Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

  contest : YOU , ME AND SHOES !

Today is saturday . sejuk dan awan masih kelabu . cuma ada sikit saja matahari . sikit . duduk bilik . mengadap lappy . godeh sampai pening . entah apa yang dibuat sampai pening pun taktaula . nak kata pening mengadap slide computer security lecture yang ada beratus ratus slide nak kena baca memang tipula sangat . pening mengadap youtube ! ngeh ! dan tiba tiba teringat one of my friends suggest saya join contest kasut . masa dea promote suruh join contest tersebut . saya gelak dan rasa hah ? kasut ? saya langsung takde cerita menarik tentang kasut . kenangan paling poyo tentang kasut pun mesti pasal saiz . maklumla . kaki saya kan besar macam tapak kaki katak . kalau nak beli kasut mesti mintak saiz 8 or 9  . shape kasut perempuan kan kecik dan ada cutting . ceh ! macam baju pulek ada cutting . padahal memang kaki besar macam tapak kaki katak ! kembang ! huk . huk . huk . tengok my friends semua beli kasut alahai . . . . saiz 5 , 6 . kiutnya la hai kaki kau . saya jeles ok . tapi bila saya yang beli . nah ! saya nak saiz 8 . tapi kalau ada saiz 9 bawak sekali ye .  malu nyah nak cakap dengan salesgirl tu . bertambah malu kalau salesman yang jaga ! very the shy shy shy tau sampai kalau jumpa kasut comey tapi bila tengok lelaki yang jaga . ok . saya taknak beli ! tapi lepas tu balik rumah hentak hentak kaki teringat kasut itu . :p


Boleh tak saya dah membebel bebel pasal kasut tapi tak promote siapa yang buat contest ini ? ini namanya contestant yang syok sendiri ! maaf ye Cik S . . .  saya yang bersifat rakus memang begini . T___T contest ini telah dianjurkan oleh seorang blogger yang bernama Cik S and she was collaborate with her friend untuk anjurkan contest ini . her friend itu ada blogshop jual kasut yang chantek chantek lagi boleh buat kamu nampak gojes tahu . sumpah saya tak tipu . dan saya telah dipaksa .*tipu* dicadangkan oleh kawan saya iaitu Enchek Fendi untuk join contest ini . terima kaseh banyak banyak kerana buat saya berpikir selama seminggu untuk mengingati kenangan tentang kasut . memang fitnah ! padahal baru saja terpikir tentang kasut . ehem . ehem . dengan segala hormatnya . cerita tentang kasut saya akan bermula . yang membebel banyak banyak pasal kasut dan saiz di atas itu tadi hanya mukadimah sahaja . kekekeke . . . . cerita kasut saya bermula di sini . . . .*sambil peluk bantal dan muzik romantika d amor berkumandang*


Saya ada sepasang kasut merah . ya . merah ! bahasa omputihnya red ! merah dea . . . . mak aii . macam cili kau !*gaya kepo* kalau saya pakai kasut itu pasti orang akan tengok kaki saya dahulu baru tengok muka . lepas itu bisik bisik . lepas itu saya jeling jeling manja dekat mereka . lepas itu saya rasa nak cakap apa pandang pandang ? :p sesungguhnya mata saya memang akan TERjatuh chenta pada kasut yang berwarna funky , terang dan macam ekzotik gitu . raaaww ! kasut merah itu agak shining *blink blink* , simple dan  tak terlalu tinggi . dan saya suka sebab dea tak tinggi . saya sudah cukup tinggi tanpa memakai high heels . tak percaya ? tinggi saya ada ala ala model weight gain yang TERoverheight . gila hiperbola dan melebih lebih sungguh contoh yang diberi . saya hanya akan memakai kasut itu bila saya memakai baju kurung . nak tahu kenapa ? sebab kain baju kurung yang labuh untuk sapu lantai boleh menutup kasut saya yang merah itu ! har . har . har . kalau pakai baju kaler furfle pun saya akan pakai kasut merah itu . kalau pakai baju merah lagila saya gedik pakai kasut merah itu . beg pun nak merah jugak ! kunun kunun match dan kelihatan vogue ! tapi . haaa . . . . bila orang bisik bisik . saya mula sentap tak puasati dengan mereka . ngeh !


satu satunya gambar kasut merah itu yang saya ada . angle pic memang tak menyelerakan . layan . . . .


