Showing posts with label oh ibu....touching...... Show all posts
Showing posts with label oh ibu....touching...... Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

  tercipta satu lembaran kehidupan



13 10 1958


lahir seorang wanita yang telah melahirkan seorang anak gadis yang jelita lagi pandai memasak . tiba tiba je cakap pandai masak . point di sini adalah lahir seorang wanita yang telah melahirkan ok . sila abaikan anak gadis itu . 


wanita itu bergelar ibu . mengajar anak gadisnya berjalan . tetapi anak gadisnya berjalan seperti spiderman . kerana semasa kecil . anak gadisnya itu berjalan melekat pada dinding . memang pelik . tapi benar . tetapi akhirnya . wanita yang bergelar ibu telah berjaya mengajar anak gadisnya berjalan seperti orang biasa . orang kebanyakan . keh . keh . keh .


wanita itu bergelar pendidik . pendidik yang mendidik anak gadisnya mengaji . sehingga anak gadis itu menanges teresak esak ketika mengaji . kerana dicubit . dimarah . dan ditarik telinga . har . har . har . sumpah ! saya agak berkira kira untuk menulis hal ini di dalam blog . eh ! saya ke ? bukan . anak gadis itu ok . 


wanita itu bergelar surirumah . surirumah yang gigih memasak . mengemas . membasuh . dengan sepantas kilat . tanpa ada cacat cela . pada setiap perbuatannya . hebat ! adakah anak gadisnya bakal mengikuti jejak langkahnya ? kita tunggu dan lihat . kadang kadang ada ciri ciri itu pada anak gadisnya . tetapi kadang kadang langsung takde ! 


wanita itu bergelar sahabat . sentiasa mendengar cerita . karutan mengarut dari anak gadisnya . walaupun di saat dea mau memejamkan matanya . dea tetap melayan anak gadisnya yang suka bercakap . dan kepo bercerita . seringkali juga anak gadisnya mempermaenkan dea . sungguh kejam anak gadisnya itu ! hu . hu . hu .


wanita itu bergelar permaisuri . kerana dea lah ibu . kerana dea lah pendidik . kerana dea lah surirumah . kerana dea lah sahabat . dan kerana dea lah . anak gadis itu menjadi manusia hingga kini . di sebalik kaca matanya . terselit seribu cerita kehidupan . dan cerita kehidupan itu . akan saya abadikan . selama lamanya . kerana hanya dea . dea yang telah melahirkan saya sehingga mata ini dapat melihat dunia . lalu melalui cerita kehidupan itu . dea lah . M A K P A H . wanita yang bergelar permaisuri . kepada anak gadis jelita . si pemilik blog pinky winky ini . perlu ka pinky winky itu ???


wah ! sungguh puitis entry kali ini . huh ! berpeluh keringat nak membuat ayat begini . romantik tak saya ? saya romantik tak ? tak romantik saya ? kalau MakPah baca beliau suka tak ? har . har . har . sumpah ! kena bahan . kena mengolok . satu tahun belum tentu habes . kejam kan . hu . hu . hu .


amaran keras kepada akak saya yang gedik . akak saya yang ganas . dan abang saya yang garang . sila baca tanpa kutukan keras untuk saya ! :p


S E L A M A T  U L A N G T A H U N  
M A K P A H

semoga Allah sentiasa mengasihi beliau sepertimana beliau telah mengasihi saya semasa kecil . 

semoga Allah memberikan kesihatan yang baek kepada beliau .

semoga Allah mempermudahkan setiap jalan yang beliau lalui . 

amin .


ini MakPah yang hebat ! sebelah itu . anak gadis yang baru ingin belajar menjadi hebat . ha . ha . ha .


Monday, June 07, 2010

  menyentuh KALBU


Ada orang menanti update dari saya? terharu sangat. ahaks! seperti yang dijanjikan....arini gi tengok wayang bersama 2orang beshfwend saya. seronok! mengekeh saja dari naek kereta hinggala turun kereta. merekala yang selalu bersama saya cuti ini. terima kasih kawan2....:) cerita apa yang ditonton tadi? Lagenda Budak Setannnnn! setan tu kena sebut macam setannnnn! hahaha....terharu....menyentuh kalbu. sob3~~~tersirat seribu satu makna. hampir mengalirkan air mata....tapi mestila kena control jelita bagi kuat ini hati di dalam. heeee.....apa yang penting? cerita itu mengajar saya erti sabar.....kalau sudah begitu ketetapannya....kalau sudah begitu takdirnya.....walau apa pun halangan yang ada....akhirnya kita akan dapat takdir yang memang sudah tersurat untuk kita. cuma masa & keadaan yang menentukan. silala tonton cerita tersebut jikalau kamu ingin lebih faham apa yang saya sedang cuba merepekkan ini.

Next story. saya rasa terharu setelah membaca sebuah blog. about her mum. her mum yang sakit kencing manis hingga jarinya perlu dipotong. sangat simpati & rasa sedih.....MakPah pun ada kencing manis & hampir meninggalkan saya & keluarga. aish....xperlulah cerita di dalam blog. saya berasa touching & emo2 nanti. sob3~~~tapi yang penting di dalam hidup saya MakPah adalah seorang wanita yang gigih & cekal. terlalu banyak pengorbanan yang beliau telah lakukan. walaupun semua orang seperti takot ingin berjumpa dengan beliau kerana wajah & suaranya yang tegas....tapi sebagai anak yang memang xreti bahasa....saya saja yang berani bergurau senda mempermaenkan beliau walaupun ada masanya saya juga takot dengan beliau setelah beliau membebel2 & mula memberi peringatan kepada saya. huhuhu.....tapi beliau sangat baek hati yang kadang2 saya tidak dapat bayangkan bagaimanala hidup saya jika beliau pergi meninggalkan saya....? aish......kerana setiap kali beliau mengajar saya sesuatu.....beliau pasti suruh saya ingat sampai bila2 walaupun beliau sudah pergi buat selama2nya nanti. maklumla...anak gadis ini mudah lupa ingatan. bongok kan. memang begini. apa yang diingat pun xtaula. semua ibu2 begitu. bukan MakPah je. semua ibu nak yang terbaek untuk anak2 mereka. tapi kadang2 anak2 ni xreti2 nak cuba menjadi yang terbaek. macamla saya baek sangat kan. :p ceh! cara saya bercakap da seperti cara MakPah membebel. hahaha.....like mother like daughter. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.....haaaa....terkeluar segala jenis peribahasa! xkan melayu hilang di dunia. ceh!





anehaneh : arini saya mendapat sejambak bunga ros merah palsu! mms! ceit! gigih sungguh orang tersebut. papepun terima kasih la kerana bersusah payah menghabiskan kredit sebanyak 15 sen kot untuk mms bunga & bear tersebut...apakah tujuan mms tersebut dihantar kepada saya??? ntah. hahaha.....lawak pun ado. macam2....