Showing posts with label DIRI SENDIRI. Show all posts
Showing posts with label DIRI SENDIRI. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

  B-)



Ahad . jangan risau . hari ini entry saya tidak akan sedih sedih . sedu sedan . atau seperti seorang yang loser . hari ini entry saya akan senyum senyum . semua yang berlaku ada hikmah . bila kita membutakan hati terlalu mengikut perasaan . seringkali tak perasaan rupa rupanya ada kebaekan yang menggantikan keburukan itu .  


Emosi saya sejak akhir akhir ini ada macam kucing hilang anak . sikit sikit terharu . sikit sikit tacing . sikit sikit termenung . kucing hilang anak termenung ke ? mungkin emosi orang nak masuk umur 21 tahun memang begini agaknya . 21 tahun ? ? ? ommaa ! fine . tambah 3 . takdela tua sangat kan . cuma macam dah besar je . :p jangan cakap dah sesuai untuk kawen . sebab kalau boleh esok saya nak kawen .*gaya malu malu gedik* ha . ha . ha . demmm ! rasa nak menari shuffle bila cakap pasal kawen . eerrrkkk ! ! ! takde kena mengena . 




p / s : lagu blog saya memang sedih . sesedih emosi tuan blog . rasa macam nak tampar bagi tuan blog sedar kan . rimas ! rimas ! rimas dengan kesedihan . har . har . har .

Friday, June 24, 2011

  L O S E R



Aku seperti jambatan yang hampir roboh tapi sedang cuba diselamatkan . rapuh pada setiap langkah . rasa  L O S E R  itu seperti mengunyah daun sireh yang pedas lalu kau muntahkannya . muntahkannya bukan sebab kau tak suka . tapi sebab rasanya yang paling tak sedap untuk kau rasa . aku memang  L O S E R .


Thursday, May 12, 2011

  entry susah paham

Pagi pagi dah buat entry . bukan sebab nak cakap pagi ini saya nak study untuk subjek 3rd year . :p tapi nak cakap yang malam tadi saya tak dapat tido sampai ke pagi ini . mungkin nervous tak sabar nak pergi brunei dan sabah dan seterusnya muntah muntah dalam bas dan seterusnya saya rasa nak balik masa tu jugak dan seterusnya saya fobia nak naek bas lagi dan seterusnya kalau saya fobia caner saya nak pergi langkawi dengan MakPah dan seterusnya harus survey tiket flight penang sekarang . entah ayat penyambung jenis apalah yang saya guna ni . saya rasa saya sudah membuat satu keputusan yang saya sendiri tidak tahu dan tidak pasti sama ada keputusan saya itu benar ataupun hanya rekaan semata mata . naaaaahhhh . lagi satu ayat yang buat kamu tak paham . :p ok . ok . ini tiada kaitan dengan brunei , sabah ataupun langkawi . maknanya mungkin ada kaitan dengan maharaja lawak . har . har . har . ah ! kau . bila study untuk final exam bukan maen liat . tapi kalau tengok maharaja lawak buffer sampai 3-4 minit pun kau masih gigih tunggu depan laptop . demmm ! takkan nak jadikan sepah atau jambu sebagai idola . :p


Berbalik pada keputusan yang saya ceritakan tadi . kalau kamu jadi saya la . apela yang kamu buat ? bagi soalan tiba tiba . tajuk perkara pun tak bagitau . tiba tiba tanya pendapat . har . har . har . sungguh tak educated langsung ! inilah pentingnya psychology education ~ ~ ~*sambil pusing pusing tangan* aaarrgghhhh ! ! ! caner saya nak citer ni . caner ni ? caner ni ? aish . . . . konklusinya . saya cuba bangun dan sedar kembali . tapi bukan senang . tapi macam masih taknak sedar lagi . tapi macam perlukan sokongan . tapi kadang kadang sokongan saya tu kejap ada kejap hilang . mungkin saya kena berusaha tanpa sokongan . kalaula dea tahu betapa saya ingin keluar dari semua ini . eh . eh . kamu pening ea baca ayat saya ? rasa nak tampar saya ea sebab tak paham ? ampuuuunnnnn . nanti ada masa saya cuba pahamkan kamu ok . sekarang saya pun tak paham apa yang saya cuba cakap . har . har . har . panas . panas . panasssssss . suka cari kontroversi tau . saya kan MACAM artisssssss . T___T teheee . 






