Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Wednesday, June 01, 2011

  here we go

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Ehem . ehem . taknak cerita banyak . tapi saya rasa saya ada banyak cerita . banyak sangat . tapi gambar tak banyak . ok . cakap dah putar belit . trip langkawi yang 80 % sangat best ! dan 20 % best je . gagagaga ~ ~ ~ yang tak best itu semestinya kaki saya bengkak lagi selepas pulang dari langkawi ! mengalahkan MakPah tau . MakPah yang dah veteran pun kaki tak bengkak . tapi kaki saya over nak bengkak bengkak . kaki manja ! :p trip kali ini saya harus cerita lebih detail sebab bercuti dengan warga warga veteran yang kau hingat senang nak masuk dengan warga ibu ibu ni ? ? ? tapi diorang semua memang best ! lagi havoc dan kuat ketawa . kah . kah . kah . cayalah makcik ! ngeh ~


Seriously semua tempat yang ada di langkawi memang best ! tapi yang saya perasan . percutian kali ini saya asek naek bas . feri . boat . tengok laut . tengok sunset . tengok alam . memang jiwa romantika d amor . saya memang penchenta alam . tak suka la pergi soping soping complex lagi .*muka annoying* tak rasa aman . tengok alam lagi tenang . tenteram jiwa . serius tak tipu . har . har . har . tapi yang mengejutkan bila MakPah lagi suka pergi bersoping . sikit sikit pinggan mangkuk . sikit sikit kristal . sikit sikit gamat . setia teman MakPah beli pinggan mangkuk punya pasal sampai saya tidak sempat untuk pergi ke Dataran Helang untuk mengambil gambar  . omaigod ! fening tau layan MakPah soping . tapi sebab dapat upah satu beg besar segala jenis cekelet idaman . saya terus zip mulut ! terus pasang konkrit kat kaki bagi kuat berjalan untuk layan MakPah soping . har . har . har . tapi kan ibu ibu ni lagi kuat bersoping dari anak anak dara seperti saya rupanya . mungkin belum tiba masanya saya nak berminat dengan pinggan mangkuk segala bagai .*sambil mata juling*


Oleh kerana asek cakap best . saya pun nak jakun jakun cerita pada kamu benda yang tak pernah saya buat . dan bila buat saya agak teruja walaupun ada sikit sikit ah ! saya memang jakun rupanya . pertama kali masuk ke dalam gua kelawar dan tengok cara kelawar tidur . ekzotik ! ni je word yang mampu saya ungkapkan . har . har . har . pertama kali juga melihat burung helang dan memberi ikan pari besar makan . geli geli geleman . eeeeeey ! hiks . dan pertama kali saya naek cable car dengan MakPah . kalau dulu masa naek cable car di genting dengan beshfrend yang sudah semestinya muda . tapi kali ini dengan MakPah yang otai . seriously MakPah memang otai . cable car di langkawi agak panjang dan semakin lama semakin tinggi mencuram . over tak saya jerit jerit dalam cable car bila cable car semakin naek meninggi ? MakPah relax je . diam sambil boleh tengok tengok bawah lagi . saya yang beria pegang tangan beliau . dahla pegang tangan . jerit jerit pulak tu . sampai MakPah cakap telinga beliau pekak sebab dengar saya jerit . kah . kah . kah . memalukan sungguh !*sambil tutup muka* demmm ! baru saya sedar yang saya sebenarnya takot pada ketinggian . dan MakPah dengan wajah berlagak ajak saya pergi naek cable car lagi . ommaa ! harusla saya berpikir 100 kali untuk naek lagi . tapi MakPah takot naek boat . saya berani !*muka berlagak* :p 


Sekali lagi saya tulis . pulau langkawi memang best ! kamu kamu boleh pergi ke sana . tapi bawak duet harus banyak banyak sebab barang di sana murah . tak tipu ! handbag murah ! perfume murah ! cekelet murah ! pinggan mangkuk murah ! segalanya murah ! datangla beramai ramai ke pulau langkawi . kamu pasti gembira dan tersenyum lebar selepas pulang dari langkawi . har . har . har . over ! saya takde dapat royalty dari mana mana ok . tapi kegembiraan itu harus dikongsi bersama . saya gembira . kamu pun harus rasa apa yang gembira di langkawi itu . ceeewah ! poyo sangat . dah . dah . jom tengok gambar yang ditelan mati mak . diluah mati bapak . har . har . har . gambar tak banyak sebab bateri hp asek kong ! ok . fine . esok saya pergi beli kamera nikon ! :p 


Makam Mahsuri .

MakPah di depan Makam Mahsuri .

Rumah Mahsuri .

Mahsuri . eh . eh . bukan ! saya azriyani bunaim di Gua Kelawar .

Cuba cari batu berbentuk muka baby pandangan dari tepi di muara sungai itu . hi . hi . hi .

Yang kecil itu Pulau Kasut . memang pulau itu bentuk seperti kasut ! tak tipu .

Makcik otai yang suka bagi makan ikan .

Anak MakPah otai yang bajet perkasa bila dah berjaya naek cable car walaupun jerit jerit . :p

Sunset yang chantek dilihat dari atas Bukit Mat Jinjang . 




Last but not least .


Anak MakPah otai yang driver bas sibuk nak ngorat . har . har . har . geli sungguh caption gambar ! eerrkkk ! ! ! ! ini Pantai Cenang . tempat kami menginap . 



Sekian . 


Laporan percutian dari azriyani bunaim di Pulau Langkawi .


Lepas ini dah takde percutian .


Harus mencari kerja cuci pinggan di kedai kedai supaya boleh cover duet yang sudah habes .


Tapi macam bakal ada je percutian lagi . 


Duet pun semakin habes . 


