Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Sunday, November 06, 2011

  meriah

Hari ini hari raya . tapi bukan hari raya yang begitu meriah seperti aidilfitri . tapi hari ini tiba tiba menjadi meriah disebabkan beberapa faktor . bila saja disebut faktor . makanya ia adalah sesuatu yang betul betul menjadi penyebab . penyebab kepada kemeriahan . begitu scientifiknya penulisan saya .:p meriah dengan makanan . meriah dengan riuh rendah suara setiap ahli keluarga . meriah dengan suara tv . dan meriah dengan suara MakPah dan Uncle Bun yang kecoh dengan daging korban yang banyak taktau nak buat apa . tapi saya masih boleh cool tidur depan tv kunun kunun keletihan menjadi ketua masak hari raya . over kan . ini hari raya aidiladha paling cool dan meriah yang pernah saya nikmati . sebab apa ? sebab MakPah tak menjerit jerit bila saya tidur dengan lama dan enaknya tanpa memikirkan pinggan mangkuk yang berlonggok dekat dapur . har . har . har .*ketawa gembira* 


Hari raya memang kena letak pic yang pakai baju ala ala raya walaupun hari pemakaian bukan pada hari raya . tapi dipakai pada hari presentation . bersama natasha hudson . he . he . he . 

Rasa macam saya begitu shopan ye dalam pic ini . beratus kali gosok mata bila tengok pic ini . @_@ 
tapi hakikatnya keshopanan saya adalah dusta . kesian . sob . sob . sob .



Salam Aidiladha kawan kawan .
*sambil makan rendang jiran sebelah*


=)

Sunday, September 04, 2011

  syawal 6

Permulaan hari raya saya . hanya bersama Uncle Bun . MakPah masih lemah dan hanya duduk di rumah . walaupun saya menjadi bahan usikan oleh sedara mara pada hari semalam kerana keadaan jari yang macam budak perempuan tak reti maen mercun . tapi mereka sedara mara yang best . best dea kali ini lebih best dari makan eskrim . tak paham kan kenapa saya suka cakap makan eskrim itu best . @_@


Ini sepupu saya .

Dan ini sepupu saya yang bertunang pada hari semalam . umur dea sama dengan saya . apa tujuan cakap umur dea sama dengan saya ? ? ?
 yela . dea da tunang wei . :p

Adat melayu yang mengagumkan . 

Jari saya ini bukan sebab maen mercun ok ! tapi sebab melecur semasa masak rendang . macam over kan saya . saya tahu kamu pun tertanya tanya sebelum ini kan . saya sendiri takot untuk melihat jari saya . rasa nak ganti jari baru . semalam saya jerit jerit lagi di bilik kecemasan . harap harap esok saya lebih kental ! :p



Selamat Hari Raya ke-6 kawan kawan ! ! !


:)

Wednesday, August 31, 2011

  Eid-ul-Fitr

Tiada baju raya .


Tiada gambar raya .


Tapi .


: : : : : : : : : :


: : : : : : : : : :


: : : : : : : : : :


: : : : : : : : : :


: : : : : : : : : :


: : : : : : : : : :


: : : : : : : : : :


Inilah hari raya saya .




Ini baru betul betul raya yang paling legend .

Selamat Hari Raya 

Maaf Zahir & Batin .

Forgive and Forget .


Kemaafan boleh mengubat hati yang terluka .


:)

Wednesday, November 17, 2010

  maaakkkk ! ! ! !

Tika takbir raya berkumandang di sekitar kolej bunga kebangsaan . saat sedang memasak di dapur . ehem . ehem . kamu . ya . . . . kamu yang sedang baca blog ini . nak pinjam bahu sekejap boleh ? pinjam la kejap . . . . huuuaaarrrggghhhh ! ! ! ! sob . sob . sob . ok . da . terima kaseh . T____T


Termenung sambil teringat keadaan di rumah . apalah yang sedang dibuat oleh MakPah tika ini . mungkin sedang bergurau senda sambil memasak bersama Uncle Bun di dapur . har . har . har . gila kau . MakPah itu fokus orangnya . fokus sehingga semua orang takot . >.<


Kebiasaanya di malam raya begini kedudukan saya adalah di dapur . sambil memegang senduk . memegang kuali . memegang periuk . atau memegang apa saja yang boleh dipegang . dan semestinya keadaan saya ketika ini tidaklah sejelita seperti sedang menaip membuat entry ini . masih jelita . tapi jelita ala ala bibik yang bajunya ada comot coreng sambal . comot coreng kunyit . comot coreng minyak . dan muka usah dicakap . huh ! bibik pun lagi jelita . huk . huk . huk .


