Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

  the hardest thing

Assalamualaikum .


Selamat pagi kawan kawan . . . .


Bangun pagi . siapkan assignment . nah ! nampak sangat buat assignment last last minit . hari ini nak hantar . malam tadi baru buat . pelajar yang cemerlang kan saya . hiks . macam tak rock je kalau buat awal awal . bila orang tanya dah buat assignment belum , then jawab dah buat rasa macam takbur dan bongkak . ngeh ! tapi kalau buat last last minit rasa cool . cool sebab boleh kongsi jawapan *padahal tiru* . kah . kah . kah . 


Bila assignment tengah banyak . ditambah projek yang berduyun duyun tunggu giliran nak buat . time time ni la emosi rindu MakPah . emosi nak naek kapal tebang . emosi teringat benda benda lama yang menyakitkan datang meluap luap . lepas itu keluar sorang sorang pergi sana sini . kunun kunun hilangkan sedih . tapi makin sedih . bila sedih rasa nak nanges . bila dah nanges rasa huduh . ok . cengeng ! kunun kunun orang tengok saya perkasa . tapi . perkasa menanges ! :p




Saying sorry doesn't mean there is no guilt 


And


Forgiving doesn't mean the pain is gone .  



Monday, February 07, 2011

  you will be ok my dear yani . . . .



Tiba tiba hati menjadi sentap .


Tiba tiba hati menjadi sayu .


Senyuman menutup perasaan .


Ketawa menutup rasa hati .


Makan eskrim pun belum tentu menjadi suka .


Mula menghitung hari .


Hitung .


Dan terus hitung .


Sedih tak bila ada orang akan meninggalkan kamu ?


Setiap pertemuan ada perpisahan .


Hadapi dengan senyuman .


:)


Saturday, January 29, 2011

  memang bukan kelakar !

Assalamualaikum .


hye kawan kawan . . . .


sekarang lokasi saya adalah di rumah MakPah dan Uncle Bun yang heaven . segala kesakitan sudah berlalu pergi . tapi masih ada sikit sikit batuk dan suara garau yang sexy ! aauuuww ! hari ini saya nak cerita tentang hari semalam yang memang bukan kelakar . diulang . memang bukan kelakar .


pertama . semalam dengan muka tak bersalah saya TERbangun lambat ! sampai abang khai memberi perlian keras terhadap saya . its ok . saya kan kebal . :p naseb baek tak kena tinggal flight .  kalau tidak mungkin akan berlaku tangisan dalam kerinduan ! eh . eh . tangisan dalam kerinduan ? ya . rindu MakPah . rindu Uncle Bun . rindu baby . dan rindu . . . . rindu . . . . rindu pada dea ! T___T teheee .


kedua . flight pada hari semalam adalah flight paling menakotkan yang saya pernah naek . cuaca yang kurang baek . goyang goyang di awan biru . dan paling menakotkan adalah saat flight tiba di johor . hujan lebat . bertemankan seorang lelaki di kanan saya yang muka alahai . . . . nice la awak ni. ngeh ! dan seorang perempuan india di kiri saya yang sikit sikit tengok saya sebab dea pun takot . saya terpaksa berlagak kunun kunun tak takot dan tak cuak langsung bagi membuatkan perempuan india itu yakin dengan flight yang kami naiki . ayat agak poyo . tapi di saat saya memandang wajah lelaki itu . saya rasa nak gelak kuat sebab muka dea memang sangat cuak bila flight mula nak landing . har . har . har . bro ! relax ok . saya ada . hiks . Alhamdulillah flight landing dengan baek walaupun saya rasa dea berpusing hampir dua tiga kali untuk membuat landing dengan baek . dan dalam masa yang sama saya rasa amat terharu bila lelaki itu menunggu saya dan memberi jalan kepada saya di saat orang laen semua berpusu pusu nak keluar dari flight . terima kaseh ya wahai lelaki walaupun saya telah membuatkan kamu tidak selesa kerana batuk batuk bising . ngeh ! tapi kamu memang nice senice wajahmu . cuba bayangkan kalau dea ada blog . entah entah dea pun mengumpat saya sebab saya bising asek batuk batuk sampai dea terpaksa tutup telinga dengan hooded . kejam kan dea . barangkali kesian tengok saya . ceh ! kita kena pikir positif pada orang laen ya kawan kawan . . . .


