Showing posts with label esimen. Show all posts
Showing posts with label esimen. Show all posts

Monday, November 21, 2011

  sibuk

Minggu ini adalah minggu paaaaaling sibuk . sila cakap paaaaaling itu dengan nada yang memang bajet betul betul sibuk teramat sekali sampai masa makan pun takde .*tipu* dan kata orang , minggu sibuk ini ada sikit sikit rasa macam nak tumbuk orang secara tiba tiba . barula dapat hilangkan semua tekanan dalam badan lagi lagi bahagian kepala . oh ! legaaaaa ~ entah kenapa macam gangster sangat asek nak tumbuk orang . kuat sangat lerr tu .*geleng kepala* tapi tak paham kan apa yang dikatakan sibuk kalau masih ada masa update blog padahal esok ada test yang masih belum study apa apa . dan tak paham juga kenapa bila ada banyak test mesti ada banyak juga assignment nak kena hantar . dan lagi tak paham bila masa masa banyak kerja ni la biji mata ni sibuk nak rasa mengantok manjang . rasa mengantok dea macam kunun kunun study sampai lewat pagi . padahal masa tidur sibuk dengan masa tidur tidak sibuk adalah tetap sama . tiada beza walaupun seminit . sumpah rasa seperti oh ! hidup kau memang teruk .*cakap penuh emosi* lepas tu orang laen sibuk study sungguh sungguh kau sibuk masuk bilik tidur sampai puas macam takde test . oh ! lagi teruk .*cakap penuh emosi lagi* rasa macam memerlukan tumbukan kuat di muka untuk bagi sedar . seperti menyiram air di daun keladi . hei ! tak paham sungguh apa kaitan peribahasa ini dengan penumbuk . demmm ! ! !




Sampai hati tak nak tumbuk muka saya yang macam naif ni ? kah . kah . kah . 


Ok . tak kelakar langsung .


Bai !

Friday, November 11, 2011

  D A L A M

Bila dah berhari hari mengadap benda yang kau terpaksa dalami sampai dalam . rasa macam tak dalam dalam dan semakin sukar untuk didalami kerana semakin dalam pulak apa yang ingin didalami itu . dan bila pikir dalam dalam apakah relevannya aku belajar network tapi rasa macam tak dalam langsung ilmu tentang network yang ada dalam kepala aku sekarang . kebanyakan ilmu yang ada dalam kepala aku bukan ilmu tentang network . tapi lebih kepada menjadi pakar psikologi sampai rasa diri sendiri pun terpsiko sekali bila dah mula rasa stress mengadap software network simulation yang aku terpaksa explore dalam dalam untuk dipersembahkan kaw kaw depan lecturer dan kawan kawan supaya mereka terpesona , kagum dan wow ! dengan software tersebut . @_@ apa yang aku rasa sekarang aku nak timbus diri aku dalam dalam sebab aku dah mula rasa sakit jiwa tengok software ni . makin dalam pulak function yang dea provide yang buat aku rasa eerrggghhhh ! ! !*meneran dalam dalam* 



AGI IDUP AGI NGELABAN !
rasa nak tampal kuat kuat dekat dahi . 


