Tuesday, August 09, 2011

  ramadhan 9

Hari kesembilan berpuasa . MakPah masih begitu . dan keadaan MakPah akan berterusan begitu hingga 2 , 3 bulan . bayangan hari raya dengan makanan yang banyak macam takkan wujud . dan bayangan keadaan saya pada hari ingin pulang ke sarawak juga ada sikit sikit macam budak kecik yang taknak pergi sekolah . berbelah bagi . kadang kadang rasa tidak logik . tapi ini telah menjadi logik setelah semua ini berlaku dalam hidup saya . tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini . kata kata ini memang harus ditampal besar besar pada dinding dalam bilik supaya saya tidak rasa putus asa atau mempersoalkan tentang apa yang berlaku . 





p / s : saya memang teringin untuk menjadi seperti nasha aziz dalam SUPERMAK ! bukan sebab kuat . tapi sebab pantas membuat semua kerja rumah . 


Thursday, August 04, 2011

  today

Dua tiga hari lalu saya nampak cool bila kawan kawan sibuk cakap pasal kolej dan rumah sewa dalam fb walaupun dalam hati ada sikit sikit macam ribut taufan . tapi hari ini saya rasa macam nak jadi mael lambung pergi serang pengurusan kolej dan paksa diorang bagi saya duduk kolej ! nampak saya macam marah kan . tapi sebenarnya ini adalah cara saya bermanja manja dengan orang . :p 


Dua tiga bulan dulu dalam kepala asek letak harapan tinggi masih tetap dapat kolej setelah buat rayuan . tapi sejak hari ini . harapan itu dah musnah akibat cerita cerita yang buat saya tergugat dan mula memasang strategi yang entah lancar atau tersekat sekat . benda benda macam ni bukan boleh buat maen maen . silap silap haribulan saya ulangalik dari johor pergi sarawak naek flight . baru rasa senang hati nak jaga MakPah . dan yang pasti Uncle Bun susah hati sebab beliau bakal mengalami kejatuhan wang ringgit yang tak penah dibuat orang . ah ! demmm ! kusut masai kepala otak bila pikir pasal rumah sewa . compang camping diri saya bila asek pikir rumah mana yang lebih dekat dan selamat . hamek kau keluar semua simpulan bahasa . 


Ini muka saya nak manja manja dengan orang . nampak legend kan ? :p





p / s : kadang kadang MakPah cakap beliau pun takot tengok muka saya bila marah . saya pun takot tengok muka MakPah bila marah . hiks . ok . sedih bila cakap pasal MakPah .



Wednesday, August 03, 2011

  wordless wednesday


Hari hari berharap MakPah kembali sihat seperti dulu . amin .


Tuesday, August 02, 2011

  ---------

Duduk di depan meja makan yang besar . di atas meja terhidang sambal udang dan sup sayur . menunggu azan di radio . mendagu sambil melihat dua lauk itu . azan berkumandang . dengan bertemankan bunyi kipas . saya berbuka . ayat macam dalam novel sastera kan . tapi ini hari semalam . dan hari ini mungkin akan seperti ini lagi . MakPah sakit lagi . terbaring di dalam bilik . Uncle Bun ke masjid . rumah sunyi . ada berjuta juta rasa dalam diri saya . tapi semuanya yang ke arah menitiskan air mata .  


Monday, August 01, 2011

  bazar ramadhan

Bermaen dengan dua ekor buaya . satu kecil . dan satu lagi besar . tapi yang paling manja adalah buaya yang besar . buaya kecil suka memberontak . buaya besar suka nganga mulut besar besar dan asek mintak makan roti . entah buaya jenis apentah suka makan roti . demmmm ! mimpi paling cool untuk satu ramadhan ini . entah apekejadahnya mimpi buaya . akibat tidur selepas sahur . dan sahur makan roti butterscotch . terus mimpi ada bela buaya yang suka makan roti . nampak legend kan mimpi saya ini . tapi membimbangkan . ada rasa macam nak TERmakan roti butterscotch bila pergi dapur tadi . kih . kih . kih . tajuk entry nampak macam tak sabar nak buka puasa kan . :p