Dua tiga hari lalu saya nampak cool bila kawan kawan sibuk cakap pasal kolej dan rumah sewa dalam fb walaupun dalam hati ada sikit sikit macam ribut taufan . tapi hari ini saya rasa macam nak jadi mael lambung pergi serang pengurusan kolej dan paksa diorang bagi saya duduk kolej ! nampak saya macam marah kan . tapi sebenarnya ini adalah cara saya bermanja manja dengan orang . :p
Dua tiga bulan dulu dalam kepala asek letak harapan tinggi masih tetap dapat kolej setelah buat rayuan . tapi sejak hari ini . harapan itu dah musnah akibat cerita cerita yang buat saya tergugat dan mula memasang strategi yang entah lancar atau tersekat sekat . benda benda macam ni bukan boleh buat maen maen . silap silap haribulan saya ulangalik dari johor pergi sarawak naek flight . baru rasa senang hati nak jaga MakPah . dan yang pasti Uncle Bun susah hati sebab beliau bakal mengalami kejatuhan wang ringgit yang tak penah dibuat orang . ah ! demmm ! kusut masai kepala otak bila pikir pasal rumah sewa . compang camping diri saya bila asek pikir rumah mana yang lebih dekat dan selamat . hamek kau keluar semua simpulan bahasa .
Ini muka saya nak manja manja dengan orang . nampak legend kan ? :p
p / s : kadang kadang MakPah cakap beliau pun takot tengok muka saya bila marah . saya pun takot tengok muka MakPah bila marah . hiks . ok . sedih bila cakap pasal MakPah .
2 kaseh sayang :
mak pah ok yani?
ok ckit.cume muntah2 lg n xlarat nk bergerak.
Post a Comment