Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Friday, December 17, 2010

  kebijaksanaan terlampau.ngeh!

entry pada hari ini akan berbentuk atau berbunyi lebih kepada kanak kanak . ini bukan kisah dongeng kanak kanak . tapi ini kisah benar kanak kanak yang telah membuatkan saya juga seperti kanak kanak . i rasa muda u kalau cuti duduk rumah Uncle Bun dan MakPah . rasa comey selalu . ngeh ! 


dimulakan dengan Bismillah . 


watak utama 
  1. 2 orang kanak kanak lelaki .
  2. 2 orang kanak kanak perempuan . 
  3. seorang gadis jelita . what the ferasantan !

gelaran : 
  1. si gemok berumur 9 tahun . 
  2. si gedik berumur 7 tahun . 
  3. si garang berumur 6 tahun .
  4. si rongak berumur 5 tahun . 

situasi : duduk duduk selepas breakfast sambil MakPah sedang melipat baju . 

**********************************************************************************************************************

si gemok : busuk la amri ni . dahla rongak ! busuk macam longkang ! tepi sikit ! jangan dekat dekat ! 

si rongak hanya tersengih sengih sambil menggigit jari . 

gadis jelita : eh ! busuk tu adik awak tahu tak ? ? ? cakap orang busuk . dea tu gemok kuat makan ! gemok macam gajah ! ish ! ish ! ish ~ ~ ~ 

si gemok : eleh ! kak yani tu tinggi macam zirafah ! dahla kurus ! pakai spec ! zirafah pakai spec ! (sambil buat muka dengki mintak kaki)

si garang : eh ! kak yani macam zirafah tapi comey tau ! zirafah kan comey . ada warna warni kan kak yani . daripada gajah ! dahla telinga gajah capang macam abang ! har . har . har . 

si gemok : eleh ! azra pun busuk macam longkang ! tak gosok gigi ! gigi pun rongak baru patah ! eeeeee . . . .

gadis jelita : eh ! cakap orang busuk . dea tu lagila busuk macam loji ! gemok macam gajah telinga capang ! busuk macam loji ! hak . hak . hak .

si garang : kak yani . . . . loji tu apa ?

si gedik : loji tu longkang besar macam tepi skola nisa tula . . . .  hari hari nisa tengok loji .

si gemok : banyakla ko tu loji ! tu longkang ! bukan loji ! eeee . . . . loji pun taktau apa .

gadis jelita : errrkkk ! ! ! loji tu tempat simpan tahik . kalo azra kareb nanti tahik azra gi kat loji . haaaa . . . . 

si garang : ooooo . . . . maknanya abang macam  T A H I K  la ye ? 

gadis jelita : hahhhh ? ? ? KAH . KAH . KAH . KAH . KAH . KAH . KAH . adeh ! 

MakPah : azriyani ! ! ! ! ! ! ! hamboi . . . . . ajar bukan bukan ! 


**********************************************************************************************************************

huh ! inilah kehidupan di rumah Uncle Bun dan MakPah . walaupun mereka hanya anak jagaan MakPah . tapi setiap hari mereka akan membuatkan saya bergelak ketawa kuat kuat . adeh ! tak payah pergi tengok wayang pun sudah cukup terhibur ! waka . waka . eh . eh . tapi kadang kadang membuatkan saya menjadi ibu ayam yang paling garang ! ngauummm ! ! ! sampai boleh terkeluar anak tekak menjerit ! agagaga . . . . 


don't try this with your niece , nephew , cousin , little brother or little sister ok ! boleh buat kanak kanak lebih bijak mengolok orang dewasa nanti . teheee T___T


Sunday, December 12, 2010

  barbie vs peterpan

ini kisah kanak kanak .


bukan kisah mak mak budak .


tapi boleh juga dikatakan kisah seorang auntie yang telah dibuli oleh anak buahnya . 


wah ! auntie ! gedik sangat tau . 


bukan auntie . tapi ucu jelita . teheee . T___T


selama seminggu ucu jelita sering dicubit , digigit dan dihempap hempap oleh budak kecik di bawah ini .


budak perempuan yang garang tapi hakikatnya gedik .


garang tapi takot kucing . har . har . har .


kamu bunyi je meow meow . habes jijah gedik menjerit sampai boleh pecah gegendang telinga !


jeles . 


suka menjerit .


suka berangan .


haaa . . . .  ini sifat terbaru jijah .


semua jijah unya ! jangan ! ini jijah unya ! jijah nak ukung baby ! jangan ! baby jijah unya . . . ucu epi . . . . 
( ini bahasa pelat kanak kanak . kalau tak paham maknanya kamu memang tak comey . :p )


tak ke tekanan ada anak buah seperti ini ? 


tapi mungkin jijah gedik juga turut tertekan mendapat ucu seperti saya . 


kenapa ?


rahsia . hik . hik . hik . 



tak paham kenapa jijah senyum begini . 

muka budak tak puasati tak dapat limau . ada ucu kisah ? ? ?

tengokla sini . tengokla . . . . proses memujuk jijah yang hampir gagal gara gara limau !


