Wednesday, August 11, 2010

  1 RAMADHAN

Hari pertama bersahur untuk bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah....mata ini mampu tercelik dengan sendirinya. mungkin semangat hari pertama Ramadhan. kita tengok pada hari seterusnya. huhuhu.....

Tiket raya sudah dibeli. Perhatian kepada sesiapa yang amat bimbang saya tidak pulang beraya di rumah Uncle Bun dan MakPah. nantikan kepulangan saya. wah! macam artis! tapi sedikit tidak berpuasati kerana harga tiket raya itu mahal sehingga boleh dapat 5helai baju raya serta 3helai tudung raya! inilah dea akibat budak degil suka buat tanggapan sendiri! 

Pagi ini kelas adalah pada pukul 9pagi. oleh kerana hari ini adalah hari pertama Ramadhan.....maka saya akan memakai baju kurung. perlu ka tulis dalam blog??? perlu kerana junior rumah ini selalu mengolok saya kerana tidak pernah melihat saya berbaju kurung! ayat ini agak kurang menyenangkan. cis! dan sangat berharap cuaca pada hari ini tidak panas terik seperti selalu.

Terima kaseh kepada sesiapa yang memberikan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan melalui pesanan ringkas. oleh kerana azriyani bunaim amat sibuk tidak sempat mau membalas pesanan ringkas tersebut.....sila paham azriyani amat sibuk dengan aktiviti mengarutnya. apakah???? maka sila terima ucapan ini :


S E L A M A T  B E R P U A S A






nota kaki : berapakah kebarangkalian untuk saya tidak ke kuliah pada pukul 9pagi ini jika saya tidur sekarang? mungkin sedikit kerana makhluk di atas telah digari. yaaa.....akan saya buktikan!

Monday, August 09, 2010

  WEEKENDS maksudnya HARI MINGGU la kan?

Hari minggu yang sibuk. sukan lawn bowls. pertama kali mewakili fakulti untuk KESUMAS. wajah sudah hitam berkilat. tangan sudah berbelang yang amat huduh. menyesal memakai baju 3quarter. gaya seperti anak orang kaya. sumpah ini bukan sukan yang sesuai dengan saya!

Kerja skola tergendala. buku bersepah-sepah. bilik haru-biru. kain baju bersepah di atas katil tidak berlipat. inilah dea kesan kesibukkan selama 2hari. ceh! sibuk macam menteri! padahal baru 2hari sibuk bermaen lawn bowls KESUMAS. menyampah sangat tau!

Baju hilang. si pengambil baju....sila ucap terima kaseh kepada saya kerana saya sudah redha untuk mendermakan baju itu kepada kamu. mungkin kamu sudah jatuh chenta pada baju saya itu tetapi kamu perlu tahu yang kamu telah mengambil baju yang sangat suka saya pakai. selepas ini....jika kamu mengambil baju saya lagi....sila berhati-hati kerana kamu mungkin akan mengalami sakit kulit.:p

Tiket raya masih belum dibeli. MakPah, kakanda gedik dan sahabat handai sudah bising-bising. kamu semua sila jangan risau. saya tetap akan balik raya. sila percaya kata-kata saya ini. kau hingat kau hot??? bukan hot tapi burn!!!!!(kata-kata orang tensen bila kulit yang sememangnya sudah hitam makin bertambah hitam!)










Petang ini mau keluar bersama BFF dan housemate untuk membeli laptop. mau makan nasi ayam penyet juga keran BFF saya mengidam nasi ayam penyet. apakah??? sebelum itu perlu menyelesaikan apa yang perlu. tetapi mata ini seperti mau terpejam kembali. aiseh..... 





nota kaki : sibuk membuatkan kita dapat melupakan perkara yang pernah jadi dalam hidup kita. tetapi sibuk telah membuatkan saya TERskip kuliah kerana terlajak tidur!!!!!

Thursday, August 05, 2010

  5HARI lagi....sila kira guna jari tangan kanan.

Menghitung hari. 5 hari lagi Ramadhan yang mulia dan penuh berkat bakal tiba. 

Sayu....bila teringat keadaan di rumah apabila bulan Ramadhan. hanya bulan Ramadhan yang membuatkan seluruh ahli keluarga berkumpul dan makan bersama-sama.