Tetapi malam ini sudah menjadi luar biasa . hanya duduk di dalam bilik . berpakaian bersih . jelita ada sikit . sambil jari jemari menekan papan kekunci . memegang tetikus . memegang buku . buku ? ? ? memang fitnah diri sendiri . ada pulak malam raya pegang buku . memang gigih itu orang . he . he . he .


Eeerrkkkk ! ! ! blurp . blurp . blurp . Alhamdulillah . . . . kenyang perut . terpujuk hati . tiba tiba mau bongkak sama kamu . saya bukan saja jelita . tetapi . sudah pandai mengambil hati mak mertua . hati mak mertua mana saya nak ambil ? hanya Allah yang menentukan . hik . hik . hik . ada bunyi gatal dan miang di situ . tanpa melengah lengahkan masa . sila la . sila la isikan perut kamu itu dengan meneliti dan menikmati gambar gambar di bawah ini . ;) 


Kepada sahabat sahabat yang sedang beraya di rumah tika ini . kamu dilarang berkata apa apa . diam ! jangan berani kamu bongkak akan makanan di rumah kamu itu berbanding makanan di bawah ini . ada malam raya kamu makan cekodok pisang ? ? ? ada kamu makan tomyam ? apa motip masak cekodok pisang di malam raya pun saya taktau la . oleh kerana saya chef terhormat . maka . semua orang dipaksa makan cekodok pisang yang mudah dan cepat untuk dibuat . nak demand ? kamu balik rumah sekarang . emo ni . emo ni . :p


tomyam nyam . nyam . nyam . . . . 

yummy . yummy . yummy .

blurp . blurp . blurp

oh ! walaupun rupanya hitam . tetapi ia sangat manis dan sedap dimakan tanpa sos ! har . har . har . 



dan akhir sekali 


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


. . . . . .


S A L A M  A I D I L A D H A 

buat kawan kawan di seluruh pelusuk tanah air . 
macam artis bagi ucapan hari raya . 

dari penulis blog yang jelita lagi hebat memasak . terpaksala kamu kena tahan muntah bila baca blog ni . :p



hamek kau besar aku tepek gambar kat entry ni . 



muzik latar : takbir yang berkumandang sayup sayup kedengaran dari luar jendela . 



notakakiberbululebat : entry ini ditaip pada jam 9.00 malam . tetapi oleh kerana wifi itu terlalu laju sampai saya tidak larat untuk kejar . maka . terpaksala ia dipost agak lambat kerana time time begini wifi itu dapat dikejar oleh lappy saya . maklumla . . . . broadband kena block kan  . . . . hu . hu . hu .

Wednesday, September 29, 2010

  chanteknyeeeee saya hari ni....


hari ini sudah tidak marah . sebab semuanya sudah baek-baek saja . dea cakap jangan dengar apa orang laen cakap . dea cakap hanya kita yang tentukan apa yang kita mau dalam hidup kita . dea cakap saya chantek . dea cakap saya jelita . dea cakap saya comey. hak . hak . hak . haktuih ! tiada maksud apa-apa ok DEA di sini . dea itu adalah hati saya . hati yang ada dalam badan saya . yang tak boleh nampak dengan mata . tapi boleh nampak dengan rasa . wah ! semakin berfalsafah ! hebat tak saya ? hebat tak ? hebat tak ???


minggu ini ada banyak kerja sekolah yang perlu dihantar . tapi hari ini rasa seperti tidak tahu ingin membuat apa . tengok . tidak tahu juga apa yang ingin ditulis di dalam blog . tapi kalau tak tulis nanti ada orang rindu pada tulisan saya . ahaks ! kamu kena sedar . sedar ? eh ! bukan . perkataan yang lebih sesuai adalah tahu . 1 sifat yang sedang menular dalam diri saya kini adalah suka ferasan ! tapi saya tak menyusahkan kamu kan ? tak kan ? tak kan ? kalau kamu suka kamu baca . kalau kamu rasa nak muntah baca entry saya . silakan . kadang-kadang muntah itu bagus untuk membersihkan perut kamu . :p


saya nak cakap . MakPah dah lama tak menelefon saya . adakah beliau betul-betul amat marah kepada saya akan kehilangan gelang emas itu ? atau beliau sangat sibuk dengan marhaban ? atau beliau amat sibuk dengan kerja sebagai seorang surirumah tangga yang perfect ? ish ! kenapa tidak saya saja yang menelefon beliau ? kerana saya penakot . bukan . bukan . kerana saya kalau dimarah hanya akan diam . eh . eh . yeke ? ok . nanti saya menelefon MakPah . bila ? nanti . nanti tu bila ? malam ini . ok . janji . ;)


tengah-tengah puasa ni tengok cornflakes madu buduh-buduh pun boleh tertelan air liur . 
aish... tak senonoh tau yani jelita ni . kamu pun terliur kan tengok gamba ni..... har . har . har .




