Friday, September 13, 2013

  wajah kesayangan hamba

Sekarang bulan sembilan . musim hujan . musim orang kawen . sorang lagi bff aku dah kawen . kejap lagi sorang lagi . kejap lagi sorang lagi . kejap lagi sorang lagi . kejap lagi aku pulak . eh . eh . bukan . In Shaa Allah setiap manusia ada pasangan . tapi kalau pasangan orang tu ada dua tiga caner ? suka cakap mengarut tau . choooyyy ! apapun setiap yang berlaku ada hikmah . Allah lebih tahu apa yang terbaek .*muka serius*


Sebenarnya bff aku dah kawen dari minggu lepas . tapi sebab cable transfer kamera aku tertinggal dekat rumah keknda , jadi tak boleh nak transfer apa apa gambar . tengok jela dalam kamera zoom sampai tak boleh zoom . kesudahnya busan lepas tu takde mood nak update blog . masa terluang memang banyak . rasa nak jual nasi lemak depan rumah bila pikir masa banyak terbuang dengan menonton tv yang memaparkan cerita yang menyakitkan hati seperti derhaka seorang madu . kah . kah . kah . satu rumah aku emosi bila tengok cerita tu . sampai uncle bun yang tak berapa layan cerita melayu pun rasa panas hati . lalu terbawa bawa perasaan panas hati ke masjid untuk solat asar . muahahahaha ~ 


Selamat Pantin Seminggu Isma & Adal ! 

Tak sangka kita gegurl pakai baju sama warna . boleh jadi geng kendarat barangkali . :p

Orang laen posing relax apesal aku berdiri macam robot ? terlebih makan nasi minyak agaknya . 

Anis & Mai . 

Gitu caption yang aku pegang . jom kahwin ! katanyaaaaaa . dan dan pakcik sebelah tu elok je sebelah aku . kalau tengok kamera mesti dah ngam bergambo sekali sambil pegang caption i love u . oh ! pakcik . ampunnnn . 



Semua gambar ni aku copy paste dari facebook kawan aku . ni je gambar yang ada aku . sadis kan . mentang mentangla aku datang lambat . ni je yang mampu ada aku . ah ! sedih . jumpa dahla setahun sekali . tacingggg sangad . 



Salam September . 


Selamat Pengantin Baru buat semua pantin dan bakal pantin di luar sana .


Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke Jannah .


Amin .


:)


Monday, September 02, 2013

  dua je

Syawal dah nak hampir tamat . tapi rasanya aku takde pergi beraya mana mana melaenkan hanya balik kampung beraya rumah sedara yang tak dikenali dan beraya rumah sedara yang dikenali . rumah sedara yang tak dikenali tu maknanya rumah nenek nenek yang aku tak pernah pun tengok sebelum ni tapi tiba tiba eh ! siapa orang ni ? kenapa kita tak pernah jumpa dea ? dea sedara kita ke ? MakPah pun malas nak jawab . tapi makan kueh raya kat rumah dea kemaen pelahap macam kenal je . macam sedara rapat gitu . kemaen tak tahu malunya . siap tambah air banyak kali . aigooo ~


Tapi fakta sebenar aku memang jenis pemalas nak keluar .  tapi kalau dah keluar tak ingat nak balik pulak . entah apa patern aku ni pun taktau . sebabnya kalau keluar nak kena mandi , iron baju , iron tudung . ah ! semuanya malas . mandi tu yang paling malas . nampak tak aku jujur . jadinya kalau nak ajak aku keluar memang kena cakap awal seminggu . supaya aku bersedia . kah . kah . kah . kelakar sangad ler tu . 





Ni je gambar raya yang wujud . tu yang emosi semacam bila ingat takde gambar raya . 




Salam September .
*kerut dahi*


:)


Friday, August 30, 2013

  merdeka

Hei , hai ! assalamualaikum . aku di sini . ya . tak kemana . terima kasih masih menanti . terima kasih hari hari klik link azriyanisukatulis kemaen pagi petang siang malam tapi takde update . :p bajet fofular ke apa ni ? bukan . tahu banyak pengambil tahu di luar sana . :)


Lokasi sekarang di soromban . menjalankan aktiviti tanam pokok durian tapi hasil 5 tahun lagi . asek tanam anggur je kan . sekarang masih belum ada rezeki . tapi In Shaa Allah , Allah sentiasa membuka pintu rezeki untuk hambaNya . positif dan sentiasa positif . jauhkan sifat negatif . wah ! sejak asek tengok Prof Muhaya dekat tv , kemaen cakap pun nak macam dea . hari hari mengadap benda yang sama . bila dah asek duduk rumah ni , sakit sakit pun macam orang tua . terasa beginila bila dah jadi dewasa . terlupa sudah dewasa . rasa macam budak budak lagi sebab hari hari gaduh dengan izzah . dea cakap bontot aku besar , aku cakap dea gemok . ah ! sekarang dea memang gemok . tapi adakah benar bontot aku besar ? kanak kanak memang jujur tapi adakalanya dea juga akan menggunakan teknik psiko untuk sakitkan hati orang laen . ya . hati aku sakit bila dea cakap bontot aku besar . kah . kah . kah . 


