Thursday, May 05, 2011

  serious

Setahun sudah berlalu . tapi macam baru semalam aku menanges kuat kuat tak henti henti sampai mata bengkak bengkak sampai baca buku untuk final exam pun nanges tersedu sedan macam baca buku novel chenta sedih . sampai beshfrend kau tengok kau pun dah tak mampu nak tenangkan kau . barulah aku tahu bagaimana rasanya bila orang yang kita percaya dan pernah berjanji takkan tinggalkan kita walau apapun keadaan kita tapi akhirnya pergi tinggalkan kita jugak . bila orang tanya macamana aku melalui semua ini dan macamana aku melupakan dea . aku hanya senyum dan menjawab seperti kau memang betul betul kuat dan gagah di mata orang walaupun jaoh di sudut hati kau masih ada saki baki parut kerinduan dan kelukaan yang entah bila akan hilang . lagi sadis keadaan diri kau bila orang tanya macamana kau berdepan dengan dea kalau kau terserempak dengan dea ? dengan muka tenang kau menjawab kau hanya mampu tunduk dan buat buat seperti tidak pernah mengenali dea walaupun dulu muka itu yang selalu kau harapkan kau akan lihat . walaupun aku cuba teruskan hidup macam tiada apa apa pernah berlaku . tapi aku tahu yang aku masih hidup dalam kenangan dan sikit sikit mengimbau masa lalu yang menyakitkan . kesian pada orang yang menjadi mangsa keadaan aku yang tak pernah pikirkan perasaan orang dan bila ditanya kenapa aku masih begini , aku akan memberikan reason yang ada kalanya menunjukkan kelemahan diri aku sendiri sebagai seorang perempuan .


Lagi rasa teruk bila membandingkan orang yang cuba keluarkan kau dari kesedihan dengan orang yang membuatkan kau rasa sedih hingga kini . kalau kau jadi aku mesti kau rasa aku bodoh dan tak reti membezakan mana yang baek dan mana yang buruk untuk hidup aku kan . walaupun aku cuba berpikiran positif . tapi aku rasa aku masih tak mampu untuk terima yang laen sepenuh hati aku macam aku pernah terima dea sepenuh hati aku . dan sekarang aku rasa lega dan gembira bila tahu dea bertambah bahagia bersama pilihannya . biarlah suatu ketika dulu aku pernah digelar sebagai perampas sekalipun . dalam hidup aku , mak aku tak pernah mengajar aku dendam apatah lagi membenci orang kerana kita semua manusia yang sama yang selalu melakukan kesilapan . sama jugak aku . jangan diingat apa keburukan orang terhadap kita . tapi ingatlah apa kebaekan yang pernah dilakukan orang kepada kita . terima kaseh MakPah kerana selalu mengingatkan aku tentang semua ini . tapi , hanya aku yang tahu keadaan sebenar dan akhirnya aku kecundang sampai aku selalu cakap aku memang perempuan yang tak layak untuk kau tunggu hatinya terbuka apatah lagi untuk dijadikan isteri . biarlah kau cakap aku hati batu . aku kepala batu . aku tak pernah pikirkan apa kau buat untuk aku selama ni . tapi apa yang aku tahu . Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk aku . sekian .




p/s : serius kan entry saya . sampai tiada lagi saya . aku itu lebih menunjukkan aku betul betul serius . entry serius tak boleh ada gambar . :p sebenarnya point utama nak cakap Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk kita dan tak perlu kita nak melawan takdir yang dah ditentukan . ye dok ?  


Wednesday, May 04, 2011

  you're amazing

Saya amat terharu bila ada kawan yang buatkan saya ini .




Sumpah saya amat terharu sampai rasa nak maenkan awak satu lagu dengan MERDU .


Tapi saya terkedek kedek lagi memetik gitar . 


Mek janji .


Kelak mek maenkan kitak satu lagu ok .


<3


Terharu jugak awak baca blog saya .