beritaterkini : hati hati ye gadis gadis chantek . ayu . comey . gojes . di luar sana . takot kan bila dengar dua orang lelaki india menyimbah acid randomly pada perempuan perempuan pejalan kaki di sekitar KL . harus lebih alert pada keadaan sekeliling kamu . simpati pada gadis gadis yang sudah menjadi mangsa manusia yang bodoh itu . sama samala kita berdoa mudah mudahan polis entry want to jaga dapat menangkap si penjahat itu secepat mungkin . macam batal je niat nak pergi KL . terpaksala pergi pulau perhentian . blurp . blurp . blurp ~ ~ ~*tetiba* entah bilanya la nak kerja kumpul duet balik kalau dah cuti asyik nak berjalan melancong sana sini macam duet dalam bank ada spoloh ghibu ! @_@


Tuesday, May 10, 2011

  motto

Testing testing 1 2 3 .


Ehem . ehem .


Mengumumkan .


Tuan blog ini sudah tamat exammmmmm ! ! !
*sambil menari macam dalam video klip lazy song bruno mars*


Har . har . har .


Gila kecoh !


Orang dah lama abes exam cool je .


Ok . ok . fine .


Paper security pada pagi tadi agak memberikan senyuman walaupun saya rasa saya buat teori security sendiri yang entah kadang kadang secure dan kadang kadang macam tak secure langsung ! tapi abaikan semua itu . yang penting lepas ni doa banyak banyak mudah mudahan semuanya lulus . MakPah cakap jangan kantoi kantoi . mak tak suka ! huk . huk . huk . haruslah MakPah garang dengan budak perempuan seperti saya . saya pun garang jugak ! :p 


Hari ni rasa macam nak tengok wayang tapi macam perlu sedar diri sebab duet banyak nak guna buat pergi melancong . macam artis je ayat saya kan . bila dah kira kira macam tak sampai sabah dan langkawi lagi duet dah habes di sini sebab sabtu ni nak pergi tempat soping murah murah kat sarawak ni . kalau saya ingat nak tangkap gambar nanti saya tunjuk pada kamu caner tempat soping itu ok . tapi agak teragak agak jugak mau pergi ke tempat itu sebab cuaca panas ya ampunnnnnnnn . panas ini boleh membuatkan semua perkara serba tak kena . tapi saat entry ini ditaip cuaca suam suam mendung macam nak hujan tapi macam tak nak hujan . tapi Alhamdulillah sejuk sikit dari hari hari yang lalu . hamek kau ayat aku hari hari yang lalu . aish . . . 


Bila ada masa masa lapang begini . broadband yang selalu kena maki hamun tiba tiba memberikan service yang terbaek dari ladang . tengok youtube pun takde buffer tau . maknanya kalau dah bukak youtube . haruslah berdekah dekah seorang diri dalam bilik tengok maharaja lawak . tapi entah kenapa saya sangat suka sepah pada minggu ke-6 . ce kamu tengok . ce kamu tengok . saya tengok sampai tersedak makan megi . demmm punya sepah ! har . har . har . mungkin sebab ayat dea begini :


Barang apa yang kau nak bagi yang dapat aku lupakan awek aku ? barang apa ? barang apa ?
" Barang yang lama jangan dikenang . " 


Bongok punya sepah !


Tapi meninggalkan kesan positif juga bila saya tengok lawak itu .


Nak bagitau kamu satu rahsia ni .


Ehem . ehem .


Motto baru hidup saya : 
Barang yang lama jangan dikenang . Barang baru baek punyaaaa !


cool kan motto baru hidup saya . 


KAH . KAH . KAH .




*Harus kaji motto baru hidup saya itu . :p*


Saturday, April 30, 2011

Bila kesihatan mula menjadi tidak stabil .


Hanya mampu membaca sambil baring .


Tapi kepala entah ke mana .


Dan bila dengar lagu blog ni macam feeling romantik pulak datang .


Oh ! pelik dengan diri sendiri .




Semoga diberi kesihatan yang baek untuk mengadap tiga saja lagi paper .


Tiga je .


Sikit je lagi .


Basyah !