motif gamba : saja nak berlagak dengan kamu bahawasanya saya pandai buat cornflakes madu yang buduh-buduh tapi lazat ! hanya cornflakes madu resepi MakPah je yang saya makan. sebab saya pergi rumah orang semua cornflakes madu dea pelik ! tak shedap ! ish ! berdosa tau mengumpat kueh raya rumah orang tak shedap . mintak ampun......^-^


sila abaikan tajuk entry yang macam ferasan tambah gedik bahkan seperti mau mintak kaki !


Tuesday, September 14, 2010

  eh! dah raya ke-5 la.....


5 SYAWAL. akhirnya. saya menjenguk blog untuk membuat laporan hari raya. ke mana saya menghilang??? sungguh sibuk ok! sibuk mengemas! sibuk membuat kueh! sibuk memasak! ciri-ciri gadis idaman mak kamu memang sibuk begini di hari raya. ahaks! oh! maaf kepada kamu-kamu yang menanti update dari saya. terima kaseh kerana sentiasa membaca blog ini. amat terharu!


Berikut adalah laporan sepanjang hari raya ini :


PERTAMA
Saya hanya berjaya membuat sejenis kueh raya kerana tiba-tiba rumah blackout yang tidak membenarkan saya untuk meneruskan aktiviti membuat kueh raya. tapi kueh raya di rumah Uncle Bun & MakPah masih berbalang-balang walaupun saya hanya berjaya membuat sejenis kueh raya. magic! magic dari kedai!


KEDUA
Saya berjaya bergaya dengan jubah di hari raya ini. oh! sungguh kelihatan seperti gadis muslimah(sila bayangkan azriyani bunaim memakai jubah dan shopan tersipu malu ketika beraya) sumpah! semua orang taknak percaya itu aku!!!!!! lagi teruk bila ada sedara-mara yang sudah tidak mengenali saya. mungkin semakin jelita. T A T A T A T A H I K sangat! kecik hati tau. 


KETIGA
Setakat ini azriyani bunaim telah berjaya mengumpulkan duet raya sebanyak rm60 sahaja! mungkin perlu pergi beraya lagi. saya kan baru berusia 21tahun....(sambil kelip-kelip mata)


KEEMPAT
Setiap sedara-mara yang datang ke rumah pasti akan mengatakan saya semakin kurus tetapi hitam semakin lebih! ok! fine! terima kaseh dengan pemerhatian kamu. komen kurus itu suka. tetapi tang komen semakin hitam itu.....menci tau! saya da pakai fair & lovely ok! hahahaha.....


KELIMA
Wahai kawan-kawan sekalian.....dengan rasminya saya menjemput kamu semua datang ke rumah Uncle Bun & MakPah pada bila-bila masa tetapi sebelum selasa pada minggu hadapan. duet raya memang takkan dapat. tetapi yang pasti kamu akan mengalami hari raya yang begitu seronok kerana rumah Uncle Bun & MakPah ada air roselle. bukan ribena. bukan sunquick! tapi roselle. perlu ke bagitau??? takde kena mengena!


gamba lakonan semata-mata! orang sedih! saya bermaen-maen. maaf MakPah......

sayang Uncle Bun! tapi kepit bibir jaga lipstik! hahaha.....maaf Uncle Bun.....

perkenalkan.....wajah terbaru MakPah! hehehe....

budak baju hijau ini nama dea izzah gedik! tapi dea panggil nama dea jijah!mungkin akibat masih pelat.:p

saya tak paham naper dea suka peluk saya. biasalah....peminat no.1 saya memang gedik begini.....

tengok. dea memang fanatik pada saya. aish.....

yani jelita. mintak ampun jika kamu rasa nak muntah dengan kenyataan ini.:p






Sekian saja laporan hari raya bersama azriyani bunaim. semoga kamu gembira di hari raya ini bersama orang-orang yang tersayang. pandu cermat, jiwa selamat! selamat hari raya ke-5 kawan-kawan.....(sambil lambai-lambai kunun-kunun tengah buat show dalam tb!)