Showing posts with label ibu oh ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu oh ibu. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

  131011

Pagi tadi :

Anak : Happy Birthday mak ! ! ! !*nada ceria*
Mak : Terima kaseh . . . mak lupa arini bfday mak .
Anak : Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baek selalu .
Mak : Terima kaseh sebab doakan mak . mak dapat hadiah apa ?
Anak : Adik bagi kaseh sayang banyak banyak yang adik takde bagi pada orang laen . suka tak ?
Mak : Wah . . . terima kaseh . suka sangat . hadiah paling best mak dapat . tapi lagi best kalau dapat hadiah baju .*sambil ketawa ceria*
Anak : *tersenyum sendiri sambil rasa nak peluk makpah kuat kuat walaupun jaoh*


Suwit kan MakPah saya . har . har . har . hari ini hari terubat rindu dan rasa hambar di hati bila mendengar suara MakPah yang semakin ceria . lagi ceria bila semua orang tak sabar nak balik raya haji dan berkumpul bila MakPah dah sihat . barula huru hara rumah Uncle Bun .*sambil menari shuffle* 


Tuesday, August 16, 2011

  tisu pleaseeee

Bila kita tak biasa buat benda yang biasa kita buat berdua atau bertiga atau berempat . keadaan itu akan rasa seperti tidak sempurna . atau diri kita akan kelihatan kekok . kekok bukan tak pandai buat kerja . tapi kekok bila pergi soping raya seorang diri . benda soping ini jarang dilakukan seorang diri . samada saya ataupun kamu . tapi bila keadaan terpaksa . kita juga menjadi gigih dan mesti lakukan . lama kelamaan ia akan menjadi alah bisa tegal biasa . tapi gigih itu perlu berterusan supaya bila kamu melihat orang sekeliling kamu ditemani mak , abah , kawan atau bf untuk memilih baju atau sebagainya . tapi kamu keseorangan dan seperti terpinga pinga untuk membuat pilihan . apa yang kamu perlu hanyalah bersenyum walaupun jaoh di sudut hati kamu penuh dengan rasa sedih tetapi ketahuilah bahawa keadaan kamu itu unik dan sesungguhnya kamu adalah orang yang paling tabah .


Dan situasi yang paling sukar untuk kamu lalui bila orang yang kamu sayang seperti berputus asa sedangkan kamu mengharapkan beliau menjadi kuat dan tabah seperti dulu :

anak  : saya ada beli jubah untuk mak ! ! ! chantek tak ? mak suka tak ?*sambil menggayakan jubah dan tersenyum gembira*
ibu     : kenapa belikan mak jubah . . . . ? orang sakit manela pakai chantek chantek .
anak  : ala . . . . bila kita tengok baju chantek dan baru . mesti kita nak jadi sihat cepat . nak pakai chantek chantek raya nanti . pastu amek amek gambar . . . .
ibu     : yela . . . . terima kaseh .*sambil melihat si anak*
anak  : *senyum . bulan puasa tak boleh nanges .*


Sekian . 


Saya rasa nak nanges laju laju bila buat entry ni . 


Tolong tampar saya cepat ! :p



Wednesday, August 03, 2011

  wordless wednesday


Hari hari berharap MakPah kembali sihat seperti dulu . amin .


Sunday, July 31, 2011

  deep in my heart

Perkara yang paling menakotkan dalam hidup ini adalah bila orang yang kita sayang jatuh sakit . menanges dalam hati itu lebih menyakitkan dari menanges teresak esak . semoga Allah melindungi MakPah sentiasa . amin .



Sunday, November 14, 2010

  Majalah Keluarga

Hari ini hari ahad . entry pada hari ini akan lebih kepada kekeluargaan . hari ahad kan . hari bersama keluarga walaupun keluarga saya nun jaoh di Johor Bumi Bertuah dengan kelahiran saya beberapa tahun dahulu . tehee . . . dan entry ini akan berbaur sedih campur emosi emosi sikit . tapi takde melibatkan hati dan perasaan . sedih . emosi . tapi takde melibatkan perasaan . mungkin melibatkan kepala lutut atau ibu jari kaki . demmm !


Tengahari tadi MakPah telefon . Ada tak penah kamu baca entry saya yang saya bercerita saya menelefon MakPah ? huk . huk . huk . ini tabiat buruk saya . ok . abaikan . hari rabu ini hari raya haji . oh ! saya tidak pernah ingat dan terpikir akan semua itu . tetapi tiba tiba perasaan sedih itu datang tatkala MakPah berkata begini :


Semua orang tak balik . hari raya haji kali ini seperti macam tiada hari raya . tiada siapa di rumah . dulu semua orang balik makan sup tulang yang abang ipar kamu masak . tapi kali ini tiada . abang kamu di KL . akak kamu di Sabah . kamu di Sarawak . mak tempah kek marble dan kek gula hangus di kedai . sebab kamu takde . kalau kamu ada kamu yang buat . mak dah tak larat . sudah tidak larat untuk teliti membuat kek . hanya masak laksa . kalau kamu ada boleh masak nasi impit . lodeh . rendang . sambal goreng . ayam sambal . tapi sebab tiada siapa mahu menolong mak . takpela . kamu kena belajar sehabes baek . walaupun mak tahu kamu belajar semakin susah . tapi setiap hari doa mak akan mengiringi kamu . jangan kecewakan diri kamu sendiri . jangan lagi ingat apa yang pernah kamu sedihkan dahulu . itu cerita hidup kamu . biarkan ia menjadi kenangan dalam hidup kamu .


Huh ! sentap bai bila MakPah meluahkan kata kata seperti itu . perempuan yang kuat tidak akan menanges . maka . saya tidak menanges . sumpah ! aku tak tipu . keh . keh . keh . pertama kali pada hari raya haji tidak berada di rumah Uncle Bun dan MakPah . tiada makanan yang sedap sedap . tidak melihat cerita di tb . tiada kepo kepo mengomen makanan yang orang hantar di rumah Uncle Bun dan MakPah . dan tiada juga mendengar leteran MakPah sebab semua orang bersenang lenang mengadap tb meninggalkan beliau seorang di dapur .


Inilah cerita keluarga . bila jaoh perasaan rindu itu sangat kamu hargai . walaupun rindu itu menyakitkan . tetapi ia satu rasa yang buat kamu lebih menghargai dan menyayangi keluarga kamu . kerana keluarga kamu lebih memahami kamu . walaupun abang kamu garang . suka gaduh dengan kamu . walaupun akak kamu gedik . suka ambil barang kamu yang chantek . walaupun akak kamu pemalas . hanya melihat kamu membuat kerja . tapi kamu tetap sayang keluarga kamu . sebab itu dinamakan keluarga . hanya itu yang dianugerahkan kepada kamu di dunia ini . keluarga . mak . abah . akak . abang . adik . tapi saya takde adik . sebab saya dah cukup comey untuk menjadi adik . hak . hak . hak . haktuih !



Sekian saja cerita keluarga dari saya di petang ahad ini . harap maklum . tiada gambar sebagai hiasan . :p agak panjang juga entry ini . takot saya nak baca . har . har . har .