T____T

When I see your face
Theres not a thing that I would change
Cuz ur amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
Cuz girl ur amazing
Just the way you are



Tuesday, May 03, 2011

  @-@

Tadi pagi mood jawab system admin adalah dalam bentuk mood gelabah dan sungguh tak ikhlas . tak ikhlas di sini bermaksud jawab maen jawab sebab dah tak tahan sakit pinggang . bila orang tanya kenapa keluar awal . alasan yang tak ikhlas untuk diberi juga adalah sebab sejuk . padahal saya memang suka duduk tempat sejuk sejuk . baru rasa cool . tapi sejuk tadi pun rasa panas sebab sakit pinggang nyilu yang amat . eh ! betul ke saya eja nyilu ? terpusing kiri . terpusing kanan . sudah la soalan tadi agak memerlukan ketenangan mental untuk dijawab . tapi kesakitan pinggang yang amat telah mengganggu konsentrasi . ah ! menci ! habes la kalau keadaan yang sama akan berlaku pada paper J A V A sabtu nanti . memang mood akan bertukar menjerit kuat kuat punya la . YaRabbi . . . . kekuatan itu diperlukan .


Tiba tiba touching tengok housemate keluar berfoya foya sebab dah abes paper . ok . fine . saya orang terakhir abes paper . selalu camni . sob . sob . sob . harus tak perlu keluar bilik sebab akan lagi psiko bila tengok orang dah tarik luggage nak pergi airport . study J A V A kuat kuat la camni . 


Monday, May 02, 2011

  i'll keep this

Di kala awan mendung .


Di saat hati menjadi beku .


Di mana kepala menjadi teringat satu semester yang hampir bertemu penghujungnya .


HAR . HAR . HAR .


Macam sasterawan !


Ayat berbunga dan sungguh puitis !


Eerrrkkkk ! ! ! 


Tajuk : FlashBack Semester 4/2011 dalam kenangan .

1 : saya ada gitar bernama MERDU . tapi hingga kini masih belum mesra dengan MERDU kerana tangan masih keras dan usaha akan diteruskan semasa cuti nanti . tengokla kalau MakPah tak bising maen gitar . huk . huk . huk . eh . eh . beshfrend saya pun ada gitar sama macam saya . tapi nama gitar dea gedik sikit . JESSICA . bukan sikit . macam banyak je gediknya .*matila kalau dea baca blog saya . ampunnnnnn*

MERDU


2 : ini kek buatan asli dari tangan saya yang lembut lagi mulus . kek untuk beshfrend saya yang bertunang . kunun kunun saya macam secret recipe la . har . har . har . tapi stoberi itu buat saya terliur di saat melihat gambar ini . blurp . siapa yang ingin menempah kek dengan saya sila la berbuat demikian mulai cuti nanti . saya macam nak buat bisnes kueh muih la . nak kerja macam MakPah tak bagi je . tolongla tempah kek dengan saya ! ! ! !*gaya paksa*

stoberi choc . fuh ! juling biji mata . :p


3 : haaaa . . . . inilah beshfrend saya yang bertunang awal tahun ritu . yang baju pink . eh . eh . salah ! yang baju peach . nampak macam yang baju pink kan bertunang . har . har . har . lepas ni baju biru . lepas tu baju orange . yang baju pink tu la bertunang paling akhir sekali sebab dea single and available and lebih sayang family dan kunun kunun macam takde ciri ciri akan kawen . teeettt ! ! ! next !

lepas ni pang pang kopang pulak . i loike !*gaya gedik*


4 : ehem . ehem . inilah kali pertama dan kali terakhir saya celebrate birthday beshfrend aka kawan gadoh saya di sini . masa ni saya pun over makan kek kunun kunun birthday saya jugak . budak over memang kena camni . :p

kek dan air dea macam lagi sedap dari saya . @-@


5 : tada ! ! ! ! masa celebrate birthday beshfrend saya itu . saya beli beg ini . macam hadiah birthday saya pulak . tapi beli sendiri . masa nak beli beg ni pun gadoh . tapi ini beg dea yang pilih . boleh tahan la taste dea . ops ! zip mulut . tapi saya sangat suka beg ini . dah beg saya . memangla saya suka kan . aiseh . . . .

entah apa color beg ini saya pun taktau . tapi ala ala faded . tapi color nampak keperempuanan . dea cakap . 


6 : ini farewell untuk beshfrend saya itu before dea pergi meninggalkan semua orang . eceh ! ayat nak touching . makan steamboat sampai kenyang dan rasa huh ! berbaloi saya bayar rm20 hengget dapat makan sampai muntah !

muka puas dapat makan banyak .