ketiga . saya rasa hari semalam adalah hari untuk hati saya ada taman bunga + taman permaenan + taman pasir putih sebab . . . . ah ! malu nak cakap . *sambil tutup muka* dan hari untuk saya kembali hyperactive juga . ada ke dengan bengong dan gila saya pergi tiup telinga dea sampai dea terkejut dan membesarkan mata kepada saya masa dea tengah khusyuk tangkap gambar ? maaf . itu tindakan spontan saya yang saya sendiri rasa nak tutup muka bila teringat apa yang saya buat semalam . demmm ! rasa nak terjun tasek yang ada di sebelah itu selepas terlampau malu yang amat ! oh ! saya taknak jumpa dea lagi ! *tipu* aku mula jatuh hati kepadamu . la . la . la ~ ~ ~


abaikan kaki saya yang hitam itu . fokus pada button ok . kiut tau awak ni . kah . kah . kah .




notakaki : bila tengok blog ini saya rasa macam tengok blackboard ! papan hitam ! masih nak edit . tapi malas . kadang kadang rupa blog yang huru hara pun macam ada nilai estetika juga kan . eeeyyuuu ~ ~ ~ saja sedapkan hati .  



Sunday, January 16, 2011

  mati saya!

saya rasa saya suka dea .

saya rasa saya mula sayang dea .

saya rasa saya rindu dea .




ok . 


bye !


*lariiiiiiiiiiiii*



Saturday, January 15, 2011

  @-@

Apa kamu buat bila ada orang minta kamu beri jawapan kepada soalan yang kamu sendiri memang takde jawapannya ? 


saya tidak perlukan masa .


kerana saya memang takde jawapan kepada soalan itu .


atau hakikatnya jawapan saya masih negatif .


senyum kelat tidak seperti selalu .




Thursday, January 13, 2011

  sila tabah bila baca entry ini.


sila baca entry ini dengan nada suara manja macam nora danish . :p


ehem . ehem . awak . awak . . . . kita kan . kita kan . kita kan ada kasut baruuuuu . kasut munga munga . comey . . . .*gaya jakun* kunun kunun nak pakai untuk pergi kelas . tapi kan asek hujan je . kita tak pakai pun . sayang . ngeh ! kita beli kasut tu masa kita ada photoshoot aritu . tapi kan . tapi kan . tapi kan . masa kita beli kasut munga munga tu . kita ada nampak button dora . comey sangat ! nak cari button powerpuffgurl memang dalam mimpi jela jumpa . nak cari patung powerpuffgurl pun berjanggut kita mencari . tapi akhirnya kawan kita ni jugak yang belikan . T___T teheee . pastu kita nak beli button dora tu . tapi kan . . . . kawan kita tak bagi . dea kata mahal ! membazir la u ni . kat pasar malam jual murah je button ni . kasut u je da mahal . beli button ni pun nak mahal . beli kat pasar malam jela . . . . pastu kan kita pun pikir membazir . kita tak beli pun button tu . pastu keluar kedai asek teringat ingat button dora tu . bila tengok kasut je teringat button tu . nak jugak . nak jugak . nak jugak ! ! !




tapi kan . semalam kan . kawan kita kan . kawan kita kan . dea dah belikan kita button dora yang kita nak ! ! ! sangat suka . terharu sangat . dea belikan kita tiga pasang button . ada button beg dora lagi . pastu ada button riben pink chantek . tengok kat bawah ni . comey kan .*sambil buat muka kelip kelip mata* tapi cara dea cakap dea dah belikan button dora tu lagi sangat comey . dea cakap camni :

" i nak bagitau u satu benda ni . u dengar dengan tabah k . dengar dengan tabah tau . i nak u dengar apa yang i nak cakap ni dengan tabah . janji dengan i . u dengar dengan tabah k . i kan . i kan . i kan . . . . dah belikan u button dora ! ! ! " . bukan satu . bukan dua . tapi tiga pasang lagi .


huh . serius jantung kita dup dap dup dap bila dea cakap dea ada benda nak cakap dan suruh kita dengar dengan tabah .  kita ingat dea nak cakap benda buruk . yela . dahla siang kita sedih . sedih dengan aktiviti memejamkan mata . membayangkan segalanya . tapi tiba tiba dea call cakap nak cakap benda yang buat kita  rasa sedih . sekali dea cakap dah beli button dora da . . . . kita menjerit sampai sakit tekak tau . dahla kita ni rakus dan buas tahap tak sabar bila orang cuba cakap benda yang buat kita tertanya tanya . aish . . . . padahal button dora je kot . tapi entah . kita kan memang macam terencat sikit . macam kanak kanak riang . suka menjerit . :p