:)

Saturday, April 09, 2011

  banyak cakap

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Walaupun hari ini hari sabtu . tapi saya rasa hari ini akan menjadi seperti hari isnin ! hari untuk buat projek . hari untuk hafal french . hari untuk buat poster . hari untuk serius dan jarang bergelak ketawa .*tipu sangat* tapi yang lebih merisaukan dan membimbangkan . ceh ! bimbang . adalah projek computer security yang bayang bayangnya pun masih belum nampak . tapi hari isnin sudah mau present . tak ke memang kritikal keadaan saya sekarang ? ? ? tapi sesungguhnya saya masih tidak sedar dan esok hari bakal menanges seperti budak kecik tak siap kerja skola dan taknak pergi skola .*sambil baling segala stationery* har . har . har . 


Tiba tiba teringat zaman kecik kecik dulu . saya lebih dijaga oleh Uncle Bun kerana MakPah bekerja dan Uncle Bun seorang polis yang masa kerjanya adalah shift . dulu saya panggil abah kadang kadang kerja pagi .  kadang kadang kerja petang . kadang kadang kerja malam . dan kadang kadang abah malas nak pergi kerja .*offday* tapi yang saya paling suka bila abah kadang kadang malas nak pergi kerja sebab boleh hantar dan amek saya dari skola . saya tak suka naek bas sebab selalu kena berdiri ! penat tau ! dahla ramai budak budak laki yang suka maen tarik tarik beg budak pompuan yang berdiri dalam bas . dan saya selalu terkena . tak suka ! tak suka ! tak suka tau !*sambil hentak kaki* eh . eh . ini bukan cerita utama . cerita utamanya adalah saya pernah pergi ke skola sambil nanges nanges sebab tak siap kerja lukisan . dahla saya paling tak suka melukis ! mewarna je saya suka . tapi kerja lukisan yang ini bukan melukis . tapi mngecop ! ala . . . . yang pakai kentang la . star fruit la . carrot la . last last Uncle Bun yang buatkan lukisan itu . sambil Uncle Bun masak . Uncle Bun buatkan bintang pakai kentang untuk saya . suuuuuwit kan !*sambil hug Uncle Bun* kalau saya tak reti english pun Uncle Bun yang ajar . sebab Uncle Bun pandai english . pandai speaking lagi hebat dari saya .*thumbsup* tapi kalau MakPah kan selalu ajar saya mengaji sampai saya nanges tersedu sedan . naaaaaahhh . . . . setiap hari bila tiba je nak maghrib saya la orang paling takot untuk mengaji sebab MakPah garang . cubit cubit tau . sakiiiit . . . .


Tapi bila dah dewasa macam sekarang ni . bila susah sikit dah mengeluh . bila susah sikit buat assignment . rasa nak berhenti belajar . belajar memangla susah kan . kalau nak senang pergi belajar ABC je . ceh ! kunun sedapkan hati . setiap kali MakPah telefon MakPah mesti cakap macam ini :

" Mak tau kamu belajar susah . tapi kamu kena kuat . tabah . teruskan semua ini . benda akan jadi senang kalau kita selalu berusaha . Mak duduk rumah ni pun rasa susah . bla . bla . bla . bla . bla . " MakPah bebel sampai saya rasa sedih dan rasa bersalah sendiri . 

Naaaaaaahh . siapalah tak terpana bila mak mak kita dah mula buat ayat sedih sedih nak bagi kita kuat dan insaf kan . keputusan saya nak ambil short sem pun tidak mendapat persetujuan dari MakPah kerana masalah masalah tertentu . tapi mungkin ada hikmah untuk semua ini . balik cuti . jual kueh depan rumah . dah kaya boleh pergi umrah . ngeh ! dan kamu kamu yang teringin sangat nak jumpa saya pada cuti nanti boleh buat appoinment dengan saya mulai awal bulan 6 nanti ok . tapi appoinment appoinment itu semua mestila dibuat melalui MakPah . kah . kah . kah . MakPah garang tau . saya pun kadang kadang takot . :p 





kepokepo : saya tau kamu sengaja tersalah hantar mesej pada saya kan . taktik kamu tu kadang kadang saya buat pada kamu jugak . ops ! kamu nak bagitau keadaan kamu kan ? atau kamu rindu saya ea ? :p takpela . saya doakan kamu berada dalam keadaan baek dan dilindungi Allah sentiasa . amin . ada sebab saya bersifat kejam pada kamu . :)


Saturday, February 26, 2011

  A I S H I T E R U



Assalamualaikum .


Hai kawan kawan . . . . 


