Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

  sambil makan nasi lemak :

MakPah cakap kaki Uncle Bun sakit . sakit sebab gout . barangkali banyak makan daging agaknya . tapi Uncle Bun taknak mengaku sebab beliau takot pergi klinik . tak paham juga kenapa beliau takot pergi klinik . jalan terhencot hencot tapi kunun kunun masih kuat dan tak perlu ke klinik . ini adalah golongan pakcik pakcik yang degil ye anak anak . huk . huk . huk . lepas tu MakPah cakap Uncle Bun tak boleh drive . tak boleh drive di sini bermaksud esok saya pergi airport kena jalan kaki . agak agak sampai tak saya dekat airport kalau jalan kaki ? jalan kaki sambil tarik luggage dan pikul rendang yang MakPah beria nak masakkan untuk saya bawa balik . ok . perihal ini telah menyebabkan saya bertambah malas untuk balik . oleh yang demikian . sekian . har . har . har .*tak paham naper saya ketawa* ketawa cover sedih .*sambil tutup muka*


Sunday, November 06, 2011

  meriah

Hari ini hari raya . tapi bukan hari raya yang begitu meriah seperti aidilfitri . tapi hari ini tiba tiba menjadi meriah disebabkan beberapa faktor . bila saja disebut faktor . makanya ia adalah sesuatu yang betul betul menjadi penyebab . penyebab kepada kemeriahan . begitu scientifiknya penulisan saya .:p meriah dengan makanan . meriah dengan riuh rendah suara setiap ahli keluarga . meriah dengan suara tv . dan meriah dengan suara MakPah dan Uncle Bun yang kecoh dengan daging korban yang banyak taktau nak buat apa . tapi saya masih boleh cool tidur depan tv kunun kunun keletihan menjadi ketua masak hari raya . over kan . ini hari raya aidiladha paling cool dan meriah yang pernah saya nikmati . sebab apa ? sebab MakPah tak menjerit jerit bila saya tidur dengan lama dan enaknya tanpa memikirkan pinggan mangkuk yang berlonggok dekat dapur . har . har . har .*ketawa gembira* 


Hari raya memang kena letak pic yang pakai baju ala ala raya walaupun hari pemakaian bukan pada hari raya . tapi dipakai pada hari presentation . bersama natasha hudson . he . he . he . 

Rasa macam saya begitu shopan ye dalam pic ini . beratus kali gosok mata bila tengok pic ini . @_@ 
tapi hakikatnya keshopanan saya adalah dusta . kesian . sob . sob . sob .



Salam Aidiladha kawan kawan .
*sambil makan rendang jiran sebelah*


=)

Thursday, November 03, 2011

  spontaneous thursday

System programming . 


Please be good with me tomorrow . 


Pleaseeeeeeeee .


May everything will be okay .


Amin . 







pssttt : esok saya balik . esok saya balik tau . diulang . esok saya balik jumpa MakPah dan Uncle Bun ! ! ! !*gaya cakap paling gedik di dunia*:p


Thursday, October 13, 2011

  131011

Pagi tadi :

Anak : Happy Birthday mak ! ! ! !*nada ceria*
Mak : Terima kaseh . . . mak lupa arini bfday mak .
Anak : Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baek selalu .
Mak : Terima kaseh sebab doakan mak . mak dapat hadiah apa ?
Anak : Adik bagi kaseh sayang banyak banyak yang adik takde bagi pada orang laen . suka tak ?
Mak : Wah . . . terima kaseh . suka sangat . hadiah paling best mak dapat . tapi lagi best kalau dapat hadiah baju .*sambil ketawa ceria*
Anak : *tersenyum sendiri sambil rasa nak peluk makpah kuat kuat walaupun jaoh*


Suwit kan MakPah saya . har . har . har . hari ini hari terubat rindu dan rasa hambar di hati bila mendengar suara MakPah yang semakin ceria . lagi ceria bila semua orang tak sabar nak balik raya haji dan berkumpul bila MakPah dah sihat . barula huru hara rumah Uncle Bun .*sambil menari shuffle* 