ok . tamat sudah entry gedik tambah manja geli geli mintak pelempang . i u . i u lagi . eeeey . berpuluh puluh kali saya berpikir nak buat post macam ini . ini bukan saya ! tapi kadang kadang saya . comey kan . KAH . KAH . KAH . taktaula tang mana yang comey . errrkkk ! ! ! tapi ini adalah salah satu cara untuk saya menghargai orang yang cuba buat saya gembira . terima kaseh . saya suka menulis . maka . saya jarang bercakap tentang apa yang saya rasa . tulisan saya kadang kadang akan menggambarkan perasaan saya . ngeh ! yang penting . sila tabah bila kamu baca entry saya yang ini . kerana saya juga perlu tabah untuk menerima kutukan keras dan kejam dari kamu yang membaca . *sambil tutup muka dengan bantal* sumpah orang takkan golek guling guling lagi dalam blog ini selepas baca entry ini . oh ! tidaaakkkk ! ! !*pengsan*


senyum . 


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)


Monday, December 06, 2010

  eskrim.eskrim.cair.....

Sunyi .


Hari ini belajar driving macam hampeh ! 


Hilang semangat nak bawa kereta .


Balik terus nanges macam budak kecik yang tak reti bawa basikal .


Taknak makan . taknak jumpa orang . masuk bilik terus memejamkan mata .


aaarrrgggghhhh ! ! ! !


Macam mimpi ngeri belajar driving hari ini . 


Dapat cikgu tua yang garang lagi bengis !


Naseb baek ada Uncle Bun & MakPah .

" kalau tak belajar . tak nanges . macamana nak pandai ? abaikan cikgu tua itu . dea memang garang . ini kan hari pertama kamu . kalau hari ketiga . hari keempat kamu kena marah mungkin pelik . tapi hari pertama . da berbulan kamu tinggal blajar driving . lepas ini . buat macam apa yang kamu belajar . jangan takot . berani ! "

Sejak akhir akhir ini semangat hilang .


Perasaan terbang .


Hati buntu .


Diam .


Menyendiri . 


Ingin meluahkan sesuatu .


Tapi .


Tiada siapa .


Menyembunyikan perasaan itu nampak mudah .


Tapi hakikatnya sakit  . 


Macam sedih kan entry saya . 


Perlu makan eskrim sekarang . 


Ngeh !


Sunday, November 28, 2010

  kadang kadang

Bila bersendiri akan teringat kisah lalu

Kisah itu

Walaupun hanya sementara

Tetapi penuh kenangan dan meninggalkan kesan

Bukan sengaja mahu teringat

Tidak mahu 

Tidak ingin

Tetapi itulah kehidupan yang pernah dilalui suatu ketika dulu

Sejak dari saat diperlakukan begitu

Hati menjadi sayu

Hati menjadi lemah

Hati menjadi takot

Walaupun ada yang cuba ingin mengisi hati yang sayu , lemah dan takot itu

Tapi diri masih mahu sendiri

Sendiri memulihkan rasa itu

Sendiri menghadapi tohmahan

Sendiri memperbaiki segalanya

Hingga satu masa

Tidur disulami tangisan dalam mimpi

Bila sedar

Mata benar benar mengalirkan airmata

Termangu , termenung , terusik seketika

Walau apa yang diperkatakan orang

Buruk , kutukan , tuduhan

Diam , lupakan , biarkan

Walaupun tahu akan perkara sebenar

Kerana hanya itu yang mampu dilakukan

Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti

Cuba senyum walau hati menahan seribu rasa



 Entah sampai bila . entah kenapa . entah bagaimana . entahhhhhhhh . . . . .



Thursday, November 25, 2010

  i miss u sayang....

Sila baca tajuk entry dengan nada paling manja dan romantik . tolongla . tolongla buat . oh ! blog ! kangan sungguh saya pada kamu . kangan juga sama kamu kamu yang sudi baca blog saya . kangan sama saya enggak ? nah ! flying kiss . muahahahahaha . . .  enggak pasti ikhlas enggak saya bagi ini . eh ! saya pandai berbahasa indo dari berdialek sarawak . ah ! menci cakap sarawak ! semua orang cakap saya huduh bila berdialek sarawak . ok . fine ! :p 