*pengsan*


Wednesday, May 25, 2011

  nice to read. nice to remember. nice kerrr?nice.nice.nice.

Hai kawan kawan . . . . 


Bertemu kita kembali dalam blog azriyani bunaim ! ! ! !


Pertama . macam banyak benda saya nak cerita . banyak sangat .*muka beria* berebut rebut cerita dari kepala saya nak keluar . omaigod ! har . har . har . tapi kamu rindu saya tak ? cakap rindu dulu baru saya cerita semuanya . cepat cakap !*gaya paksa* ok . fine . saya pun rindu kamu jugak .*gaya suwit* har . har . har . seminggu saya meninggalkan blog . dan tiba tiba malam tadi account email dan blog saya buat hal . tapi naseb baek hari ini dea kembali normal . mungkin selepas menukar password . huk . huk . huk .


Kedua . perjalanan pergi dan pulang saya ke brunei dan sabah Alhamdulillah selamat . tapi inilah pengalaman perjalanan paling lama dan jaoh pernah saya lalui . 8 kali imigresen kau nak kena lalu untuk sampai sabah ! sampai dah naek busan asek turun naek bas nak tunjuk muka pada pegawai imigresen . itu baru imigresen . duduk dalam bas selama satu hari setengah sampai segala benda jadi sakit belum kira lagi . boleh masuk Malaysian Book of Record tau . dan yang paling menakotkan bila sampai saja di U kaki saya menjadi bengkak seperti kaki gajah ! besar punyaaaaaa ! har . har . har . hampir pengsan juga melihat kaki sendiri . lagi takot bila susah nak berjalan . tapi Alhamdulillah sudah semakin surut dan menjadi kaki kura kura kembali . alahai keciknya kaki awak . . . . :p but everything is fun . tapi kalau ada jelajah mana mana lagi kita naek flight jela ok . jimat masa . ngeh ~ entah gaya mana pula saya nak naek bas pergi langkawi sabtu nanti . harus tunjuk gagah perkasa di depan MakPah . kalau tak habes la kena ejek perempuan yang lembik dan tak tahan lasak . oh ! tidak ! harus dijaohi kata kata hinaan itu . 


Ketiga . saya rasa saya dah menipu kamu sebab macam takde pulak cerita yang nak dicerita . hiks . mungkin sudah lama tidak menulis . jadi kaku membeku . tangan terkelu . har . har . har . perosak bahasa sungguh ! kita tengok gambar banyak banyak jela ok . tapi takdela banyak sangat pun . maklumla kamera hp yang macam tak ikhlas je nak capture gamba saya . menci tau ! sangat berharap mudah mudahan adela orang bagi hadiah kamera bulan 7 nanti . kah . kah . kah . ayat macam meminta minta . tak baek tau ! aish . . . . susunan gambar agak huru hara sebab saya sendiri sudah tidak berapa nak ingat nama tempat tempat yang dilawati . sungguh takde nilai pemandu pelancong langsung ! ah ! yang penting saya ingat saya asek tengok laut dan yang paling terharu saya dapat tengok sunset di tepi laut tanpa disengajakan . acaner tu ?*sambil mata juling*


Curtin University , Miri , Sarawak .

View Curtin University yang seriously chantek . lagi bertambah chantek bila ada perempuan berdiri di situ . :p

Luak Bay , Miri . Sarawak .

Muzium Brunei Darussalam .

Pulau Mamutik , Sabah .

Budak perempuan dua orang itu snorkling beb . . . . saya ? tido di tepi pantai . har . har . har . gara gara ngantok makan ubat mabuk . terus jadi mabuk tido !

Oh ! pulau yang chantek ! 

Ikan ikan yang manja tapi tak gedik .

Boat yang kami naek untuk pergi ke pulau . adela rasa terumbang ambing selama 15 minit . tapi pakcik yang bawak boat memang sporting . cayala pakcik ! nanti saya datang bulan madu kat sini lagi ok . blurp ~

Perempuan bajet hot ! orang laen snorkling bukan maen . dea boleh slumber tido takde perasaan teruja nak mandi langsung ! 

Kota Kinabalu , Sabah . muka ngantok ! mata besar bola pun boleh jadi sekecil mata pen ! eerrkkk ! ! ! hiperbola yang terlampau .

Mereka yang sentiasa bersama saya sepanjang jelajah U . dan perempuan perempuan ini yang selalu lambat bila time nak gather . :p 

Muzium & Akuarium UMS , Sabah .


Last but not least .


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


: : : : : : : : : : : : :


Harap sangat kamu jangan jeles atau rasa nak muntah ye .


Pleaseeee jangan muntah .
*sambil mata kelip kelip*


HAK . HAK . HAK .


Huduh sungguh hasil tangan saya . nampak sangat tak berseni . seni halus dalam hati je ada . ceewah ! menyampah !



Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kami lawati . muzium sabah . heritage village . pulau manukan . tapi memandangkan hp saya yang terlalu canggih sampai bateri asek cepat kong . maka ini sajalah hasil gambar yang berjaya saya tangkap . yang penting . pengalaman yang saya perolehi . betul tak kawan kawan ? :p selepas ini pengalaman naek bas pergi ke langkawi bersama MakPah pulak . macam lagi seronok sebab MakPah ada banyak wangnya . har . har . har . boleh beli coklat sampai tangan lebam nak angkat barang . eh . eh . lupa . saya sudah berada di rumah Uncle Bun dan MakPah yang heaven . dah dua hari makan asam pedas yang fuh ! inilah nikmat sebenar air tangan seorang ibu . eceh ! air tangan seorang anak belum nak datang mood lagi . tengokla sebulan dua lagi . ;)



Senyum .


Tak perlu kata apa apa .


Senyum !


:)