Saya beli kasut merah itu bersama dengan si dea . si dea itu sudah tidak wujud dalam hidup saya lagi . si dea hanya sebahagian kisah silam saya . tapi masa beli kasut itu . saya punyala berposing posing depan cermin sampai boleh buat cermin itu retak seribu sebab lama sangat saya nak buat decision nak beli ke taknak ? nak beli ke taknak ? nak beli ke taknak ? sarung . bukak . sarung . bukak . sarung . bukak . tapi kasut yang sama ! tak ke jelik dan busan menemani orang macam saya beli kasut ? kebetulan ada kasut yang sama tapi berwarna putih . dalam kepala saya warna putih itu sudah biasa . cepat kotor . lagipun putih nampak suci sangat . pastu kaki nampak hitam . wah ! banyak sangat tipu helah padahal hati dah jatuh chenta pada kasut warna merah itu . tapi yang menjadi susah sangat nak buat decision beli kasut itu ialah . berani ke saya nak pakai kasut warna merah ? senang match dengan baju ke ? tak ke nampak over kalau pakai kasut warna merah ? tapi akhirnya . ok . saya nak jugak kasut merah itu ! tidur peluk kasut kau malam tu . 


Tapi saya hanya pakai beberapa kali sahaja kasut itu . sebelum beli bukan maen berani dan berlagak . ok . saya akan pakai dan tak kisah kalau orang tengok saya . tapi akhirnya pasrah dan simpan kasut itu di rumah . simpan dalam kotak . salotape kuat kuat . agagaga . . . . bila MakPah tanya kenapa tidak mau pakai kasut itu ? saya diam . dan hanya lontarkan satu jawapan . " segan sebab merah sangat " . hakikatnya bukan sebab segan dengan warnanya  . tapi values of that shoes yang buat saya simpan dan taknak pakai lagi . kadang kadang benda benda yang kita miliki akan buat kita teringat pada kenangan lalu . kan ? dengan siapa kita beli . dekat mana . dan kenangan semasa kita beli . bila saya tengok kasut itu . airmata akan mengalir dan membawa saya teringat kembali kepada kenangan itu . dah mula dah mood touching touching . sob . sob . sob . shuh ! maka . saya simpan kasut itu jaoh jaoh supaya saya tidak menjadi cengeng dan gembeng hanya kerana sepasang kasut . hebat tak kasut itu sampai boleh buat saya menanges ? har . har . har .  kasut oh kasut . hebat jugak saya membebel tentang sepasang kasut . ada macam karangan zaman skola skola la . AKU SEPASANG KASUT MERAH ! T___T teheee . sekian . cerita tamat . nah ! tisu . kamu boleh kesat airmata sekarang . sumpah panjang entry saya ! baru perasan . hiks . 


Sekarang saya nak tag dan paksa kawan kawan chantek lagi jelita saya di bawah ini join contest ini juga . kalau tak join siap ! :p

dan akhir sekali saya nak tag budak lelaki yang suruh saya join contest ini . baru adil dan saksama kan . 



Kamu nak tahu apa hadiah contest ini ? jom skodeng blog Cik S . menarik okeh prize dea . nak jadi pak pandir kejap . kalau saya menang . saya nak hadiahkan kasut itu buat beshfwend saya di hari perkahwinannya . macam suci je kan angan angan saya ini . T___T dduuussshhhh ! tersedar dari lamunan . 


senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)



Sunday, December 26, 2010

  First Contest by Adam Haiqal

senyum . . . . sebagai pembuka entry untuk membodek tuan blog AdamHaiqal . blog apakah itu ? apa kes mau bodek tuan blog itu ? ? ? saja mau ngorat tuan blog bagi saya menang contest AdamHaiqal . ngeh ! wah ! join contest pulak da . saja suka suki isi masa lapang . kebetulan enchek AdamHaiqal ini selalu golek guling guling di blog aka yani jelita ini . selalu ke ? eerrrkkk ! ! ! teheee T___T tapi kan setiap kali saya nak view blog beliau . mesti loading lambat ! mesti cannot view . mesti itu . mesti ini . tapi tiba tiba hari ini saya berjaya view blog beliau . amazing ! memang suruh masuk contest . la la la ~ kecik hati AdamHaiqal kalau tau saya baru dapat view blog beliau hari ini . hik . hik . hik . by the way . terima kaseh ya enchek AdamHaiqal . siap jemput masuk contest beliau lagi tau ! terharu ni . sob . sob . sob . tak percaya ? saya pun tak percaya ! har . har . har . ini baru mukadimah entry . belum masuk mukadimah contest dan isi contest . hebat kan saya mengarut ? agagaga . . . .




tanpa membuang masa . tema contest AdamHaiqal ialah " Kenangan 2010 dan Azam 2011 " . maka . perlulah membuat entry yang berkisar . berkisah . atau penceritaan entry ke arah tajuk tersebut . . . . ehem . ehem . dimulakan dengan Bismillah . 


Kenangan 2010

Setiap orang ada kenangan masing masing . tak kira la kenangan semanis kurma ke , kenangan sepahit kopi cap kapal api ke . . . tapi yang penting kenangan itu akan buat kita semakin dewasa . matang . chantek . ensem . gembira dengan hidup kita . ceeewah ! kalau nak semakin chantek dan ensem . sila la cipta kenangan yang besh besh . har . har . har . saya pun ada kenangan tau . *gaya manja mintak pelempang* . tapi taknakla cerita kenangan sepahit kopi cap kapal api . biar saya simpan buat cerita dongeng buat anak anak dan cucu cucu saya nanti . ngeh ! meh sini dekat dekat . meh la sini . . . . saya nak cerita kenangan besh ni . kamu pun pasti akan tergoda . dan entah entah esok kamu terus pergi ke tempat itu . T___T kenangan paling besh untuk Tahun 2010 ini  ialah . . . .