Pertama . akhirnya . minggu yang menakotkan telah pun berjaya dilalui . dilalui dengan apa ? dengan sedihnya ! boleh tak saya nak buat review exam ? boleh tak ? tertekan tak kamu yang membacanya ? tertekan tak ? ? ? tak kira . saya tetap nak buat jugak . sebab saya tertekan . emo . sedih . risau . takot . setiap hari termenung apabila terkenangkan jawapan jawapan yang saya luahkan dalam keempat empat paper yang saya rasa semua saya R ! ini memang kata kata yang tidak bagus untuk ditiru .  suruh buat coding assembly language . memang la saya terkebil kebil bai . walaupun coding itu seperti cara cara membuat kek marble . tetapi coding itu tidak memberikan kesan jatuh chenta langsung apabila membuatnya . aarrrggghhh ! ! ! makin tertekan juga bila soalan yang keluar unexpected ! boleh tak hari pertama saja sudah menanges tak berlagu . oh ! maakkkk ! ! ! sob . sob . sob . bila teringat jawapan exam . rasa seperti penyakit parkinson datang menyerang . takot wooo . . . . tika ini hanya mampu bertawakal dan berdoa kepada Allah dengan segala usaha yang telah dilakukan . amin . 


Kedua . broadband  a k a  babunband telah kembali berfungsi seperti biasa ! ! ! nada seperti gembira . tapi takdela gembira sangat pun . sebab speed babunband ini sudah decrease akibat dikerjakan oleh saya yang tidak berfaedah ini . saya tak berfaedah ? tak mungkin . :p terima kaseh ya kamu yang menolong saya membayarkan bil . terima kaseh berjuta juta stoberi . laen kali tolong lagi ok . T___T


Ketiga . saya nak cakap saya baru balik airport . menghantar abang khai ensem tapi pekak balik ke key elle hari ini . boleh tak saya eja key elle macam gitu ? eh . eh . ini bukan point utama . point utamanya adalah . saya emo tengok semua orang dah balik ! ggrrrrr . . . .



dua orang budak lelaki  di belakang saya yang kadang kadang kurang siuman . serius bahaya . saya tak tipu . 


perempuan bermata lebam akibat tekanan exam ! poyosssss .




Keempat . apesal saya macam dah tak reti update blog  ni ? ? ? demmm !



Monday, November 15, 2010

  kau rompak hatiku dengan senyuman

kamu tahu ada apa dengan senyuman ?


kamu tahu apa makna sebuah senyuman ?


kamu tahu bagaimana senyuman itu boleh menggegar jiwa yang melihatnya ?


kamu tahu kenapa senyuman itu perlu diberikan kepada orang laen ?


kamu tahu ?


kerana .


senyuman itu punya kuasa yang hebat .


kuasa membuat hati yang sedih menjadi gembira .


kuasa membuat hati yang marah menjadi tenang .


kuasa membuat hari yang suram menjadi ceria .


dan kuasa menutup hati yang sedih dari pandangan orang laen .


hanya dengan sebuah senyuman .


hidup mesti diteruskan .


senyuman mesti terus dilemparkan .


walau terluka dan sesedih manapun kamu .


kerana senyuman itu akan membuat kamu lebih tabah menghadapi segalanya .





Alhamdulillah . . . .  di saat aku rasa kembali terjatuh . aku mendapat berita gembira yang aku tak payah susah susah buat rayuan kolej sebab aku dapat kolej ! ! ! har . har . har . bersyukur dengan keajaiban hanya tiga cop kolej . >.< aku ingin tersenyum . :) walaupun hati ini seperti menyembunyikan sesuatu . 


eh . eh . emosi tau entry ini . aarrgghhhh ! ! ! demmm ! gambar di atas bukan gambar cara pakai tudung ok . tudung itu tudung segera . takkan la cik yani jelita nak ajar gadis gadis pakai tudung segera yang capai , sarung , lepas itu campak je . jijah perasan chantek pun pandai pakai . ops ! tak boleh kutuk jijah banyak banyak . walaupun akak gedik saya tengah excited busy packing barang nak pindah semenanjung tapi kalau dah namanya stalker dan kaki gusip . sempat dea terjah blog saya dan meninggalkan komen komen tidak puas hati . har . har . har . yang penting i sayang u lebih la azrinda bunaim . muka u kan macam muka i . tapi i jelita lebih banyak . teheee . . . . tengok . tengok . i da promote u dalam blog i . tajuk entry ini takde kena mengena dengan si tuan blog ok . jangan berani kamu pikir bukan bukan . :p



Sunday, November 14, 2010

  Majalah Keluarga

Hari ini hari ahad . entry pada hari ini akan lebih kepada kekeluargaan . hari ahad kan . hari bersama keluarga walaupun keluarga saya nun jaoh di Johor Bumi Bertuah dengan kelahiran saya beberapa tahun dahulu . tehee . . . dan entry ini akan berbaur sedih campur emosi emosi sikit . tapi takde melibatkan hati dan perasaan . sedih . emosi . tapi takde melibatkan perasaan . mungkin melibatkan kepala lutut atau ibu jari kaki . demmm !


