Showing posts with label bebel2 mengarut. Show all posts
Showing posts with label bebel2 mengarut. Show all posts

Monday, March 28, 2011

  anggun + dora = yani jelita. wak luuuuuuuuuuuuuuuu!

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Hari ini .


Inilah saya .


Saya yang cuba menggembirakan diri sendiri walaupun dalam hati ada banyak cerita .


Tapi entah kenapa masih hebat berketawa besar di depan orang .


KAH . KAH . KAH .


muahahahahahaha ! terasa macam comey . :p


Selepas melihat gambar di bawah ini .


Baru saya sedar .


Selama ini buat buat taknak sedar .


Bahawasanya .


Saya mempunyai mata yang bulat dan besar .


Ada ke orang punya mata petak ?


Patotlah MakPah selalu cakap kalau saya konfius .


Mata saya secara automatik akan menjadi besar .


Macam terlalu memikirkan sesuatu sampai mata menjadi besar dan terkebil kebil .


Dan MakPah selalu cakap mata saya besar macam mata anggun .


Patotla saya suka anggun .


Kejam tau ayat MakPah itu .


Anggun ?


Yani Jelita ?


Sama ?


Oh ! dora pun mata dea besar la .


Baru saya perasan .


Ok . merajuk .


Taknak suka pada katon bermata besar lagi .


Tapi kan .


Tapi kan .


Mengikut teori MakPah .


Maknanya sekarang saya tengah konfius .


HAR . HAR . HAR


Konfius dengan apentah ?


Ce cite . ce cite .


Daaaaaaaaang ! 




Dari pandangan mata yang mempunyai kuasa .


Oh ! aku tergoda .


Aku tergoda terkesima !


HAK . HAK . HAK .


*entry cerita pasal mata . tak semena mena*


Thursday, December 16, 2010

  betul ker?

hari ini .

hari khamis . 

10 Muharam .

hari Ashura .

dapat makan bubur ashura . 

 sedap . lazat . nyaman . kata orang sarawak . 

ini bukan tajuk utama .

tapi tajuk utamanya adalah .

C H E N T A .

ngeh !

ada apa dengan C H E N T A ?

tiba tiba . 

kanak kanak di rumah ini yang bersifat kepo lagi mengharu birukan bersuara . 

" kak yani da ada boyprend ? bila kak yani nak kawen ?

ommaa ! ! ! 

soalan jenis apakah ini ?

dengan jelingan mata yang bulat lagi besar .

" kak yani muda lagi . tak maen boyprend boyprend . nanti kak yani kawen terus . kepo tau korang ni . "

kanak kanak itu membalas .

" eleh ! takde boyprend caner nak kawen ? " 

saya hanya menjelingkan mata . 

tiba tiba . 

kanak kanak itu bersuara lagi . 

 " bila cinta sudah melekat , tahik kucing pun rasa cekelat ! "

hah ? ? ?

saya tercengang seketika .  

aiseh . . . . 

C H E N T A  +  T A H I K  K U C I N G  =  C E K E L A T

HAR . HAR . HAR .

budak oh budak .

apesal saya rasa bangang sekejap ni ? ? ?

demmm !



Friday, December 03, 2010

  1entry banyak cerita.ok la tu.....

Bila sudah duduk di rumah . kadang kadang busan juga . baru empat hari . kalau sebulan tanpa membuat apa apa . boleh jadi gila meroyan nyah . mungkin belum memanaskan badan dengan aktiviti aktiviti keibuan dan kegadisan . teheee . . . .


Senggugut oh senggugut . sakit tahu tak ? pengsan satu hari . rasa seperti mahu gigit orang pun ado . oleh itu . saya dihindarkan dengan kanak kanak yang ada di rumah ini . termasuk baby kecil itu . takot tergigit pulak . hu . hu . hu . eh . eh . baby kecil itu sudah besar . besar dan tidak kecil seperti dulu . putih gebu kau . hari hari MakPah sapu lotion . kalau saya sapu lotion hari hari . agak agak boleh putih gebu macam baby itu tak ?  makin tinggi kencing manis MakPah kalau saya tanya beliau soklan ini . :p gembira melihat MakPah dan Uncle Bun gembira bermaen dengannya . 


