Dea berpesan kepada saya :
Jangan bising bila jari terasa sakit . jangan bising bila hujung jari menjadi keras . jangan bising bila hujung jari menjadi kasar . dan jangan separuh jalan bila saya mula merasa give up .
dan saya menjawab :
Bila saya kata saya sudah bersedia . saya akan gigih . bila saya kata saya ingin buat benda itu . saya akan buat sehingga ke akhirnya . walaupun tangan kiri saya bakal merasa kesakitan . walaupun hujung jari kiri saya bakal menjadi keras . walaupun hujung jari kiri saya bakal menjadi kasar . saya masih ada sebelah tangan yang lembut dan boleh menyalam bakal mak mertua dengan keyakinan yang tinggi .
kini .
saya berpeluang membuat apa yang saya inginkan sejak dari dulu lagi .
dea kawan saya di dalam bilik sekarang selaen anggun .
saya sayang dea .
sejak dea ada .
tangan saya seperti tidak boleh duduk diam .
mahupun selepas balik kelas . sebelum tidur dan bangun pagi .
walaupun kimia antara dea dan saya masih belum terserlah .
tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baek akan wujud antara kami .
dea .
bernama M E R D U .
sebuah gitar bernama M E R D U . rasa macam akustik je jiwa saya sekarang . KAH . KAH . KAH . tapi gila tetap ada . jangan risau ye kawan kawan . :p tak sabar M E R D U nak bersifukan J E S S I C A . J E S S I C A ? ? ? ommaaa ! gedik kan nama dea . mata terus jadi juling bila dengar nama itu . nama gitar abang khai . masih ingat abang khai ? bestfrend saya yang kunun kunun ensem tapi pekak tu . haaa . . . . dea cikgu kepada M E R D U . berdegup juga jantung nak belajar petik gitar dengan cikgu garang . ngeh ! mati saya kalau abang khai baca blog ni . tapi lagi mati kalau akak dan abang saya stalker blog saya dan tahu akan M E R D U . *pengsan*