Tengahari tadi MakPah telefon . Ada tak penah kamu baca entry saya yang saya bercerita saya menelefon MakPah ? huk . huk . huk . ini tabiat buruk saya . ok . abaikan . hari rabu ini hari raya haji . oh ! saya tidak pernah ingat dan terpikir akan semua itu . tetapi tiba tiba perasaan sedih itu datang tatkala MakPah berkata begini :


Semua orang tak balik . hari raya haji kali ini seperti macam tiada hari raya . tiada siapa di rumah . dulu semua orang balik makan sup tulang yang abang ipar kamu masak . tapi kali ini tiada . abang kamu di KL . akak kamu di Sabah . kamu di Sarawak . mak tempah kek marble dan kek gula hangus di kedai . sebab kamu takde . kalau kamu ada kamu yang buat . mak dah tak larat . sudah tidak larat untuk teliti membuat kek . hanya masak laksa . kalau kamu ada boleh masak nasi impit . lodeh . rendang . sambal goreng . ayam sambal . tapi sebab tiada siapa mahu menolong mak . takpela . kamu kena belajar sehabes baek . walaupun mak tahu kamu belajar semakin susah . tapi setiap hari doa mak akan mengiringi kamu . jangan kecewakan diri kamu sendiri . jangan lagi ingat apa yang pernah kamu sedihkan dahulu . itu cerita hidup kamu . biarkan ia menjadi kenangan dalam hidup kamu .


Huh ! sentap bai bila MakPah meluahkan kata kata seperti itu . perempuan yang kuat tidak akan menanges . maka . saya tidak menanges . sumpah ! aku tak tipu . keh . keh . keh . pertama kali pada hari raya haji tidak berada di rumah Uncle Bun dan MakPah . tiada makanan yang sedap sedap . tidak melihat cerita di tb . tiada kepo kepo mengomen makanan yang orang hantar di rumah Uncle Bun dan MakPah . dan tiada juga mendengar leteran MakPah sebab semua orang bersenang lenang mengadap tb meninggalkan beliau seorang di dapur .


Inilah cerita keluarga . bila jaoh perasaan rindu itu sangat kamu hargai . walaupun rindu itu menyakitkan . tetapi ia satu rasa yang buat kamu lebih menghargai dan menyayangi keluarga kamu . kerana keluarga kamu lebih memahami kamu . walaupun abang kamu garang . suka gaduh dengan kamu . walaupun akak kamu gedik . suka ambil barang kamu yang chantek . walaupun akak kamu pemalas . hanya melihat kamu membuat kerja . tapi kamu tetap sayang keluarga kamu . sebab itu dinamakan keluarga . hanya itu yang dianugerahkan kepada kamu di dunia ini . keluarga . mak . abah . akak . abang . adik . tapi saya takde adik . sebab saya dah cukup comey untuk menjadi adik . hak . hak . hak . haktuih !



Sekian saja cerita keluarga dari saya di petang ahad ini . harap maklum . tiada gambar sebagai hiasan . :p agak panjang juga entry ini . takot saya nak baca . har . har . har .  




Wednesday, November 10, 2010

  senyum pengubat sedih

Tuhan berikan kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar , dan dua mata untuk melihat . Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan kita sekeping hati ? Kerana Tuhan telah berikan sekeping lagi hati untuk orang yang kita sayang . . . .



selesai sudah satu paper pada hari ini . hanya mampu tersenyum kerana hanya itu saja yang mampu dilakukan untuk menghilangkan segala tekanan dan rasa yang bercampur baur . ok . kakak gedik saya dan jijah perasan chantek di Sabah dapat berpindah ke Kuala Pilah . saya tersenyum . tersenyum di samping sedih . lagi sedih bila esok broadband akan kena terminate sebab aku tak bayar bil ! sungguh tiada masa untuk keluar . perlu makan eskim sekarang . 



dialek sarawak itu lebih penting dari semua ini . 



tata .


Wednesday, November 03, 2010

  macam macam

ehem . ehem .

















sekian . update untuk hari ini .