Saya dapat pergi meronggeng berambu ramba ke Genting Highlands ! ! ! yeeeeha ! yeba ! yeba ! andre ! ! ! bukan senang MakPah nak bagi saya berjalan jaoh jaoh .  bertambah kebeshan lagi bila pergi bersama kawan kawan yang besh merangkap sahabat baek aka sahabat tidur sebantal aka sahabat mengumpat aka sahabat suka ketawa kuat kuat tidak kira di malam atau di siang hari semasa belajar di poly dahulu . kami pergi berlima . tiga gadis yang sudah pasti terbukti jelita . dan dua orang jejaka yang tak pasti ketampanannya . :p tetapi kini kami semua sudah berjaohan membawa haluan masing masing . sedih sekejap . sob . sob . sob . kembali gembira bila saya dapat mencapai impian menaiki roller coaster ! ! ! wah ! impian ! macam bagus sangat kan impian saya itu . kamu ada impian macam saya ? dapat menguji keberanian  lagi kemantapan keyakinan diri untuk naek benda alah itu tahu ? ? ?

Kamu hingat tak dup dap dup dap ke jantung sebelum naek benda alah itu ? huh ! muka sebelum naek memang macam tengah tahan kareb ! bila da naek lagila . macam nak turun balik . taknak naek ! taknak naek ! taknak naek ! tapi semasa benda alah itu sedang berpusing . . . . MasyaAllah . . . . macam nak tercabut segala anggota badan yang ada . lagi nak tercabut anak tekak bila masing masing menjerit syok sendiri ! naseb baek contact lens di dalam mata tak terkeluar akibat mata terbeliak menjerit mengalahkan orang gila meroyan . cuba bayangkan saya menjerit sambil mata terbeliak . tak ke comey macam rapunzel . KAH . KAH . KAH . memang fitnah diri sendiri .

Tapi serius memang besh naek roller coaster . da naek sekali macam nak naek lagi ! da naek lagi macam nak naek lagi dan lagi dan lagi dan lagi ! serius saya tak tipu . apalagi . . . . pergila ke Genting untuk jerit kuat kuat hilangkan tekanan perasaan ! ! ! ! goGenting Kota Keriangan !  betul betul riang ~ ~ ~ ada macam Duta Genting Highlands tak ? waka . waka . eh . eh . di sini . saya nak jakun jakun dengan kamu gambar kenangan kami berlima meronggeng berambu ramba di Genting Highlands pada bulan Mei tahun ini . gambar itu kan menceritakan segala galanya . . . . ;)


Genting Highlands Kota Keriangan ! ! ! memang riang !

five of US

cable car yang panjang & tinggi ! uh ! geruuunnnnn . . . . .

geng bas merah makngah !

tak paham kenapa tangga menjadi tempat mengambil gambar . eeeyyuuuu ~ ~ ~ 

waaahhh . . . . gigi dinosour . . . . kuat & tajam ! gunala ubat gigi mukmin . dijamin halal . . . .

flying swingssssssss . i believe i can fly . . . . 

hello . . . .  kopi ke milooo ? ? ?

jambatan gantung .

beryl's cekelet celup ! 

last but not least . souvenir naek roller coaster . 20hengget tau !


Azam 2011

  • Nak up pointer bagi naek . nak 3.50 bole ? ? ? usaha dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa ! basyah !
  • Nak kuruskan badan . hak . hak . hak . no komen !
  • Nak kurangkan ketawa kuat kuat . nak shopan shopan ketawa senyap senyap . :p
  • Nak kumpul duet beli kamera . tapi bukan dslr . kamera olympus 14mp suda . . . . dslr tu nanti mintak masa hantaran kawen jela . memang takde sapa nak kawen dengan saya . *juling mata*
  • Nak ada diari tulis tulis . macam old skool je kan azam ni . hik . hik . hik . sepanjang hayat 23 tahun ini tak pernah ada diari . eh . eh . salah . bukan 23 tahun . baru 20 . sweet 20 ! ngeh !
  • Nak pergi bercuti tepi pantai yang ada chalet . wah ! romantika d amor . . . .
  • Nak kurangkan soping . macam tak guna je ada azam macam ni . memang tak berjaya laksana ! :p

ok . ini saja azam yang terlintas di dalam kepala ketika ini . semoga dapat dicapai satu persatu . InsyaAllah . . .


saya nak tag semua yang baca blog saya . tanda penghargaan dari saya buat kamu .
  *tersipu sipu malu*


jom kita join contest ini ramai ramai berkongsi kenangan serta azam ! ! !


kan sharing is caring .


senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)


sekian . 


entry tamat .