Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

  award yang masuk dalam blog. bukan dalam gobok.

Sebelum mata tertutup rapat untuk hari ini . saya perlu menyelesaikan apa yang belum diselesaikan . ayat agak sengal dan bajet penting apa yang perlu diselesaikan itu . ya . . . . memang penting ! tapi kurang penting sikit dari mengkaji kenapa masa kareb saya sudah tidak konsisten dan semakin hari semakin membuatkan saya resah gelisah kerana bermasalah untuk kareb . serius saya rasa gelisah dengan hidup apabila aktiviti kareb itu tidak dijalankan dalam sehari ! rasa seperti hidup tidak lengkap tanpa kareb . what i'm talking about ? ? ?  *kadangkadangkitaperluberkongsimasalahdalamanmanusia* :p 


Perenggan yang kedua dalam entry ini . saya dengan muka ala ala jelita ingin mengumumkan . saya telah menerima award dari seorang jejaka ala ala kacak yang bernama zalin . kih . kih . kih . terima kaseh wahai jejaka zalin . kalau nak saya puji lagi banyak . lepas ini sila bagi award lagi . kalau ada award tuan belog paling jelita lagi bagus . har . har . har . biar saya coretkan sedikit siapakah jejaka zalin ini . ceh ! macam buat biografi tau . biografi ? betul ke saya cakap ni ? dea adalah kawan diploma saya semasa di poly dahulu merangkap seorang budak lelaki yang pendiam lagi nampak alim serta sumpah ! saya tidak pernah bercakap dengan dea semasa diploma dulu . hanya mampu bermaen maen mata saja . ada ke ? hak . hak . hak . muntah hijau dea baca entry ni . yela . . . . dulu saya pun pendiam lagi pemalu . next ! ! ! 


Award ini takde kena mengena dengan apa yang telah saya karutkan di perenggan yang kedua . saya teruskan dengan jalan yang lurus dan membawa kepada tujuan utama entry ini . tambahan pula saya perlu menjawab soalan soalan yang saya rasa jawapan yang akan saya berikan adalah lebih bagus dari jawapan yang saya luahkan pada paper dialek sarawak yang lalu . oh ! past is past . 


druuummm . druuummm . ting . ting . boomm . boommm . 


award yang diterima oleh azriyani bunaim  a k a  yani jelita ialah 




*sambil naek pentas pegang kain panjang berjeler . salam dengan pemberi award . senyum sampai nampak gigi geraham bell !*


SOALAN 1 
Berikan satu nickname untuk saya .
ZalinHacker ;)


SOALAN 2
Ucapan untuk pemberi award ini .
Terima kaseh yang tidak terhingga kerana sudi beri saya award ini . *sambil kesat airmata*


SOALAN 3
Senaraikan 6 feveret artis / singer / group yang korang minat .
1) hujan 
2) hujan 
3) hujan
4) hujan
5) hujan
6) saya takde minat mana mana artis . hujan pun saya dah tak minat ! sebab hati saya tengah banjir sekarang . saya suka dengar lagu tanpa mengambil tahu siapa penyanyinya . 
boleh gitu ? 


SOALAN 4
kena tag blogger laen pulak . siapakah yang bertuah ?
1) anis idayu si chantek
2) isma atiqah si manis
3) tasha si comey 
4) nurul si ayu
5) blackforest si menawan



sekian . saya memang tak sabar nak siap menaip entry ini . sudah mengantok tahap
 kongkang !  



selamat malam kawan kawan . z z z z z Z Z Z Z Z


Monday, August 23, 2010

  AWARD OH AWARD


Pagi yang dingin. masih belum ke alam fantasi. apakah??? yaaa....saya ada perkara yang perlu diselesaikan. perlu mendalami ilmu dialek sarawak sedalam-dalamnya. sik pande-pande kamek klaka sarawak. aish.....


Sedang bersungguh-sungguh membuat nota....tiba-tiba tangan mengklik pada satu blog. saya mendapat satu award lagi dari saudara zalin!!!!!! terima kaseh ya saudara zalin kerana sudi memberi award kepada saudari azriyani. kihkihkih.....


Tapi perlu ka saya menjawab soalan-soalan tersebut??? oleh kerana saya senang hati nak menaip banyak-banyak....maka, saya membuat keputusan untuk menjawab KESEMUA soalan tersebut. ahaks!


************************************************************************************************************




soalan 1
Apa yang bermaen di fikiran korang sekarang?
Saya tengah pikir esok gi kuliah nak pakai baju apa. giler menyampah jawapan! hahaha....tapi serius. ini yang sedang saya pikirkan.:p

soalan 2
Apakah nama samaran you all?
Nama samaran.....ya.....sudah semestinya yani si gadis jelita. T A H I K sangat! yani. yani yani yani yani!!!!!! oh! yani! kenapa namamu secomey wajahmu???( saya memang suka buat orang rasa geli.:p)

soalan 3
Berikan 3 orang yang paling kamu sayang?
Pertama semestinya Allah dan Rasullah. kedua MakPah. ketiga MakPah lagi. keempat Uncle Bun. kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan, kesepuluh dan seterusnya adalah orang-orang di sekeliling saya. eh! terlebih sudah.....

soalan 4
Panggilan untuk si dia?
Si dia? siapakah??? saja tanya soalan macam melodi tau. saya masih single and available. hakhakhak....tolong jangan muntah baca statement ini. sedawa takpe.

soalan 5
Hadiah yang korang impikan daripada seseorang yang istimewa?
Mmmm.....saya nak jubah ala2 dress raya ni agak-agak MakPah layan tak? jawapan soalan ini sangat berkait rapat dengan jawapan soalan di atas. maka, tiada jawapan sebenar. terima kaseh....:)

soalan 6
Blog mana yang you all suka visit?
Oleh kerana saya tamak.....saya suka baca semua blog yang saya pernah klik. setiap blog akan memberikan sekurang-kurangnya satu pengalaman baru apabila membacanya.(jawapan betul-betul serius) 

soalan 7
Tag 15 blogger you all?
Ni yang saya lomah gemalai ni. tag mengetag! kepada sesiapa yang membaca blog ini....silala. silala amek award ini. saya bagi kepada kamu kerana kamu memang bertuah sebab telah mengklik TENTANG SESEORANG. aku menulis bukan untuk perhatian. aku menulis hanya untuk menguraikan hati tika ia berkata-kata. ini tanda penghargaan daripada saya buat kamu. ceh! bodek la kau!