7 : lalalala . . . . mana dapat riben tu bang ?*lagi mati kalau dea tau saya edit gambar dea letak riben . memang sah sah akan dapat bongok free* ini dea budak lelaki yang selalu gadoh dengan saya . tapi sekarang dah tak gadoh sebab dah jaoh . sekarang rindu rinduan pulak . hak . hak . hak . eerrkkkk ! ! ! 

jeles tengok abang ni ada riben . :p


8 : nyum . nyum . sem ini saja sudah banyak kali saya masak nasi lemak . sebab itu badan pun macam gemok sebab banyak makan nasi lemak . nasi lemak RM2 hengget ! jangan pikir bukan bukan . berdosa tau . 

nasi lemak azriyani bunaim . hei ! choyyy !


9 : yang ni malu nak citer . . . . T___T sejak dari sem ini saya adalah penggemar budu yang paling setia dan kadang kadang rasa tak besh kalau makan nasi takde budu . tapi naseb baek la budu takde kat sarawak ni . kalau tak balik semenanjung terus ada darah tinggi ! tak bagus untuk kesihatan ye kawan kawan . . . . 

sokmo budu . kawe pande kecek klate mu tau dok . hiks .


10 : sem ini buat pertama kalinya saya bermaen basikal di unimas . saya bukanla seorang student yang rajin beriadah apatah lagi bersukan ! memang rasa palsu kalau buat benda benda begini . tapi ini adalah pengaruh kawan kawan yang suka membuat aktiviti aktiviti yang hai . . . . kain baju saya banyak lagi tak basuh . dari maen basikal baek saya basuh baju . ini alasan yang memang akan dikutuk kalau digunakan ! agagaga . . . . 

siap pakai safety helmet ! gila menjaga keselamatan . har . har . har .


11 : ini masa jadi sekretariat open day kolej . tapi dengan rasa bangga memberitahu dua orang budak ini tak dapat kolej ! sekian . mood touching . 

taknak letak caption sebab tak dapat kolej ! sob . sob . sob .


12 : ini aktiviti last untuk sem ini . pergi ke rumah anak anak yatim . tapi ada lagi . jelajah u brunei dan sabah . oh ! cannot wait . caner gaya la saya naek bas sampai 8 hari . huh ! tapi oleh kerana gigih itu mengatasi segalanya  . saya pasti boleh bertahan ! har . har . har . jalan jalan memang automatic akan gagah perkasa . cuba kalau suruh buat research ke buat esimen ke . naaaaahhh . terus lembik . 

eh ! mana saya ? nampak sangat saya pun muda macam budak budak ni kan . yuhuuuu . . . .



Sekian .


Tamat mood touching touching , teringat teringat .


Sambung mood suka baca system admin .


Be good with me ok system admin . 


:)

Sunday, May 01, 2011

  busuk!busuk!busuuuuuuukkk!

Pelik tapi benar .


Pagi pagi bangun tidur badan berpeluh macam orang baru lepas lari kuat kuat .


Lepas itu bau segala benda busuk !


Eeeeey ! busuk la ni .


Eeeeey ! busuk la tu .


Bau perfume pun busuk !


Tapi bau satu benda je yang tak busuk .


Malu pulak nak cakap bau apa yang tak busuk tu .
*sambil tutup muka dengan benda tu*


Ce teka . ce teka . 


Ok . fine ! malas nak layan saya . sob . sob .sob .


Bau bantal busuk !


Walaupun namanya bantal busuk tapi ia tidak busuk di hidung saya .


Aaarrrrgggghhhhh ! ! ! 


Dari pagi tadi sampai di saat saya menaip entry ini saya menutup hidung menggunakan bantal busuk !


Simptom apakah ini ? ? ?


Adakah ini namanya budak perempuan sedang mengalami sindrom hidung busuk ?


Eeerrrkkkk ! ! ! 


Tragisnya nak lalui keadaan ini . . . . .  


Dan oleh kerana bau segalanya busuk , saya telah berkeputusan untuk tidur sepanjang hari sambil tutup muka dengan bantal busuk yang menyelamatkan saya dari segala bau yang tiba tiba menjadi busuk . 


Saya mula sedar saya menjadi orang yang huru hara keadaannya sejak akhir akhir ini . 


Ommmmaaaaa !