Akhirnya . hari ini . tamatla segala bebanan test mengetest dan esimen yang huh ! sila bagi lagi esimen seperti itu selepas ini ya . saya memang suka perkara yang mencabar . ngeh ! boleh senyum lebar lebar . boleh ketawa kuat kuat . boleh hilangkan mata lebam ! malam ini boleh tidur dengan lena sambil peluk angggun . sambil angkat kaki . sambil hisap jari . KAH . KAH . KAH . saya tidur bukan begini ok . choyyyy ! tapi kalau malam ini ada firedrill memang saya merajuk taknak turun . boleh gitu ? minggu lepas gigih saya tak tidur malam gara gara tunggu firedrill . ada pernah orang tunggu firedrill ? ada ? ? ? gadis terlampau bijaksana memang begini . siap dah pakai tracksuit baju shopan shopan bersedia nak lari lari turun bawah . tapi . . . . nah ! firedrill takde . haku yang berapi . :p


Bila test dah tamat . kaki ni asek hentak hentak mintak keluar . sejak pandai drive ni . sikit sikit nak keluar . sikit sikit alasan nak beli barang . sikit sikit alasan nak bayar bil babunband . sikit sikit alasan nak pergi bank . menyampah ! akhirnya duet pun tinggal sikit sikit . bila duet dah tinggal sikit sikit pun masih tak sedar diri . siapa yang perlu dipersalahkan ? dea . dea . dea yang digelar cikgu memandu . hiks . tak baek tau . update blog cerita pasal diri sendiri ada orang baca ke ? har . har . har . ok . fine ! saya stop sekarang . ngeh !





sokseksoksek : dah 3 minggu tak telefon MakPah . MakPah pun tak telefon saya . aigoooo . . . A I S H I T E R U . R I N D U .

Friday, February 11, 2011

  sikit sikit sibuk . banyak banyak sibuk .


Assalamualaikum .


hai kawan kawan . . . . 


hari ini kita tengok gambar je ok .


biar gambar menceritakan apa yang terjadi pada saya selama dua hari ini . 


ngeh !




agak agaknya .


kenapa la muka  gadis di atas begini ?


mungkin dea sudah mula terencat .


oh ! tidakkk !


tapi yang pasti . 


gadis ini sedang mengalami suatu masa huru hara .


huru hara dengan esimen .


huru hara dengan test .


huru hara format laptop .*thanks abang khai* 


huru hara jari da mula sakit maen M E R D U


senang cakap . 


kelam kelibut dengan kehidupan harian .


strummed M E R D U pun jadi sumbang bunyinya . 


bak kata cikgu M E R DU aka abang khai


ini strummed jiwa kacau .


demmmmm !


raaaawwwwww !


senyum ?


ok . ok .


senyum .


:)


Sunday, February 06, 2011

  sungguh enak dimakan begitu saja . . . .

Assalamualaikum .


Melaporkan lokasi azriyani bunaim tika ini adalah di bumi kenyalang yang indah lagi permai . dengan berbekalkan semangat waja dan kental seorang gadis . azriyani bunaim telah pulang lebih awal dari yang biasa . lebih kelihatan gigih dan kental apabila pulang ke unimas dengan menaiki teksi yang tambangnya buat azriyani bunaim menjadi kudukut dan membebel seharian . ringgit malaysia empat puluh ! boleh beli pendrive 4G tau ! poyo la sangat pikir pendrive . ngeh !


Cerita menarik untuk perjalanan hari semalam ? tiada cerita menarik sebab dalam flight duduk dikepit dua orang lelaki cina . taknak cakap ensem ke kiut ke apa . sebab mood saya hari semalam agak aneh . naek flight terus tidur lena macam baby tak hingat kepala terlentuk lentuk ke hapa ! lepas itu sampai airport terus beli mcd . lepas itu terus naek teksi . dalam teksi dengan selesanya boleh makan eskrim sundae cornetto yang lazat ! lepas itu tanpa muka bersalah abes eskrim terus nak tidur lagi . yaRabbi . . . . tapi uncle teksi itu bawak laju laju . sengaja taknak bagi saya tidur lama lama . argh ! saya nak penghawa dingin seperti dalam teksi uncle itu letak dalam bilik bole ? ? ?


