Semalam aku sedih dengan si pengambil baju. dan hari ini aku sedih dengan diri aku sendiri! apa kesss???
Semalam baru dengar softskill akauntabiliti. kamu tahu apa itu akauntabiliti? haaa....aku pun baru tau semalam. akauntabiliti adalah kebertanggungjawaban!
Tetapi hari ini azriyani bunaim sudah tidak ada akauntabiliti kerana telah TERskip kuliah dialek sarawaknya pada pukul 9pagi tadi! huh. 4jam punya kuliah aku skip! kau xrasa aku da melampau??? rasa menyesal ni.aish....
Sudahlah tidak datang kuliah. dan yang membuatkan diri ini tersedar dari alam fantasi adalah panggilan telefon dari MakPah! cepat-cepat ubah suara seperti gadis sudah lama bangun tidur! ehem....ehem.....tetapi MakPah dapat mengesan!
Dan soalan pertama dari beliau adalah pagi tadi kamu tiada kelas??? oh! dengan pantas azriyani menjawab tiada! padahal 4jam kuliah aku skip! YaRabbi.....dan MakPah tiba-tiba berkata.....minggu lepas kenapa mak telefon hari rabu pagi tapi kamu ada kelas? oh! terkelu lidah mau menempias soalan tersebut. yaaa....terus mendapat pakej ceramah motivasi secara percuma di pagi hari! kau ada dapat???
Impossible is nothing. anything can happens. setiap orang ada tanggungjawab dengan apa yang perlu dibuat dan yang tak perlu dibuat. jadinya tepuk dada tanya hati. yaaa.....aku mula melihat peringatan di sebelah! sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna! mari kawan-kawan.....mari kita belajar untuk test midterm.....;)
gamba tahun bila ntah. rindu saat ini. rindu pada tempat ini.
dan rindu juga pada orang yang mengambil gamba ini.<3