Saturday, October 08, 2011

  sabtu

Sabtu . rasa dah lama tak bercerita tentang kehidupan sendiri dalam blog . bukan sebab taknak . tapi rasa macam tak perlu . tapi hari ini rasa perlu bercerita . sebab dalam kepala saya dah macam vaakum yang banyak habuk . hari hari busy sampai takde masa nak buang habuk . lagi busy bila sem ini kebanyakan kelas saya habes pada pukul 7 malam dan ada lab yang habes pukul 9.30 malam . bila balik rumah dah penat dan mengantok dan tidur sesukati tak hingat esimen apatah lagi tutorial . orang cakap bila makin senior makin relax . tapi saya rasa bila dah jadi senior saya asek menggelabah entah apa apa . dalam kelas mata bukan maen fokus pada lecturer . siap angguk angguk bila lecturer cakap dan merenung ke mata . tapi dalam kepala dah sampai england . bila tak paham baru nak menggelabah sana sini tanya orang . kunun kunun azam sem ni nak 3 pointer and above tapi kita tengok nanti hasilnya . kalau dulu tak suka buat esimen last minute . tapi kali ni macam banyak esimen yang buat last minute . tak paham kan apa yang dikatakan busy kalau dah esimen pun buat last minute . bila nak insaf ? memang macam takde aura aura insaf even lecturer yang mengajar garang dan strict siap bebel bebel bila start kuliah . ok . sekian . ni update perempuan yang sekarang tengah menggelabah lagi menggelepor baru nak start buat esimen project management yang soalan esimennya macam putar belit . belum lagi soalan esimen system programming . subjek killer untuk sem ini . bila tajuk subjek ada perkataan programming je rasa nak tepuk dahi banyak banyak kali .*pengsan*





notakaki : air dicincang takkan putus .

Tuesday, January 25, 2011

  bahagia....kurasa.....

Seharian terperap di dalam bilik . terbaring kelemahan . rasa suhu di dalam badan sama macam kepanasan cuaca di luar . mata merah seperti naga . mulut berdarah seperti dracula . muka pucat seperti mayat hidup . rasa nak pakai blusher bagi meriah sikit . tapi tang mulut berdarah itu saya menjadi takot . menjerit depan cermin kau bila melihat dalam mulut berdarah banyak . ketuk ketuk gigi . baek baek saja . picit picit gusi . sihat dan tiada ulser . tapi tiba tiba mulut berdarah banyak . lepas itu hilang darah . lepas itu darah lagi . lepas itu hilang darah . lepas itu darah lagi . maknanya setiap kali keluar darah saya akan menjerit . lama lama letih menjerit . har . har . har . 


Dan hari ini saya telah menyatakan babai kepada kuliah . lab . dan perjumpaan kolej . oh ! sudah lama tidak sihat begini . kebiasaannya terlalu hyperactive . tetapi hari ini menjadi luar biasa pendiam dan terlalu pasif . pelik juga bila diri menjadi pasif . boleh dihitung perkataan yang keluar dari mulut . boleh dihitung juga pergerakan yang dibuat . macamana la orang orang yang boleh jadi pendiam itu kan ? aish . amazing orang itu . hiks . dari siang tadi pekerjaan asek rewind cerita die hard 4 sampai tertido ! die hard 4 pulak tengok saya . esimen yang mencabar kecekapan dan ketangkasan saya untuk menangkap apakah jenis computer security yang digunakan dalam cerita tersebut . tengok cerita itu memang besh . tapi tang nak mengkaji computer security yang digunakan itu yang eerrrmmmm . YaAllah . . . . berilah saya petunjuk untuk membuat esimen yang aneh aneh itu . amin .


memandang bulan terang .


menyaksi bintang bintang .


senyum .


:)


Saturday, August 28, 2010

  duet raya pertama!

Minggu yang macam T A H I K! test berlambak. esimen susah nak mam! lab berlambak kena hantar. mood raya mati! orang sibuk buat kueh raya. aku sibuk buat esimen! soalan esimen panjang berjeler! tapi satu hapa tak paham! tekanan yang amat! terima kaseh ya.


F O K U S pada test statistik pada pagi nanti terus hilang gara-gara membaca soalan esimen data communication & network yang macam &%$!@#!@#@&#*@! ok. sila berhenti maki hamun. pertama kali aku rasa seperti mau jatuh tersungkur melihat soalan esimen. omaaaa!!!!!!


muka tekanan sepanjang 2minggu ini. muka pada hari raya nanti lagi teruk dari ini!




tajuk entry takde kena mengena dengan luahan perasaan yang seperti sudah merajuk tidak mau pulang beraya. sob3~~~kerisauan yang melampau!