Sunday, October 09, 2011

  91011

Perkara yang paling menggembirakan dan melegakan adalah bilamana orang yang kita sayang semakin sihat dan gembira walaupun jaoh di sudut hati tahu bahawa beliau melalui saat saat yang sukar dan kadang kadang kesedihannya tidak diketahui oleh sesiapa . yang penting kita sentiasa mendoakannya . dengar suara makPah saja sudah cukup buat saya lega dan rasa beliau sudah sihat . tidak seperti sebelum sebelum ini . kali ini suara itu lebih ceria dan banyak pertanyaannya . boleh tak saya over tak sabar nak balik raya haji . padahal tak sampai sebulan lagi saya di sarawak ni . ini bukan sebab manja atau mengada ngada . tapi ini sebab feel yang kau nak jumpa semua orang yang kau rindu secara meriah . saya kecik hati sikit je . tapi rindu itu lebih banyak . kalau tak sabar nak balik raya haji maknanya tak sabar nak midterm jugak la kan . ok . lemah longlai kembali . rasa nak jadi xmen boleh terbang pakai sayap . tak payah tunggu raya haji baru dapat balik kan . @_@   



Saturday, September 17, 2011

  rindu

Sejak balik ke sarawak . saya mula rindu macam macam . entah kenapa ngada ngada nak rindu ini . nak rindu itu . patotla orang cakap kalau rindu bilang rindu . kalau sayang bilang sayang . eh ! sayang takde kena mengena dalam hal ini . sem ini saya ada 23 jam kredit . saya mula rasa nak garu garu kepala sebab ada 7 core . dan sem ini merupakan sem pendek yang kalau ada esimen semua nak rushing . mungkin niat saya nak kurus akan dapat dilaksanakan sebab hari hari jalan kaki lebih jaoh dan hari hari saya makan lambat dan kadang kadang terlupa nak makan . memang macam tipu kan bila saya terlupa untuk makan . :p tapi memang betul cakap orang . susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru . tapi sebagai perempuan yang kunun kunun tabah saya akan cuba menyesuaikan diri walaupun saya selalu mengeluh dan mula rasa penat untuk mengeluh lagi . Uncle Bun cakap bersusah susah dahulu . bersenang senang kemudian . berakit rakit ke hulu . berenang renang ketepian . kau ada abah yang suka berperibahasa bila memberi nasihat ? @_@


Saya mula rindu dea sebab masa cuti lalu saya banyak menghabeskan masa dengan dea . mesti dea suka bila tau saya rindu dea . hiks .

Saya rindu untuk buli buli budak ini sampai dea jerit kuat kuat . tengok . dea pandai buat mata juling . sape ntah yang ajar . 




Last but not least .


Ini keadaan bilik baru saya . barang saya sikit kan . padahal ada lagi yang tersembunyi . 


Saya rindu MakPah .


Tapi masih belum berkesempatan untuk bercakap dengan MakPah dalam telefon .


Semoga Allah lindungi beliau selalu .


Amin .


Sunday, August 21, 2011

  ramadhan 21

Kiri dan kanan . atas dan bawah . depan dan belakang . semuanya berpasangan . ciptaan Allah yang sempurna . tapi jika satu pasangan lagi tiada . bagaimana ? goyah ? tak sempurna ? atau bagai dunia ini bergoncang di mata kita . masa inilah kekuatan diuji . bukan sengaja . tetapi sudah tertulis . dan tidak semestinya bila kiri kehilangan kanan . kiri itu hilang tempat bergantung . tetapi kiri itu lebih memiliki kekuatan yang luar biasa yang tidak dipunyai kanan . apa yang penting . percaya pada kekuatan itu . ini bukan entry maen maen . tapi ini entry paling susah saya nak susun ayat bagi kamu paham . gggrrrrrr . 


Uncle Bun cakap ini muka budak tak puasati tak dapat kerepek kegemaran . :p



Ada orang kata blog saya tiada cerita gembira . dan ada orang kata sudah lama tak tengok rupa saya yang terkini . kali ini akan ada cerita gembira . tapi susah nak terluahkan dengan kata kata . mungkin saya perlu lukis . bayangkan . di dalam lukisan saya itu ada seorang budak perempuan . di sebelahnya pula ada seorang lelaki yang kuat . dan di tengah tengah lelaki dan budak perempuan itu ada satu love besar . besar yang amat . sambil tersenyum . saya menggantungkan lukisan itu di dinding bilik . paku kuat kuat taknak bagi jatuh . lelaki itu adalah kekuatan berganda saya . saya ada Uncle Bun yang best . best dea macam makan eskim masa panas mentari tegak di atas kepala . nyaman . lukisan saya terluah melalui kata kata . unik kan . :p



Wednesday, August 17, 2011

  pekerjaan

Ini kerja seorang perempuan yang bergelar anak .




