Friday, March 18, 2011

  rindu awak ! T___T

Assalamualaikum .


ehem . ehem .


Sejak akhir akhir ni macam dah lama kan saya tak update blog . kalau dulu setiap hari update blog . sikit sikit tulis dalam blog . banyak banyak tulis dalam blog . dulu zaman suka terperap dalam bilik malas pergi sana sini . tapi sekarang suka pergi sana sini . kunun kunun sibuk mengalahkan MPP . meting sana sini pun mengalahkan MPP . ngeh ! tapi kali ini taknak cerita pasal kehidupan seorang pelajar yang aktif !*kunun je* kali ini nak cerita pasal kehidupan seorang gadis yang lebih gemar berpoya poya dan makan sampai muntah . agagaga . . . .


Untuk pertama kalinya . saya makan steamboat di bumi kenyalang . rebus rebus . bakar bakar . maen masak masak . balik rumah baju pun bau asap ! dengan ekspresi muka yang beria . sila baca kenyataan saya di bawah ini dengan perasaan teruja . jakun . gembira seperti kanak kanak . :p

" awak nak tau . aritu kan kita gi makan steamboat . sedap . . . . bila kita masuk je kedai tu . kita tengok dea susun semua binatang binatang laut tu banyak . . . . udang . ayam . sotong . ikan . daging . bola bola segala bagai tu semua . sampai tertelan air liur kita tengok . dengan rakus . tamak haloba . kita amek semua binatang laut tu sampai penuh pinggan ! murah je awak kita makan kat situ . satu orang bayar 20 hengget ! lepas tu awak boleh makan banyak mana awak nak . makan sampai muntah ! buffet . penah tak awak dengar orang makan steamboat buffet ? jarang kan . haaa . . . . tapi kat sini ada . . . . siap ada dessert . eskrim . buah . kueh . apalagi ek ? sampai kita pun tak ingat . tapi yang paling kita ingat kita makan eskrim banyak . rasa macam taknak keluar dari kedai tu . kalau awak awak datang sini nanti bolehla pergi kedai tu . manala tau awak pergi bercuti ngan family awak . nama kedai tu bimmers . kedai tu memang besh ! sumpah kita tak tipu . tipu dosa . mati seksa . T____T "

Huh ! dapat rasakan tak betapa beshnya kedai steamboat itu ? ke kamu kamu dah tertelan air liur sekarang ? hiks . dengan ini . saya menambahkan air liur kamu yang terkeluar itu dengan gambar gambar yang komsi komsa . maklumla . iphone4 saya masih di kedai . yuhuuuuuu . . . . 


lelaki yang tengah tu memang terencat sikit . keh . keh . keh . 

inilah abang khai . actually ini farewell dea . dea dah nak balik semenanjung buat selamanya . ayat macam sengal kan . 

ini lagi sorang budak lelaki yang geng dengan budak terencat tadi . 
conform dea cakap saya annoying kalau tau saya kutuk dea dalam blog . whatever . . . .*nada gedik*

ehem . ehem . malam itu eyda best seperti seorang ibu muda yang sangat prihatin kepada anak anaknya . 
dea la yang rajin dan baek hati bakarkan segala binatang untuk kitorang tau . tqsm eyda best ! 

gadis yang paling banyak makan pada malam itu adalah yang tengah itu . jangan dipandang badan yang kecil tidak kuat makan ok . 

sweet moment when we eat together happily . 

nah ! huru hara atas meja lepas makan . 



Maaf . tajuk entry bukan untuk kamu . har . har . har . 


Senyum . 


Tak perlu kata apa apa .


Senyum !


:)


Sunday, March 13, 2011

  laporan dari saya : azriyani karambunai ;)

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan . . . . 


