Hari minggu yang sibuk. sukan lawn bowls. pertama kali mewakili fakulti untuk KESUMAS. wajah sudah hitam berkilat. tangan sudah berbelang yang amat huduh. menyesal memakai baju 3quarter. gaya seperti anak orang kaya. sumpah ini bukan sukan yang sesuai dengan saya!
Kerja skola tergendala. buku bersepah-sepah. bilik haru-biru. kain baju bersepah di atas katil tidak berlipat. inilah dea kesan kesibukkan selama 2hari. ceh! sibuk macam menteri! padahal baru 2hari sibuk bermaen lawn bowls KESUMAS. menyampah sangat tau!
Baju hilang. si pengambil baju....sila ucap terima kaseh kepada saya kerana saya sudah redha untuk mendermakan baju itu kepada kamu. mungkin kamu sudah jatuh chenta pada baju saya itu tetapi kamu perlu tahu yang kamu telah mengambil baju yang sangat suka saya pakai. selepas ini....jika kamu mengambil baju saya lagi....sila berhati-hati kerana kamu mungkin akan mengalami sakit kulit.:p
Tiket raya masih belum dibeli. MakPah, kakanda gedik dan sahabat handai sudah bising-bising. kamu semua sila jangan risau. saya tetap akan balik raya. sila percaya kata-kata saya ini. kau hingat kau hot??? bukan hot tapi burn!!!!!(kata-kata orang tensen bila kulit yang sememangnya sudah hitam makin bertambah hitam!)
Petang ini mau keluar bersama BFF dan housemate untuk membeli laptop. mau makan nasi ayam penyet juga keran BFF saya mengidam nasi ayam penyet. apakah??? sebelum itu perlu menyelesaikan apa yang perlu. tetapi mata ini seperti mau terpejam kembali. aiseh.....
nota kaki : sibuk membuatkan kita dapat melupakan perkara yang pernah jadi dalam hidup kita. tetapi sibuk telah membuatkan saya TERskip kuliah kerana terlajak tidur!!!!!