Dan kerja seorang ayah ialah selalu mengatakan anaknya hebat .  




Saya tak hebat .


Tapi saya perkasa .


Perkasa di mata Uncle Bun dan MakPah . 


Noktah .


Tuesday, August 16, 2011

  tisu pleaseeee

Bila kita tak biasa buat benda yang biasa kita buat berdua atau bertiga atau berempat . keadaan itu akan rasa seperti tidak sempurna . atau diri kita akan kelihatan kekok . kekok bukan tak pandai buat kerja . tapi kekok bila pergi soping raya seorang diri . benda soping ini jarang dilakukan seorang diri . samada saya ataupun kamu . tapi bila keadaan terpaksa . kita juga menjadi gigih dan mesti lakukan . lama kelamaan ia akan menjadi alah bisa tegal biasa . tapi gigih itu perlu berterusan supaya bila kamu melihat orang sekeliling kamu ditemani mak , abah , kawan atau bf untuk memilih baju atau sebagainya . tapi kamu keseorangan dan seperti terpinga pinga untuk membuat pilihan . apa yang kamu perlu hanyalah bersenyum walaupun jaoh di sudut hati kamu penuh dengan rasa sedih tetapi ketahuilah bahawa keadaan kamu itu unik dan sesungguhnya kamu adalah orang yang paling tabah .


Dan situasi yang paling sukar untuk kamu lalui bila orang yang kamu sayang seperti berputus asa sedangkan kamu mengharapkan beliau menjadi kuat dan tabah seperti dulu :

anak  : saya ada beli jubah untuk mak ! ! ! chantek tak ? mak suka tak ?*sambil menggayakan jubah dan tersenyum gembira*
ibu     : kenapa belikan mak jubah . . . . ? orang sakit manela pakai chantek chantek .
anak  : ala . . . . bila kita tengok baju chantek dan baru . mesti kita nak jadi sihat cepat . nak pakai chantek chantek raya nanti . pastu amek amek gambar . . . .
ibu     : yela . . . . terima kaseh .*sambil melihat si anak*
anak  : *senyum . bulan puasa tak boleh nanges .*


Sekian . 


Saya rasa nak nanges laju laju bila buat entry ni . 


Tolong tampar saya cepat ! :p



Tuesday, August 09, 2011

  ramadhan 9

Hari kesembilan berpuasa . MakPah masih begitu . dan keadaan MakPah akan berterusan begitu hingga 2 , 3 bulan . bayangan hari raya dengan makanan yang banyak macam takkan wujud . dan bayangan keadaan saya pada hari ingin pulang ke sarawak juga ada sikit sikit macam budak kecik yang taknak pergi sekolah . berbelah bagi . kadang kadang rasa tidak logik . tapi ini telah menjadi logik setelah semua ini berlaku dalam hidup saya . tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini . kata kata ini memang harus ditampal besar besar pada dinding dalam bilik supaya saya tidak rasa putus asa atau mempersoalkan tentang apa yang berlaku . 





p / s : saya memang teringin untuk menjadi seperti nasha aziz dalam SUPERMAK ! bukan sebab kuat . tapi sebab pantas membuat semua kerja rumah . 


Wednesday, August 03, 2011

  wordless wednesday


Hari hari berharap MakPah kembali sihat seperti dulu . amin .


Tuesday, August 02, 2011

  ---------

Duduk di depan meja makan yang besar . di atas meja terhidang sambal udang dan sup sayur . menunggu azan di radio . mendagu sambil melihat dua lauk itu . azan berkumandang . dengan bertemankan bunyi kipas . saya berbuka . ayat macam dalam novel sastera kan . tapi ini hari semalam . dan hari ini mungkin akan seperti ini lagi . MakPah sakit lagi . terbaring di dalam bilik . Uncle Bun ke masjid . rumah sunyi . ada berjuta juta rasa dalam diri saya . tapi semuanya yang ke arah menitiskan air mata .  


Sunday, July 31, 2011

  deep in my heart

Perkara yang paling menakotkan dalam hidup ini adalah bila orang yang kita sayang jatuh sakit . menanges dalam hati itu lebih menyakitkan dari menanges teresak esak . semoga Allah melindungi MakPah sentiasa . amin .