Dan hati rasa terharu bila Uncle Bun membekalkan dua buku roti . roti gardenia je pun . tapi sebab duduk di bumi kenyalang yang susah nak cari roti gardenia . . . . maka . roti itu sangatlah berharga dan sayang untuk dimakan ! kalau dah berkulat pun still nak makan . dapat bayangkan tak betapa bernilainya roti gardenia itu buat saya ? hak . hak . hak . 


gardenia . sungguh enak dimakan begitu saja . . . . 



selamat malam kawan kawan . . . .


z z z z Z Z Z Z Z Z


:)


Thursday, January 27, 2011

  kelip kelip mata

blog bertukar wajah .


warna lebih matang .


ya . saya perlu lebih matang . :p


header blog dibuat oleh dea .


dea yang hobinya tangkap gambar . edit gambar . tapi resize gambar tak tahu . har . har . har . *mati saya kalau dea tahu saya kutuk dea*


esok naek flight .


ehem . ehem .


dup dap . dup dap .


tadi pagi jual mahal takyah susah susah ambil saya di airport.


tapi bertemankan angin petang yang mendamaikan .


tiba tiba excited nak jumpa dea .


aaauuuuuwwww !


R I N D U !


kah . kah . kah


alahai . . . .


suwit nya awak ni . *sambil kelip kelip mata*


ngeh !


Wednesday, January 26, 2011

  kuching - jb ---> hug MakPah

Sabar ye azriyani bunaim .


Kuatkan semangat !


Satu hari saja lagi .


Oh ! sesungguhnya saya sudah tidak mampu bertahan dengan kesakitan ini .


Mulut berdarah lagi .


Kali ini sudah tidak mampu menjerit kerana batuk saja sudah buat tekak menjadi sakit yang amat .


Tolong . . . . 


Tolong saya buat esimen computer security yang kena hantar pada esok hari please . . . .


Sakit penghapus dosa .


Senyum .


:)


Tuesday, January 25, 2011

  bahagia....kurasa.....

Seharian terperap di dalam bilik . terbaring kelemahan . rasa suhu di dalam badan sama macam kepanasan cuaca di luar . mata merah seperti naga . mulut berdarah seperti dracula . muka pucat seperti mayat hidup . rasa nak pakai blusher bagi meriah sikit . tapi tang mulut berdarah itu saya menjadi takot . menjerit depan cermin kau bila melihat dalam mulut berdarah banyak . ketuk ketuk gigi . baek baek saja . picit picit gusi . sihat dan tiada ulser . tapi tiba tiba mulut berdarah banyak . lepas itu hilang darah . lepas itu darah lagi . lepas itu hilang darah . lepas itu darah lagi . maknanya setiap kali keluar darah saya akan menjerit . lama lama letih menjerit . har . har . har . 


Dan hari ini saya telah menyatakan babai kepada kuliah . lab . dan perjumpaan kolej . oh ! sudah lama tidak sihat begini . kebiasaannya terlalu hyperactive . tetapi hari ini menjadi luar biasa pendiam dan terlalu pasif . pelik juga bila diri menjadi pasif . boleh dihitung perkataan yang keluar dari mulut . boleh dihitung juga pergerakan yang dibuat . macamana la orang orang yang boleh jadi pendiam itu kan ? aish . amazing orang itu . hiks . dari siang tadi pekerjaan asek rewind cerita die hard 4 sampai tertido ! die hard 4 pulak tengok saya . esimen yang mencabar kecekapan dan ketangkasan saya untuk menangkap apakah jenis computer security yang digunakan dalam cerita tersebut . tengok cerita itu memang besh . tapi tang nak mengkaji computer security yang digunakan itu yang eerrrmmmm . YaAllah . . . . berilah saya petunjuk untuk membuat esimen yang aneh aneh itu . amin .


memandang bulan terang .


menyaksi bintang bintang .


senyum .


:)


Monday, January 24, 2011

  merdunya la hai kau !

Dea berpesan kepada saya :

Jangan bising bila jari terasa sakit . jangan bising bila hujung jari menjadi keras . jangan bising bila hujung jari menjadi kasar . dan jangan separuh jalan bila saya mula merasa give up . 

dan saya menjawab :

Bila saya kata saya sudah bersedia . saya akan gigih . bila saya kata saya ingin buat benda itu . saya akan buat sehingga ke akhirnya . walaupun tangan kiri saya bakal merasa kesakitan . walaupun hujung jari kiri saya bakal menjadi keras . walaupun hujung jari kiri saya bakal menjadi kasar . saya masih ada sebelah tangan yang lembut dan boleh menyalam bakal mak mertua dengan keyakinan yang tinggi . 


kini . 


saya berpeluang membuat apa yang saya inginkan sejak dari dulu lagi .


dea kawan saya di dalam bilik sekarang selaen anggun


saya sayang dea .


sejak dea ada .