Alkisah hari minggu yang penat . letih . rasa nak pergi spa urut badan . agagagaga . . . . tapi nafsu makan macam tak pernah pulak penat . maksud penat di sini penat untuk makan . oleh kerana tenaga yang diperlukan sentiasa terhidrat . ceh ! terhidrat ! maka . pukul 11 malam pun saya tercari cari mana nasi ? ? ? saya nak nasi ! ! ! lepas itu badan naek salahkan susu yang tiada kena mengena . lepas itu bila orang cakap badan kita macam dah berisi sikit mula nak emo . lepas itu mula sibuk nak diet . lepas itu lapar sampai nak muntah . nah ! chubby itu comey . terpaksa sedapkan hati dengan slogan ini . :p 


Oleh kerana saya macam dah tak reti update blog panjang panjang . kita tengok gambar jela ok . gambar itu lebih menarik dari ayat panjang panjang . kan ? hiks . 


tag tuan blog dengan tuan blog lagi satu . 

muka tuan blog dengan tuan blog lagi satu . 

muka tuan blog dengan tuan blog seereyh ! aawww !

muka tuan blog sahaja . ada style macam karam singh walia tak ? har . har . har . 


Caption gambar memang sukar difahami . macam takde kena mengena dengan event pun ada . hentam la labu . . . . aarrggghhhh ! ! ! tekanan juga bila nak update blog tapi blur takde idea . demmmm !


Dah lama tak cakap macam ni :


Senyum .


Tak perlu kata apa apa .


Senyum !


:)


Saturday, March 12, 2011

  dimana dimana

There are things that we don't want to happen 


But have to accept ,


Things we don't want to know


But have to learn ,


And people we can't live without


But have to let go





Something is missing in this picture . 


Di mana Di mana ?


Mungkin . 


Saya sesat tak jumpa jalan ke situ . 


Thursday, March 10, 2011

  renung renungkan . . . .

Duduk .

*sambil tangan kamu memeluk bantal yang paling kamu sayang .*

Tenangkan hati . . . .

Kosongkan fikiran . . . .

Pejamkan mata perlahan lahan .

Bayangkan . . . .

Gelap . . . .

Kamu nampak sebuah pintu di hadapan kamu .

Terbukak sedikit .

Ada sedikit cahaya dari pintu itu .

Cahaya itu buat kamu ingin masuk ke dalam pintu itu .

Kamu jalan .

Jalan .

Dan terus jalan sampai ke pintu itu .

Kamu tolak pintu itu perlahan lahan . . . .

Setelah kamu bukak pintu itu .

Kamu nampak ibu dan ayah kamu .

Tersenyum ke arah kamu sambil melambai lambai .

Kamu pergi ke arah mereka .

Berlari .

Berlari sekuat mungkin agar kamu dapat memeluk mereka .

Pelukan kamu disambut erat dengan senyuman .

Dan ibu kamu bertanya :

" kamu sihat wahai anakku ? bagaimana kehidupan kamu wahai anakku ? "

Lalu kamu menjawab dengan segala apa yang ingin kamu luahkan . 

Dan kemudian ayah kamu berkata :

" kamu sudah dewasa . semakin hari akan ada semakin banyak rintangan yang perlu kamu lalui . tabahkan hati wahai anakku . sesungguhnya kami sudah tidak berdaya . hanya doa yang kami kirimkan agar kamu sentiasa dilindungi . "

Kamu semakin memeluk erat ibu kamu .

Kemudian ibu kamu berkata :

" teruskan perjuangan kehidupan kamu wahai anakku . kerana kami tidak dapat bersama kamu lagi . kami harus pergi . . . . "

Perlahan lahan . . . . .

Ibu kamu melepaskan kamu dari pelukannya .

Ibu dan ayah kamu pergi . . . . 

Sedikit demi sedikit mereka hilang dari pandangan kamu .

Kamu menanges .

Menanges .

Dan terus menanges .

Sendiri .

Sendiri .

Kamu sendiri lagi .

Buka mata kamu perlahan lahan .

Nescaya kamu merindui ibu dan ayah kamu sekarang .

Airmata mengalir tanpa disedari .



Lecturer saya membuat aktiviti ini untuk saya mengekspresikan perasaan yang terpendam . sumpah ! kamu akan menanges bila kamu betul betul menghayati ini . sesungguhnya kehidupan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui . kamu masih memerlukan ibu dan ayah walau sesudah dewasa manapun kamu . ayat macam belit belit sikit . hiks . tengok . update blog je terus emo emo . malu . *sambil tutup muka*



Wednesday, March 02, 2011

  <<<<<>>>>>

Oh !


Sakit kepala .


Sakit kepala .


Sakit kepala !


Demmmm !





Update pengubat rindu .


Tata !