Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Tuesday, October 05, 2010

  saat ini






tiba-tiba semangat itu hilang . hati menjadi gundah . jiwa seperti berterbangan . YaALLAH ..... hanya padaMu aku bersujud . KAU permudahkanlah jalan yang telah KAU sediakan ini . sungguh ! sungguh aku seperti burung kepatahan sayap . 











kosong . tiada isi . mood tertonggeng . rindukan wanita itu . terngiang-ngiang kata semangat wanita itu . wanita yang melahirkan saya ke dunia ini . tapi biar hati ini cuba mencari sendiri kekuatan itu . bukan ego . tapi tidak mahu membuat hati lain menjadi gundah . biar hati berbicara sendiri .




Thursday, September 02, 2010

  salahkah aku.....


airport. hujan. seorang sahabat sudah pulang menemui keluarga tersayang. sayu melihat kapal terbang. tapi hati tidak teruja. tidak melonjak ingin pulang seperti selalu. aku takot. takot untuk berdepan dengan MakPah. takot beliau dapat membaca hati ini. riak wajah ini. aku pulang untuk melihat beliau gembira. bukan pulang dengan membuat beliau melihat diri aku yang begini. aku perlu menyelesaikan semua ini. walau apapun terjadi aku perlu menyelesaikan semua ini dengan diri aku sendiri. semoga aku dipermudahkan dengan semua ini. jika aku perlu berlutut untuk memohon maaf dengan semua ini.....aku akan lakukan. agar semua hati menjadi senang. tiada lagi perasaan tidak enak seperti itu. hanya kekuatan yang aku perlukan. aku bukan menagih apa-apa. tetapi aku hanya ingin semua ini berakhir dengan suatu kebaekan. semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku. amin......




maaf. aku emosi lagi. tapi jika memang aku yang bersalah dengan semua ini.....aku mohon maaf. ini hutang yang perlu aku bayar. tidak mahu melihat orang laen menitiskan airmata kerana aku. aku sudah tidak pernah berperasaan lagi. sudah aku redhakan apa yang terjadi. sudah aku pulangkan semuanya....maaf dari aku untuk kamu. 


Wednesday, September 01, 2010

  lagi lagi KAU!



ini adalah sebuah kisah benar yang perlu dijadikan iktibar. tolong jangan tiru aksi ini di kolej, kamsis, atau di asrama kamu. kebarangkalian untuk kamu dimaki hamun tanpa kamu sedari jika kamu membuat perkara ini adalah sangat besar dan boleh mencapai nilai infinity!



Tertidur selepas solat Maghrib. mamai. teringat ada baju yang perlu disidai. saat menyidai baju. tiba-tiba teringat akan kain. kelmarin seperti ada menyidai kain batik yang MakPah bagi. tapi kenapa semasa aku lipat baju semalam seperti tiada melipat kain batik??? kembali ke dalam bilik melihat almari. penyakit lupa ingatan aku semakin serius. kelmarin hilang baru sekarang aku perasan. ok! fine! title kau semakin tinggi ya wahai si pengambil baju. sekarang sudah menjadi SI PENGAMBIL KAIN BAJU! kain batik pun takkan kau nak amek baiiii??? nak kata chantek. aku tengok biasa. mungkin aku bukan jenis yang menghargai seni batik.ha.ha.ha....entah tang mana yang kau berkenan aku pun tak taula! tapi sampai hati kau amek kain batik MakPah bagi pada aku??? macam T A H I K la kau kan. oh! aku perlu mencari alternatif untuk memastikan keadaan ini tidak berterusan!  terima kaseh ya wahai SI PENGAMBIL KAIN BAJU kerana sangat berminat dengan apa yang aku pakai. aku sangat berharap kau takkan dinaikkan pangkat lagi oleh aku menjadi SI PENGAMBIL KAIN BAJU DALAM @ KURUNG selepas ini! 






  aku lebih tahu




Aku buat aku dapat. aku tak buat pun aku dapat. jadi, lebih baek aku buat!


Aku dekat aku dapat. aku jaoh pun aku dapat. jadi, lebih baek aku dekat!


Aku diam aku dapat. semakin aku diam semakin aku dapat. jadi, lebih baek aku bersuara!


Aku cuba paham dengan apa yang berlaku. tapi jika masih ada yang sengaja ingin mencipta keadaan yang sudah lama terkubur.....apalagi yang perlu aku lakukan?


Aku masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa untuk hadapi semua ini. tetapi jaoh di sudut hati aku sangat berharap semua ini akan berakhir. berakhir dengan suatu kebaekan.


Jika ada seseorang yang hadir dalam hidup ini yang dapat menamatkan semua ini.....aku redha. redha jika itu yang perlu aku lakukan walaupun bukan dengan sepenuh hati ini. 






amaran : sila jaohkan orang-orang yang kamu sayang dari aku. aku sangat BERBAHAYA! BERBAHAYA sehingga boleh membuat kamu menjadikan aku sebagai ancaman dalam hidup kamu. watch out!


Monday, August 30, 2010

  sabar neng sabar.....

Selesai sudah segala test mengetest. masih ada dua test selepas raya. DUA.(sambil menaikkan jari telunjuk dan jari hantu)


Sebelum hari JUMAAT yang indah ini....perlu menyiapkan tiga assesment. TIGA.(sambil menaikkan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis)


Tetapi pada hari RABU yang bakal tiba ini.....perlu menghantar satu assesment. SATU.(sambil menaikkan jari hantu SAHAJA) eh eh.....sejak bila azriyani bunaim pandai buat jari begitu??? berdosa tau!