tangan saya seperti tidak boleh duduk diam .


mahupun selepas balik kelas . sebelum tidur dan bangun pagi . 


walaupun kimia antara dea dan saya masih belum terserlah .


tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baek akan wujud antara kami .


dea .


bernama M E R D U .




sebuah gitar bernama M E R D U . rasa macam akustik je jiwa saya sekarang . KAH . KAH . KAH . tapi gila tetap ada . jangan risau ye kawan kawan . :p tak sabar M E R D U nak bersifukan J E S S I C A . J E S S I C A ? ? ? ommaaa ! gedik kan nama dea . mata terus jadi juling bila dengar nama itu . nama gitar abang khai . masih ingat abang khai ? bestfrend saya yang kunun kunun ensem tapi pekak tu . haaa . . . . dea cikgu kepada M E R D U . berdegup juga jantung nak belajar petik gitar dengan cikgu garang . ngeh ! mati saya kalau abang khai baca blog ni . tapi lagi mati kalau akak dan abang saya stalker blog saya dan tahu akan M E R D U . *pengsan*



Saturday, January 22, 2011

  food love me! im not lying.

Semalam adalah hari rasa sedih . hari rasa sakit . hari rasa mau pengsan . hari terbaring di dalam bilik . dan hari menanges lagi . ok . kadang kadang saya memang cengeng . sikit sikit nanges . sikit sikit sedih . padahal takdela benda itu terlalu menyedihkan . ngeh ! sedih ok bila rasa sakit tiada siapa ambil tahu . sedih juga bila menyimpan suatu rasa sehingga akhirnya menanges sendiri . tapi dea sentiasa ingin bersama saya . selalu ingin mendengar mulut becok saya . kadang kadang rasa menyusahkan . dan kadang kadang tak perlulah dea menyusahkan diri berkorban untuk saya . tapi . mungkin ini yang dinamakan tercipta untukku . KAH . KAH . KAH . geli di situ . :p


Ops ! terlupa . semalam juga adalah hari untuk tiada selera makan . macam fitnah je ayat ini . pada mulanya memang kenyataan belaka . serius kamu perlu percaya . tetapi . selepas perut ligat menari shuffle . betul ke saya eja ? hentam la labu . . . . maka . macam terpaksa memaksa diri untuk makan . har . har . har . ditambah apabila melihat ikan talapia penyet yang sangat besar dan menyelerakan . kamu mesti tak pernah makan kan . . . ? sumpah sedap ! licin ! siap mintak tambah sambal lagi kau . fuh ! walaaaaa . . . . terlupa sakit sekejap . terlupa sedih sekejap . hati saya boleh kembali gembira hanya dengan melihat makanan . bertambah gembira kalau makanan itu adalah eskrim . kalau nak pujuk saya sila beli eskrim haagen dazs atau baskin robin atau yang paling romantik walls cornetto show your love . T___T teheee . 


inilah nasi ikan talapia penyet yang ada kuasa menggembirakan hati ! ! ! hiks .



i love food .


i love to eat .


bersyukur dengan rezeki yang diberi . 


walaupun emosi huru hara tapi saya masih mampu makan dengan pelahap . beng !


@-@


senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)


Saturday, January 15, 2011

  @-@

Apa kamu buat bila ada orang minta kamu beri jawapan kepada soalan yang kamu sendiri memang takde jawapannya ? 


saya tidak perlukan masa .


kerana saya memang takde jawapan kepada soalan itu .


atau hakikatnya jawapan saya masih negatif .


senyum kelat tidak seperti selalu .




Friday, January 07, 2011

  rambut comey.kahkahkah....

hai kawan kawan . . . . .




nama saya A Z R I Y A N I  B U N A I M .


a k a


D O R A .


tiada lagi Y A N I  J E L I T A .


kak D O R A . kak D O R A .


ok . mood saya sentap bila housemate saya memanggil saya kak D O R A !


apa kesss ? ? ?


tengok rambut dora itu .


mereka kata rambut dora macam rambut saya ? ? ?


saya sentap sampai taknak makan . memang tipu !


tapi comey kan rambut dora itu . eeerrrkkkk ! ! ! ! 




Wednesday, December 29, 2010

  lagi chantek bila senyum




Hari ini saya rasa nak senyum je bole ? 


naek motor nak senyum .


makan nak senyum .


tengok tb nak senyum .


cakap pun nak senyum .


caner tu ?


kamu tahu kenapa ?


sebab saya da tak payah jumpa dea lagi .


dea siapa ?


dea yang asek asek pakai baju biru .


tata abang J !


saya lulus !


