Saturday, July 03, 2010

  JIKA



JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau pulang ke zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau pergi ke pantai melihat matahari terbenam.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau menggapai bintang di langit.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau melihat bunga ros mekar ketika waktunya.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya hanya mau sentiasa tersenyum. tanpa ada perasaan sedih di hati.





Thursday, July 01, 2010

  satujulai


Si penulis blog@si perasan jelita@si ibu ayam@azriyani bunaim sedang keletihan. pekerjaan yang paling memenatkan di dalam dunia ini adalah menjadi seorang ibu! sumpah! aku tak tipu. kalau ada sesiapa yang berniat nak meminang aku bulan depan....sila tangguh niat kamu itu ke 5 tahun lagi. pada masa itu mungkin aku da bersedia nak jadi ibu kepada anak-anak kau. najis kau azriyani! ha.ha.ha.haaaaaaaaarun salim bachik!




ogawa.....ogawa.....ogawa.......








peringatan : eh! suda masuk 1july hari ini. cepat sungguh masa berlalu. aku nak paksa kau tengok daisypath kat atas. jangan berani kau buat2 lupa!





Wednesday, June 30, 2010

  awesome!


Hari ini saya berasa begitu hebat kerana dapat mempermaenkan anak-anak ayam saya!!!! adakah apa yang saya lakukan itu wajar dinamakan 'mempermaenkan'? atau yang lebih sesuai adalah 'membuli'??? ops! saya pembuli kanak-kanak kah? oh! tidak sama sekali. saya seorang penyayang kanak-kanak ok.:p sebab itu kanak-kanak di rumah saya boleh posing seperti di bawah apabila saya memberi arahan kepada mereka. gila jahat kau! da nama pun ibu ayam. sayala yang paling berkuasa apabila tokey ayam pergi ke hospital hari ini. selama 3hari saya akan berkuasa sebagai ibu ayam kerana MakPah akan tinggal di hospital selama 3hari. sob3~~~

Bermacam-macam pesanan yang ditinggalkan oleh MakPah kepada saya. pesanan seperti ibu-ibu. rumah jangan kasi sepah. baju sekolah jangan lupa basuh. makan jangan lupa bagi. dapur bagi lap lepas masak. adeh! ini baru sikit. ada lagi banyak. oleh kerana saya memang ada penyakit lupa ingatan....ini jela yang mampu saya ingat. tetapi yang penting pesanan jangan membuli anak-anak ayam tidak pula saya dengar keluar dari mulut MakPah. adakah kerana saya pekak? atau sememangnya tiada pesanan sebegitu??? yang pasti saya tak dengarla. senang citer. tapi yang paling seronok untuk saya hari ini adalah apabila melihat gamba-gamba di bawah. sudah lama rasanya saya tidak ketawa berseorangan. aish.....kalau MakPah tau akitiviti saya ini....bukan ketawa yang mampu diluahkan. tetapi tangisan sedu-sedan ok! mati kau kena bebel 3hari pun belum tentu abis! tapi saya kan gadis kental....apa adehal......yang penting saya rasa hebat hari ini! hihihihi....


si rongak : cuba kamu perhatikan gamba ini dengan teliti. 
posing kanak-kanak ini sama seperti orang utan di bajunya.
kau hingat senang nak suruh budak posing camni??? well....saya kan ibu ayam....(gaya berlagak jahat)


si garang : cuba kamu lihat gamba di atas. 
ada tak kanak-kanak perempuan yang ingin menarik telinganya sendiri hingga kelihatan capang apabila disuruh?
ini adalah contoh kanak-kanak perempuan yang telah diayat oleh ibu ayam yang mengatakan beliau kelihatan sangat comey apabila posing begini. kau boleh buat???


pergh! yang tengah ni muka seperti ibu mithali! innocent!
tudung ibu-ibu ini dibelikan oleh MakPah agar saya lebih rajin keluar mengambil si gedik pulang dari sekolah. senang! sarung je. walaupun wajah nampak seperti ibu yang sudah beranak 2! huhuhu.....








amaran : tolong jangan contohi sifat ini apabila kamu berhadapan dengan kanak-kanak. kesian sungguh mereka. menjadi mangsa yang xbersalah! tapi oleh kerana saya da TERbuat aktiviti terejal ini....saya nak cakap ini boleh dijadikan terapi kamu apabila kamu tengah kesedihan. awesome!





Monday, June 28, 2010

  penantian suatu penyeksaan

pesananpenulisblog : entry agak ganas sebab kelaparan walaupun tengahari tadi sudah makan mcd. tajuk entry agak serius bagi diri si penulis blog. sila baca tanpa perasaan.:p