Esok 31 ogos . hari merdeka . wish all malaysian selamat hari merdeka . kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang . Alhamdulillah untuk segalanya .*gaya ucapan dalam tv*




Ni bukan update raya . ni bukan gambar raya . ni update merdeka . gambar merdeka . jangan tanya mana update raya . bai .



Salam Merdeka .


:)


Wednesday, August 07, 2013

  malam raya

Eh . eh . tiba tiba terasa aku ada masa terluang yang banyak malam ni . semalam dah kemaen wish advance raya bagai tapi tup tup hari ni masih wujud lagi . bukan . bukan . sebenarnya semalam bajet malam raya aku pasti di dapur . di dapur sampai tak boleh nak jenguk tv langsung . tapi magik . petang tadi dah siap tolong MakPah masak raya . siap dah pergi kunjung rumah orang . maksud kunjung di sini adalah bagi orang makanan . ni bahasa jawa MakPah . tak sangka . tak sangka . tak sangkaaaaa ! ! ! yang meroyan sangat ni kenapa ? bertahun ok . bertahun malam raya di dapur . ni tak puas hati ke apa ? har . har . har . jujurnya aku tak suka malam raya di dapur . malam raya perlu dinikmati dengan menonton cerita raya di tv sambil feeling oh ! inilah raya paling membahagiakan .*sambil kunyah daging rendang*


ayam masak kicap .*telan air liur*

sambal goreng jawa . 

selalu rendang tok bagai kan . ni rendang MakPah .*thumbs up*

sayur lodeh MakPah . dah semuanya MakPah . mana yang ada nama aku ? low profile . taknak bagitau yang mana aku masak . riak nanti . zzzzZZZZ . kah . kah . kah . 

bungkus membungkus . ni la kerja aku . ni je aku mampu . low profile lagi .*mata juling*


Makanan tradisi yang memang akan ada bila hari raya di rumah MakPah dan Uncle Bun . tak boleh ubah . inilah setiap tahun . 


Kalau rumah aku nanti rasanya murtabak maggi la kot makanan tradisi hari raya nya . mudah . cepat . laen dari yang laen . dah nampak dah sifat malasnya . har . har . har .


Ni baru malam raya paling cool . dalam blog ada makanan raya . 



Salam Lebaran  . 


:)


Tuesday, August 06, 2013

  lebaran tiba

Eh , tinggal sehari jela nak raya . yeaaaaaa ~ terasa nak feeling wish advance raya sebab lepas ni entah bila dapat update blog . bukan sebab taknak update . tapi tak cukup masa . tak cukup masa gitu ayatnya . hari ni je dah manjang busy dengan ayam , daging , hati pedal bagai . esok banyak lagi yang menanti . nak kacau dodol , bakar lemang , anyam ketupat .*tipu* ok . bila cakap pasal hati pedal bagai , selama ni aku tak paham dan tak pasti macamana aku boleh suka gila makan menda alah ni . kalau kau tengok rupa dea sebelum dicuci , Masha Allah , nak telan air liur pun tersekat . tapi sedap pulak bila dah gorengnya . jadinya aku harus abaikan apa yang aku tahu dan lihat selama ini supaya ia kekal menjadi makanan kesukaan sepanjang hayat . har . har . har . 


Tadi masa tolong Uncle Bun bersihkan ayam , daging , hati pedal bagai , Uncle Bun cakap entah tahun depan abah ada lagi ke tak . nanti cuci ayam macam ni , daging potong macam ni , pedal bersihkan macam ni . ingat apa abah ajar . nanti kalau abah dah takde adik boleh buat semuanya . dengan yakin aku cakap In Shaa Allah abah ada . terus tukar topik ayam , daging ni semua dah cuci nak letak mana ?*sambil tengok muka Uncle Bun yang tenang* apesal aku sedih taip entry ni ?*kesat airmata*


Ehem . ehem .


Selamat Hari Raya in advance . 


Ampun dan maaf jika ada salah silap , terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja .


Terima kasih kepada kamu kamu yang selalu baca blog poyo ini . 
*muka pelik*


Jaga diri dan selamat bergembira bersama keluarga dan sanak saudara .



Salam Lebaran .


:)