Alhamdulillah . . . .


senyum .


:)


manissssssnyeeee . . . . . .


errrkkkk ! ! ! 


tapi satu benda buat saya tersenyum kelat .


dea .


satu kotak cekelat untuk saya nanti .


kalau takde siap !


ok . sifat gedik mintak pelempang da datang . :p




Thursday, December 23, 2010

  BUKIT??? jeng.jeng.jeng.....

hye kawan kawan . . . .


senyum . . . . 


cepat senyum dulu .


smile and clap pleaseeeee . . . . 


for me .


just for me .


T____T


oh ! gediks !


ehem . ehem .


kamu kamu mesti nak tahu result test JPJ saya kan . . . . 


senyum dulu .


senyum sampai nampak semua gigi .


saya .


saya .


saya .


saya lulus test ! ! ! ! !


Alhamdulillah . . . .


tapi .


tapi .


tapi . . . . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


dengan bangganya saya tulis dalam blog .


saya fail test bukit !


ulangan .


saya FAIL TEST BUKIT !


cepat ketawa kuat kuat .


saya bagi kamu peluang ketawa kuat kuat .


ketawa kuat untuk saya .


KAH . KAH . KAH . KAH . KAH . KAH . KAH .


sehingga kini masih ada orang yang mengolok saya kerana saya fail test bukit tapi lulus jalan raya dengan jaya dan profesionalnya . ngeh !


test jalan raya yang lagi banyak onak dan duri saya boleh lulus . tapi test bukit yang sambil makan eskrim pun boleh buat tapi saya fail ! (ni ayat menyakitkan hati Uncle Bun)


Uncle Bun punya membebel YaRabbi . budak banyak gelak memang beginila dea .  


pelik sangat ke fail bukit ?


KAH . KAH . KAH . KAH . KAH .


apesal saya ketawa ?


sebab saya pun rasa perkara ini lawak dan pelik !


jarang berlaku ye kawan kawan orang lulus jalan raya tapi fail bukit .(ayat mengolok dari cikgu garang itu)


tayar terlebih petak kuning sikit je . kedek tau pegawai JPJ tu taknak bagi saya lulus . :p


dan lantaran dari kefaillan bukit saya itu hari ini saya telah diajar selama 4jam semata mata naek bukit !


naek bukit . turun bukit . naek bukit . turun bukit . 


hamek kau !


da macam mr bean ! mungkin saya ada genetik mr bean . agagaga . . . . 


malas la nak tulis lagi .


emo ni .


emo pada bukit !


bukit oh bukit .


bukit ?


ada banyak maksud ni .


HAR . HAR . HAR . HAR . HAR . HAR . 





Tuesday, December 21, 2010

  dup dap dup dap dup dap

tika ini .


jantung .


dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap .


semoga hari esok akan buat saya tersenyum semanis manisnyeeee . . . . .


senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


basyah !


amin . 


doakan saya ye kawan kawan . . . . 


T____T



Tuesday, December 14, 2010

  suka vs tak shuke

Boleh tak arini nak buat entry 10 perkara yang saya suka dan 10 perkara yang saya tak shuke ? apa kejadahnya nak buat entry macam ni ? awak hingat ada orang nak ambil tahu apa yang awak suka dan apa yang awak tak shuke azriyani bunaim ? ? ? ok . alkisah orang akan cakap saya pelik bila saya tak shuke itu dan bila saya suka ini . sikit sikit cakap saya pelik . sikit sikit cakap saya aneh . ok . fine ! saya je yang aneh . saya je yang pelik . emo pulak . hua . hua . hua . tak kira ! saya nak buat juga entry ni . :p manela tau boleh buat tips untuk orang yang nak ngorat saya nanti . KAH . KAH . KAH . 