Rindu....bila tidak dapat bersama-sama MakPah dan Uncle Bun di rumah apabila bulan Ramadhan. rindu mahu masak bersama MakPah, rindu mahu pergi ke bazaar Ramadhan beli ayam percik dan rindu juga mahu ikut Uncle Bun ke masjid. 

Tetapi masih gembira dan bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk merasai lagi bulan Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah....mudah-mudahan dipanjangkan umur....ajal maut ditangan Allah....

Aku mengharapkan bulan Ramadhan kali ini akan dapat aku lalui dengan sempurna. mencari sesuatu keinsafan dan kebaekan di sebalik anugerah yang telah dikurniakan. 

Oh! saya amat R I N D U pada MakPah. sesungguhnya hanya beliau insan yang telah membuatkan saya kuat hingga kini....








nota kaki : bila bulan Ramadhan....rasa hari-hari yang dilalui tidak sama seperti hari-hari pada bulan laen. kamu tahu kenapa? kerana bulan Ramadhan memberikan seribu ketenangan dan cahaya kepada sesiapa yang menantikannya. wah!^-^

Wednesday, August 04, 2010

  exPRESS update!

1) SELAMAT ULANGTAHUN BUAT UNCLE BUN yang amat disayangi. walaupun beliau lupa hari ini adalah hari lahir beliau. uh! sungguh lawak Uncle Bun saya. mungkin terlalu banyak aktiviti di masjid sehingga beliau tidak ingat hari ini adalah 04 OGOS iaitu hari lahir beliau. aish....semoga beliau diberikan kesihatan yang baek dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya....amin.... 


2) Seorang sahabat saya, Shallu sedang menunaikan umrah selama 2minggu ini. mudah-mudahan kamu sentiasa sihat di sana dan pulang dengan selamat. semoga apa yang kamu hajati di depan Kaabah akan termakbul. kebahagiaan yang kamu harapkan InsyaAllah akan kamu miliki suatu hari nanti. amin....



3) Tahniah buat sahabat saya, Hazi Farhana kerana telah berjaya mendapat kerja. impian kamu untuk menjadi seorang engineer sudah tercapai. jika gadis laen berangan-angan untuk pergi bekerja dengan memakai pakaian yang chantek-chantek....tetapi kamu sangat menginginkan untuk memakai coverall agar kelihatan macho. oh! sungguh aneh impian kamu ini! apa-apapun semoga kamu selesa dengan kerja pertama kamu ini. first experience will give you best learning.;)







Walaupun bermacam-macam benda sudah terjadi untuk beberapa hari ini.....tetapi perkara-perkara di atas telah membuat saya cukup gembira. gembira bila orang di sekeliling saya juga gembira. apa yang saya harapkan hanyalah saya akan terus kuat dan kuat untuk melalui semua ini.




nota kaki : kadang-kadang kita cuba. kemudian kita terjatuh. tetapi lebih baek mencuba dari terus tidak berbuat apa-apa.

Sunday, August 01, 2010

  SAYA memang! memang begini....

Akhirnya saya mengaku saya memang seorang yang suka menderma kepada si penjaga-penjaga kaunter di sebuah bangunan yang ada banyak kedai. 

Dan sedikit menyesal dengan pendermaan yang telah dilakukan. tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. ceit!

Terima kaseh kepada penaja perbelanjaan saya kerana masih menyayangi saya. oh! tidak mahu lagi mendapat keputusan sebegitu. I N S A F untuk sebuah kegagalan. sob3~~~~ 

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan semua kesenangan yang telah diberikan. Alhamdulillah.....

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........

..........








nota kaki : MakPah sedikit membebel dengan kasut itu. sila hargai apa yang kamu miliki. jangan bermaen-maen untuk masa depan yang kamu tentukan sendiri. yaaa.....saya kena study sekarang! tapi macam ngantok.....(sambil sangap). arini saya rasa gembira. gembira mendengar suara MakPah yang gembira. semoga Allah sentiasa melindungi dan mengasihi Uncle Bun dan MakPah sepertimana mereka telah mengasihi saya sejak dari kecil hingga kini.....amin.....