Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Friday, December 09, 2011

  sedetik lebih

Kepada kamu wahai gadis gadis :


Sayang .




Shared sorrow is half sorrow , shared joy is double joy .


:)

Friday, March 18, 2011

  rindu awak ! T___T

Assalamualaikum .


ehem . ehem .


Sejak akhir akhir ni macam dah lama kan saya tak update blog . kalau dulu setiap hari update blog . sikit sikit tulis dalam blog . banyak banyak tulis dalam blog . dulu zaman suka terperap dalam bilik malas pergi sana sini . tapi sekarang suka pergi sana sini . kunun kunun sibuk mengalahkan MPP . meting sana sini pun mengalahkan MPP . ngeh ! tapi kali ini taknak cerita pasal kehidupan seorang pelajar yang aktif !*kunun je* kali ini nak cerita pasal kehidupan seorang gadis yang lebih gemar berpoya poya dan makan sampai muntah . agagaga . . . .


Untuk pertama kalinya . saya makan steamboat di bumi kenyalang . rebus rebus . bakar bakar . maen masak masak . balik rumah baju pun bau asap ! dengan ekspresi muka yang beria . sila baca kenyataan saya di bawah ini dengan perasaan teruja . jakun . gembira seperti kanak kanak . :p

" awak nak tau . aritu kan kita gi makan steamboat . sedap . . . . bila kita masuk je kedai tu . kita tengok dea susun semua binatang binatang laut tu banyak . . . . udang . ayam . sotong . ikan . daging . bola bola segala bagai tu semua . sampai tertelan air liur kita tengok . dengan rakus . tamak haloba . kita amek semua binatang laut tu sampai penuh pinggan ! murah je awak kita makan kat situ . satu orang bayar 20 hengget ! lepas tu awak boleh makan banyak mana awak nak . makan sampai muntah ! buffet . penah tak awak dengar orang makan steamboat buffet ? jarang kan . haaa . . . . tapi kat sini ada . . . . siap ada dessert . eskrim . buah . kueh . apalagi ek ? sampai kita pun tak ingat . tapi yang paling kita ingat kita makan eskrim banyak . rasa macam taknak keluar dari kedai tu . kalau awak awak datang sini nanti bolehla pergi kedai tu . manala tau awak pergi bercuti ngan family awak . nama kedai tu bimmers . kedai tu memang besh ! sumpah kita tak tipu . tipu dosa . mati seksa . T____T "

Huh ! dapat rasakan tak betapa beshnya kedai steamboat itu ? ke kamu kamu dah tertelan air liur sekarang ? hiks . dengan ini . saya menambahkan air liur kamu yang terkeluar itu dengan gambar gambar yang komsi komsa . maklumla . iphone4 saya masih di kedai . yuhuuuuuu . . . . 


lelaki yang tengah tu memang terencat sikit . keh . keh . keh . 

inilah abang khai . actually ini farewell dea . dea dah nak balik semenanjung buat selamanya . ayat macam sengal kan . 

ini lagi sorang budak lelaki yang geng dengan budak terencat tadi . 
conform dea cakap saya annoying kalau tau saya kutuk dea dalam blog . whatever . . . .*nada gedik*

ehem . ehem . malam itu eyda best seperti seorang ibu muda yang sangat prihatin kepada anak anaknya . 
dea la yang rajin dan baek hati bakarkan segala binatang untuk kitorang tau . tqsm eyda best ! 

gadis yang paling banyak makan pada malam itu adalah yang tengah itu . jangan dipandang badan yang kecil tidak kuat makan ok . 

sweet moment when we eat together happily . 

nah ! huru hara atas meja lepas makan . 



Maaf . tajuk entry bukan untuk kamu . har . har . har . 


Senyum . 


Tak perlu kata apa apa .


Senyum !


:)


Sunday, March 13, 2011

  laporan dari saya : azriyani karambunai ;)

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan . . . . 


Alkisah hari minggu yang penat . letih . rasa nak pergi spa urut badan . agagagaga . . . . tapi nafsu makan macam tak pernah pulak penat . maksud penat di sini penat untuk makan . oleh kerana tenaga yang diperlukan sentiasa terhidrat . ceh ! terhidrat ! maka . pukul 11 malam pun saya tercari cari mana nasi ? ? ? saya nak nasi ! ! ! lepas itu badan naek salahkan susu yang tiada kena mengena . lepas itu bila orang cakap badan kita macam dah berisi sikit mula nak emo . lepas itu mula sibuk nak diet . lepas itu lapar sampai nak muntah . nah ! chubby itu comey . terpaksa sedapkan hati dengan slogan ini . :p 


Oleh kerana saya macam dah tak reti update blog panjang panjang . kita tengok gambar jela ok . gambar itu lebih menarik dari ayat panjang panjang . kan ? hiks . 


tag tuan blog dengan tuan blog lagi satu . 

muka tuan blog dengan tuan blog lagi satu . 

muka tuan blog dengan tuan blog seereyh ! aawww !

muka tuan blog sahaja . ada style macam karam singh walia tak ? har . har . har . 


Caption gambar memang sukar difahami . macam takde kena mengena dengan event pun ada . hentam la labu . . . . aarrggghhhh ! ! ! tekanan juga bila nak update blog tapi blur takde idea . demmmm !


Dah lama tak cakap macam ni :


Senyum .


Tak perlu kata apa apa .


Senyum !


:)


Thursday, May 20, 2010

  JAKUN


Tiba-tiba saya amat JAKUN melihat ini!!!!!!

jakun saya sampai nak bukak pun xreti! terkial2.
havoc ok kad jemputan kawen di atas. exclusive!
buat baling anjing pun conform anjing terkejut ada kad kawen yang keras camni.hahaha....



Tapi saya lebih jakun & taksub melihat present besar ini. apakah di dalamnya???

set comforter & bedsheet yang serius chantek. i loike!<3
inila present kawen yang saya juga mahukannya nanti!!!! 

nak jugak tunjuk suka menggedik dengan kamera cikai saya.huhuhu....


Dan bakal melalui detik-detik indah wekend nanti adalah dea yang di bawah ini.
hope she will be happy with her marriage. she's the first one of my bestfrend yang melangkah ke alam perkongsian hidup adam & hawa....after this? maybe either one of the gurl above. tapi bukan aku. ceh! mcm tajuk lagu pulek. saya rasa saya nak buat pekerjaan barula. mengumpul kad kawen sahabat2. boleh gitu??? bleh bha kalo kau.....ahaks!

my beshfwend since primary school. seriously she very kind person & kadang2 sengal.hahaha....
sesukati ckp orang sengal. but, I love her so much!<3<3<3





hatiberkatakata : apsal mcm berdebar2 je hati ni? nak test undang2 je kot esok. berdebar mcm nak test JPJ plak. giler sengal prasaan aku ni. mungkin sebab ade markah lulus kot...nampak mcm kacang tapi kalo kacang tersebut digoreng hingga hangus....abeslah kuah kacang saya pahit xsedap nak mkn ngan nasi impit! tiba2 mcm sedap je.....nyam3...mengarut lagi!haaaiiihhh.....