macam rumah mission impossible pulak kang .
Yang ni pun jangan . kang dah macam rumah peninju . aku tak sangka aku mampu membuat gaya begini walaupun orang ramai . tapi yang penting aku tak sangka ni aku . aku bukan macam ni . sumpah ! bukan . har . har . har .
Ni kalau kau letak dekat rumah memang budak budak yang datang pun takot . terus behave . dok duduk tenung gigi jerung ni je . kesudahnya budak budak taknak datang rumah kau lagi . kan kejam tu namanya .
Ok . ni aku taktau nak cakap . aku terkejut . nampak tu aku terkejut . tak boleh jadi ni . tak boleh jadi orang utan pandai makeup . pandai pilih kaler blusher lagi . lipstik pun merah nak kalahkan tudung aku .
Sebab tadinya tak boleh nak terima orang utan pandai makeup , terus tambah lagi satu orang utan . kah . kah . kah . hamboi gembira cakap diri sendiri geng orang utan . choooyyy ! kau nampak tak lipstik orang utan tu pegang sama macam lipstik yang aku pegang . orang utan pakai lipstik loreal ok . menyampah tau orang utan ni ! tapi jujurnya aku suka gambar orang utan ni . punya motif dan humor yang tersendiri . ceeewah !
Apa ye caption gambar ni ? where you at ? mangkuk bortingkek tingkek ~
Pengekspresian muka mengikut keadaan gambar . screammmmm ! ! ! tak paham . next !
Ni paling aku suka . bukan suka gambar . suka kalau realiti macam ni . sekian .
Fuh ! ponat rasanya jalan dalam ni walaupun takdela besar mana pun . banyak lagi tempat cantek tapi sebab cuaca panas , maka terbatal niat aku . panas sangat wei . kalau ada orang hidang sirap sejuk ke syok jugak la kan .
Oh ! ya . sebenarnya dekat sini pun ada swimming pool , ada shopping mall . ada candy world , ada ice cream factory . memang kanak kanak bakal seronok tak terkata pergi tempat ni . tapi setakat ni belum bukak lagi . tengokla seminggu dua nanti . sebab aku pun kecewa ice cream factory tu tak bukak lagi . ngeh ~ apalagi . moh lerr kita pergi ke sini . ayuuuuhhhhhhh !
Sekarang bulan sembilan . musim hujan . musim orang kawen . sorang lagi bff aku dah kawen . kejap lagi sorang lagi . kejap lagi sorang lagi . kejap lagi sorang lagi . kejap lagi aku pulak . eh . eh . bukan . In Shaa Allah setiap manusia ada pasangan . tapi kalau pasangan orang tu ada dua tiga caner ? suka cakap mengarut tau . choooyyy ! apapun setiap yang berlaku ada hikmah . Allah lebih tahu apa yang terbaek .*muka serius*
Sebenarnya bff aku dah kawen dari minggu lepas . tapi sebab cable transfer kamera aku tertinggal dekat rumah keknda , jadi tak boleh nak transfer apa apa gambar . tengok jela dalam kamera zoom sampai tak boleh zoom . kesudahnya busan lepas tu takde mood nak update blog . masa terluang memang banyak . rasa nak jual nasi lemak depan rumah bila pikir masa banyak terbuang dengan menonton tv yang memaparkan cerita yang menyakitkan hati seperti derhaka seorang madu . kah . kah . kah . satu rumah aku emosi bila tengok cerita tu . sampai uncle bun yang tak berapa layan cerita melayu pun rasa panas hati . lalu terbawa bawa perasaan panas hati ke masjid untuk solat asar . muahahahaha ~
Selamat Pantin Seminggu Isma & Adal !
Tak sangka kita gegurl pakai baju sama warna . boleh jadi geng kendarat barangkali . :p
Orang laen posing relax apesal aku berdiri macam robot ? terlebih makan nasi minyak agaknya .
Anis & Mai .
Gitu caption yang aku pegang . jom kahwin ! katanyaaaaaa . dan dan pakcik sebelah tu elok je sebelah aku . kalau tengok kamera mesti dah ngam bergambo sekali sambil pegang caption i loveu . oh ! pakcik . ampunnnn .
Semua gambar ni aku copy paste dari facebook kawan aku . ni je gambar yang ada aku . sadis kan . mentang mentangla aku datang lambat . ni je yang mampu ada aku . ah ! sedih . jumpa dahla setahun sekali . tacingggg sangad .
Salam September .
Selamat Pengantin Baru buat semua pantin dan bakal pantin di luar sana .
Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke Jannah .
Syawal dah nak hampir tamat . tapi rasanya aku takde pergi beraya mana mana melaenkan hanya balik kampung beraya rumah sedara yang tak dikenali dan beraya rumah sedara yang dikenali . rumah sedara yang tak dikenali tu maknanya rumah nenek nenek yang aku tak pernah pun tengok sebelum ni tapi tiba tiba eh ! siapa orang ni ? kenapa kita tak pernah jumpa dea ? dea sedara kita ke ? MakPah pun malas nak jawab . tapi makan kueh raya kat rumah dea kemaen pelahap macam kenal je . macam sedara rapat gitu . kemaen tak tahu malunya . siap tambah air banyak kali . aigooo ~
Tapi fakta sebenar aku memang jenis pemalas nak keluar . tapi kalau dah keluar tak ingat nak balik pulak . entah apa patern aku ni pun taktau . sebabnya kalau keluar nak kena mandi , iron baju , iron tudung . ah ! semuanya malas . mandi tu yang paling malas . nampak tak aku jujur . jadinya kalau nak ajak aku keluar memang kena cakap awal seminggu . supaya aku bersedia . kah . kah . kah . kelakar sangad ler tu .
Ni je gambar raya yang wujud . tu yang emosi semacam bila ingat takde gambar raya .