Wehhh!!!! mana MakPah dan Uncle Bun ni....??? mereka salah naek bus ka??? atau mereka pergi berdating candle light dinner??? atau MakPah pergi ajak Uncle Bun cari powerpuffgurl saya yang xjumpa-jumpa??? tahik kau azriyani! apa kesss asek cakap tahik??? ok! fine! saya sebut najis lepas ni. najis kau azriyani! hahaha....maen-maen! oh! saya sangat risau saat ini....busan juga rasanya bila tinggal berseorangan di rumah pada waktu-waktu begini. sudah tidak suka nak berbuku muka. jemu! muak! nak muntah bila mengadap! lebih suka berbuku lima! dduuussshhh!!!! wachaaaa!!!! ganas itu memang sifat yang termasuk dalam pakej gedik. garang + ganas = gedik! addoooiii....saya tak suka la merepek meraban ni. saya adalah seorang gadis yang sentiasa bercakap perkara yang serius dan mendatangkan manfaat. najis kau azriyani! stop rambling nonsense! cis! cakap omputih! aku nak cari makanan sekarang! sebab aku lapar. tapi makanan sudah abes dimakan oleh anak-anak ayam petang tadi. dan sekarang ibu ayam pula kelaparan. siot punya anak ayam! kok kok kok kokkkkk~~~(ibu ayam mengamuk sebab makanan takde). mungkin tuan kepada ibu ayam ini akan membawa balik bihun hongkong nanti. nyam nyammmm~~~gila ar ibu ayam makan bihun hongkong! kau ada???(gaya bongkak sambil muncung) caner tu??? sudah!



menanti penuh sabar.....sabar separuh dari iman......iman adalah mutiara.....






  TAJUK? ikut sukati kau la....


Sepertinya sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. kamu rindu kan pada tulisan bongek saya....ahaks! malaskah??? bukan malas. tetapi sibuk dengan kehidupan harian. ya...kehidupan harian yang memerlukan saya untuk memerah tenaga serta menguatkan mental. apakah??? kehidupan harian itu memerlukan saya untuk memijakkan kaki ke tempat yang paling saya takot dan tidak mahu pergi!!!! hanya kekuatan yang mampu menggerakkan kaki ini. apakah tempat itu??? tempat yang paling saya tidak suka pergi adalah hospital dan toilet ok. sila ambil perhatian. jadinya tolong jangan ajak saya ke tempat-tempat ini. huhuhu...kenapa? mungkin fobia. dan mungkin saya memang aneh. seperti terpukau jika saya menjejakkan kaki ke hospital. tidak bercakap. dan muka akan menjadi blur serta-merta.(sila bayangkan muka azriyani blur. kau pun rasa nak lempang2 aku)

Kesian juga saya melihat MakPah. sangat kuat untuk semua ini. beliau membuatkan saya sayu....sayu kerana beliau tidak pernah merungut dengan semua ini. apa yang beliau sering perkatakan hanyalah ini dugaan Allah untuk kita. sebab Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita. semua yang berlaku ada hikmah. satu persatu. satu persatu dugaan itu datang. saya hanya cuba menjadi tulang belakang beliau walaupun kadang-kadang saya hampir tersungkur. kerana saya tahu hanya saya yang MakPah harapkan. kerana saya yang satu. kerana saya yang sentiasa menemani beliau ke mana saja. kadang-kadang terfikir juga saya. mampukah saya menjadi seorang ibu seperti beliau? mampukah saya berhadapan dengan semua ini? sanggup bersusah payah walaupun hatinya telah dicela dan dilukai. setitis air mata pun saya tidak pernah lihat jatuh dari wajah beliau. beliau selalu berpesan kepada saya. jangan ditinggal solat dan Al-Quran. itu kekuatan kamu. itu saja harta yang beliau mampu beri kepada saya. beliau selalu berkata jika saya sudah melahirkan anak-anak suatu masa nanti....biarlah anak-anak itu dididik bacaan Al-Qurannya oleh ibunya sendiri kerana kamu yang melahirkan mereka....darjat kamu sebagai seorang ibu itu tinggi di sisi Allah....wooo.....saya? diam seketika. insaf sekejap. terejal kembali setelah setengah jam selepas itu.:p 

Semalam sebelum ke hospital....saya dan MakPah singgah ke angsana sekejap. kamu tau? beliau ingin cari patung powerpuffgurl untuk saya??? terkesima saya bilamana beliau bersungguh-sungguh untuk mencari patung tersebut. dari mana beliau tau impian bongek saya itu??? malu ok. bila kau da besar mak kau nak belikan kau powerpuffgurl. rasa macam nak hentak muka kau sendiri. hakikatnya saya sudah give up untuk mencari patung tersebut. pergi matila impian bongek itu. tetapi yang gelinya ada ke MakPah mau belikan saya patung barney??? kamu tau tak katon barney??? yang dinosour besar kaler purple! beliau kata patung barney pun comey. comeykah??? saya nak bawak naek flight pun malu tahap babun nak berak kot. kalau kamu masih xdapat bayangkan gak katon barney tu caner...kamu pergi tanya pokcik google sekarang! patung tersebut anak buah saya yang gedik pun ada ok! xmacam makin kena ngolok saya dengan akak dan abang ipar saya kalau mereka tau saya pun ada barney macam si izzah gedik! conform makin tinggi title gedik saya! kamu ada dapat title gedik paling hot macam saya??? 

Ops! sudah pukul 4.35. terlebih suda. mau mandikan anak-anak ayam saya. anak-anak ayam saya juga belum diberi makan. MakPah dan Uncle Bun pergi ke hospital lagi hari ini. maka....sayala ibu ayam untuk hari ini!!!!!!kahkahkah.....(gaya jahat)