Saturday, July 30, 2011

  senandung hati

Sudah lama tak update blog . ada banyak cerita . cuma sejak akhir akhir ini lebih banyak bercerita pada diri sendiri dari meluahkan . dalam hidup ini ada banyak perkara yang perlu ditimbang tara . dan kadang kadang dalam kepala lebih banyak ion negatif dari ion positif bila ingin membuat sesuatu keputusan . dan ion ion ini dibantu oleh pemikiran yang waras dan hati yang tetap bila sesuatu keputusan bakal dititik noktahkan . apa apa yang bakal berlaku selepas keputusan dibuat adalah risiko yang tidak diketahui dan mungkin menyesal itu sudah tidak boleh digunapakai . apa yang ada hanyalah berusaha dan berdoa .


Salah satu perkara yang membuat hati tersenyum sendiri bila orang orang yang kita sayang seperti semakin dekat dengan kita . dekat sampai kita rasa nak simpan dea ketat ketat dalam hati dan taknak bagi keluar . dan penyakit sakit hati boleh dirawat dengan mengeluarkan orang orang yang tidak patot disimpan ketat ketat dalam hati . biarkan dea pergi perlahan lahan . dan kita akan rasa senang dan kemudian tersenyum sendiri bila teringat suatu masa dulu kita pernah menjadi seperti manusia bodoh yang tidak punya harga diri  . nampak halus kata kata ini . tapi maksud yang tersirat seperti sebilah mata pedang yang boleh menembus masuk ke jantung musuh di medan perang . lalu berhenti berdegup . sekian . nampak macam saya bermadah kan . tapi ini yang terbuku . dan kalau dibiarkan boleh menjadi sebuah ensiklopedia . :p


Saya amek gambar dea . bila selalu dengan dea , saya rasa dea seperti saya .

Dea amek gambar saya . dea memang sengaja dengki taknak amek muka saya .

Akhirnya . cikmin macarons .

Teruja bila melihat ini . kiut . warna warni sampai rasa sayang nak makan . tapi manis YaRabbi . . . . 



Selamat berpuasa kawan kawan .


Hati seperti melonjak lonjak bila Ramadhan tiba .


Satu rasa yang sukar diungkapkan .


:)


Friday, July 22, 2011

  kami hebat !



Saya jumpa dea lagi .


Saya rasa banyak kali saya jumpa dea .


Nanti saya jumpa dea lagi .


Tinggal sebulan .


Saya rasa dah mula sedih untuk balik ke bumi kenyalang .


4 bulan yang macam 4 hari .


Saturday, June 25, 2011

  tergores bagai lukisan



Bila pagi pagi Uncle Bun bertanya :
Kenapa muka kamu pagi pagi sudah suram ? ada apa yang tak kena ?

Lalu saya menjawab :
Takde apa . kemudian senyum tanda memang benar tiada apa apa .

Kembali berfikir :
Saya bersyukur masih ada orang yang memerhatikan saya di pagi hari melihat raut wajah saya . saya bersyukur masih ada orang yang bertanyakan keadaan saya walaupun saya tidak menjawab . saya bersyukur masih ada orang yang memikirkan tentang saya walaupun jaoh di sudut hati saya rasa berdosa membuat mereka risau akan saya . tapi jika suatu hari nanti tiada lagi orang yang memerhatikan saya . tiada lagi orang yang bertanyakan keadaan saya . tiada lagi orang yang memikirkan tentang diri saya . saya hanya meminta . semoga Allah mendengar permintaan saya untuk mereka agar mereka bahagia di alam sana .  




 p / s : omaigod ! kenapa saya rasa sedih membaca blog sendiri ? oh ! kemon la . syok sendiri ni namanya . :p

Saturday, June 11, 2011

  terima kaseh daun keladi

Saat saat terakhir bersama si peminat .




Peminat saya comey macam saya kan ?
*sambil juling mata*


Tapi gedik dea lebih dari saya .


Tapi saya tetap saaaayang dea .


Sudah berada di rumah Uncle Bun & MakPah yang heaven .


Macam macam mereka tanya .


Macam saya pergi bercuti di rumah artisssss !


Padahal saya la artis itu . :p


Terima kaseh azrinda bunaim dengan layanan baek kamu .


LUV U !
*maluuuu*


Har . har . har . 


Wednesday, June 08, 2011

  hidup seorang perempuan

Wah ! rasa macam semakin malas nak update blog .


Mungkin ada penyakit dah tak reti nak cerita cerita .


