Oh ! bila study week je kepala terus pikir macam macam . macam macam tu contohnya tentang kesedihan atau kenangan . ceh ! macam nak cakap saya tengah sedih kan sekarang . tak . tak . saya tak sedih . betul . :) tapi berpikir akan satu persatu masalah yang datang . bukan masalah . tapi kejadian . ok . saya dah cakap putar belit . bukan . bukan . camni . camni . pernah tak kamu lalui satu masa yang kamu rasa down tentang hidup kamu sampai kamu rasa living is hard ? oh ! demmm ! MakPah mesti marah kalau saya cakap hidup itu susah . macam orang takde iman pulak . MakPah selalu cakap hidup bukan susah . tapi hidup itu memerlukan sesuatu usaha untuk kita keluar dari kesusahan itu . Allah menguji hambaNya tidak melebihi keupayaan hambaNya sendiri . sebab itu jangan tinggal solat dan jangan lupa pada Dea . naaaaahhhh . terus zip mulut dan takot nak cakap living is hard .
Malam semalam , semalaman saya tidur tanpa rasa bersalah tak bukak buku atau biarkan buku tengok saya . lepas solat Isyak saya terus tidur dan kunun kunun kunci jam untuk stay up study tapi hampeh saya baling hp bila bunyi alarm . dan pagi tadi bangun dengan rasa bersalah yang amat ! sesal dahulu pendapat . sesal kemudian tak berguna . rasa bersalah itu mungkin kurang jika saya tidur tapi buku terbukak di sebelah kepala . baru nampak oh ! budak ini tidur sebab letih study walaupun realitinya budak ini baru bukak buku 30 minit tapi dah ngantok . begini la keadaan saya bila hidup di bilik single dan tiada siapa kacau atau membebel pada saya bila saya tido dan buat buat terlupa nak study . rasa mencik juga duduk di bilik single . but seriously aman dan bilik saya tak bersepah tanpa orang laen . har . har . har . tapi bila sedih . naaaaaaaaahhhhhhhh . nanges sorang sorang dalam bilik sampai kita demam terbaring ada dalam bilik pun housemate taktau . dahsyat kan . ok . keburukan yang jelas dan nyata dan sungguh tak cool untuk dilalui . janganla gedik gedik nak cuba duduk bilik single sem depan kalau kamu rasa kamu bukan seorang yang perkasa atau kata laennya hati kamu itu perlu kental dan tabah setabah saya . ehem . ehem . saya tabah la sangat kan . tabah . tabah . tabah . positif itu perlu .*poyos*
Sebenarnya saya nak buat entry yang saya rindu kawan kawan saya yang dulu . tapi macam dah merepek jaoh dari fokus utama . memang dah selalu berlaku . :p rindu kawan kawan saya yang selalu dengar saya cerita benda benda mengarut sampai ketawa menampakkan keshopanan seorang gadis itu hilang . kawan kawan saya yang suka berpoya poya macam saya . dan yang paling touching . kawan kawan saya yang hantar saya pergi klinik masa saya demam . sob . sob . sob . kawan kawan . sampai sekarang kawan kawan saya masih ingin tau keadaan saya walau saya jaoh dari mereka . terima kaseh kawan kawan . kalau diberi pilihan antara jongkong emas dan kawan kawan . saya tetap pilih kawan kawan walaupun jaoh di sudut hati saya nak jongkong emas jugakkkkkkkkkkk ! boleh bagi kawan kawan sikit . suwit kan . hak . hak . hak .
dua orang gadis yang rapat dengan saya . anis & isma .
batch diploma .
ini geng ala ala geng bas skola . pergi mana mana semua nak ikut . geng suka gusip jugak !
Kenangan itu takkan berulang .
Tapi kita diberi peluang untuk mencipta kenangan yang indah walaupun kenangan yang tercipta itu takkan sama macam kenangan yang dulu .
*sambil peluk bantal muka romantik*
Hari ini saya rasa saya perempuan yang macam poyo sangat sebab tiba tiba berbicara tentang hidup .
Tengok . tengok . berbicara . menyampah !
Naseb kau la labu . . . . .
Kalau kamu sayang saya sila senyum baca entry ini .
Kalau tak sayang pun kena senyum jugak !
:)



















