Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

  pekerjaan

Ini kerja seorang perempuan yang bergelar anak .




Dan kerja seorang ayah ialah selalu mengatakan anaknya hebat .  




Saya tak hebat .


Tapi saya perkasa .


Perkasa di mata Uncle Bun dan MakPah . 


Noktah .


Tuesday, July 12, 2011

  saya berkata :



Fitrah hidup . lelaki memerlukan perempuan . perempuan memerlukan lelaki . tapi hanya keadaan yang membezakan . sama ada kita sudah bersedia berkongsi segalanya . atau masih ingin menyediakan diri supaya bersedia untuk berkongsi . bila kata sudah dipersetujui . maka . gerbang perkahwinan la yang dituju . permulaan untuk satu perubahan hidup . dari satu menjadi dua . dari seorang menjadi dua orang . dan dari dua orang mungkin akan menjadi tiga , empat , lima dan seterusnya . dan bermulalah . tugas sebagai pemimpin dan pembimbing . pemimpin kepada keluarga . pembimbing kepada anak anak . dan sini bermulalah cabaran hidup yang kadang kadang buat manusia itu tewas dan mula merasakan keindahan yang dulunya didambakan selama lamanya . tapi hampir pudar akibat tiada lagi persefahaman atau kunun kununnya tiada lagi keserasian . oh ! sungguh sedih jika ini berlaku . eh . eh . kenapa la entry saya berbunyi seperti ini ? rasa kelakar . tapi inilah hakikatnya . 


Bila lelaki begitu serius ingin menjadikan seorang perempuan itu sebagai cikgu kepada bakal anak anaknya  . adakah ini suatu yang menggembirakan untuk perempuan itu ? atau menjadi suatu beban yang membuatkan perempuan itu takot lalu melarikan diri ? persoalan tergantung di sini . demmm ! saya rasa nak ketawa guling guling bila baca entry ini balik . nak delete rasa macam penat je taip dari tadi . mungkin saya rasa cool bila baca entry ini . blurp . blurp . blurp . har . har . har .


Masak kuew teow goreng pun lagi senang dari nak jawab soalan pasal kawen . mencik !





 p / s : MakPah cakap kuew teow saya sedap . ok . fine . ayat mengolok sebab saya dah lama tak memasak . nampak sangat saya rajin kan . rajin berjalan !


Wednesday, November 17, 2010

  maaakkkk ! ! ! !

Tika takbir raya berkumandang di sekitar kolej bunga kebangsaan . saat sedang memasak di dapur . ehem . ehem . kamu . ya . . . . kamu yang sedang baca blog ini . nak pinjam bahu sekejap boleh ? pinjam la kejap . . . . huuuaaarrrggghhhh ! ! ! ! sob . sob . sob . ok . da . terima kaseh . T____T


Termenung sambil teringat keadaan di rumah . apalah yang sedang dibuat oleh MakPah tika ini . mungkin sedang bergurau senda sambil memasak bersama Uncle Bun di dapur . har . har . har . gila kau . MakPah itu fokus orangnya . fokus sehingga semua orang takot . >.<


Kebiasaanya di malam raya begini kedudukan saya adalah di dapur . sambil memegang senduk . memegang kuali . memegang periuk . atau memegang apa saja yang boleh dipegang . dan semestinya keadaan saya ketika ini tidaklah sejelita seperti sedang menaip membuat entry ini . masih jelita . tapi jelita ala ala bibik yang bajunya ada comot coreng sambal . comot coreng kunyit . comot coreng minyak . dan muka usah dicakap . huh ! bibik pun lagi jelita . huk . huk . huk .


Tetapi malam ini sudah menjadi luar biasa . hanya duduk di dalam bilik . berpakaian bersih . jelita ada sikit . sambil jari jemari menekan papan kekunci . memegang tetikus . memegang buku . buku ? ? ? memang fitnah diri sendiri . ada pulak malam raya pegang buku . memang gigih itu orang . he . he . he .


