Wednesday, August 29, 2012

  wordless wednesday




Serba serbi . serba tak kena . serba S A L A H .


serba ?





Monday, August 27, 2012

  kemas

Tadi pagi bila MakPah dah bising bising suruh kemas baju baru aku sedar baju aku memang banyak gila . bukan banyak sangat tapi banyak gila . dari baju kurung , kemeja , blouse , t-shirt , tudung yang macam ada 10 kepala . padahal yang selalu pakai 2 , 3 helai je . sendiri kemas sendiri pening . lepas tu baru sedar kenapa aku ada banyak gila baju ? bila masa aku beli ? ajaib . :p aku rasa semua perempuan memang ada banyak baju yang banyak kategorinya . kategori baju dah buruk sikit lepas tu taknak pakai , kategori baju baru sekali pakai lepas tu taknak pakai lagi , dan paling teruk kategori baju baru beli tapi tak pernah pakai . ini memang macam orang kaya tapi sebenarnya orang yang suka membazir . masa kemas kemas MakPah asek membebel sebab beliau pening tengok baju aku yang banyak . sampai MakPah cakap nak bukak kedai bundle sebab baju semua masih elok tapi mengada taknak pakai lagi . walaupun amaran jangan beli baju lagi tu dah beribu kali keluar dari mulut MakPah dan Uncle Bun , tapi aku rasa aku memang ketegaq . kau rasa sebagai perempuan kau boleh ke tahan nafsu nak beli baju bila nampak baju chantek ? ataupun kau boleh ke setia dengan sehelai baju ? tunggu sampai dah betul betul tak boleh pakai baru beli baju baru . oh ! tidak . kalau boleh setiap kali pergi shopping complex mesti nak beli sehelai baju . kan ? kan ? kan ? 




p / s : seminggu je lagi aku ada dekat sini . =(





Sunday, August 26, 2012

  sanisah huri kata: bersabarlah sayang

Bangun pagi . rasa sedih sekali . walaupun raya sepatotnya gembira . bukan sebab raya . selalunya perkataan faham itu kena selalu ada pada setiap perkara .  walau kita cuba faham pada setiap perkara , keadaan termasuk perasaan . tapi tak semua orang mampu , ingin atau cuba faham perkara , keadaan termasuk perasaan kita . bukan sebab pentingkan diri sendiri . mungkin rasa takot , terancam atau keadaan sekarang tak seindah yang diinginkan . ya . sila nampak aku yang merosakkan segalanya . dan sila nampak aku cuba menyelesaikan semuanya . mengeluh tak memberikan penyelesaian . baru aku FAHAM sebab ion positif aku mampu membuat keputusan seperti itu walaupun airmata aku bertakung di kelopak mata sekarang . ok . memang aku nampak betul betul sedih . sekian . lepas ni makan kueh raya banyak banyak supaya butter itu mampu buat aku lupa ingatan tentang semuanya . semua sekali . taktau ni entry jenis apa .*sambil tutup muka*





Wednesday, August 22, 2012

  wordless wednesday



Pernikahan adalah bahtera , bukan kapal kertas . Menjadi isteri pertama , kedua, ketiga atau keempat adalah jodoh yang telah ditentukan . Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat . Sesungguhnya cinta hakiki itu milik Allah . 



:)




  keluarga

Ehem . ehem . 


Ok . entry raya .


Mesti akan penuh dengan gambar syok sendiri .


Kesukaan dan kegembiraan di hari raya .


Muka MakPah bengang kena paksa amek gambar . naseb lerrr ~


Kekna si senyum senget . har . har . har . tak paham kenapa dea nak senyum senget .


Ok . kek nda yang orang cakap muka aku sama macam dea . sama kerrr ?*sambil muka confius* lepas tu bila dea tengok gambar ni dea terasa dea berseri seri chantek . dah nampak kan genetik aku semua genetik suka ferasan sendiri . no wonder . :D


Si perasan comel . dea selalu cakap macam ni : "izzah sangat comel" .*sambil gaya gedik* rasa nak berlari setempat bila dengar dea selalu cakap dea comel . sekarang baru aku paham macamane perasaan orang bila aku selalu ferasan jelita . ada rasa sampai nak cekik diri sendiri agaknya . har . har . har .


Dua orang budak yang tak reti buat peace . yang sorang dah macam gaya charlie angle . yang sorang sibuk nak tengok jari berbelit belit . ok . yang tengah memang terbaekkk buat peace . tiada cacat cela . cuma jari senget . :p


Nantikan keluaran majalah 'keluarga' bulan depan .*muntah*


Speechless bila tengok gambar ni . gaya bukan maen macam orang dewasa . menyampah ! 


Ok . budak lelaki ni memang suka muncung muncung mulut . mungkin ingin terasa comel juga . @_@




Salam Idulfitri .


Ampun dan maaf dipinta atas segala khilaf .


:)