Esok adalah hari kemerdekaan Malaysia. saya bangga jadi anak Uncle Bun & MakPah yang berwarganegara Malaysia!!!!(ada dua maksud di sini.:p) merdeka! merdeka! merdeka!!!!! yaaaa.....semangat ini yang kita mau. insan yang cemerlang....lahir dari akal, minda yang mantap, badan yang cergas. ya....ya.....


Setiap entry aku kena cakap terima kaseh kerana setiap hari ada saja orang yang telah berbuat baek dan cuba menggembirakan aku walaupun aku tidak memberikan respon positif. aku juga perlu berterima kaseh kepada sesiapa yang menganggap aku adalah ancaman kamu orang yang sangat berbahaya dan perlu dijaohi oleh orang-orang yang kamu sayang. wow! caution! i'm danger! please don't come near me ok!







nota kaki : selagi diam itu tidak memburukkan keadaan.....lebih baek kita berdiam. sabar kan separuh dari iman.....;)


Sunday, August 29, 2010

  suatu masa




J A N J I  K E K A S I H 


Tidak pernah menyangka airmata ini akan mengalir sederas-derasnya setelah melihat episod untuk kali ini. keadaan itu mengingatkan aku pada Uncle Bun & MakPah pada suatu masa dahulu. kata-kata itu sama seperti yang terkeluar dari mulut mereka. luahan yang tidak pernah diluahkan. peristiwa itu. sesungguhnya ketika itu dunia seperti tiada cahaya. gelap seketika. tapi kini....aku bersyukur. bersyukur dianugerahkan ibu bapa seperti mereka. semoga mereka sentiasa dikasihi oleh Allah sepertimana mereka telah mengasihi aku sewaktu kecil dahulu. amin.....

r i n d u. perasaan aku ketika ini.




Friday, July 30, 2010

  emosi NEGATIF!


Sibuk. letih. kurang tidur. sakit pinggang kembali menyerang. ouch! mood tersentap kerana menerima soalan yang tidak sepatotnya. kau baca. kau mempertikaikan. aku semakin tidak paham akan semua ini. mungkin aku tiada hak untuk menentukan jalan hidup aku sendiri. barangkali kau lebih berhak untuk menyatakan perkara apa yang boleh aku lakukan dan perkara apa yang tidak boleh aku lakukan. terima kaseh kerana kau TERLALU mengambil berat tentang aku. TERLALU sehingga aku sendiri tidak mengerti apakah semua ini. apa yang aku mengerti adalah aku sedang R I M A S. yaaa....ini perkataan yang paling tepat.
R I M A S!





nota kaki : selagi aku mampu berdiam diri....aku akan terus berdiam. kerana berdiam itu lebih baek dari berkata-kata. biarlah semua ini terjadi. 



Wednesday, July 28, 2010

  KINI....rasa macam nak nyanyi lagu feminin.


G I G I H! ini yang dinamakan G I G I H! bersengkang mata menukar layout dan background blog! padahal esok kelas adalah pada pukul 9 pagi! huh! ini adalah saya. diri saya yang kini. terima kaseh kepada kamu yang sudi membaca walaupun semalam saya mendapat beberapa keluhan kerana tiba-tiba mengprivate blog buat seketika. maaf ya para peminat saya.^-^ T A H I K kambing!(rasa comey bila sebut tahik. yaaa...ini memang sesuatu yang aneh). kini, saya sudah mampu tersenyum walaupun masih sukar untuk melalui semua ini. yang penting segala-galanya sudah saya uraikan. termasuklah pertanyaan tersebut. terima kaseh.:) saya, AZRIYANI BUNAIM genetik daripada Uncle Bun dan MakPah akan kembali tersenyum seperti dahulu walau apapun yang terjadi. buat aku tersenyum.:) 

jeeha reratu & yani jelita.:p

saya tak paham naper dea nak jugak peluk saya. aish....

farha chantek & eyda besh! mereka memang suka syok sendiri.

ini adalah si penaip blog yang sangat suka makan! khusyuk yang amat bila berhadapan dengan makanan. tetapi keshopanan masih terserlah di situ.:p





nota kaki : buat pertama kali saya malas mau mengedit gambar! akhirnya kemerengekkan nak makan pizza terlaksana walaupun selera makan kurang kerana beberapa faktor. ceit! tiba-tiba saya rasa rindu pada si kucing memancing. mungkin kucing memancing sudah tidak membaca blog ini. barangkali sibuk memancing ikan agaknya. hihihi....wah! kau hingat senang aku nak mengaku aku rindu orang??? OMG!!!!! oh! saya tak paham kenapa saya buat entry sebegini!

Wednesday, July 21, 2010

  SORRY....






I'm so sorry. sorry for everything. tidak bermaksud mahu membuat kamu berharap. ouch! i'm guilty for this! yaaa...saya memang kejam! tidak berani berterus-terang. takot kamu terluka. hakikatnya tindakan saya sudah buat kamu terluka. i'm sorry.....





susah bila hati kau sudah kau tutup untuk semua orang. dan kau kelihatan kejam bila kau tak pernah nak beri peluang pada orang yang cuba buat kau gembira. aku memang kejam! aku ber E M O S I lagi....maaf kepada kamu yang membaca.