Friday, October 26, 2012

  labbaik'Allah

Aku bukak facebook semua orang sibuk post gambar makanan hari raya . lepas tu makanan makanan tu semua nampak menyelerakan . lepas tu kawan kawan aku yang tak balik pun sibuk post gambar makanan hari raya . dan makanan makanan tu semua nampak macam makanan yang dimasak oleh mak mak . yela . aku tahu diorang yang masak . tapi kenapa aku takde makanan hari raya ? kenapa breakfast aku ayam kfc semalam yang tak habes ? kenapa aku tak dengar takbir raya ? kenapa hari ni orang laen sibuk pakai baju kurung tapi aku sibuk basuh baju yang dah seminggu tak basuh ? kenapa sunyi je rumah aku macam bukan hari raya ? aku tengah buat cerpen sedih ke apa ni ? kah . kah . kah . tapi tadi masa aku sidai kain dekat luar aku nampak rumah jiran aku meriah . ada ramai orang pakai baju melayu dan baju kurung . lepas tu ada asap asap dekat luar rumah . mesti ada barbeque . kalau aku pakai baju kurung dan tiba tiba pergi rumah jiran aku dan perkenalkan diri sebagai jiran baru rumah dea mesti nampak cool . ker horror ? har . har . har . damn ! busan . 


*Tiba tiba*




Thursday, October 25, 2012

  salam aidiladha

Hari ni hari wukuf di Arafah . semalam MakPah call dan cakap dah nak bertolak naek bas pergi Arafah . MakPah cakap doakan mak sihat dan kuat melontar jamrah . tiba tiba sedih . sedih sebab terasa terlalu rindu pada MakPah . suara MakPah tak sihat . tapi ada nada gembira . semoga Allah lindugi MakPah dan Uncle Bun sentiasa . amin . 


Hari ni aku gigih pagi pagi pergi lab . orang laen sibuk teruja nak naek flight tapi aku gigih siap siap nak pergi lab walaupun dah lambat bangun . tiba tiba semangat gila mana datang nak pergi lab . housemate aku sibuk perli aku rajin bebenor nak pergi lab . selalunya akulah orang paling banyak ponteng kuliah lepas tu lab pun aku skip . gangster kununnya . tapi sem ni laen . rajin bebenor itu sifat aku sekarang . kah . kah . kah . balik lab terus tido . housemate aku semua dah balik rumah mak apak diorang . tinggal aku dan sorang lagi housemate aku . aktiviti hari ni langsung tak melambangkan esok nak aidiladha . siap bersemangat pergi kedai print nota wireless dan distributed . selalunya masa masa macam ni sibuk keletak keletuk dekat dapur dengan MakPah . tapi hari ni aku santai santai macam esok cuti biasa lepas tu langsung takde feeling raya sambil membayangkan orang laen dapat makan sedap sedap dekat rumah .  ini perasaan luar biasa . jadinya aku tengah dengar lagu raya untuk menandakan esok cuti raya aidiladha ye azriyani . bukan cuti biasa .



Salam Aidiladha .


:)


Wednesday, October 24, 2012

  memori

Tiba tiba tertengok satu folder yang ada gambar gambar ini .










Dan masa birthday teringat pagi pagi ada orang bagi coklat .





Oh ! ini zaman praktikal yang dah berlalu 4 bulan lepas .


Tapi penuh dengan memori .
*sambil lap airmata*


Sambung cari journal fyp .


@_@



Tuesday, October 23, 2012

  yang lepas

Dua paper dah lepas . ok tak ok aku kena jugak jawab ok sebab aku dah berusaha . tinggal dua paper lagi lepas naek semester break . ok . dua paper yang ni memang gerun sikit sebab distributed system memang aku langsung tak paham apa apa . tiba tiba belajar thread dalam java programming . soalan midterm kalau keluar coding memang aku akan koyak paper tu . har . har . har . sekarang masa untuk pikir esimen segala bagai yang nak kena pikir contain apa kena letak lepas tu fyp lagi . oh ! bila cakap pasal fyp rasa darah tak naek ke kepala tapi yang ada angin . cuti memang nampak gembira . semua orang rasa excited menghitung setiap jam dan saat untuk naek flight dan jumpa keluarga yang tercinta . tapi aku rasa cuti itu langsung takde makna kalau dalam kepala berselirat nak pikir esimen dan fyp . menyampahla bila cakap fyp . menyampahnyeeee . menyampah sangat . wah ! banyak sangat menyampahnya . ok .chill ! malam ni boleh tidur dengan tenang tak payah stay up . esok masih pikir benda yang sama . ya . itulah hidup . 




Sunday, October 21, 2012

  pasport ekspres

Let's watch this short film .


It's really cool man .





" Semua benda yang kita ingat kita kena simpan " .


" Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh tika kita bersapa " . - Usman Awang


Hidup Bukan Untuk Derita . - Ahmad Jais 



:)