Tapi lebih reti termenung dan berkata kata dalam hati .


Ceeewah ! 


Bukan . bukan .


Sebenarnya sibuk dengan seseorang .


Biasala hidup seorang perempuan yang diminati .
*ayat mintak kaki*


Har . har . har .


Siapa lagi la nak dengan saya kalau bukan dea .


Itupun kadang kadang dea taknak dengan saya .


Mungkin saya ni pembuli yang tegar agaknya .


Bila nak jadi penyayang pun taktaula .


Bukannya saya tak penyayang .


Tapi kaseh sayang saya memang ditunjuk dengan cara ganas atau erti kata laennya macam seorang pembuli . :p


Tapi kalau dea nanges saya yang pujuk tau .


Yang peliknya dea lagi hebat .


Susah jugak nak buli .


Sekali dea cakap " mana ada ".*gaya annoying* 


Huh . terus saya senyap . zip mulut .


Bukan kalah . . . . 


Tapi mengalah . . . .


Tengok jela dea di bawah ni .


Dah nampak sangat gediknya .


Gangster pun ye jugak .


Entah genetik dari mana pun taktau .


 Ucu . . . . amek gamba .
Ucu . . . . amek gamba lagi . . . . 
Ucu . . . . amek lagila . . . . 


Ini semua baru sekali capture .


Naseb baek hp saya dah gila .


Kalau tak ponat jugok den nak melayan dea amek gambo .


Eh . eh .


Tapi saya suka bila dea nyanyi lagu :

wak . wak . wakkk . . . .
izzah raja lawakkk .
wak . wak . wakkkk . . . .
ucu raja lawakkk .


KAH . KAH . KAH .


Boleh tuju lagu ?


J A M B U memang idola saya .
*tetiba*



Wednesday, June 01, 2011

  here we go

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Ehem . ehem . taknak cerita banyak . tapi saya rasa saya ada banyak cerita . banyak sangat . tapi gambar tak banyak . ok . cakap dah putar belit . trip langkawi yang 80 % sangat best ! dan 20 % best je . gagagaga ~ ~ ~ yang tak best itu semestinya kaki saya bengkak lagi selepas pulang dari langkawi ! mengalahkan MakPah tau . MakPah yang dah veteran pun kaki tak bengkak . tapi kaki saya over nak bengkak bengkak . kaki manja ! :p trip kali ini saya harus cerita lebih detail sebab bercuti dengan warga warga veteran yang kau hingat senang nak masuk dengan warga ibu ibu ni ? ? ? tapi diorang semua memang best ! lagi havoc dan kuat ketawa . kah . kah . kah . cayalah makcik ! ngeh ~


Seriously semua tempat yang ada di langkawi memang best ! tapi yang saya perasan . percutian kali ini saya asek naek bas . feri . boat . tengok laut . tengok sunset . tengok alam . memang jiwa romantika d amor . saya memang penchenta alam . tak suka la pergi soping soping complex lagi .*muka annoying* tak rasa aman . tengok alam lagi tenang . tenteram jiwa . serius tak tipu . har . har . har . tapi yang mengejutkan bila MakPah lagi suka pergi bersoping . sikit sikit pinggan mangkuk . sikit sikit kristal . sikit sikit gamat . setia teman MakPah beli pinggan mangkuk punya pasal sampai saya tidak sempat untuk pergi ke Dataran Helang untuk mengambil gambar  . omaigod ! fening tau layan MakPah soping . tapi sebab dapat upah satu beg besar segala jenis cekelet idaman . saya terus zip mulut ! terus pasang konkrit kat kaki bagi kuat berjalan untuk layan MakPah soping . har . har . har . tapi kan ibu ibu ni lagi kuat bersoping dari anak anak dara seperti saya rupanya . mungkin belum tiba masanya saya nak berminat dengan pinggan mangkuk segala bagai .*sambil mata juling*