 10 PERKARA YANG SAYA SUKA
  • i'm addict with ayam masak merah . suka gila ! sampai boleh rasa nak tumbuk orang kalau ada sesiapa berani habiskan ayam masak merah saya . :p 
  • saya suka ketawa . ketawa kuat kuat sampai orang hingat ada nenek kebayan yang ketawa . ngeh ! kejam orang yang kata saya seperti nenek kebayan itu . 
  • saya suka jalan jalan . tak kisahla jalan manapun . yang penting jalan . tapi lagi suka jalan tepi pantai . tengok sunset . chantek ! syok habis ! romantik wooo . . . . 
  • saya suka kanak kanak . tapi kanak kanak yang berumur 6 tahun ke bawah sahaja . har . har . har . comey ! kalau kanak kanak 6 tahun ke atas dah tak berapa nak comey . suka sikit sikit je . boleh gitu ? agagagaga . . . . 
  • saya suka pergi pasar . pasar malam . pasar ikan . dan segala pasar . entah kenapa saya suka pun saya taktau . mungkin saya memang dilahirkan mempunyai sifat keibuan yang lebih . macam mak mak . keh . keh . keh .
  • saya suka mengedit gambar . kalau datang kegilaan untuk mengedit saya akan edit segala apa yang boleh edit . sekarang tengah nak explore lightroom . saya tak reti sangat guna lightroom . ada sape sape yang baek hati nak ajar saya tak ? T___T
  • saya suka masak . wah ! suka itu macam fitnah je . akan rajin memasak bila mood rajin itu datang dengan berlambaknya . ayat apakah ini ? rasa seronok bila orang makan masakan kita . belum pernah ada orang berani cakap saya masak tak shedap ! har . har . har .
  • saya suka korek telinga . hari hari korek telinga . nikmatnyeee . sampai MakPah marah hari hari saya korek telinga . rasa tak lengkap hidup kalau tak korek telinga . jangan tiru tabiat saya ini okeh . boleh buat telinga jadi pekak tau . sebab itu saya pekak tapi jelita
  • saya suka warna merah . hitam . putih . dan kadang kadang pink color . kalau kamu nak hadiahkan saya tudung atau baju . boleh la beli warna warna ini . teheeee T___T 
  • saya suka tengok gigi orang . bila bercakap dengan orang saya tidak akan melihat matanya . tapi saya lebih suka melihat giginya . senyum . :D

10 PERKARA YANG SAYA TAK SHUKE ! TAK SHUKE ! TAK SHUKE !
  • saya tak shuke makan buah epal . tak kirala epal merah ke . epal hijau ke . air epal ke . yang penting nama buah itu epal . tapi taksub bila melihat orang makan buah epal sampai berbunyi . ala . . . . bunyi rangup epal tu . . . .  krup . krup . krup .
  • saya tak berapa shuke pergi ke rumah orang kawen . tapi saya akan menjanguk bukan maen mengalahkan pengantin kalau pergi ke rumah orang kawen . *wink . wink . wink* 
  • saya tak berapa shuke pada warna hijau dan cekelet . mata ini tidak akan tertumpu pada barang yang berwarna hijau atau cekelet . ini kerana jika saya memakai warna hijau . wajah saya akan kelihatan lebih gelap dan kusam . ngeh !
  • saya tak shuke beli seluar . tak shuke sebab malas nak fitting ! kalau beli baju maen ambil dan bayar . tak pernah pula tak muat . hik . hik . hik . tapi kalau seluar kena cari yang selesa dan betul betul sesuai . maklumla . peha kecik sangat kan . :p
  • saya tak shuke kareb di tempat laen melaenkan di rumah atau di hostel . kalau saya pergi travel ke tempat laen . maka . saya tidak akan kareb . seminggu travel . seminggula saya tak kareb . hebat tak saya ? 
  • saya tak shuke cemburu . dan saya bukan gadis gadis yang suka cemburu . senang saja . jika benda itu saya punya . maka . dea tidak akan ke mana mana . paham tak apa saya cuba cakap ? 
  • saya tak shuke bercakap dengan orang yang kasar . yela . walaupun saya nampak ganas dan garang . tapi hati ini macam eskrim wooo . . . . kena tengking sikit boleh cair susah nak keras balik . huk . huk . huk . 
  • saya tak shuke pakai high heel . sebab saya sudah cukup tinggi . tinggi saya adalah 168cm . tinggi tak ? tinggi tak ? tinggi tak ? tinggi kan . lagipun kaki ini menjadi terhoyong hayang bila memakai high heel . tapi saya masih gadis gadis yang sejati ok . 
  • saya tak shuke gosok gigi sebelum tidur . teeeetttttt ! ! ! ! ! 
  • saya tak shuke pada orang yang tak shuke pakai perfume ! masyam la kamu ni . HAR . HAR . HAR . 


amacam ? takde la pelik dan aneh sangat kan saya ni . kalau ada sape sape cakap saya aneh dan pelik lagi . siap dea ! *sambil sengseng lengan*