Monday, November 01, 2010

  saya cuba dengan cara ini

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang


Setelah dia mulai MENYAYANGIMU


Hendaklah kamu MENJAGA hatinya


Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja


Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama kamu


Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya


Selagi dia mengingati kamu . . . . .

( hasil pembacaan dari buku muka )




kamu kena tahu


bukan niat saya begitu


bukan


bukan


bukan


tapi


itu yang terbaek .


M A A F dari I untuk U , NMF .


tiba tiba


betul betul


rasa ingin memeluk MakPah sekarang . 





Saturday, October 30, 2010

  Bukan sengaja

kejam itu lebih baek



berterus terang juga lebih baek



tapi kadang kadang memendam itu juga baek



tiba tiba



saya rindu MakPah



saya rindu Uncle Bun



sangat sangat



ketat ketat



kaseh sayang ini saja yang ada dalam hati ini



maaf .








sambil mood lagu sudirman . ayah dan ibu . ceh ! aku sedih lagi ke ? shuh ! shuuuhhh !


Wednesday, October 06, 2010

  merisik khabar



Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tidak menentu
Keranamu.....

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mataku
Tiap waktu.....

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Ke mana pergi harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri tiap hari
Bersama luka di hati.....




Tuesday, October 05, 2010

  saat ini






tiba-tiba semangat itu hilang . hati menjadi gundah . jiwa seperti berterbangan . YaALLAH ..... hanya padaMu aku bersujud . KAU permudahkanlah jalan yang telah KAU sediakan ini . sungguh ! sungguh aku seperti burung kepatahan sayap . 











kosong . tiada isi . mood tertonggeng . rindukan wanita itu . terngiang-ngiang kata semangat wanita itu . wanita yang melahirkan saya ke dunia ini . tapi biar hati ini cuba mencari sendiri kekuatan itu . bukan ego . tapi tidak mahu membuat hati lain menjadi gundah . biar hati berbicara sendiri .




Tuesday, September 28, 2010

  eh! saya tengah MARAH ke?




oh ! sungguh marah sama itu ms word . gedik sungguh ! degil ! tidak mau mendengar kata ! sengaja mau membazirkan masa saya hanya mengadap word buat resume . huh ! 


ditambah dengan hati yang sedang bergelodak marah . segala kerja yang dilakukan pun dalam keadaan marah . ish ! tak paham . tak pahamla kenapa orang sibuk sangat pasal saya . ada saya kesah pasal kamu ? ada ??? adakah saya masih kecil ? adakah saya masih budak perempuan yang tidak pandai membuat keputusan ? OMG !  


terima kaseh kerana mengambil berat . terima kaseh kerana terlalu mengambil tahu . thank you for being my S T A L K E R !


kepada kamu . keputusan saya akan sentiasa begitu . sekali button E N T E R ditekan . maka tidak akan berpatah balik . maaf . kerana kamu menjadi mangsa keadaan . biar semua orang berpuasati . biar semua orang lega . biar semua orang tidak akan sibuk lagi akan hal saya . saya memang budak perempuan yang masih tidak sesuai untuk melalui perjalanan hidup yang sedang dilalui oleh kawan-kawan perempuan saya .


menyerahkan segala-galanya kepada takdir memang seperti manusia yang tidak pernah berusaha untuk mengubah nasebnya . tetapi dalam hal ini . biar takdir yang menentukan segala-galanya . biar masa yang menentukan apa yang bakal berlaku pada masa nanti . 



Thursday, September 16, 2010

  JOM BERAYA!!!!



ok . tiba-tiba mau tersenyum . sentiasa ingin tersenyum . Alhamdulillah.....bersyukur pada llahi kerana telah mempermudahkan urusan perleraian kekusutan antara dua hati . sabar . separuh dari iman . akhirnya . diri ingin mau tersenyum ikhlas . semoga segalanya akan berjalan lancar . amin .

kanak-kanak ini memang begini. kalau suka sangat senyum dea seperti ini. ini namanya senyum gedik sangat! 
kata-kata dibajunya memang lahir dari dea. bukan saya yang tulis.:p jijah cayang ucu!




  senyum bila suka. senyum bila duka.

Dimulakan dengan Bismillah.....












Khamis yang mulia . pagi yang indah . bangun pagi . gosok gigi . ambil wuduk . solat subuh . tengok telefon bimbit . hati mati . ok . senyum . senyum menceriakan diri sendiri lebih baek . selamat hari raya ke-7 kawan-kawan.....














Disudahi dengan Alhamdulillah.....