Eeerrkkkk ! ! ! blurp . blurp . blurp . Alhamdulillah . . . . kenyang perut . terpujuk hati . tiba tiba mau bongkak sama kamu . saya bukan saja jelita . tetapi . sudah pandai mengambil hati mak mertua . hati mak mertua mana saya nak ambil ? hanya Allah yang menentukan . hik . hik . hik . ada bunyi gatal dan miang di situ . tanpa melengah lengahkan masa . sila la . sila la isikan perut kamu itu dengan meneliti dan menikmati gambar gambar di bawah ini . ;) 


Kepada sahabat sahabat yang sedang beraya di rumah tika ini . kamu dilarang berkata apa apa . diam ! jangan berani kamu bongkak akan makanan di rumah kamu itu berbanding makanan di bawah ini . ada malam raya kamu makan cekodok pisang ? ? ? ada kamu makan tomyam ? apa motip masak cekodok pisang di malam raya pun saya taktau la . oleh kerana saya chef terhormat . maka . semua orang dipaksa makan cekodok pisang yang mudah dan cepat untuk dibuat . nak demand ? kamu balik rumah sekarang . emo ni . emo ni . :p


tomyam nyam . nyam . nyam . . . . 

yummy . yummy . yummy .

blurp . blurp . blurp

oh ! walaupun rupanya hitam . tetapi ia sangat manis dan sedap dimakan tanpa sos ! har . har . har . 



dan akhir sekali 


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


S A L A M  A I D I L A D H A 

buat kawan kawan di seluruh pelusuk tanah air . 
macam artis bagi ucapan hari raya . 

dari penulis blog yang jelita lagi hebat memasak . terpaksala kamu kena tahan muntah bila baca blog ni . :p



hamek kau besar aku tepek gambar kat entry ni . 



muzik latar : takbir yang berkumandang sayup sayup kedengaran dari luar jendela . 



notakakiberbululebat : entry ini ditaip pada jam 9.00 malam . tetapi oleh kerana wifi itu terlalu laju sampai saya tidak larat untuk kejar . maka . terpaksala ia dipost agak lambat kerana time time begini wifi itu dapat dikejar oleh lappy saya . maklumla . . . . broadband kena block kan  . . . . hu . hu . hu .

Wednesday, June 09, 2010

  NIANG RAPU!


Hihihihihihi......(kunun2 bunyi hantu). ada plak kan tiba-tiba hantu tulis blog. aku la hantu tersebut sebab aku yang tulis blog ni. hukhukhuk....suka kamu ea.....sepertinya tiada mood mau menulis. tiada mood mau bercerita. mood sudah hilang sejak 2,3 hari ini. apehal??? mungkin disebabkan hormon-hormon yang bergelodak untuk bersedia menjadi dewasa kerana tinggal beberapa minggu lagi umur akan mencecah 23 tahun! 23??? macam banyak gitu nombor ini. adeh! 23....sweet number or just an ordinary number? jenis apakah soklan saya ini??? sudah semakin dewasa.....& memerlukan beberapa target untuk dicapai agar hidup ini lebih teratur & bererti...cecece~~~

Oleh kerana sudah tidak mahu merapu terlau banyak.....silala nikmati gambar enak ada nasi ayam dalam blog ini. tolongla percaya nasi ayam ini adalah hasil tangan suka korek taik hidung iaitu azriyani bunaim! saya memang suka sekeleh-sekeleh. taik hidung sedap kot. masin.....:p rasa lebih kurang masin2 sup ayam nasi ayam! hahaha.....kamu geli nak makan nasi ayam selepas ini? ada saya kesahhh??? lalalala~~~tiba-tiba teringat air coke. sudah geli mau minum coke selepas menonton Lagenda Budak Setannnnnn!!!!! serius macam setan cerita tersebut. lizard coke! eeerrrrkkk!!!! mungkin ada hikmah aku menonton cerita tersebut. jikalau tidak.....coke menjadi pujaan hatiku. & mungkin bakal mewarisi penyakit keturunan MakPah juga. ish! tobat3.....kurangkan manis.....lebihkan senyuman manis.....yeahhhh!!!!;)(macam besh je trademark ni)

memang sengaja besarkan gambar. serius lazat nasi ayam ini. 
kadang2 kita perlu memuji diri sendiri agar semangat itu terus kekal....
semangat apa? semangat untuk rajin memasak! ahaks!