Oleh kerana asek cakap best . saya pun nak jakun jakun cerita pada kamu benda yang tak pernah saya buat . dan bila buat saya agak teruja walaupun ada sikit sikit ah ! saya memang jakun rupanya . pertama kali masuk ke dalam gua kelawar dan tengok cara kelawar tidur . ekzotik ! ni je word yang mampu saya ungkapkan . har . har . har . pertama kali juga melihat burung helang dan memberi ikan pari besar makan . geli geli geleman . eeeeeey ! hiks . dan pertama kali saya naek cable car dengan MakPah . kalau dulu masa naek cable car di genting dengan beshfrend yang sudah semestinya muda . tapi kali ini dengan MakPah yang otai . seriously MakPah memang otai . cable car di langkawi agak panjang dan semakin lama semakin tinggi mencuram . over tak saya jerit jerit dalam cable car bila cable car semakin naek meninggi ? MakPah relax je . diam sambil boleh tengok tengok bawah lagi . saya yang beria pegang tangan beliau . dahla pegang tangan . jerit jerit pulak tu . sampai MakPah cakap telinga beliau pekak sebab dengar saya jerit . kah . kah . kah . memalukan sungguh !*sambil tutup muka* demmm ! baru saya sedar yang saya sebenarnya takot pada ketinggian . dan MakPah dengan wajah berlagak ajak saya pergi naek cable car lagi . ommaa ! harusla saya berpikir 100 kali untuk naek lagi . tapi MakPah takot naek boat . saya berani !*muka berlagak* :p 


Sekali lagi saya tulis . pulau langkawi memang best ! kamu kamu boleh pergi ke sana . tapi bawak duet harus banyak banyak sebab barang di sana murah . tak tipu ! handbag murah ! perfume murah ! cekelet murah ! pinggan mangkuk murah ! segalanya murah ! datangla beramai ramai ke pulau langkawi . kamu pasti gembira dan tersenyum lebar selepas pulang dari langkawi . har . har . har . over ! saya takde dapat royalty dari mana mana ok . tapi kegembiraan itu harus dikongsi bersama . saya gembira . kamu pun harus rasa apa yang gembira di langkawi itu . ceeewah ! poyo sangat . dah . dah . jom tengok gambar yang ditelan mati mak . diluah mati bapak . har . har . har . gambar tak banyak sebab bateri hp asek kong ! ok . fine . esok saya pergi beli kamera nikon ! :p 


Makam Mahsuri .

MakPah di depan Makam Mahsuri .

Rumah Mahsuri .

Mahsuri . eh . eh . bukan ! saya azriyani bunaim di Gua Kelawar .

Cuba cari batu berbentuk muka baby pandangan dari tepi di muara sungai itu . hi . hi . hi .

Yang kecil itu Pulau Kasut . memang pulau itu bentuk seperti kasut ! tak tipu .

Makcik otai yang suka bagi makan ikan .

Anak MakPah otai yang bajet perkasa bila dah berjaya naek cable car walaupun jerit jerit . :p

Sunset yang chantek dilihat dari atas Bukit Mat Jinjang . 




Last but not least .


Anak MakPah otai yang driver bas sibuk nak ngorat . har . har . har . geli sungguh caption gambar ! eerrkkk ! ! ! ! ini Pantai Cenang . tempat kami menginap . 



Sekian . 


Laporan percutian dari azriyani bunaim di Pulau Langkawi .


Lepas ini dah takde percutian .


Harus mencari kerja cuci pinggan di kedai kedai supaya boleh cover duet yang sudah habes .


Tapi macam bakal ada je percutian lagi . 


Duet pun semakin habes . 


*pengsan*


Wednesday, May 25, 2011

  nice to read. nice to remember. nice kerrr?nice.nice.nice.

Hai kawan kawan . . . . 


Bertemu kita kembali dalam blog azriyani bunaim ! ! ! !


Pertama . macam banyak benda saya nak cerita . banyak sangat .*muka beria* berebut rebut cerita dari kepala saya nak keluar . omaigod ! har . har . har . tapi kamu rindu saya tak ? cakap rindu dulu baru saya cerita semuanya . cepat cakap !*gaya paksa* ok . fine . saya pun rindu kamu jugak .*gaya suwit* har . har . har . seminggu saya meninggalkan blog . dan tiba tiba malam tadi account email dan blog saya buat hal . tapi naseb baek hari ini dea kembali normal . mungkin selepas menukar password . huk . huk . huk .