Semalam saya pergi hidupkan lesen L yang telah mati . ah ! MALU nak cakap baru ada lesen L . takpe . takpe . sikit hari saja lagi . sikit hari saja lagi saya boleh jadi drebar kepada MakPah dan Uncle Bun . berani . gigih . sifat ini yang kita mau . yeah ! tersebutlah al-kisah hari semalam . akak clerk itu mintak ic . dengan wajah penuh keyakinan dan ketrampilan . saya bagi . akak itu melihat saya seperti mau mengatakan saya chantek hari ini . tudung beli kat mana dik ? tapi sayang . seribu kali sayang . bukan ini dialog akak itu . tapi ini dialog akak itu :


" dik . akak nak ic . bukan kad bank . kalau adik nak bagi pun boleh juga . tapi no pin jangan lupa . " sambil tersenyum perli .


Ah ! demmm ! malu ok . kepala hotak saya seperti terawang awang . lagi malu bila abang clerk di sebelah akak itu melihat saya sambil tersenyum dan selepas itu terus memandang saya tidak henti henti . sibuk kan awak ni nak tengok tengok saya . aaarrggghhh ! ! ! lambat pula akak ni key in apa ke bagai . cepat la kakkkkkkkk ! ! ! saya nak terkareb ni ! ! ! ! *dalam hati* har . har . har . 


Sekarang musim hujan . bila petang saja hujan . bila hujan saja petang . sejuk . alhamdulillah . perasaan saya ketika ini pun seperti hujan . sayu . mula membeku . eh . eh . touching pula . hujan yang turun . . . . bagaikan mutiara . . . . la . la . la . la .




hatiberkatakata : ada orang cakap perasaan mengawal saya . ada orang cakap juga . saya perlu melupakan kenangan lama . tapi pernahkah orang yang ingin saya mencipta kenangan bersama dea itu berusaha membuat saya sentiasa ada bersamanya ? cis ! saya terabai lagi . hak . hak . hak . haktuih ! 


Wednesday, November 17, 2010

  gusip kecewa di hari raya

Tiba tiba . pagi pagi raya ingin update blog . kunun kunun mau pergi sembahyang raya . tetapi angan angan mat jenin ! bangun pun lambat . aish . . . . kalau di rumah begini  . . . . abes pekak telinga mendengar jeritan MakPah yang frekuensinya boleh membuat jantung terhenti seketika  . keh . keh . keh . 


Pagi raya nak emo boleh ? hari itu emo bila melihat rambut noh hujan sudah tidak comey seperti dahulu . tetapi malam tadi saya sudah cukup emo apabila melihat gambar noh hujan bertunang dengan mizz nina ! ! ! ommaa ! ! ! hati terluka berdarah kembali . sampai hati u wahai noh hujan kerana tidak mengambil i sebagai tunangan u . u cuba tengok profile blog i ini .(bajet noh baca blog haku) cita cita itu hanya untuk u . ada gadis gadis yang memasang cita cita seperti itu walaupun hakikatnya cita cita itu nampak seperti geli geli tahik kambing untuk ditulis ? har . har . har . sumpah ! saya juga rasa malu untuk membacanya . tapi cita cita itu agak murni dan suci juga ya kawan kawan . T___T






Tengok gambar di atas itu sudah cukup buat saya jelesss . tengok noh . bila dea diambil gambar kepalanya akan dalam keadaan teleng . seperti saya . saya teleng ? ? ? apa kena mengena ? mulai sekarang . tika dan saat ini . saya perlu melupakan noh hujan . poyo sungguh ayat ! macam la dea pojaan hatiku .  pasti dea kecewa membaca blog ini . bukan noh ! tapi dea . ehem . ehem . har . har . har . ada bunyi bunyi gatal dan miang serta gedik di situ . agagaga . . . . 


Hari ini hari raya . hari raya orang makan ketupat . rendang . sambal kacang . tapi hari ini saya makan shawl . sebab saya TERbeli banyak shawl . hu . hu . hu . mari gadis gadis sekalian . . . . kita terjah butik eDast . segala yang indah ada di sini . chantek chantek shawl dea . saya tak tipu . saya bukan duta utama mana mana online boutique ok . tapi hanya berkongsi info untuk mencari shawl yang chantek . saya berjaya menerjah banyak lagi online shawl yang chantek chantek . tapi nanti ya . kita terjah satu satu . bak kata semua gadis gadis . shopping is the best therapy ! teheee . . . terapi untuk melupakan noh hujan juga .(sambil mata juling)



perkataan untuk beberapa hari ini : E M O !