keponakbagitau : MakPah ada di sebelah saya tika blog ini diupdate. MakPah teruja melihat gambar nasi ayam di atas. beliau berpuasa hari ini. terliur melihat nasi ayam ini. MakPah oh MakPah.....sekejap lagi buka puasa ye MakPah....kihkihkih....





Wednesday, June 02, 2010

  TERUJA!!!!


Hari ini hari rabu. hari ini sudah 2jun. pejam celik pejam celik mungkin sudah sampai 4julai. hehehe....saya masih mencari sesuatu yang saya inginkan. adakah saya berjaya??? usaha tangga kejayaan! hard to get hard to forget. ahaks! malam tadi saya amat teruja kerana saya telah berjaya membuat kek cekelet moist tanpa tunjuk ajar dari MakPah. wow! MakPah juga turut teruja pagi tadi melihat hasil kek yang dibuat oleh tangan saya yang xbedung ni. huhuhu.....kalau kakanda gedik saya melihat hasil kek saya....mesti beliau sudah tidak akan mengolok saya lagi (gaya penuh bongkak) hahaha....hasil terujaan tersebut telah menyebabkan MakPah semakin gedik nak saya buat macam2 jenis kek lagi. addoooiii.....saya malas ok. malas nak kemas sebenarnya. buat je boleh. tapi nak kemas....adeh! atas permintaan MakPah....beliau nak saya buat kek marble pulek. saya amat tidak suka kek tersebut tetapi layan jela.....zaaaassss!!!! MakPah siap suruh beshfwend saya yang sedang kemaruk nak belajar buat kek & biskut datang ke rumah saya belajar bersama2 membuat kek. teruja sahabat saya itu bilamana saya menjemput beliau datang ke rumah saya nanti belajar membuat kek bersama2 MakPah. yeaahhh!!!! 

Cuti kali ini saya rasa lebih bermakna sebab dapat buat macam2 benda walaupun kadang2 saya rasa sedikit letih. letih meronggeng! segala impian yang ingin dicapai semasa cuti telah berjaya dilaksanakan. cuma lesen D saja tidak dapat disempurnakan. haaiiihhh.....baki sebulan cuti ini aktiviti yang akan dilakukan adalah hanya duduk di rumah & belajar segala ilmu sebagai seorang gadis yang serba boleh. ahaks! lagipun tinggal sebulan saja saya mahu menghabiskan masa bersama MakPah & Uncle Bun. selagi mereka ada bersama saya....selagi itu saya akan menghargai mereka kerana hanya mereka yang sentiasa bersama saya tidak kira susah atau senang, suka atau duka. aish......emo sudah datang.....tiba2 teringat tentang sesuatu (sambil mata berkelip2) hehehe....

sebelum

selepas

sesudah siap! yummy3....

kek saya setanding kek di pizzahut! beshfwend saya cakap. bukan saya....:p
penyakit perasan saya memang sukar diubati. hahaha....


tengok eskim tetiba teringat baskin robin.....tetiba teringat gak bating bongok saya itu. giler sengal saya ini. sanggup pakai luv seperti kanak2 riang sepanjang perjalanan dari naek kabel car hinggalah sampai ke kereta masa di genting tempoh hari. nasib baek xramai orang. tapi malula gak sebab orang tengok saya seperti budak terencat xcukup didikan! caner mau jadi jelita kalau perangai pelik2 xcukup ayu......hukhukhuk....gara2 bating dengan si penipu punya budak yang bernama long.......kang! baskin robin hanya dalam recycle bin kepala hotak aku je....sob3~~~

giler huduh aku tengok muka aku sendiri dengan keadaan begini sepanjang perjalanan. haaiiihhh.....
insaf3....