Kedua . perjalanan pergi dan pulang saya ke brunei dan sabah Alhamdulillah selamat . tapi inilah pengalaman perjalanan paling lama dan jaoh pernah saya lalui . 8 kali imigresen kau nak kena lalu untuk sampai sabah ! sampai dah naek busan asek turun naek bas nak tunjuk muka pada pegawai imigresen . itu baru imigresen . duduk dalam bas selama satu hari setengah sampai segala benda jadi sakit belum kira lagi . boleh masuk Malaysian Book of Record tau . dan yang paling menakotkan bila sampai saja di U kaki saya menjadi bengkak seperti kaki gajah ! besar punyaaaaaa ! har . har . har . hampir pengsan juga melihat kaki sendiri . lagi takot bila susah nak berjalan . tapi Alhamdulillah sudah semakin surut dan menjadi kaki kura kura kembali . alahai keciknya kaki awak . . . . :p but everything is fun . tapi kalau ada jelajah mana mana lagi kita naek flight jela ok . jimat masa . ngeh ~ entah gaya mana pula saya nak naek bas pergi langkawi sabtu nanti . harus tunjuk gagah perkasa di depan MakPah . kalau tak habes la kena ejek perempuan yang lembik dan tak tahan lasak . oh ! tidak ! harus dijaohi kata kata hinaan itu . 


Ketiga . saya rasa saya dah menipu kamu sebab macam takde pulak cerita yang nak dicerita . hiks . mungkin sudah lama tidak menulis . jadi kaku membeku . tangan terkelu . har . har . har . perosak bahasa sungguh ! kita tengok gambar banyak banyak jela ok . tapi takdela banyak sangat pun . maklumla kamera hp yang macam tak ikhlas je nak capture gamba saya . menci tau ! sangat berharap mudah mudahan adela orang bagi hadiah kamera bulan 7 nanti . kah . kah . kah . ayat macam meminta minta . tak baek tau ! aish . . . . susunan gambar agak huru hara sebab saya sendiri sudah tidak berapa nak ingat nama tempat tempat yang dilawati . sungguh takde nilai pemandu pelancong langsung ! ah ! yang penting saya ingat saya asek tengok laut dan yang paling terharu saya dapat tengok sunset di tepi laut tanpa disengajakan . acaner tu ?*sambil mata juling*


Curtin University , Miri , Sarawak .

View Curtin University yang seriously chantek . lagi bertambah chantek bila ada perempuan berdiri di situ . :p

Luak Bay , Miri . Sarawak .

Muzium Brunei Darussalam .

Pulau Mamutik , Sabah .

Budak perempuan dua orang itu snorkling beb . . . . saya ? tido di tepi pantai . har . har . har . gara gara ngantok makan ubat mabuk . terus jadi mabuk tido !

Oh ! pulau yang chantek ! 

Ikan ikan yang manja tapi tak gedik .

Boat yang kami naek untuk pergi ke pulau . adela rasa terumbang ambing selama 15 minit . tapi pakcik yang bawak boat memang sporting . cayala pakcik ! nanti saya datang bulan madu kat sini lagi ok . blurp ~

Perempuan bajet hot ! orang laen snorkling bukan maen . dea boleh slumber tido takde perasaan teruja nak mandi langsung ! 

Kota Kinabalu , Sabah . muka ngantok ! mata besar bola pun boleh jadi sekecil mata pen ! eerrkkk ! ! ! hiperbola yang terlampau .

Mereka yang sentiasa bersama saya sepanjang jelajah U . dan perempuan perempuan ini yang selalu lambat bila time nak gather . :p 

Muzium & Akuarium UMS , Sabah .


Last but not least .


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


Harap sangat kamu jangan jeles atau rasa nak muntah ye .


Pleaseeee jangan muntah .
*sambil mata kelip kelip*


HAK . HAK . HAK .


Huduh sungguh hasil tangan saya . nampak sangat tak berseni . seni halus dalam hati je ada . ceewah ! menyampah !



Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kami lawati . muzium sabah . heritage village . pulau manukan . tapi memandangkan hp saya yang terlalu canggih sampai bateri asek cepat kong . maka ini sajalah hasil gambar yang berjaya saya tangkap . yang penting . pengalaman yang saya perolehi . betul tak kawan kawan ? :p selepas ini pengalaman naek bas pergi ke langkawi bersama MakPah pulak . macam lagi seronok sebab MakPah ada banyak wangnya . har . har . har . boleh beli coklat sampai tangan lebam nak angkat barang . eh . eh . lupa . saya sudah berada di rumah Uncle Bun dan MakPah yang heaven . dah dua hari makan asam pedas yang fuh ! inilah nikmat sebenar air tangan seorang ibu . eceh ! air tangan seorang anak belum nak datang mood lagi . tengokla sebulan dua lagi . ;)



Senyum .


Tak perlu kata apa apa .


Senyum !


:)