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


. . . . .


akhir sekali .


walaupun gambar di bawah ini nampak sempurna . 


tapi hakikatnya pada masa ini saya sedang dibuli oleh jijah gedik . ggrrrrr . . . . 


naseb baek gambar ini saya kelihatan seperti ibu ibu yang penyayang . oh ! penyayang nyeeeerrrrrr . . . .



kenapa kanak kanak ini lagi putih dari saya ? ? ? ish ! menci tau .


semasa gambar ini diedit . jijah menjerit jerit kerana tidak suka melihat wajahnya diedit dengan spec . angan ! angan ! 


lagi menjerit bila melihat wajah saya diedit begitu . akot ! akot ! jijah akooooottttttt ! ! ! ucu ! ! ! ! ! ! 


ada ucu kisah jijah menjerit ? ? ? har . har . har . 


eh ! lupa . nama baby itu muhamad rezariel azwan . over tau nama dea . panggil ariel sudaaaaaaaaah . 


walaupun dea nampak kecik . tapi setiap pagi dea akan menjerit di telinga saya suruh bangun solat subuh ! 


pengsan i ada anak buah suka menjerit . 


aaarrrggghhhhhh ! ! ! ! 



Wednesday, June 30, 2010

  awesome!


Hari ini saya berasa begitu hebat kerana dapat mempermaenkan anak-anak ayam saya!!!! adakah apa yang saya lakukan itu wajar dinamakan 'mempermaenkan'? atau yang lebih sesuai adalah 'membuli'??? ops! saya pembuli kanak-kanak kah? oh! tidak sama sekali. saya seorang penyayang kanak-kanak ok.:p sebab itu kanak-kanak di rumah saya boleh posing seperti di bawah apabila saya memberi arahan kepada mereka. gila jahat kau! da nama pun ibu ayam. sayala yang paling berkuasa apabila tokey ayam pergi ke hospital hari ini. selama 3hari saya akan berkuasa sebagai ibu ayam kerana MakPah akan tinggal di hospital selama 3hari. sob3~~~

Bermacam-macam pesanan yang ditinggalkan oleh MakPah kepada saya. pesanan seperti ibu-ibu. rumah jangan kasi sepah. baju sekolah jangan lupa basuh. makan jangan lupa bagi. dapur bagi lap lepas masak. adeh! ini baru sikit. ada lagi banyak. oleh kerana saya memang ada penyakit lupa ingatan....ini jela yang mampu saya ingat. tetapi yang penting pesanan jangan membuli anak-anak ayam tidak pula saya dengar keluar dari mulut MakPah. adakah kerana saya pekak? atau sememangnya tiada pesanan sebegitu??? yang pasti saya tak dengarla. senang citer. tapi yang paling seronok untuk saya hari ini adalah apabila melihat gamba-gamba di bawah. sudah lama rasanya saya tidak ketawa berseorangan. aish.....kalau MakPah tau akitiviti saya ini....bukan ketawa yang mampu diluahkan. tetapi tangisan sedu-sedan ok! mati kau kena bebel 3hari pun belum tentu abis! tapi saya kan gadis kental....apa adehal......yang penting saya rasa hebat hari ini! hihihihi....


si rongak : cuba kamu perhatikan gamba ini dengan teliti. 
posing kanak-kanak ini sama seperti orang utan di bajunya.
kau hingat senang nak suruh budak posing camni??? well....saya kan ibu ayam....(gaya berlagak jahat)


si garang : cuba kamu lihat gamba di atas. 
ada tak kanak-kanak perempuan yang ingin menarik telinganya sendiri hingga kelihatan capang apabila disuruh?
ini adalah contoh kanak-kanak perempuan yang telah diayat oleh ibu ayam yang mengatakan beliau kelihatan sangat comey apabila posing begini. kau boleh buat???


pergh! yang tengah ni muka seperti ibu mithali! innocent!
tudung ibu-ibu ini dibelikan oleh MakPah agar saya lebih rajin keluar mengambil si gedik pulang dari sekolah. senang! sarung je. walaupun wajah nampak seperti ibu yang sudah beranak 2! huhuhu.....








amaran : tolong jangan contohi sifat ini apabila kamu berhadapan dengan kanak-kanak. kesian sungguh mereka. menjadi mangsa yang xbersalah! tapi oleh kerana saya da TERbuat aktiviti terejal ini....saya nak cakap ini boleh dijadikan terapi kamu apabila kamu tengah kesedihan. awesome!





Thursday, June 10, 2010

  penawar RINDU...



hujan. mengantok yang amat. MakPah tiada. surirumah yang berjaya. nasi goreng cendawan. lipat baju. sidai baju. dibuli oleh kanak-kanak. garang saya tiada bererti. oh! saya berasa letiiiihhhhh!!!!!!! silala panjangkan ayat-ayat pendek di atas supaya menjadi sebuah kisah yang menarik untuk hidup azriyani bunaim pada hari ini. hakikatnya hidup azriyani bunaim tidak menarik hari ini kerana ditinggalkan oleh MakPah. sob3~~~


rupa saya pada hari ini. tapi masih dibuli. huaarrggghhhh!!!!









tajuk tiada kena mengena!