Tuesday, November 02, 2010

  zoobi doobi zoobi doobi pum paara

hujan ! hujan ! ! ! ! ! !


ada ke orang study sambil tengok movie ? 


takpe . movie ini bukan sebarang movie .


movie ini kembar saya yang berlakon . har . har . har .


dah nak 10 KALI saya tengok movie ini . ceh ! 


part ini paling saya suka tengok . 


sambil menari seperti kembar saya . cuba bayangkan . 


gila comey ! bukan dea . tapi saya . sumpah aku tak tipu ! :p


zoobi doobi zoobi doobi pum paara


zoobi doobi param pum 






friends make your life colourful & wonderful


sharing is caring . 


caring is L O V I N G . aauuuwww ! ! !





Saturday, September 04, 2010

  hooorraaayyy


hati berdebar-debar. mata masih tidak mengantok. laen macam rasanya perasaan untuk pulang beraya pada kali ini. seperti ada sesuatu. berdebar yang gembira atau berdebar untuk bersedih? sangat berharap perjalanan untuk pulang pada esok hari akan selamat dan diberkati oleh Yang Maha Esa. 


Sila bayangkan saya sedang membuat ucapan di kaca televisyen. 


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang berhari raya kepada adik beradik saya yang berada di Sabah dan Kuala Lumpur, sanak saudara yang berada di johor bahru dan sahabat handai yang berada di seluruh pelusuk tanah air semenanjung dan juga sabah sarawak. berhati-hati di jalan raya. semoga raya pada tahun ini akan memberi seribu makna kepada kalian semua. MakPah, Uncle Bun!!!!! tunggu kepulangan saya pada esok hari. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN.







hakhakhakhak....menyampah tau dengan ucapan ni. raya lambat lagi ok!




Saturday, July 10, 2010

  hari PERTAMA


Malu gara-gara anggun. first, masa nak check in. makcik guard berminat dengan anggun ok. ape kesss??? nak bagi cucu kat umah? sila cari sendiri. rasa nak masukkan anggun dalam beg lappy. tapi naseb baek kepala anggun besar. besar kepala yang xnak duduk dalam beg! sengaja nak interprame cari publisiti! siot kau anggun! second, takkan stewardess pun nak kat anggun??? kau da buang keayuan apa??? yang penting xdapek den nak nolong! hard to get hard to forget maa....ayat apakah ini??? huh! susah juga nak bawa anggun naek flight. lagi susah dari ketuk jahanamkan pintu stor!

Saya anti stor. yeee....stor buat hidup saya huru-hara. saya menci stor! nasib baek barang-barang masih selamat dan tersimpan rapi. 

Saya menci hari pertama menjejakkan kaki di bumi kenyalang! apehal? malas kemas bilik dan fobia pada gegata! tidaaakkkkkk!!!!!! ya......tiba-tiba tilam saya huduh! dan paling malang saya xde bantal! ok! fine! saya kan akak.....akak kena mengalah pada adik junior. xpe...akak tidur memang xpakai bantal. tahik kau!

Hari pertama bergelar senior. amacam??? akak....akak sape nama? akak kos apa? orang mana? akak memang simpan barang dalam stor umah ea? boleh ea akak? yeeee.....saya menjawab semua soalan dengan penuh tenang dan senyuman yang xlekang di bibir walaupun rasa seperti kau sedang hipokrit! kau rasa kau memang da tua ok. AKAK. dulu saya je kot sebut perkataan ni untuk akak housemate. sekarang tiba giliran saya digelar AKAK yani!!!!!! huh. serius saya rasa da tua.....oh! tidak sanggup menerima kenyataan ini. aish....

Sakit pinggang kembali menyerang. sudah beberapa hari rasa seperti nenek tua. nenek nenek si bongkok 3.....siang malam asek berjaga.....adeh! saya memang bermasalah dengan pinggang sejak dulu. adakah kerana sudah terlebih lemak di pinggang??? xde kena mengena!






yaaa.....ini merupakan entry keluhan yang banyak tanda seru !